Pages

Monday, February 28, 2011

Mudah ke nak jadi orang Sabar....

Assalamualaikum..

Entry kali ni moh kita bincang bab sabar...aku nak kongsi pasal sabar ni sebab sabar ni sebahagian dari iman kita...bukan separuh ye...kalau separuh mudah betul nak sempurna iman...kadang-kadang mudah sangat kita nasihat orang supaya bersabar...tapi mudah ke nak jadi orang bersabar...kadang-kadang tu sebab benda yang kecil pun kita tak boleh sabar apetah lagi nak terima sesuatu yang besar untuk menguji kesabaran kita...oklah sebagai contohnya:

Situasi 1:
Korang tengah membaca entry seorang blogger yang telah ditimpa pelbagai ujian...korang begitu simpati dan terasa teringin menghantar komen bernas untuk nasihat blogger tu bersabar...korang punya bersemangat menulis hingga hampir melebihi 180 patah perkataan,kiranya kalau PMR tu dah comfirm korang dapat A..ntah kenapa kucing korang hari tu begitu gembira dan aktif pulak hari tu bermain dengan kabel power laptop korang...di saat korang hendak menekan post comment tiba2 laptop korang padam sebab kabel power korang tercabut...dengan lajunye korang tempeleng kucing tu sambil merungut,"bodoh betul la kucing ni,puas aku menaip senang2 je ko cabut kabel tu ye"

Mudah ke nak jadi orang Sabar....

Situasi 2:
Korang bersama member korang pergi ke kedai mamak...member korang cerita dekat korang yang dia baru hilang kereta evo IV(padahal waja convert jadi evo) dia...korang terus nasihat member korang bersabar tapi mee goreng mamak berserta telur mata kerbau yang cair di bahagian kuning yang korang order tak sampai-sampai...dengan penuh 'kesabaran' korang pon melambai2 memanggil waiter tu,"macha,mane mee goreng mamak saya,ni nak berniaga ke taknak"padahal time tu ada live match Arsenal tengah belasah MU 6-0 dah comfirmla ramai orang(pernah ke Arsenal belasah MU camtu..heheh)
Mudah ke nak jadi orang Sabar....

Situasi 3:
Korang nak balik kampung cuti Hari Raya...jalan punyala jammed..tapi disebabkan bulan Ramdahan korang hanya tersenyum lebar sambil mengangkat tangan pada kereta sebelah sambil menyanyikan lagu Harapan Ramdhan Man Bai...tiba-tiba datang sorang mat rempit mencilok depan kereta korang hingga korang terpaksa break emergency sambil marah-marah,"woi,nak mati ke,dah hidup lama sangat"..lebih teruk lagi korang tak sengaja mendoakan orang tu,"memang tak panjang umur la orang camni"

memang susahkan nak jadi orang yang sabar ni...kenapa susah sangat jadi orang yang sabar ni...sebab hikmah orang yang sabar ni memang dijanjikan Allah ganjaran yang hebat di hari akhirat...benda yang besar ganjaran mestila susah nak dapatkan...contoh ganjaran besar orang yang sabar ni ialah bila Rasulullah menceritakan tentang seorang wanita yang masuk syurga disebabkan sifat sabarnya..

Daripada Ata bin Abi Rabah. Berkata Abbas kepadaku, “Mahukah aku tunjukkan seorang wanita syurga kepadamu?” Kataku, “Ya.” Dia berkata, “Wanita hitam ini datang menemui Rasulullah saw dan berkata, ‘Ya Rasulullah, aku menghidap sejenis sawan yang menyebabkan auratku terbuka, doakanlah untukku ya Rasulullah.’ Rasulullah berkata kepadanya, “Jika kamu mahu, bersabarlah dan kamu akan masuk syurga; dan jika kamu mahu, Aku akan meminta Allah menyembuhkan penyakitmu itu.”
Wanita itu berkata, “Aku akan terus bersabar.” Dan dia menambah, “Tetapi auratku akan terdedah kerananya, jadi mintalah kepada Allah untukku agar auratku terpelihara. ”Rasulullah pun mendoakannya untuk itu..

Apa yang hebat lagi golongan yang bersabar ni akan mendapat rahmat dan selawat dari ALLAH seperti firmanNya:

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).
sumber:hafizfirdaus.com

p/s-marila jadi orang yang bersabar

Kekalahan Bodoh Arsenal...

Assalamualikum...

Kecewa betul aku tengok match malam ni...harapan Arsenal nak mendapat throphy pertama selepas 6 tahun berkecai selepas kesilapan bodoh dari defender dan keeper Koscielny dan Szczesny...boring betul aku tengok match macam ni...bila pasukan yang banyak menyerang last sekali kalah disebabkan kesilapan bodoh...dah banyak kali Arsenal buat macam ni...kalah pada saat akhir..Lepas tu aku tengok Arsenal main tak yakin macam Birmingham ni pasukan yang hebat sangat..mungkin ketiadaan Fabregas dan Walcott memberi effect kat Arsenal pada malam ni..lepas tu Van Persie keluar agak awal sebab cedera sikit aku rasa time nak menyaringkan gol...tapi aku seronok tengok Samir Nasri...banyak percubaan dari Nasri ni tapi keeper Birmingham Ben Foster memang hebat malam ni..

p/s-ape2 pon Arsenal kalah bukan kerana Birmingham lebih hebat..

Saturday, February 26, 2011

Mimpi Deja Vu....

Assalamualaikum..

Aku rasa korang semua dah tahu deja vu tu apa kan...pernah tak kadang-kadang korang rasa dalam satu peristiwa atau kejadian yang korang dah pernah alami sebelum tu...tapi tak jelas sangat la...sebagai contoh korang baca entry blog aku lepas tu korang pun cakap,"macam pernah tengok je entry ni,dah comfirmla copy paste je budak ni"sedangkan korang baca entry tu dalam mimpi korang sebelum tu...hahahha(contoh mengarut)...tapi aku rasa korang mesti pernah rasa perasaan tu..betul tak...sebab aku sendiri banyak kali rasa perasaan macam ni...ada orang cakap ni dikatakan sebagai Deja Vu atau dikenali sebagai Deja Moss....dah banyak cerita pasal deja vu ni keluar dekat tv...aku berminat jugak nak tahu pasal deja vu semua ni..ada orang claim diaorang ni ada kuasa deja vu dan selalu dikaitkan dengan kuasa psikik...so,aku terjumpa satu komen seseorng dekat satu article Deeja vu ni..

Adlin says:
April 18, 2010 at 4:24 pm

Saya telah banyak kali mengalaminya.Lagi kelebihan saya ialah setengah percakapan saya menjadi realiti tapi saya jarang bercakap/pendiam, kuat daya firasat,mengetahui sifat seseorang,orang sedang menipu ketika bercakap,bangun tidur tepat pada masanya tanpa mengunci jam dengan niat dalam hati,telekinesis(objek ringan).Saya juga hampir-hampir boleh terbang ketika saya sedang menyanyi sambil berjalan(terasa badan ingin terangkat ke udara).Semua ini saya tidak bergurau.Semua kebolehan saya ini sedang berkembang kuat dan semakin banyak.Saya rasa kehairanan dan berdebar pada mulanya.Saya rasa seolah-olah saya sedang bermimpi setiap kali terjadinya perkara luar biasa tersebut.Sekarang ini kebolehan saya bertambah pula dengan kebolehan baru iaitu empati (meniru kedudukan atau kelebihan orang lain).Kebolehan ini juga semakin berkembang.Tidak tahu lagilah apa lagi kebolehan yang saya akan ada dan yang sedang ada.Orang lain tidak tahu pun.
Tapi bagus juga saya ada kebolehan tersebut kerana dapatlah saya menjaga diri saya suatu hari nanti. Saya tahu pasti ada orang yang tak percaya pada saya setelah saya beritahu.Terpulanglah nak percaya atau tidak.Hanya Tuhan yang tahu.


