Pages

Monday, January 31, 2011

Sedarkah kita..tulisan itu...

Entry hari ni aku nak beri sedikit kesedaran kepada korang tentang kenapa raai orang muda sekarang banyak tidak boleh membaca Al-Quran....okla tulisan yang kita gunakan sekarang ni dikenali dengan tulisan rumi..dan tulisan rumi ni berasal dari roman...Sepertimana kita tahu yang rom ni ialah salah satu negara yang kuat semasa kegemilangan Islam..
Sedarkah kita..tulisan itu...

Berapa lama rasanya tulisan rumi ni digunakan untuk menggantikan tulisan jawi yang satu masa dulu pernah digunakan untuk secara meluas..kita merdeka sudah 53tahun,sebelum merdeka kita guna tulisan jawikan,so,baru 53 tahun tulisan rumi ni digunakan..tulisan rumi ni sebenarnya telah dibawakan oleh orang omputih semasa negara kita dijajah tapi time tu kita masih memakai tulisan jawi...tulisan ni mula merebak selepas kita mencapai kemerdekaan, maknanya tulisan ni telah diperkenalkan oleh pemimpin melayu kita juga...

Ok berbalik kepada kesan tulisan rumi ni sebenarnya,sejak budak-budak lagi kita dititikberatkan dengan tulisan ABC tu,so ianya menular dalam hidup kita sejak kecik lagi.Bacaan Mukadaam hanya diajar lepas kita mengenali bacaan rumi dan menyebabkan budak-budak lagi susah membaca Al-Quran berbanding bacaan rumi.Maknanya satu pengaruh freemason iaitu menghapuskan golongan membaca Al-Quran dah berjaya..hanya dengan menukar tulisan..

Semua orang dah tahu tentang freemason ni..tak payahla aku nak terangkan lagi..Betulkah bentuk-bentuk freemason yang ada di malaysia secara kebetulan...sebagai contohnya pada tahun lepas telah keluar dalam surat khabar utusan tentang Anugerah Kepimpinan Belia Rotary (RYLA).

SEREMBAN 13 Feb- Kelab Rotary Negeri Sembilan menyasarkan 100 BELIA berumur 18-30 tahun dari seluruh negara menyertai program Anugerah Kepimpinan Belia Rotary (RYLA) pada 4-7 Mac ini..

Program ni sebenarnya telah lama dijalankan oleh Kelab Rotary Antarabangsa.Kelab ni ditubuhkan sebagai menyahut seruan daripada pemimpin Yahudi ketika itu (Theodore Hertzel) yang juga seorang freemasonary untuk mempelbagaikan cabang-cabang pergerakan mereka. Ditubuhkan oleh salah seorang anggota freemasonary yang bernama Paul Harris,seorang peguam.Korang boleh tengok sejarah kelab ni di sini.Boleh pulak media tulis tentang nak join RYLA ni sedangkan waktu tu sedang kecoh tentang freemason pasal AJL.Cubala pihak media keluarkan sesuatu yang menaikkan semangat belia untuk memperjuangkan agama Islam.

Credit:Addy Haikal

p/s-Janganla kita terpengaruh dengan dakyah yahudi ni.Bukan aku nak surauh tulisan rumi ni ditukar tapi cuba ajar anak -anak ni tulisan jawi terlebih dahulu.

[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak

Sebenarnya posting ni sebanarnya aku copy paste dari blog ariffshah.Kesian betul bila aku tengok hal sebenar berlaku pada pelajar kita di mesir.Apa yang kita dengar di media rupa-rupanya lain daripada hal yang sebenar.Ada seorang pelajar kita di mesir telah hantar message kepada blogger kita ariffshah di facebook.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

So, sebar-sebarkan la hal ini untuk membantu pelajar kita di mesir.Semoga pelajar kita yang masih ada disana akan selamat.amin....Update terkini ada jugak di facebook ni

Sunday, January 30, 2011

Awas Kelemahan Pelaburan Emas

Saje aku nak share tentang pelaburan emas sikit...mana tahu ada yang baca blog aku ni berhasrat nak jadi pelabur emas ini...okla,seprti kita tahu yang pelaburan emas ni ada 2 jenis iaitu dengan membeli emas fizikal atau membuka akuan simpanan emas.Emas fizikal aku recommend emas Public Gold sebab mempunyai faktornya yang mempunyai spread atau susut nilai yang rendah sebab Public Gold ni mempunyai kilangnya sendiri berbanding emas fizikal yang lain seperti syiling kijang emas,produk emas dari UOB Bank dan kedai emas yang tidak memiliki kilang sendiri untuk membuat emas.Selain itu emas Public Gold juga senang untuk dibeli dan sentiasa ada stock walaupun pada waktu yang mempunyai permintaan tinggi.Selain tu kita tidak perlu risau yang bungkusan emas rosak atau emas tu rosak dan calar kerana pihak Public Gold tetap akan menerimanya semula.
Awas!!! pelabur emas..

Tapi hari ni aku nak cerita tentang akaun simpanan emas.Akuan simpanan emas yang terkenal kita tahu ialah GSPA dan GIA,yang terbarunya ialah KFH yang mengikut syariah.
Awas!!! pelabur emas..
Semalam selepas aku buat reserch tentang akuan simpanan emas terdapat bayak fakta tentang di sebalik simpanan akaun emas ini.Aku dapat ini dari http://goldsilver4u.blogspot.com/.So aku just copy antara kelemahannya berdasar pengalaman tuan punya blog tu sebab aku takde pengalaman dalam membuka akuan simpanan emas ni.

Fakta:

1- Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda difahamkan oleh pihak bank bahawa anda telah membeli sejumlah emas yang sama nilai dengan deposit anda, walhal sebenarnya anda hanya memberi pinjaman wang secara percuma kepada bank.
2- Ada bank yang menawarkan redemption emas fizikal, tetapi sudah pasti anda akan dikenakan caj tambahan.Sebagai contoh untuk akuan GSPA pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.
3- Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan.Sebagai contohnya untuk akuan GIA anda hendaklah meninggalkan sekurang-kurangnya 2gram didalam akuan untuk akuan kekal aktif dan dikenakan servis cas RM10 pada awal tahun untuk simpanan kurang 10 gram pada hujung tahun.
4- Apabila anda hendak menjual semula (untuk mengambil keuntungan), anda akan dikenakan lagi beberapa cas yang sudah semestinya akan mengurangkan margin keuntungan anda.
5- Pelaburan ini tidak melindungi nilai harta dan wang anda kerana anda membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan sekeping buku akaun dengan beberapa nilai tertulis didalamnya, berbeza dengan anda membayar wang dan dapat seketul emas.
6- Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai ke satu tahap apabila jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda diminta untuk membuat sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut dan pastinya bank akan mengatakan ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah. Hakikatnya, apabila harga emas menurun pasti sesuatu telah berlaku terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti ekonomi negara dan anda sendiri juga terkena tempiasnya!! pada waktu itu adakah anda masih mempunyai wang untuk membuat deposit lagi?
7- Sekiranya anda tidak membuat deposit tersebut maka wang anda kan hilang begitu sahaja. Perkara yang tidak diketahui umum ialah sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM!!
8- Bank hanya memberi figure kepada anda, wang deposit anda tidak didagangkan pun, tetapi digunakan oleh pihak bank secara percuma, dan jika anda kehilangannya bank akan untung besar!! Jika anda untung sekalipun bank akan tetap untung besar kerana telah menggunakan wang anda untuk menjana keuntungan dan mengenakan beberapa cas kepada anda.
9- Anda dikenakan spread yang besar jika mahu menjualnya semula disamping beberapa cas sampingan yang perlu dibayar.

So,korang fikir-fikirkan sebelum memulakan pelaburan emas.Cuba teliti kelemahan di sebalik pelaburan tu.Yang pentingnya akuan simpanan emas ni tidak tahu status halal atau haramnya kerana majlis fatwa tidak keluarkan apa-apa tentang akaun simpanan emas ini.

Friday, January 28, 2011

Dewa oh Dewa...

Korang jangan silap sangka pulak…entry aku kali ni bukan nak cerita pasal dewa Ramayana atau kumpulan dewa 19 ye…Aku tulis ni sebab teringat pasal time aku study dulu..Lepas aku tengok facebook tadi ada gak gelaran dewa member aku bagi dekat orang lagi…dah kerja pun masih lagi dengan dewa…dewa ni memang perkataan paling famous time aku study dulu… yang paling suka dengan perkataan ni membe aku nama dia reza…die ni membe aku yang aku paling suka berkawan sebab die sorang je suka melayan orang pendiam macam aku ni….dewa ni gelaran bila sorang tu lebih power berbanding orang lain…sekarang ni si reza ni dapat gelaran dewa sebab die punye kerja paling mantap sekarang..aku teringat time belajar tu time tu tak silap aku aku tengah belajar subjek microp..lecturer tu ade buat calculation yang agak simple…so aku terus cakap sekadar nak bergurau,’setakat ni budak darjah 6 pun boleh buat’.member aku si reza duduk sebelah aku…dia ni memang kaki bahan orang sikit…dia pun aku tengok terus tulis sesuatu dekat meja tu…aku pun tengok la ape die tulis ape..rupanya die tulis carta alir…carta alir tu tulis dari darjah 6 hingga umur aku time tu,so die buat conclusion yang aku ni mahadewa sebab subjek tu susah sikit…hahahah…siap ada maha lagi…sedangkan aku cakap camtu bukan aku cakap subjek tu senang tapi just calculation yang sebaris tu je…si reza ni memang suka bahan orang siap lecture pon di bahannya…time aku belajar dulu ada sorang lecturer tu yang memang pure india mari…so english die susah nak faham..perkataan paling kelakar ialah yay yiax…mula-mula kiteorang ingat ape, rupanya dia nak cakap yx.memang tak expect langsung dia nak cakap perkataan tu…ape lagi membe aku si reza ni la yang suka membahan lecture tu…time ade perkataan kelakar je mesti dia cakap slow-slow kat aku membahan lecture tu…hahahah..

macam-macam kenangan ada time study dulu…macam budak-budak pun ada…rasa nak kembali balik zaman study dulu…takdela bosan macam sekarang…

Thursday, January 27, 2011

Dinar emas:Tahniah kerajaan Perak...

Nampaknya satu lagi kerajaan di Malaysia ini telah mula sedar dengan potensi pelaburan emas..mengikut berita harian dinar emas dan juga dirham perak akan diperkenalkan jika mendapat kelulusan Kerajaan pusat.Kalau diluluskan aku rasa untungla masyarakat perak kerana mudah untuk mendapatkan dinar emas di perak nanti.Tetapi dinar emas ni tak digunakan dalam bentuk matawang tetapi dalam bentuk pelaburan.Tapi bentuk pelaburan dinar emas ini masih lagi tidak dinyatakan secara terperinci.Dinar dan dirham yang akan dikeluarkan dikeluarkan oleh Goldnet International Sdn Bhd iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dengan kerjasama Kuwait Finance House (KFH).Nampaknya tak lama lagi satu lagi alternatif lain untuk melabur emas akan muncul,berita baik untuk pelabur emas...

Wednesday, January 26, 2011

Dinar Iraq...boleh ke untung???