So,apa pandangan korang tentang komen ni...mesti ada yang cakap,"dah kompem mamat ni gilo,siap terbang-terbang lagi,ko ingat ko ni Clark Kent ke"...tapi macam korang baca kat atas dia siap tulis hanya tuhan yang tahu,takkan nak tipu kot...

okla..aku nak cakap panjang-panjang pasal deja vu ni aku pun tak tahu sangat..sekarang ni kita cakap pasal mimpi pulak..tapi bukan mimpi basah la kan...aku cuma nak cakap pasal tafsiran mimpi..banyak sangat aku dengar pasal tafsiran mimpi yang menakutkan macam aku jumpa ni..

"jika anda bermimpi gigi tercabut beserta air keluar dari mulut tanpa henti seperti air paip maka ader orang yg rapat dgn anda akan meninggal dunia"

Tapi tafsir mimpi menurut Islam memang ada contohnya:

* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
* Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
* Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
* Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
* Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
* Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
* Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
* Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
* Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
* Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
* Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
* Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
* Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
* Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
* Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
* Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

sumber:halaqah.net

tak silap aku kalau kita tidur roh kita akan merayau-rayau ke tempat lain...tu yang ada orang tidur mati tu...roh dia pergi melancong pergi Eropah agaknya...tapi yang paling aku bangga waktu arwah nenek aku pergi Mekkah waktu aku kecik dulu,dia nampak aku berjalan-jalan dekat dengan Kaabah...aku rasa petandanya aku akan pergi Mekkah awal sebab aku satu-satunya dalam adik-beradik dah menjalankan ibadah Umrah...

p/s-jangan terikut-ikut sangat dengan mimpi...

KHURAFAT tak takut langsung....

Assalamualaikum...

Aku tengah bosan sebenarnya tgh2 malam ni...mata tak ngantuk pulak akibat melayan movie Khurafat ni yang aku download siang tadi...saje je aku tengok tgh2 malam cerita Khurafat ni sebab nak rasa feel takut...aku sebenarnya tak reti nak review2 pasal filem ni sebab aku ni buta seni...tapi alang-alang bosan yang amat sangat aku nak cerita sikit pasal filem Khurafat ni...korang jangan terpengaruh pulak dengan tajuk entry ni...aku cakap Khurafat ni tak takut langsung sebab biasala tengok pakai laptop...screen pun kecik di tambah pulak pakai earphone cap ayam...aku siap boleh makan hotdog cheese dengan berselera lagi tengok Khurafat ni..sebab tu aku tak suka sangat tengok movie kat laptop ni takde feel...

Filem Khurafat ni bagi aku memang antara movie hantu yang best gak aku pernah tengok yang tak banyak benda-benda mengarut...banyak suspend dan kejutan...lagi-lagi bahagian hantu muncul tiba-tiba pastu siap main cuit-cuit dan peluk lagi...hehee..ditambah pulak suspend nak mengagak siapa sebenarnya mengamalkan khurafat ni...aku malas cerita panjang-panjang takut korang belum tengok lagi...yang kaki wayang tu memang comfirm dah tengok...kang tak suspend pulak tengok...Tapi siapa yang jenis menjiwai watak tu memang cuak la sebab kalau korang bayangkan yang korang ni berada di tempat Syamsul dalam watak movie ni..contoh macam scene ni..

cuak gila kalau bayangkan kita dekat bilik mayat sorang2 waktu malam...siang pun dah cuak apa lagi malam

Angkat jenazah tengah-tengah hutan...gila..kalau aku biarkan jenazah tu tgh hutan tu...pastu cari orang mintak tolong

tapi yang tak bestnya filem Khurafat ni terlalu pendek dan tak puas ditengok...yang paling penting pengajaran cerita ni...satu,amalan khurafat memang semua dah tahu akibat dia..yang kedua pengajaran filem ni,ajal bila-bila saje boleh sampai...macam dalam movie ni Si Syamsul(Johan)ni borak-borak dengan member dia pasal jenazah Si Anna dalam van pastu accident,meninggal...Tu jela aku nak cerita..cerita panjang-panjang marah plak kang...yela,korang baru je siap download movie ni...tiba-tiba pulak ada plak mamat ni cerita dari awal hingga habis...maun tak didelete file tu...heheh...sape tak download lagi movie ni boleh download kat jieazzmovie sebab blog ni selalunya movie dia file kecik2 sebab di encode ke format mkv...

p/s-esok nak layan HAQ pulak..bosan betul tengok kat laptop ni...lepas ni sape nak tengok wayang bawakla aku sekali ye...

Friday, February 25, 2011

Tak habis lagi Raja Lawak....Maharaja Lawak pulak keluar...

Assalamuaikum....

Lepas baca Harian Metro tadi nampak pulak pasal Maharaja Lawak ni...Maharaja Lawak ni akan keluar bermula 1 April ini..tapi yang tak best ni siaran ni hanya ada dekat Astro Warna dalam Pakej Mustika...Aku kadang-kadang layan jugak Raja Lawak ni tapi yang season-season awal dulu aku minat la...sekarang ni banyak yang hampeh dari yang lawak..

Apa yang best tentang Maharaja Lawak ni dieorang himpunkan semua finalis Raja Lawak yang dulu untuk bertanding...Finalis Raja Lawak ni diberi pilihan bergabung antara satu sama lain...yang best sekali Zizan dengan Johan bergabung bersama tapi Nabil masih lagi nak solo..semua finalis Raja Lawak ada kecuali Along,Angah dan Azrul...tak best gak 3 orang ni takde...sebab tiga-tiga ni aku minat...Maharaja Lawak ni akan dihostkan oleh AC Mizal...tak sabar rasanya nak tengok Maharaja Lawak ni..

p/s-Dewa Lawak bila pulak nak buat..

Aduhh...malang btol la pagi ni...

Assalamualaikum..

Lepas siap entry pasal minyak tadi aku terus ambik duit nak pergi kedai beli surat khabar...kedai dekat je...jalan kaki pun boleh...tapi pemalas punya pasal aku ambik kunci kereta sebab nak bawak kereta...kereta yang aku nak bawak tu belakang kereta ayah aku...kereta tu memang rpat dengan kereta ayah aku..jalan berbukit pulak tu..

Kereta aku bawak ni kereta Proton Savvy...kalau sape tak tahu lagi Savvy ni gear reverse dia sama dengan gear satu tapi cara dia lain sikit...kalau dah masuk gear reverse tu dia akan bunyi..tapi ntah apa hari ni leka punye pasal aku dengan penuh yakin tak sedar yang aku termasuk gear satu...tekan minyak lepas handbrake..tiba-tiba, bunyi....boooommm...bapak aku takde rumah ni..dia pergi masjid bersihkan masjid...menjawabla aku dia balik rumah nanti sebab bumper belakang kereta dia pecah sikit...

Aduhh,,,malang btol la pagi ni...

p/s-jangan leka bawak kereta

Harga Ron 95 dan Diesel kekal...

Assalamualikum...

Pagi ni tengok berita Awani keluar pulak muka Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob cerita pasal Ron 95 dengan diesel..so,keputusannya harga Ron 95 dengan diesel ni dikekalkan walaupun harga minyak dunia naik...dia cakap subsidi minyak sekarang ni ialah sebanyak RM10.3 bilion dan kalau trend harga minyak ni berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion....

Wah...dah ramai nampaknya tersenyum dengar berita ni tapi malangnya harga barangan makanan meningkat terutama produk import sebab Sabri Yaakob cakap "kita tidak bercadang untuk menaikkan subsidi barangan lain"...so,memang bertambah jugak perbelanjaan kita walaupun harga minyak ni tak naik...tapi nak buat camner kan...ni masalah dunia bukan Malaysia saje....

p/s-belila makanan buatan malaysia

Thursday, February 24, 2011

harga minyak dunia naik,inflasi naik,emas pun naik

Assalamualaikum...

Lama betul aku tak cerita pasal emas ni...sekarang ni banyak betul negara yang melakukan revolusi terutamanya negara pengeluar minyak di Asia Barat dan Afrika Utara terutamanya di Libya..Apa yang lebih menakutkan harga minyak akan terus naik disebabkan gerakan anti-kerajaan di Iran yang merupakan pengeluar kedua terbesar minyak di OPEC..Semalam pasaran saham global pun jatuh merudum semalam...Bila harga minyak ni naik mula la inflasi naik dan harga barang pun naik..ditambah pulak banyak bencana alam yang berlaku di banyak negara pengeluar makanan,so kenaikan inflasi memang tidak boleh dielakkan..

Apa yang berlaku ini memeberi kelebihan kepada emas...sebelum revolusi ni berlaku, harga emas jatuh merudum disebabkan pengukuhan harga matawang USD...tapi dalam minggu ni harga emas telah kembali dengan trend menaik...Ni la antara faktor-faktor fundamental bagi harga emas....minyak naik,inflasi naik,USD turun maka harga emas akan naik...Kalau kita tengok harga emas Public Gold yang aku catat pada 28 January hari tu...harga jual bagi 20gm emas ialah RM 2987 dan hari ni harga jual emas ialah RM 3168...So,kenaikannya sebanyak 6% hanya dalam masa tak sampai sebulan...ni telah banyak memberi keuntungan kepada perniaga emas tapi bagi pelabur emas harga ni belum memberi keuntungan lagi disebabkan spread antara jual beli emas...Tapi bagi yang membuka buku akuan emas rasanya sudah mula mendapat untung jika mereka buka sebelum Tahun Baru Cina hari tu disebabkan spread akuan emas ni lebih rendah berbanding emas fizikal...

Bercakap pasal akuan emas baru-baru ni CIMB pula telah membuka akuan emas mereka iaitu CIMB Bank Gold Deposit Account...Apa yang menarik akuan emas CIMB ni spread jualbeli dia lebih kecil berbanding akuan emas bank lain iaitu hanya 3% saje...pembelian minimum pertama akuan emas CIMB pun rendah iaitu 10gm lebih kurang sekarang ni RM 1396...Tapi lepas aku tanya dekat kaunter CIMB haritu CIMB tidak ada redemption fizikal emas,so just akuan saje...Baru-baru ni jugak tak silap aku ada satu lagi company yang dikenali LogamMulia mengeluarkan dinar emas...Bertambah-tambah nampaknya alternatif untuk melabur emas ni...

Apa yang lebih menarik ialah kenaikan harga silver...baru-baru ni harga silver telah naik tinggi memecah rekod 31 tahun...mengikut pengiraan aku,bagi pelabur silver mereka sudah mendapat untung sebanyak 5% jika mereka beli sebelum tahun baru cina hari tu..keuntungan tu termasuk spread jual beli...Kalu tak dikira spread jual beli harga silver telah naik sebanyak 20% hanya dalam masa sebulan..
harga minyak dunia naik,inflasi naik,emas pun naik

p/s-apa-ape pun pelaburan emas dan silver untuk jangka masa panjang...

Wednesday, February 23, 2011

Lurus Bendul vs Jujur

Assalamualikum...

Entry kali ni kita bincang pasal lurus bendul...selalu kita tengok orang yang lurus bendul mesti banyak kali dipermainkan...dah banyak aku jumpa orang yang lurus bendul dekat sekeliling aku....kadang-kadang pelik juga tengok orang yang lurus bendul ni...senang sangat kena tipu...adakah orang lurus bendul ada jawapannya dalam sains...aku cuba gak cari kat en.google tentang lurus bendul dalam perspektif sains...tapi tak jumpa...bagi aku orang lurus bendul ni ialah ornag yang tak berusaha untuk berfikir dan tak peka dengan benda sekeliling dia...dia hanya nampak hanya yang ada dekat depan dia saje...tapi kadang-kadang perbuatan lurus bendul ni boleh berlaku dalam keadaan orang tu terdesak..sebagai contoh kes-kes penipuan duit melalui email atau msg...so,akibat terdesak nak dapat duit orang tu tanpa menkaji terus mengikut arahan penipu tu..tapi apa pulak beza antara lurus bendul dengan jujur...kita tengok contoh antara lurus bendul dan jujur..

1)Tengah korang borak diatas corridor asrama tiba-tiba korang cakap kat member sebelah korang(kisah benar)..."aku dulu pernah selamatkan sorang budak jatuh dari corridor ni,nasib aku sempat capai telinga dia,kalau tak dah jatuh budak tu"...jawab member korang,"pergh,kuat betul kau,pegang telinga pun kau boleh selamatkan budak tu"

Jawapan:Orang ni lurus bendul sebab tak berfikir logik akal...takkan dia tak tahu yang telinga anggota yang lembut...dah tentula telinga tu akan putus kalau kita capai telinga untuk menampung berat badan budak tu..

2)Tengah korang bayar makanan korang tiba-tiba tuan kedai tu bagi baki yang salah,so korang pun memulangkan baki duit tu balik kepada tuan kedai tu..so,ada pulak member sebelah cakap dekat korang,"ko ni lurus bendul betul la,tak payah la pulangkan baki tu"

Jawapan:Korang seorang yang jujur..ternyata pernyataan member korang tu salah...kita hanya memulangkan hak orang tu..

3)Korang nampak member korang tengah bawah buah oren...pastu lepas setengah jam..member korang ajak korang minum air buah yang dibuatnya...so,lepas korang minium korang cakap,"apsal air oren ni rasa macam air nenas"

Jawapan:korang ni memang lurus bendul...hanya melihat benda yang ada di depan korang...sedangkan member korang buat air nenas baki kepada buah nenas semalam dekat peti sejuk tu..

4)Korang tengah struggle menyiapkan assignment sendiri walaupun korang dah tahu yang ramai member korang dah siap assignment tu dan korang boleh tiru dengan mudah..

Jawapan:Korang bukan lurus bendul tapi seseorang yang jujur untuk berusaha menyiapkan assignment korang untuk keberkatan dan kefahaman ilmu korang..

5)Korang selalu mencuri dan member korang selalu menegur korang dan korang pun jawab,"relaxla,aku belum dapat taufik dan hidayah lagi"

Jawapan:Korang seorang yang lurus bendul yang tidak mempunyai ilmu...sedangkan Allah takkan merubah seseorang selagi korang taknak berubah...

6)Korang memanggil kucing korang,konon-kononnye nak bagi kucing tu makan dan kucing tu denagn lurus bendul mengikut korang sedangkan korang nak keluarkan dia dari rumah..

Jawapan:Bai!!!nama pun binatang mana ada akal...heheheh

Okla..tu jela contoh aku nak buat..so,kesimpulannya berfikir sebelum bertindak,jangan jadi lurus bendul sangat..senang dipermainkan..