Hari tu paksu aku datang rumah aku sekadar menziarahi keuarga aku..Sebelum dia balik,dia ada bagitahu tentang Dinar Iraq...dia cakap ada member dia jual Dinar Iraq...rm5000 boleh dapat 1000000 Dinar Iraq...dia kata dia boleh tolong beli Dinar Iraq tu...tertarik jugak aku dengar tentang dinar iraq ni...aku tryla buat reserch tentang dinar iraq ni...so,daripada reserch yang aku buat matawang Dinar Iraq ni jatuh setelah pencerobohan US pada tahun 2003 sehingga tidak layak diperdagangkan secara komersial dan pada tahu 2010 iraq telah membina negara dieorang semula.Mereka sudah melantik PM baru dan bajet 2011 mereka telah dibentang...Mengikut pakar analisis matawang Dinar Iraq ni akan naik dan diapungkan pada bila-bila masa minimum 1 Dinar Iraq=usd 0.10.Tapi ada juga mengatakan Dinar Iraq ini tidak akan diapung.korang boleh tengok youtube Jim Cramer of Mad Money Talks About Iraqi Dinar .Sekarang ni nilai terkini 1 dinar irag ialah usd 0.00086.
So,cuba korang bayang kan kalau matawang Dinar Iraq ni naik...kalo korang ada 1000000 Dinar Iraq so kalau matawang tu naik kepada 0.10usd korang akan dapat rm100000 dengan bermodalkan rm5000.pergh....banyak tu...

Apehal pon pelaburan Dinar Iraq mempunyai risiko yang amat tinggi.sesipa yang sanggup tanggung risiko bolehla try...kalau nak kurangkan risiko sandarkan dengan emas dulu.Tapi hendakla mengikut syariah..melalui aku baca daripada zaharuddin.net kalo nak beli Dinar Iraq hendakla membeli by hand, bukan melalui tempahan,tiada penagguhan dan korang boleh baca sendiri dari blog tersebut..

Dinar Iraq...boleh ke untung???

Tuesday, January 25, 2011

lot.my...Mudahnya buat kedai online...

Aku terjumpa satu laman web untuk bina kedai online kita sendiri dengan tanpa bayaran.Aku sebenarnya minat dengan kedai online,just try nak berkecimpung dalam bidang usahawan ini.Mula-mula aku ingat kena bayar lepas aku baca betul-betul rupanya ianya free.Ada juga pakej premium yang disediakan.Laman webnya ialah http://lot.my/.So alang-alang free tu aku cubala setup kedai online emas aku memandangkan ayah aku sekarang sudah jadi dealer public gold dan sementara aku tiada produk sendiri cubalah setup satu.Memang mudah tak perlu bermain dengan code.So korang boleh tengok kedai online yang aku setup taksampai 1jam ni di gold4U

Thursday, January 20, 2011

laptop oh laptop....

hari ni aku nak install office 2010 yang aku download semalam sebab time aku beli laptop ni dia bagi office 2010 starter je.just ade word yang lain tu takde.lepas install aku tengok license just 26 day,guna office tool kit yang ade pon tak boleh.lepas tu ape lagi uninstall dan install yang lain sebab aku ade download tiga.tapi same gak.pas tu try search google camne nak crack.4 kali gakla aku install dan uninstall.pastu dah bosan biarkan saje, 26hari pon takpela.nanti install yang lain.

Habis install ingatkan nak surf internet plak.tiba-tiba jadi lembab dan terus screen jadi hitam.Tapi button on menyala lagi.Aku terus off kan supply kat plug dengan harapan lepas tu boleh bukak balik.Rupa-rupanya jadi semakin teruk pulak.Langsung dah tak boleh on.Try guna battery pon tak boleh.5-6kali gakla try on tapi tak boleh jugak.Bengang betul aku,takkan baru 2minggu beli dah rosak.Patutla orang cakap acer cepat rosak.Aku terus telefon kedai yang aku beli tu dan die suruh hantar kat kedai balik.Aduh,nak kene pergi seremban pulak,maun sejam setangah nak sampai kat sana.Aku ambik keputusan nak pergi seremban gak sebab bosan gila kalau laptop takde.Terus aku cakap kat mak bapak aku yang aku nak pergi seremban.Tapi aku nak naik bas sebab kalau naik kereta habis jugakla 50 duit minyak pergi balik.Aku pon bersiapla nak pergi seremban dengan memakai jersey arsenal kuning sempena kemenangan arsenal semalam.Sebelum pergi aku cubala on,kot-kot boleh ke..tapi tak boleh gak,comfirm dah rosak.Aku tak pergi bas station sebab bas stop dekat je dengan rumah aku.Lama jugak aku tak naik bas pergi seremban,berapala harga tiket rasanya.Tunggu 10 minit bas pon sampai.Aku tanyala driver bas tu,'Bang,pergi seremban berapa ringgit'.Die jawab 6.50.Perghh...dalam hati aku cakap naik 2kali ganda sejak aku form 5 dulu.ye la minyak pon naik,maintenance pon naik,nak buat camne kan.

Okla,sampai je seremban aku pon pergila kedai tu..Time technician tu try on laptop aku memang tak boleh on.Nasib baik memang rosak kalo tak buang masa je datang jauh-jauh.Lepas tu die sambung power supply.Tiba-tiba boleh on pulak.Dalam hati aku cakap,'Kurang ajar punya laptop, time ni la ko boleh on,nak gak aku trade in ko ni tapi aku gak rugi nanti.Tapi supaya tak nak membazir masa aku pon suruh die bahagi partition tu jadi dua, kalo rosak betul-betul nanti takdela hilang file aku.Tengah tunggu die buat partition lagi aku pergila ushar-ushar harga laptop.tiba-tiba aku jadi bertambah bengang sebab harga hp yang aku tengok hari tu dah turun turun rm200 dari hari tu jadi rm1800.Die cakap hp buat promotion chinese new year.Nasib harge laptop acer yang aku beli tak turun harga.

Selesai je buat partition tu aku ingat nak terus balik rumah,nak jalan-jalan kat terminal malas pulak sebab aku sorang je kalo ade membe ok jugak.Tiba-tiba aku teringat pulak sebab aku dah lama mengidam nak makan Prosperity burger.Kat bahau mane ade McD.Kali terakhir aku makan pon 3tahun lepas time belajar dulu.Rase die pon aku dah tak ingat camne.Ade hikmah rupanya laptop aku ni buat masalah rupanya,die faham perasaan tuan dia mengidam Prosperity burger ni.hahaha..Waktu aku makan Prosperity burger dalam hati aku cakap,'Laaa..camni rupanya rasenya better aku beli mat salai,dapat 3bijik,rasa pon lebih kurang.'Aku rase mat salai lebih better sebab mat salai ada lamb burger.lamb rase lagi masyuk dari beef.Lepas ni sape tak pernah makan mat salai mesti terliur nak makan betul tak.Apo laie poie la carik bak kate orang nogori.Kalo nak terliur lagi tengok mat salai ko tengok gambar kat bawah.