Best ke jadi Handsome ...tapi Diri macam Kayu...

Assalamualaikum...

Handsome ke laki ni???

Baru lepas tengok drama Jepun tapi aku lupa dia punye tajuk...watak utama dia laki kat gambar atas tu..cerita pasal gadis-gadis yang tergial-gilakan lelaki..cerita Jepun biasalakan...perempuan kejar lelaki..bukan lelaki yang kejar perempuan...siap perempuan tu pengsan lagi tengok laki tu...ayoyo ade ke realiti camtu korang pengsan tengok laki/perempuan...nama pon ceritakan mane nak logiknye..So,aku nak kongsi satu cerita tentang delima sorang laki ni yang bagaikan kayu kelakuan dia..

Ada sorang lelaki memang aku kenal rapat..hidup dia memang pendiam dan agak pemalu apetah lagi dengan perempuan...selalunya kalau cakap dengan perempuan tu sepatah orang tanya sepatah dia jawab..heheh...tapi muka dia okla...Si lelaki ni memang berminat nak ada aweks tapi sifat pemalu dia menyebabkan dia takde ramai kawan perempuan...tapi sebab muka dia ada gakla gadis-gadis dia nak ushar dia...time sekolah menengah ade sorang perempuan suka kat dia...tapi perempuan tu hantar posmen dekat dia..."Abu(bukan nama sebenar),ada orang nak call kau nanti"..."boleh ke"...Si Abu ni setuju je...Bila balik rumah time cuti si gadis ni pun telefonla si mamat ni...time tu mana ade handphone nak msg sume tu...pakai telefon rumah je...sebab sifat kayu Si Abu ni dia cari jalan melarikan diri dari gadis tu...dia buat ayat supya gadis tu tak call dia...memang kesian Si Abu,sedangkan dia memang nak berkawan dengan gadis tu tapi dia takut gadis tu bosan dengan dia..Pastu biasala bila orang dah tak layan takkan la gadis tu nak terhengeh-hegehkan...

Bila masuk matrik handphone pun dah ramai orang pakai...Si Abu ni pun ada gak beli handphone...time matrik dulu aku ingat lagi...memang time tu handphone satu benda baru...asyik main misscall je...apetah lagi dengan awek-awek cun atau laki-laki yang handsome...tapi macam biasa la Si Abu ni dia tak main misscall2 ni...konon cool sangat la tu...heheh..tapi ada ramai gakla gadis-gadis yang misscall dia...sebab dah bosan dengan misscall yang tak dikenali...Si Abu ni pergi la publicphone nak tahu siapa yang misscall dia...rupanya seorang perempuan...macam biasala sebab sikap kayu Si Abu ni dia just dengar suara perempuan tu dan terus letak phone..Tapi Si Abu ni sebenarnya nak kenal siapa peminat dia...dia ada gak hati nak ada aweks kan...yela semua manusia mesti ada hati nak berpasangan...

So,Si Abu ni mula bermsg dengan aweks ni...ceh..konon nak berkawan la tu...lama gak dia bermsg...sepanjang matrik tu dia bermsg dengan awek tu..tapi macam biasala disebabkan sifat kayu dan pemalu Si Abu ni dia takut nak jumpa gadis tu...banyak gak la peminat Abu ni...Ada satu hari Si Abu ni naik tangga nak pergi lab..lepas tu ada suara perempuan menjerit panggil dia dari bawah...bila Si Abu ni pandang bawah dia pun tak tahu mana plak datang suara awek tu...pergh...bangga siot kalau jadi macam Si Abu ni...dah macam artis pun ada orang jerit-jerit kat dia...lepas setahun Si awek yang bermsg dengan dia pun dah jarang msg dah...biasalakan...lepas bermsg nak gak jumpa tapi Si Abu kayu ni taknak jumpa awek tu pun lost contact dengan dia...tu jela aku nak cerita pasal Si Abu kayu ni...tak silap aku sampai sekarang ni takde awek lagi...memang delima betulkan kalau kelakuan seperti kayu dan pemalu ni...

p/s-camner aku nak tolong budak ni ye...kesian pulak aku tengok budak ni..

Monday, February 21, 2011

Moh Belajar Loghat Nogori...

Assalamualikum...

Bosan betul aku hari ni terpaksa menuggu di bengkel kereta ni...nasib bengkel ni ada wifi...Kalau tak apa nak buat pun aku tak tahu...aku rasa hari ni aku nak jadi cikgu pulak...kita belajar loghat nogori hari ni...korang mesti dah biasa tengok cerita-cerita yang ada cakap nogori..kebanyakan dieorang just tukar huruf belakang jadi O...tapi sebenarnya loghat nogori kalau yang pekat tu korang memang susah nak faham...aku sendiri pun ade perkataan yang aku tak faham...walaupun keluarga aku memang pure nogori...tapi keluarga aku memang tak mengamalkan loghat-loghat ni...biasanya kiteorng speaking omputih je(speaking la sangat)... Kalau korang jumpa dengan orang pekat loghat cakap nogori ni,bahasa dia memang kasar sikit..Ok...moh kita belajar ye...

first sekali kita belajar vocabulary ye...
1)hongeh-kenyang sangat..
contoh ayat:hongeh botol den makan nasi Hakim ni...lopeih tu minam air tombikai goleih bosar pulak tu...

2)menteneng-gemuk
Dah menteneng dah porut den ni...ekau tak habeih2 suruh den makan jo..

3)ghoman-raut wajah
ko tengok ghoman dio tu...porasan jo lobeih...dahla tak hensem..lopeih tu nak berlagak plak..

4)Mentodaghah-makan tak ingat dunia...heheh...aku tak tahu nak explain camner
ko ni Nabil mentodaghah je kojo ko...mampuih den camni..

Banyak lagi sebenarnya aku nak ajar tapi rasanya ni cukupla...kalau korang rasa nak berguling-guling tergelak pasal loghat nogori korang boleh pergi kat forum ni..

ok sekarang ni korang boleh baca contoh karangan loghat nogori pulak...aku dapat dari forum iluvislam

kek bawah ni ado contoh surat lam bahaso nogori.. sapo yang nak blaja, buleh la gunokan contoh kek bawah ni.. pasti lulus!!! kah kah kah... (sekadar contoh, tiada unsur-unsur berat sebelah dalam politik - dicopy dr email yang diterima) - Rombau tu... kampung laki sey... ish.... kepado pak lah... PM paling sey sayang...I lap u namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'???? menantu PAK LAH tu laaaaa...suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buek menantu lak... sey nulih surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah sobab naik'an hargo minyak ari tu.. lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gak laaaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAK LAH!!!!!!! sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring yor... sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn.. anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh la jadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak la menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buek tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat... rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan sey.. bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado la untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 'ok la tuuuu' sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual datsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit....tokih2 pun ado la hasil'eh.. team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun naik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu... walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona' eh terlobih cukup untuk keluargo sey... buek permulaan nk ngubah kehidupan sey.. sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untuk buek kodok sey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akan berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo) sey akan buek minyak masak sendiri itu antaro caro sey ngubah caro hidup.. ade banyak laie caro semuo kerano UMNO dan bn... dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado.. bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah rumah sey nih org pembangkang. ..dio slalu guno highway, biar padan muko dio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang. ..PAKATAN RAKYAT konon...palo hayah dio tu... nnt pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat bilo dh nak dokek2 pilihanraya nanti... insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah.. tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu.... jgn lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak.. jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak bini'eh nk mentodarah.. . sey totap nyokong pak lah.. akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup bn.. sekian timo kasih.. ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo gak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak... pocah kaco, pocah golas, sudah baco, harap baleh.

Lagi satu karangan..sumber: liyanaa


Pagi tu pagi Senayan . Mak ngan abah den takdo kek ghumah . Gi motong gotah kek kobon gotah. Ting ga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah.

Te tibo yo dapo ghumah jighan den molotop!!!. Be lango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tergamang eh, biji kekabu di teghajang eh . Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den. Umang aii, api nenek moyang bosa eh. Jangan kan nak nolong , dokek pun paneh . Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda . Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lah kabaan eh. Kok idup, ado lah. Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bonda tengok anak eh tangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh . suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawa den.

Yo tak yo, den pun balik ghumah . Kojap tu, den dongar jighan den meghaung . Baghu perasan lah tu . Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo tengok dah hanguh. Kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi .
 
p/s-kalau korang tak faham nasib korang la...malas aku nak translate panjang-panjang ni

Sunday, February 20, 2011

Anda Tension...Dongar je la muzik...

Assalamualaikum..

Sekarang ni kita selalu dengar orang jadi gila sebab tekanan ni..dekat taman aku ni pun ada kes orang gila jalan-jalan dekat taman ni even dia ni graduate lepasan oversea..so,memang bahaya tekanan ni sebenarnya walaupun nampak macam remehkan...zaman sekarang ni hidup memang penuh dengan tekanan...lagi-lagi cabaran alam perkerjaan sekarang ni...memang mencabar..lepas tu ditambah masalah keluarga lagi...duit takde lagi...frust menonggeng lagi clash dengan awek/balak...macam-macam..so,siapa yang tengah tension tu relax sikit jangan fikir sangat tension korang tu...kalau rasa taknak cakap sorang-sorang baik korang cari jalan nak buang tension korang tu...

Lepas aku baca Metro tadi aku nak bagi tip paling senang nak hapuskan tekanan korang tu...caranya mudah je iaitu dengar muzik...mengikut kajian muzik mempunyai kesan tidak langsung kepada penghasilan hormon tekanan dan merangsang pengeluaran hormon noradenalin dan endorfin yang membuat kita berasa selesa....so,badan korang akan hasilkan lebih banyak antibodi dan badan korang kebih kuat...jenis muzik yang dapat mengurangkan tekanan ni mengikut citarasa korang....

Mengikut kajian jugak kadar pernafasan,tekanan darah dan pengecutan otot perut berubah mengikut jenis muzik yang dengar...so,korang boleh kuruskan badan korang(aku agak je ni,btol ke???)..Alunan muzik yang lembut dan menenangkan boleh menurun tekaanan darah ke tahap tertentu....tekanan darah ni bahaya ni kalau tinggi sangat...boleh dapat stroke...bagi orang Islam korang bolehla berzikir,istighfar dan pasang ayat suci Al-Quran...lagi-lagi time jalan jamm...lebih baik daripada korang menyumpah-nyumpah dan korek hidung tanpa menyedari perbuatan korang dilihat dengan penuh kusyuk orang dekat kereta sebelah...heheheh

Anda Tension...Dongar je la muzik...
baby pun sekarang banyak tekanan...apa lagi korang

Saturday, February 19, 2011

Trend Al-Quran Dijadikan Barang Hantaran Kahwin...Boleh ke???

Assalamualikum...
Trend Al-Quran Dijadikan Barang Hantaran...Boleh ke???
Entry kali just nak beri peringatan dekat diri aku dan blogger-blogger yang baca blog aku terutamanya yang ada perancangan nak kahwin tak lama lagi...Aku tengok zaman sekarang ni trend hantaran kahwin mesti ada Al-Quran...Terutamanya artis-artis zaman sekarang..Mungkin mereka nak menunjukkan mereka ni seorang Islam yang taat pada agama...Tapi boleh ke??tak silap aku masa aku dengar ceramah tidak digalakkan..So,aku telah menggunakan perkhidmatan En.Google untuk mengesahkan hukumnya dan berita gembira untuk korang yang hukumnya ialah harus mengikut blog Tanya Ustaz ni...Tapi aku nak korang baca kisah ni yang aku dapat dari sinarmawaddah...lepas baca boleh la korang muhasabbah diri ye...


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Ra'd ???
Trend Al-Quran Dijadikan Barang Hantaran Kahwin...Boleh ke???



“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

p/s-rasanya kalau hantaran Al-Quran just nak jadi hiasan..lepas kahwin simpan dalam almari rasanya carila barang lain untuk hantaran...ingat Al-Quran untuk diamalkan bukan sekadar hiasan..

Moh Kongsi Pasal Hantu Asrama..

Assalamualaikum...
Moh Kongsi Pasal Hantu Asrama..
Lepas baca review filem Filem Sini Ada Hantu dari bro ridzuanrichie,aku teringat pulak pasal hantu asrama...Aku rasa kebanyakan kita pernah masuk asrama...kalau sebut asrama memang cerita hantu takkan lari punye...kalau tak cerita dekat asrama kita...mulala duduk ramai-ramai sibuk cerita pasal hantu kat asrama sekolah lain...tu yang hantu tu suka datang asrama korang dah korang sibuk cerita pasal dieorang...Cerita paling famous aku rasa semua orang cerita ialah hantu askar berkawat kat dataran asrama dan hantu dalam tandas...sampai nak masuk tandas tengah malam pun memang cuak tahap maksimum punye...ada sekali tu aku pernah nak kencing...tak silap aku time tu pukul 4 pagi...memang cuak betul aku time tu nak pergi tandas,lagi-lagi tandas tu dekat hujung sekali asrama...nak kejut member...member tidur mati...pergh...macam-macam yang aku fikir time tu...tangan keluar dari mangkuk tandasla,hantu tengah gosok gigi la...nak tak nak memang kena pergi jugak...kalau tak habis basah satu katil...nasib tak terserempak dengan hantu...kalau tak alamatnya tidur dalam tandasla aku.. yang peliknya kalau kita nak pergi tandas ni time pergi boleh cool lagi tapi time balik rasa nak lari pun ada...Aku pulak masa form 5 dulu memang susah nak tidur...nak dikatakan tiap-tiap hari tak boleh tidur...katil mengadap pintu plak tu...dorm sebelah tandas plak tu..tapi aku cool je(padahal tiap-tiap hari takut pandang luar pintu)...

Cerita yang paling takut pernah aku dengar ialah hantu keretapi dekat MCKK...tak tahu la betul ke tak...orang cakap kat sana ada satu bilik tu memang keras gila..bila ada satu time tu,bilik tu akan didatangi sebuah keretapi...siapa naik memang takkan balikla jawabnya...Sekolah aku dulu agak keras jugak sebab sekolah aku betul-betul sebelah kubur Kristian...tapi nasib baik masa aku masuk sekolah tu dah tak banyak cerita pasal hantu ni...mungkin ustad-ustad sekolah aku dah pagar sekolah aku...sebelum tu memang banyak betul cerita pasal hantu aku dengar dari senior-senior...Antara cerita yang aku pernah dengar:

1)Hantu Kristian bawak keranda..perghh...memang cuak dengar cerita ni..cerita ni aku dengar ada orang dengar yang ade bunyi bende kena seret dekat ada satu lorong sebelum pergi ke surau...tapi yang aku paling kagum diceritakan ada sorang ustad ni punyela berani pergi tengok...rupa-rupanya ada hantu Kristian tengah seret keranda...lepas tu siap berbincang lagi dengan hantu tu supaya pergi dari situ..pergh...memang tak boleh bayang kalau aku ada kat situ..