Habis makan aku pun naik bas balik.Kepala pun pening skit,memangla banyak ajinamoto kat burger McD ni.hahah.Ade gak nampak inspira sebijik kat jalan.Kenapala inspira design bumper camtu.dah tak sporty langsung.Dalam hati berharap sampai rumah laptop tak buat masalah lagi.Kalau tak aku campak kat longkang besar kat depan rumah tu..

Wednesday, January 19, 2011

sandarkan belian dengan emas...

ok hari ni aku nak jar korang beli laptop berharga Rm 2300 dengan harga lebih murah dari asal...Aku akan ajar dengan menggunakan teknik ar-rahnu.misalnya korang nak beli laptop aku sarankan korang beli jongkong emas dahulu yang mungkin harga sekarang 20g di publicgold berharga rm3100.aku andaikan kenaikan emas ialah 15% setahun.mula-mula ko gadaikan emas itu di ar-rahnu agrobank...nilai ar-rahnu untuk agrobank sekarang ialah rm165.80/1gm.jadiRm165.80*20=3316.so nilai marhun atau pinjaman yang diberi ialah sebanyak 70%.

70%*Rm3316=rm2321.20
so,nilai pinjaman atau marhun yang diberi ialah Rm2321.20.

kita buat simple calculation yntuk jangka masa 8 tahun.upah simpan ialah 0.75/rm100.so sebulan korang kene bayar (0.75/100)*Rm3316=Rm24.87.So, 8tahun=2387.52
maka jumlah hutang kite ialah RM2321.20+2387.52=4708.72.Andaikan purata kenaikan emas selama 8tahun ialah 15%.maka harga emas akan jadi ((15%*8)*RM3100)+Rm3100)=Rm6820.Andaikaan spread emas ialah 6%.So,lepas jual emas kite akan dapat duit6820-(6%*6820)=RM6410.80.Maka untung dalam tangan ialah RM6410.80-RM 4708.72=RM1702.08
So nilai laptop sebenar yang ialah (modal asal)-*untung dlm tangan)=(Rm3100-RM1702.08)=Rm1397.92.Kalo kenaikan emas lebih tinggi dan simpan lebih lama maka lebih murahla harga laptop tu.

p/s-nak beli sesuatu sandarkan emas.maka mesti dapat keuntungan.pastikan anda simpan duit upahsimpan setiap bulan untuk bayar setiap 6bln.seronok jugakkan belajar teknik ar-rahnu ni.dapat beli barang diskaun lagi.Teknik ar-rahnu ni jugak kite boleh gunakan jika kite nak melabur ke saham ke atau pinjam ptptn.sekurangnya kalo saham tu jatuh kite takkan rugi banyak dan bagi pelajar yang pinjam ptptn pulak lepas grad nanti boleh bayar kurang duit ptptn tu.

Sunday, January 16, 2011

celik emas part 1

Baru saje semalam pergi seminar pelaburan emas...selepas dengar semakin terbuka pulak minda aku dengan pelaburan emas ni..risiko emas ni memang amatla rendah..okla...bila sebut pelaburan emas mungkin ramai orang takut..mesti ramai yang cakap harga emas dah tinggilah,tahun lepas pun dah naik banyak...boleh ke naik lagi...rasanya kita takkan tau, sebabnya banyak faktor yang mempengaruhi turun naik harga emas ni...rasanya kalau tahun 2009 dulu kalu kita cakap pasal pelaburan emas kot,orang akan cakap macam tu tapi kita tengok 2010 emas naik lebih tinggi dari 2009...pada waktu gawat 2008, emas boleh jugak naik walaupon amat sedikit.emas bukan saja satu pelaburan tapi kita boleh mendidik diri kita untuk menyimpan emas berbanding dengan duit...okla aku tunjuk satu case study,yang mana satu orang yang bijak menyimpan..aku amik contoh pada tahun 70an dimana harga emas hanya RM 30/g..
sorang tu simpan dalam bank rm30 dan tak keluarkan sehingga sekarang dan sorang tu beli emas 1gram emas dan letak bawah katil sampai sekarang..duit tu tetap akan Rm30 dan harga emas pulak naik..drpd tu aku rase korang akan nampak siapa lagi bijak,so kita jangan fikir pasal pelaburan tapi kita didik minda kita supaya ada duit lebih beli emas jangan simpan bank...

case study 2...ok kte tengok harga kambing pada zaman rasulullah hanya satu dinar tapi sekarang rasanya boleh tak beli kambing tak satu dinar.boleh kan..aku rasa kambing pon akan pelik macam gambar kat bawah ni..sedangkan bukan harga dia tak naik tapi harga dinar tu yang naik..




p/s-Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai...tapi kalau pantai tu kat port dickson apa salahnya kita buat rumah sebab ombak dia tak sebesar mana pon...heheh

Finally arsenal come back...

akhirnya...arsenal kembali menunjukkan taringnya selepas tiada kemenangan dalam FA dan carling cup dengan penuh bergaya.hahahah....padan muka untuk pasukan israel tu..aku rasa wira arsenal kali ni ialah walcott sebab die telah menjaringkan satu gol dan menyebabkan arsenal mendapat penalti..mintak-mintak Manchester United kalah esok..boleh arsenal kejar lagi..