2)Toyol..toyol ni memang ada dekat sekolah aku dulu...mengikut cerita senior-senior aku dieornag siap kejar toyol-toyal tu dengan ustad sebab nak tangkap toyol..tapi cerita ni tak cuak sangatla kan...toyol je..lagi-lagi toyol tu muka macam cat farish..heheh

3)Hantu menyerupai seseorang...cerita ni berlaku bila sekolah aku buat Hari Usahawan..time ni memang meriah..pelajar diberi peluang bukak gerai sampai tengah malam..nak dipendekkan cerita ada sorang senior aku ni terserempak dengan sorang senior aku sorang lagi dekat gerai-gerai tu...kira member dia la ni..masa tu dia nampak member dia tengah makan hotdog...dia tegur member dia tu...yang peliknya member dia tu diam je...yang peliknya dia tengok hotdog yang dimakan tu macam dipotong pisau...tak bergigi...balik je asrama dia tengok member dia ada dekat dorm..bila ditanya member dia cakap dia memang dari tadi ada dekat dorm...pergh...time tu satu dorm tidur dua orang satu katil...tak sangka hantu suka makan hotdog...heheh..Tak silap aku kalau kes macam ni ialah jin yang dinamakan Qarin..Qarin ni memang ada tertulis di dalam Al-Quran...setiap orang ada Qarin....Qarin ni jin yang lahir sama dengan kita...

4)Yang last ni yang paling takut iaitu hantu nenek...nenek ni akan bertenggek dekat atas locker korang dan bila kornag sedar dia akan nyanyi...cucu,cucu jangan tipu nenek...nenek tahu cucu tak tidur lagi...pergh tak boleh bayang kalau kita kena camni...sebab cerita ni la aku kena kacau hantu..lepas member aku cerita pasal nenek ni dengan penuh takbur dan berlagak aku cakap..."ala,kalau korang nampak nenek tu korang bawakla borak dengan dia,buat ape nak takut,"...lepas tu time tidur aku dengan member aku tidur dekat lantai...aku tidur betul-betul dekat dengan pintu...tiba-tiba aku perasan ada lembaga putih belakang aku panggil faiz,faiz...pergh meremang bulu roma aku time tu...berselubung aku time tu...nasib ada selimut..esok tu aku diam je duduk dekat kerusi...member aku pun pelik...sebab time sekolah dulu takdela pendiam...aku pun cerita dekat member-member aku...satu dorm gelakkan aku...berlagak lagi...heheh

Time matrikulasi lain pulak cerita hantu...ada dua..

1)Hantu karipap..hantu ni tiap-tiap malam dalam pukul 3 pagi ketuk pintu dorm ko nak jual karipap...celah mana orang jual karipap pukul 3 pagi...hantu pon nak jadi usahawan kuih tradisional kan...heheh

2)Hantu Pak Guard..hantu ni suka ganggu orang study tengah malam...ade sorang tu tengah study sampai tengah malam...meja study dia dekat dengan tingkap...tengah kusyuk study....tiba-tiba ada Pak Guard tegur dia tak tidur lagi ke...padahal mana ada corridor dekat tepi tingkap tu...dah la tingkat 3 tak silap aku....

Time university takdela pulak cerita hantu aku dengar orang jumpa...yela dekat shah alam...mana la hantu suka duduk dekat bandar...hantu mat rempit dah ramai dah ganggu orang tidur tiap-tiap malam...

p/s-korang camner...ada pengalaman jumpa hantu...

Friday, February 18, 2011

cikgu oh cikgu....

Assalamualaikum...

Hari ni rasa macam nak cerita pasal cikgu...walaupun aku ni bukan latar belakang pendidikan tapi mak ayah aku dulu merupakan seorang cikgu...banyak juga la keluhan aku dengar tentang cikgu ni dari mak ayah aku terutamanya tentang bonus dan intensif...kalau kita tangok kalau intensif dan bonus yang diberi oleh cikgu kebanyakannya kepada guru besar,pengetua dan penolong kanan...kalau penolong kanan pun penolong kanan HEM je yang dapat...macam mak aku penolong kanan koko memang tak pernah dapat bonus-bonus ni....macam tahun lepas rasenya bila kerajaan umumkan bonus untuk cikgu...time tu hanya guru besar,pengetua dan penolong kanan HEM saje dapat bonus...memang kecewa mak aku time tu,dah la mak aku nak pencen tu...baru-baru ni TPM mengumumkan intensif untuk guru besar cemerlang sebanyak RM 7500...guru besar jugak yang dapat...memang cikgu cemerlang ada diberi intensif tapi memang jauh berbeza dengan apa yang guru besar yang dapat...sedangkan yang bertungkus-lumus ialah cikgu-cikgu bawahan ni..

Bila cakap intensif untuk guru besar mula la guru besar mula mengerah cikgu-cikgu.Sebelum mak aku pencen awal tahun ni dia selalu mengeluh tentang dokumen-dokumen yang banyak perlu disiapkan...sibuk guru besar suruh buat dokumen-dokumen dan asyik mesyuarat je...mak aku cakap jadi cikgu sekarang ni memang susah berbanding dengan dia mengajar dulu..sebabnya dokumen-dokumen ni la yang banyak menyusahkan..lagi-lagi cikgu-cikgu lama ni yang tak tahu sangat tentang dokumen-dokumen ni..sedangkan pelajaran murid-murid diabaikan...mak aku time tu penolong kanan koko...sibuk dengan nak menang dan jadi juara dalam semua pertandingan...ni semua guru besar yang nak mengejar intensif...hasilnya memang sedikit yang dapat 5A dalam UPSR dekat sekolah tu berbanding sejarah sekolah yang tu yang cemerlang...Aku ingat lagi masa aku sekolah menengah...kiteorang diarahkan pengetua untuk berjaga sampai ke tengah pagi untuk buat hiasan di sekolah...semata-mata nak dapat sekolah terbersih waktu tu...

Lepas tu pasal gaji pulak...memang aku rasa tak setimpal dengan tanggungjawab mereka yang besar...sedangkan cikgu ni tunjang segala pekerjaan di dunia ni..tanpa cikgu mana la diaorang yang hebat-hebat ni dapat masuk univesity...gaji cikgu ni memang jau berbeza dengan gaji lecturer...lagi-lagi yang cigu-cikgu lame yang takde degree macam mak ayah aku..sedangkan aku rasa tugas dieorang lebih besar berbanding lecturer...ye la nak berdepan dengan pelajar-pelajar sekarang ni yang penuh dengan karenah dieornang...samseng,kurang ajar,tak nak belajar dan macam lagi...

Macam-macam lagi la isu-isu dan karenah yang cikgu2 ni kena tanggung...tengok je la kartun2 kat bawah ni..

Karenah bakal isteri yang demand...

Bila berdepan dengan anak orang-orang brader ni..

Isu bawak handphone ke sekolah

Nak layan budak sekolah rendah

Pelajar malu sebab English


Isu penggunaan English dalam Science

Berdepan pelajar malas

Guru besar yang tak pandai memimpin

Bila perempuan dijadikan guru sukan..mak aku sendiri dilantik sebagai p.kanan koko sedangkan tak tahu apa-apa tentang sukan

Isu Bahasa Tambahan

Thursday, February 17, 2011

Keputusan Penuh UEFA Champion League....Arsenal 2-1 Barcelona

Assalamualaikum...

Arsenal nampaknya berjaya mengalahkan Barcelona di Emirates walaupun perlawanan banyak dikuasai oleh Barcelona..Tapi aku tetap kecewa dengan match ni sebab Arsenal bermain agak taku-takut sedikit...tak macam permainan Arsenal selalu...banyak membuat kesilapan passing...pada mulanya aku agak Barcelona akan memenangi perlawanan ni tapi gol cantik daripada Van Persie berjaya menaikkan semangat Arsenal untuk lebih yakin..Gol Van Persie pada angle yang susah berjaya disempurnakan dengan cantik...pada mulanya aku agak Van Persie nak melakukan passing rupanya dia cuba menjaringkan gol terus dan berjaya dengan cantik sekali...

Lionel Messi nampaknya memang banyak membuat pertahanan Arsenal kucar-kacir..memang kecut perut apabila tengok Lionel Messi dapat bola...Gol kedua Arsenal pon agak menarik apabila hantaran Samir Nasri kepada Arshavin berjaya menghasilkan gol...Tapi rasanya Arsenal mesti bermain dengan lebih yakin lagi apabila bertemu dengan Barcelona pada second leg nanti..

Scoring Summary


Arsenal                                               Barcelona
Robin Van Persie (78′)                     David Villa (26′)
Andrei Arshavin (83′)

Match Stats

Arsenal                                       Barcelona
13(5)            Shots (on Goal)            11(5)
16                       Fouls                       12
4                   Corner Kicks                  1
3                      Offsides                       9
34%            Time of Possession         66%
3                 Yellow Cards                   2
4                       Saves                        3

p/s-nak tengok video highlight di sini..


Kawan atau Lawan...siapakah anda??

Assalamualikum...

Hari ni aku nak cuba buat perubahan kat blog aku..setiap post aku nak memulakan dengan memberi salam..better kan..lebih bersopan..yela..kadang-kadang blog kita ni bukan dibaca orang muda saje..mane tahu blog kita dibaca oleh orang yang agak berumur..pahala pun dapat..korang pun akan lebih sejahtera...

Entry aku just nak cerita pasal kawan...hidup ni memang kita tak boleh lari dari berkawan..even dengan binatang pun kita boleh jadikan sebagai kawan...Allah jadikan kita saling memerlukan satu sama lain...so,janganla kita terlalu bongkak dan ego dengan kelebihan diri kita sendiri dan menyatakan diri kita ni sudah perfect yang tak memerlukan orang lain dalam hidup kita..Seriously,aku terus-terang yang aku ni tak mempunyai ramai kawan..kawan rapat apetah lagi..memang jauh sama sekali..sebabnya aku ni seorang yang terlalu pendiam dan tidak mempunyai apa-apa kelebihan untuk orang suka untuk berkawan dengan aku...yela siapa yang suka berkawan dengan orang pendiam...bosan beb..sesiapa yang pernah kenal dengan aku mesti tahu sifat pendiam aku...kadang-kadang orang kata aku ni jenis yang sombong dan tak suka bercampur-gaul...tapi aku just diam saje sebab aku dah dijadikan Allah untuk jadikan aku seorang begitu pendiam...kadang-kadang aku saje lari dari orang..sebabnya dah banyak kali aku ditegur bila aku berada dengan orang yang ramai...ramai yang tegur aku kenapa kau ni diam sangat..dan ada ade yang lebih teruk mengatakan aku tiada perasaan...so,aku begitu down untuk berhadapan dengan orang ramai..kadang-kadang aku berasa rendah diri bila aku bersama kawan-kawan aku...masing-masing pandai bercakap dan aku hanya mampu mendengar kegembiraan dieorang...

Dalam keadaan aku sakit ni..semangat aku nak berkawan dah semakin rendah..nak berjumpa kawan-kawan university dan sekolah aku begitu takut...mereka semua dah menjadi orang berjaya...menjadi engineer yang berjaya...sedangkan aku masih menanam anggur dan masih terhegeh-hegeh mencari jalan perubahan..sebab ape aku buat keputusan tu untuk lari dari kawan aku...sebab dah terjadi dekat diri aku...hari raya hari tu ramai kawan-kawan sekolah menengah aku dari SMKA SHAMS datang ke rumah aku selepas dengar khabar yang aku tak tidur hampir 3 tahun...aku terkejut jugak bila dieorang datang ke rumah aku sebab kebanyakan kawan aku di SMKA SHAMS dah lama aku tak hubungi sejak aku keluar sekolah lagi...even dulunya aku rapat dengan mereka..masing-masing dengan kereta-kereta mereka...bila mereka mula bercerita pasal kerja perasaan diri aku semakin rendah...ada yang jadi engineer,doktor,PTD,cikgu dan....yang paling malang aku dipandang macam manusia 'berpenyakit'...tak habis tanya aku "ko okey faiz"...kalau sekali aku tak kisah...tapi berpuluh kali...nak je aku cakap,"woi,aku ni dah terlebih sihat la bodohpandai"...ade gak kawan-kawan mak aku datang rumah aku tanya kat aku,"Ape perasaan tengok TV tu",aduih...come on la, aku ni tak gila la lagi...nak perasaan ape..sama la macam orang lain...

sekarang Alhamdulillah keinginan aku nak berkawan semakin datang kepada aku...nila salah satu sebab aku menulis blog...mungkin dengan menulis aku boleh cari lebih ramai kawan walaupun dalam maya...Kadang-kadang aku tengok orang lain aku begitu cemburu melihat dieornag yang begitu senang mendapat kawan dan begitu mesra dengan orang lain...ade orang tu baru sehari dua mereka dah mula mesra dan rapat...aku setahun pun tak tentu lagi rapat dengan kawan-kawan aku...aku ingat lagi kehidupan aku dimatrik yang begitu tertekan tak mempunyai ramai kawan...memang aku mempunyai ramai kenalan dekat sana tapi tak ramai yang nak betu-betul berkawan dengan aku...makan pun selalu berseorangan...rase nak berhenti pun ada...tapi aku kuatkan semangat aku demi mak ayah dan masa depan aku..bila aku tengok drama Gokusen,keinginan aku nak jadi macam dieorang memang terlalu tinggi,sanggup berkorban ape saje demi aku sebagai kawan...

Ok,cukup la ye babak sedih tu...boring plak korang nanti...chill la bro... sedih-sedih buat ape kan...hehehe...sekarang aku nak kongsi korang beberapa kategori kawan mengikut pengalaman aku..

1)Kawan yang betu-betul nak kawan dengan korang walaupun dah lama tak berjumpa dengan korang...aku ade sorang macam ni...jiran sebelah rumah aku..nama dia Khairie...even aku selalu lari dari berjumpa dengan dia sebab aku takut die bosan berbual dengan aku...kadan-kadang dia datang rumah aku bertanya khabar kat aku...beri nasihat kat aku..

2)Kawan yang hanya berkawan dengan korang sebab kebijaksanaan dan bakat korang..sebagai contoh korang begitu power bermain guitar...so,dieornang hanya ikhlas berkawan dengan korang sebab nak berkongsi bakat dengan korang..

3)Kawan yang talam dua muka..jenis ni di depan korang begitu baik sekali hingga korang rase yang dia ni la sahabat baik korang...padahal di belakang korang dia suka memburukkan korang depan member ko yang lain..

4)Kawan yang suka membahan diri korang..jenis ni memang aku benci sekali...dia akan membahan kelemahan korang...aku ada member macam ni...

5)Kawan yang sanggup bantu apa saje demi kawan..jenis ni akan sentiasa akan berusaha menolong korang apabila korang memerlukan bantuan..