Saturday, January 15, 2011

Jom makan free di Restoran Mat Zin

Mano plak restoran mat zin ni...korang yang duduk luar nogori tak payah la nak tahu,memang takkan jumpanya kat en goggle tu...sebab mat zin ni famous kat kawasan aku je..restoran mat zin ni bemurah hati plak hari ni ...menjamu customer dieornang...ramai gakla datang...maun 300 orang...makan free sape tak nak..
yang bagusnya restoran ni mulakan dengan bacaan yassin dulu sebelum makan...kekusyukan membaca semakin kurang disaat-saat akhir bacaan yassin tu...hahah..restoran mat zin ni memang banyak regular customer die...sejak aku sekolah rendah restoran ni dah ada...dulu time sekolah rendah die ade bagi makan free sekali tapi ada gak sejam menuggu makanan sebab dieorng guna order makanan...tapi hari ni dia buat buffet...5minit dah dpt makanan sebab waktu aku baca yassin aku btol-btol depan makanan tu...hahaha...mewah jugak makan...ada ayam goreng,udang masak merah,sayur campur,daging kambing dan lembu.tak dapat amik gambar plak sebab henset murah,comfirm gambar blurr...kalula dapat makan free ni dapatla save duit...hahahah

Jom merempit.......

Nak tambah emas ni sebaik mungkinnya kenala tunggu harga emas jatuh...perghhhh.. malam ni harga emas merempit jatuh.ni mungkin akibat perayaan chinese new year yang semakin dekat sebab pengeluar emas banyak berada di negara china,so mungkin ni la faktor dia.mungkin ni la timing yang baik untuk pelabur menambah koleksi emas mereka dengan rempit emas pada harga emas yang rendah.Tapi mana tau 1-2 hari lagi emas ni jatuh lagi...So,kita kenala pandai menggunakan teknik dolar cost averaging untuk rempit emas ni.

Friday, January 14, 2011

Pemain bola pun buat promosi facebook...

Tu yang berlaku terhadap pemain bola sepak top turkey tuncay sanli.Akibat begitu frust dengan pasukan stoke city yang tak memberi peluang kepada dia untuk bermain..Tuncay sanli ni telah upload video top ten gol dia dalam facebook untuk jual diri sendiri.Hahaha...kesian pulak dengar sebab tuncay sanli tu agak star jugak..pemain bola sepak malaysia pun tak pernah buat camtu..Kepada pemain bola sepak Malaysia boleh la try buat teknik ni,mana tahu ada pulak kelab eropah minat pulak.

Untungnya ramai kawan.....



Dari apa yang korang tengok gambar ni aku rase kelakar plak.memang tak logik ape yang kita lihat pada gambar tu. Tapi ape aku nak ceritakan sebenar pada hari ini ialah tentang silaturrahim.Sebenarnya banyak faedahnya kite mencari ramai kawan.Antara faedah yang paling agong sekali ialah seperti disabdakan oleh rasullullah:
"Maukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada shalat dan shaum?" tanya Rasul pada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Beliau kemudian
menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturrahim" (HR Bukhari Muslim.

Berdasarkan hadis tersebut kite tahu dengan rahmat dan barkah yang diberi oleh Allah kepada hambanya dngan menjalin silaturrahim yang mane mempunyai pahala yang begitu besar.Kalau kita nak kaitkan rezeki dengan silaturrahim kita dapat lihat sebagai contohnya orang yang berjaya dalam perniagaan kebanyakan mereka yang mempunyai ramai kawan.It all about networking.Dalam belajar juga kawan penting juga sebab kite boleh dapt banyak ilmu dan info.Sebagai contoh sewaktu aku belajar dulu membe aku beritahu info peperiksaan yang dia tahu dari ppensyarah dia,waktu peperiksaan memang betul banyak yang keluar dari info-info tu,sedangkan paper tu paling aku takut dan disebabkan info tu la aku dapat jawab dengan mudah.

Tapi kita kene ingat cari kawan biar yang tak membawa kita kepada keburukan.nak berkawan dengan mereka boleh tapi janganla kita terpengaruh dengan mereka.nasihatkanla mereka.Janganla jadi macam citer ngangkung,membe main nombor ekor,kite pon terpengaruh.Tu la serba sedikit tazkirah jumaat yang aku nak kongsikan sedikit.Mari kita cari rami kawan Jangan jadi macam aku tak ramai kawan tapi aku ada alasan tersendiri.

Thursday, January 13, 2011

Letak bawah bantal,esok jadi lain.....

Mesti korang tanya apa bendala letak bawah bantal bile esoknya jadi lain....ape yang aku maksudkan ialah emas...yang lainnya ialah nilainya...kalau kita letak duit bawah bantal sama dengan nilai emas tu,esoknya nilai tetap sama.

Sebab tu la kalau kita nak menyimpan digalakkan menyimpan emas jangan simpan duit.Kita tengok perkembangan emas baru-baru ni...2hari lepas pada waktu aku beli 20g lebih kurang Rm3140 dan hari ni harga emas dah rm3160..sudah naik rm20...tapi still tak untung lagi sebab ade spread antara jual beli die.....tapi kalo jangka masa panjang kita akn dapat keuntungan...sekarang harga 1gm emas lebih kurang rm158 dan hujung tahu ni dijangka meningkat jadi rm200...renung-renungkanla sesiapa yang ingin melabur tu...


p/s-sesipa nak melabur untuk cepat, emas bukanla caranya

Wednesday, January 12, 2011

Teringat Pulak Aku...



Bile aku tengok video ni teringat pulak zaman university dulu...memang kelakar pulak rasanya bila diingatkan.
Kalau korang tengok video ini mesti korang akan rasa kehidupan kita di university menjelang peperiksaan.Bila nak datang je waktu peperiksaan kita mula akan rasa takut apalagi selepas tengok schedule peperiksaan.Tapi bila tengok banyak gap antara paper,mula la kita relax lagi layan moviela,tido,dengar lagu,jalan-jalanla.Time sehari dua nak peperiksaan tu barula nak mula bertungkus-lumus bersengkang mata nak buat revision.kadang-kadang tu malam exam langsung tak tidur.Habis exam tu mula la kecewa dan ada pulak tak puas hati dengan soalan peperiksaan sedangkan kita yang tak habis study.Tapi sekejap je kecewa tu,lepas beberapa jam terus huha sana -sini....

Apa pulak kenangan korang dekat university dulu...mesti teringin nak kembali balik kat zaman tu kan.

Tuesday, January 11, 2011

Murah ke ni....acer aspire 4738G

Finally i got my own lappy acer aspire 4738G...sebelum ni hanya pakai laptop usang sekolah mak aku je...takpon kalo adik aku cuti boleh pinjam laptop dia..sebenarnya tak plan nak beli hari ini tapi alang-alang ade kat seremban teruskan saje niat aku nak beli laptop..survey pun tak..takpela dengan hati kering pegi jela satu kedai kat seremban tu sebab yang aku tahu kedai tu paling banyak jual laptop dan lebih murah..

Cadang nak beli budget laptop gaming.budget aku 2000 dan aku nak intel core i3 dan ade graphic card..sampai kedai tu aku tanyela cina tu mane laptop yang ade ikut akunye pilihan tu..ade 2 hp dan acer.kalau nak hp kene tunggu 2jam nk install window..so aku pilih acer harga 1999 spec pon okey..intel core i3,ati radeon hd5470,2Gb ram,500gb hdd,1years warranty dan 11 free gift.rasenya aku rase ni dah cukup murah..Sebab acer memang murah dan spec pun bagus..tiba-tiba aku terjeling sebelah aku...hati aku mula berdegup kencang..dalam hati aku berkata ni rupanya cinta pandang pertama..acer aspire 4738G tula cinta pandangan pertama aku intel core i5,amd radeon hd6370M,4 gb ram,500 gb hdd,3 years warranty dan 20 free gift.just add 145.wah ni tak boleh jadi ni...murah ni...lantas aku pon cakap kat cina tu..bang bungkus ni 15 boleh tak..die pon menjawab tak bolehla dik sorang boleh beli 1 je.la...dah macam beli minyak pulak dah.die kata ni harga pc fair.aku pon angkatla satu.

lepas tu aku sekeluarga pon balikla kat rumah dengan penuh bangga sebab dapat laptop murah..dalam hati aku tertnya-tanya apsal lebih sikit je dari harga intel core i3 tu.tak pernah aku dengar ada graphic card ati radeon hd6370M sebelum ni.aah persetankan semua tu..balik aku terus bukak laptop aku..rupa-rupanya graphic card die amd radeon bukan ati radeon...baru aku sedar..sudah...menyesal pulak...tamak punya pasal dah silap...aku tryla google tentang AMD radeon hd 6370M ni...fuhh lega..rupanya graphic card ni just rename untuk nama ati radeon hd5470 maknanya aku tak rugi..bolehla main pes 2011..

Saturday, January 8, 2011

Cara Download Hotfile Secara Premium....laju macam turbo

hari tu aku ade janji macam mane nak download hotfile premium..cara ni bukan saja untuk download hotfie premium.Rapidshare,megaupload,fileserve dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya pon boleh.sejak aku tahu cara untuk download hotfile premiun ni,aku dah tinggalkan torrent atau p2p.Lebih laju.Aku punye streamyx yang paling basic pun bleh cecah 60kb/s.Aku tahu cara ini pun dalam syoknyadownload .Mari kita belajar ye adik-adik..

Step 1
Korang masuk kat national4all.org.Pastu lepas dah register korang dah boleh log in dan akan keluar seperti di bawah dan korang tekan mirror 1:


Step 2
Lepas korang dah log in dan tekan mirror 1 tu korang boleh post korang punya link download kat chatbox mereka.Dia ada cara dan rule nak post link download korang.
Tak boleh post benda-benda 18sx.Kalau korang ada hati nak download video budak sekolah terlampau tu batalkan saje hasrat korang nanti kene banned.Cara post die ialah POST 1 LINK + FILE NAME + FILE SIZE.Nak cari link movie selalunya yang ade semua latest movie di jieazzmovie dan DVDrip .Cara die aku tunjuk kat bawah.Misalnya kalau korang nak download lagenda budak setan.korang type kat blog DVDrip tu dan korang pilih link yang diberi.Dalam contoh ni aku ambik link hotfile.Format link die kan POST 1 LINK + FILE NAME + FILE SIZE.So kalo korang tengok gambar kat bawah korang akn post begini ke chatbox dieorng http://hotfile.com/dl/68022013/6ff503e/Lagenda.Budak.Setan.2010.DVDRip.x264.AC3.KaRL.JWG.part1.rar Lagenda.Budak.Setan.2010.DVDRip.x264.AC3.KaRL.JWG.part1.rar 193.4 MB

.

Step 3.
Bawah ni korang bleh tengok mana nak letak link yang korang amik tadi di chatbox dieorang


That all.tunggula kat chatbox tu hingga admin dieorang hantar link baru.kalo boleh korang mestila ade sofware internet download manager untuk tambah speed download korang.Kalo takde boleh download di blog theotherkhairul.

Friday, January 7, 2011

KISAH PEMUDA TAK TIDUR 3 TAHUN......


Hari ni aku nak share satu kisah orang tak tidur 3 tahun.Asyik tengok kisah panas artis malaysia je,sesakali dengar kisah lain ok jugak kan.Ada ke orang tak tidur 3tahun walaupon seminit?macam mustahil je.tapi jawapannya memang benar.sebab ape aku cakap benar..sebab ni memang kisah benar yang berlaku ke atas diri aku sendiri.seperti mane korang tengok gambar kat atas tu macam tu la kehidupan aku hampir 3tahun semenjak tahun 2008.setiap kali aku nak tidur mesti aku akn lihat jam.bila dah subuh terus bangun dari berbaring.perasaan tension memang la tak boleh nak dikatakan.Tapi alhamdullilah aku sempat habiskan degree aku di uitm sebelum aku dapat penyakit ni dan aku dah mula boleh tidur sikit sejak setengah tahun ni walaupun sekejap dan tak senyenyak diri aku dulu.Tapi aku tak sempat untuk pergi convocation sebab waktu tu aku tengah teruk sakit.Sebelum tu aku memang ada sejarah susah nak tidur semasa aku form 3 dan form 5.

bila orang tanya aku..ko tak pergi berubat ke faiz?dah macam-macam cara aku dah lakukan.cara tradisional,moden dan macam-macam lagi.dah habis beribu duit keluarga aku habis mengubatkan aku sehingga aku sanggup mengajak ayah pergi mengerjakan umrah untuk berdoa kepada Allah.Aku juga dah dirujuk pakar psiakitrik sehingga kepala aku dicurrent(ECG) sebanyak 6 kali dan aku dicucuk setiap 2minggu selama setahun.Aku tak kisah sangat dengan tak boleh tidur.tapi paling aku tak terima kenyataan dan takuti ialah aku tiba-tiba aku berfikiran seperti orang anti-islam dan keadaan fizikal aku jadi lemah sehingga aku nak jogging pun dah tak larat.aku dah tak boleh lakukan aktiviti seperti orang seusia aku.Sebenarnya banyak lagi implikasi dari penyakit aku ni yang aku susah nak ceritakan.

aku selalu tertanya-tanya adakah aku akan jadi ahli neraka dengan pemikiran aku sekarang?kenapa aku berubah sikap?tapi aku tak boleh kalah dengan pemikiran aku.aku tak pernah terfikir nak jadi macam ni walaupon sesaat.aku sekarang mula selalu ke masjid dan memperbayakan baca al-quran.tapi setiap kali aku beribadah mesti aku tertanya-tanya adakah ibadah aku diterima oleh Allah?dan setiap kali aku nak rasa gembira aku akan terkenangkan apa akan terjadi pada aku pada alam barzakh dan hari akhirat?Tapi aku tetap bersangka baik mungkin ini satu ujian kepada aku.

2tahun pertama aku dapat penyakit ini kehidupan aku betul mati.hidup aku hanya semata-mata baring,ibadah dan makan.tv pon aku tak tengok.lepas 2tahun aku dah mula cuba mengembalikan kehidupan aku..aku mula tengok tv dan bulan ramadhan baru-baru ini ayah aku pasang streamyx.aku tulis blog ni pun sekadar nak mengisi masa lapang aku.aku mula berminat membaca blog tanpa sengaja selepas aku baca blog sharinginfoz dalam entry dia OM Burger: Burger Paling Sedap di Kuala Lumpur?tu pon selepas aku google tentang kedai burger yang sedap sebab aku memang peminat burger.selepas tu aku mula membaca banyak blog orang lain.banyak juga la blog otai yang aku baca macam blogariff,ridzuanrichie dan zackzukhairi.Disebabkan penyakit ni la aku menganggur sampai sekarang dan aku ada reason-reason aku tersendiri kenapa aku tak kerja..

Pada tahun 2011 ini aku mula bertekad untuk membuat sesuatu untuk kehidupan aku.aku perlu buat sesuatu.aku cuba menulis blog untuk mengisi lapang aku dan cuba mencari rezeki halal dan membuat research dalam internet marketing.Satu hari nanti jika aku diizinkan Allah untuk hidup normal macam orang lain aku akan membaiki kesilapan yang aku lakukan selama ini yang dipersia-siakan.doakan la aku untuk berjaya.

p/s-Ada tips mengatsi masalah tidur???kongsi la kat aku...sape yang baca blog ni jadikan kisah aku sebagai teladan.janganla mempersia-siakan kehidupan korang dengan lakukan perkara yang dilarang oleh Allah dan lagho.

kenapa la indon begitu taksub dengan laser..

skarang ni orang indon mmg tak boleh dengar pasal laser aku rasa...cakap pasal laser je terus kene kutuk ngan penyokong indon..tu yg terjadi kat bro ridzuan richie otai blogger kite..baru bergurau ttg nk jual laser dlm twitter terus penyokong indon kutuk die..korang bley baca selebihnya dalam entry bro ridzuan dalam entry die Kena Kutuk Penyokong Indonesia Sebab Laser

Thursday, January 6, 2011

wa respect sama lu wenger

aku rase yang tu yang akan aku cakap pada wenger kalau aku jumpe die.Sebabnya wenger baru saje membongkar rahsia bahawa die pernah dilamar oleh man.city sewaktu Mark Huges dipecat dari city.kalau die pindah comfirm gaji dia berganda memandangkan city antara kelab terkaya.Disebabkan falsah wenger yang tidak suka dengan cara pemilik city yang suka membeli bintang dan bukan melahirkan bintang dia menolak tawaran tu.

Bagus Wenger teruskan dengan Falsafah anda.Chaiyokk..you can do it.

Arsenal Seri Bergaya,Man City Main Macam Sampah

Nampaknya permainan sampah man city kali ni menghalang arsenal untuk menang kali ni.Makin jauh la nampaknya ngan MU.Tension btol aku tgk city main defend memanjang.Fabianski ape lg tgk je membe-membe die menyerang.silap-silap bley makan nasi lemak lg kat pintu gol tu.nasib tak menyebelahi arsenal walaupon banyak serangan yg dilakukan oleh rvp,fabregas dan walcott.nampaknya scorer arsenal yg aku minat skali Samir Nasri tak berjaya hasilkan gol kali ni.



p/s-sape peminat mania arsenal bley la masuk kat blog http://pencintaarsenalfc.blogspot.com/

Pinangan Tottenham Untuk David Beckham Disetujui LA Galaxy

Nampaknya ni antara satu perpindahan yang paling hot untuk January transfer untuk EPL.
KelabTottenham nampaknya semakin bersungguh untuk cuba merebut gelaran epl untuk sesson ini.Tapi persetujuaan dari Beckham belum lagi dipersetujui.

Tapi rasanya mampu ke Beckham membantu Totthenham...Sebab sepanjang die berada di Galaxy die tak banyak menyumbang kepada pasukan tu.Bagi aku loan ni mencerahkan lagi harapan Tottenham utk rebut tittle EPL walaupun Beckham sudah agak berumur tapi passing,free kick dan corner kick die masih lagi terbaik dari ladang bak kata nabil raja lawak.kombinasi anatara van der vaart dan beckham rasenya agak mantop gak.Info dari espnsoccernet.

Wednesday, January 5, 2011

aku peminat ARSENAL...

bile orang tanya kelab ape ko minat faiz?tanpa teragak-agak aku akan menjawab arsenal walaupon arsenal dah lama tak menang title epl dah lama.

kenapa aku minat arsenal???paling yang aku kagum sekali ngan arsenal ni kelab ni setahu aku tak pernah beli pemain bintang tapi kelab ni ramai melahirkan bintang.yang paling star pon pernah beli ialah arshavin tu pon tak star sangat dikenali pon lepas perform kat EURO 2008.Thierry Henry dulu pon waktu main ngan arsenal pemain tak famous sebelum ke arsenal.Faktor kedua ialah ialah permainan kemas arsenal main yang mementingkan short pass yang tak suka bermain defend.Sebab tu arsenal banyak gol last-last minute disebabkan taktik serangan dieornag hingga final whistle dan sebab tula arsenal boleh dikatakan ada bolos pada setiap match.

Rasa tak sabar pulak rasenya nak menanti pagi nanti match antara arsenal ngan manchester city.susah gak nak lawan m.city ni lag-lagi plak time m.city tgh perform sekarang

betul ke bekalan minyak masak mencukupi..

semenjak 2-3 hari ni kita dengar banyak rungutan tentang kehabisan minyak masak..kenapa perkara ni boleh berlaku sedangkan aku rasa sebelum ni tak pernah lagi kita dengar tentang krisis minyak masak kat malaysia ni...tak mungkin malaysia kehabisan minyak tu munkin tak logik sebab malaysia dan indonesia merupakan pengeluar utama minyak masak dunia iaitu 85%.Menurut sumber kosmo perkara ni berlaku sebab ada pihak yang menyorokkan minyak ni disebabkan spekulasi yang harga minyak sawit akan naik...

tapi aku ade rase pelik sikit sebab kat tempat aku tak pernah terjadi hal-hal sorak bekalan makanan ni pon boleh habis minyak.masa time gula takde dulu pon tempat aku takdelah masalah mcm nih..bilala aku bley makanan berminyak ni...dah 2hari makan makanan  tak berminyak...ok gak tu blehla buang kolestrol..heheh

bilalah malaysia nak lahirkan bintang dunia bola sepak...

teringin pulak rasanya aku lihat tengok pemain kita main kat epl ke LA liga sepanyol ke serie A italy ke.takpon dapat main J-legue pon aku rase dah hebat dah.

kalo ikut stastik bintang dunia argentina merupakan negara paling ramai pemainnya bermain untuk luar negara iaitu sebayak 2204 pemain mengikut sumber harian metro.tapi kite takkan sorng pun tak boleh.teruk sangat pemain kita main.aku rasa kalo pemain kita diberi peluang pendedahan bermain kat eropah ke aku rase dieorang semua boleh jadi bintang tapi kenalah berdisiplin dalam training macam pemain-pemain bintang dunia.contoh terbaik bintang dunia yang begitu hardwork dalam training dia ialah cristiano ronaldo.cristiano ronaldo akan sentiasa stay lepas training session die dengan berlatih free kick,trick-trick bola sepak.die jugak begitu commited dalam menjaga fit badan die,dengan makan berkhasiat dan angkat berat.sumber ni aku dapt dari http://www.soccer-training-info.com/how_to_play_like_cristiano_ronaldo.asp

cuba kita lihat goalkeeper muda malaysia kita khairul fahmi aku rase ok ape die main.van der saar yang dah tua tu gantilah ngan khairul fahmi.hahahaa.malang betul pemain bola kita ,yang minat ambik dieorang pon liga indon dan vietnam.okla dari takdekan.mungkin pengurusan bolasepak negara kita janganla berpolitik sangat dalam bolasepak ni.

que haidar ade adik di jepun????

ni dh kire citer hangat nie...kenapa que haidar tak pernah beritahu yang que haidar ada adik di jepun..hahaha.ni sume gurauan sebenarnya aku nak citer sorang mamat pelakon jepun ni yang ade iras que haidar...to que haidar i'm just kidding..kalo kau tak parcaya kau tengok gmbar dekat bawah ni..name dia que akanishi....hahaha..takdela name sebenar die jin akanishi...

que haidar ade adik di jepun????

mamat ni aku jumpe dalam satu watak lepas aku tengok drama Jepun gokusen season 2...citer ni bagus kalo korang sume tengok penuh dengan pengajaran terutamanya untuk para guru zaman sekarang yang terpaksa hadapi banyak karenah budak sekolah terlampau dan nakal sekarang...

Tuesday, January 4, 2011

pagi yang mengejutkan dan sedih....

bangun pagi aku terus tgk laman web publicgold nk tengok hrge semasa emas...yela mak aku baru saje pencen...dapat duit pencen ingat nak labur sikit untuk kembang duit tu tapi yang tak ade risiko kerugian...selain asb aku rasa emas lagi menguntungkan untuk masa sederhana dan panjang..so mak aku suruhla aku research tentang pelaburan ni...lepas tengok harga emas aku pon bincang dengan ayah aku ttg harge emas...harge emas turun pagi td tapi utk jangka masa panjang tu tak jadi masalah..lepas tu mak ayah aku nak pergi ke pasar...

tiba-tiba....mak aku meluru masuk kerumah sambil menangis..faiz kucing oren yg manja dengan ko tu abah terlanggar...ya allah dengan perasaan sedih dan kecewa aku meluru keluar melihat kucing tu...dan keluarla khalimah alhamdulillah,rupa-rupanya kucing tu bukan kucing yang rapat ngan aku..mak aku tersilap tengok

tapi aku tetap sedih sebab kucing yg mati tu selalu duduk depan umah aku untuk mintak makanan...dh berbulan jugak dok umah aku..walaupon aku tak rapat ngan kucing tu tapi tiap-tiap hari aku bg makan kat die..keluarga aku mmg akan bagi makan mane2 kucing datang kat umah aku..kire kucing mati tu antara kucing yg setia dok umah aku...

p/s- sape yg bawak kete tu rajin2 la tengok bawah kete...mane tau ade kucing tengah tido kat bawah tu.

SITEMAP