6)Kawan yang hanya nak ambil kesempatan dekat korang...senang cerita yang suka tikam korang dari belakang...abang aku pernah ditipu RM 120 000 sebab kawan macam ni..better watch out this person...heheh...keluar BI pulak dah...dah lama tak cakap BI...dah berkarat...so,jangan kawan orang macam ni...kalau dah jadi kat korang..bak kata orang nogori..tak dapek den nak nolong ko do...

7)Kawan yang hanya berkawan disebabkan sifat luaran korang saje...senang cerita orang camni hanya nak kawan dengan disebabkan kau ni handsome atau cantik.Lepas dia tahu kelemahan kau dia akan terus menjauhi diri..

Tu je la aku tahu...kalau korang tahu yang lain...boleh kongsi bersama..



p/s-mana kategori korang...aku rasa korang semua yang kelima tu kot..Aduhhh..lamo btol nak tunggu match Arsenal dengan Barcelona ni...

Wednesday, February 16, 2011

Wa dah mampu beli iPhone...

Teringin jugak aku nak beli iPhone bila tengok budak sekolah pun dah mampu beli iPhone..dah tentula guna duit makbapak tu...hehehe...tapi mampu ke aku???jap...biar aku fikir...

Wa dah mampu beli iPhone...

So,memang aku takkan mampu...sebenarnya memang tak ingin pun beli iPhone mahal sangat...tapi aku just nak berkongsi new development yang company Apple nak buat..Aku tahu ni pun lepas mengYAHOOkan diri aku..Apple sekarang tengah dalam proses membangunkan iPhone baru yang lebih kecil dan murah...sebab tu aku kata aku dah mampu...harga iPhone baru ni lebih kurang setengah daripada harga iPhone 4...Sekarang iPhone lebih kurang RM2600,so harga ni akan berharga RM1300...Sebenarnya tak semurah mane pun...masih lagi aku tak mampu..aku sebenarnya tak tahu sangat pasal smartphone ni,so korang boleh baca sendiri kat sini...kang aku terangkan takut syok sendiri plak...aku tak faham korang pon takkan faham...Tapi bagi aku bila iPhone dikecilkan jadi ianya takkan best lagi sebab skrin pon jadi kecil..bila dah kecil memang tak best nak main game lagi...sebab orang sekarang banyak beli iPhone just nak main game..

p/s-Aku tengah nak cari handphone...susahla nak pakai sabun...wifi takde...nak ambik gambar pon tak best...ape handphone best dalam baget RM 650...

Buka Stall Burger Takda Untung maa...

Entry ni bukan nak pandang rendah kat usahawan burger ye...kang marah plak Burger Ijan..die wat untung beribu-riban sebulan...ko selambe je nak cakap takde untung..Aku just nak kongsi pengalaman aku bukak stall burger...Aku bukak stall burger lepas aku habis matrikulasi,tu pon idea dari member aku...kebetulan dia pon baru habis SPM...modal kiteorang tak banyak...stall dah ade dan tapak tak payah sewa...just beli bahan mentah...modal aku guna duit baki elaun matrik....

Hari first bukak memang excited gile..pukul 5 ptg dah terpacak kat stall nak buat test dulu...konon nak QC dulu la kan...sodap ke tak sodap...try buat 2-3 burger...memang best wa cakap sama lu..akibat kesedepan die aku dah mula terbayang handphone baru hujung bulan time tu..hehehe...tula orang melayu tak dapat ape-ape lagi dah berangan...siap buat perasmian dari menteri besar lagi...heheh...so,dah lepas test memang kiteorang puas hati dan malam tu bajet memang ramai orang beli sebab kiteorang buat dekat sebelah gerai makanan...memang gerai tu penuh sentiasa sebab kalau korang makan dia punye nasi goreng penuh satu pinggan..silap-silap lepas makan korang tak boleh bangun...malam tu memang excited gile..

1 jam pertama...

Buka Stall Burger Takda Untung maa...
Muka excited dah macam Anwar Hadi...sumpah best vlog dia ni...


2 jam lepas tu....
Buka Stall Burger Takda Untung maa...
Menunggu macam tunggu Hantu Kak Limah keluar...macam tunggu buah tak jatuh..

3 jam lepas tu....
Buka Stall Burger Takda Untung maa...
Tension...macam nak bunuh diri pon ade.....

Aduss memang tak laku burger kitaorang...sehari dalam 5-6 biji je habis...tu pon ade satu regular customer pasangan suami isteri...baru kahwin kot..nak kate tak sedap..memang sedap...Aku pon hairan apsal tak laku..sampai bile ade orang nak beli burger kat kiteorang pon kiteorang rase pelik sebabnya selalunya takde orang beli tapi waktu tu ade plak orang nak beli..sebab aku rasa hairan

1)Bahan yang best..sos best,mayonis Ladys Choice penuh satu burger...sayur segar,daging Ramly burger(yang tebal punye ye..bukan nipis punye ye..),Kicap Perasa Maggi...semua lengkap cuma takde sos black pepper...tak letak tu pon sebab member aku cakap...'kita berniaga ni kena meminimumkan modal dan memaksimumkan keuntungan,'..
2)Packaging yang menarik...guna polystyrene(padahal malas nak bungkus pakai kertas...heheh)
3)Lokasi yang strategik...dekt gerai makan dan dekat Kolej Komuniti..
4)Harga di bawah harga pasaran..kiteorang murahkan 20 sen...
5)Service yang cekap(padahal sikit orang beli,memang la cepat)
6)Pelan pemasaran yang bagus

Pelik betulkan...sampai ada satu hari tu kiteorang buat satu plan marketing baru...kiteorang buat dekat depan sekolah..strategi yang memerlukan korang menebalkan muka...kiteorang masak siap-siap dalam 15 biji...masak sikit je...konon nak test market dulu...lepas tu habis budak sekolah balik sekolah kiteorang jual burger kat kereta....macam orang selalu buat tu...jual kat bonet kereta...tapi seperti dijangka jualan hanya 4-6 biji je...bakinye sedekah kat orang..so,esoknya kiteornag dah tak buat camtu lagi...memalukan adelah...Kiteornag hanya bertahan sebulan je..sebab burger banyak dihabiskan oleh kiteornag sendiri bukannya pembeli...nasib dapat modal tak rugi...

Buka Stall Burger Takda Untung maa...
Aku di bahagian packaging

p/s-satu hari nanti ingat nak bukak stall burger lagi...dalam option Mat Salai or Burger Kukus...which better???

Tuesday, February 15, 2011

Cara Phsychology Menolak Permintaan Anak...

Entry ni saje nak kongsi macam mane mak aku buat untuk tolak permintaan cucu dia...aku ni belum kahwin,so tak tahu camner nak layan budak-budak...Hari tu abang aku pinjam kereta ayah aku balik kampung isteri dia kat terengganu...sebab kereta dia banyak rosak tak boleh nak bawak jauh-jauh...so,anak dia rasa macam best je naik kereta tu...so,sibuk nak beli kereta baru...heheh...memang abang aku nak beli kereta baru pon...tu yang anak dia sibuk nak beli kereta baru...Anak dia ada 4 orang...yang sibuk nak beli kereta anak dia yang umur 7 tahun dengan 6 tahun...budak zaman sekarang baru darjah satu dah pandai mintak kereta baru...dulu zaman aku nak mintak pensel warna yang dalam bekas besi tu pon susah nak dapat...ye la dulu orang banyak hidup susah...income sikit...mak ayah aku cikgu pon hidup susah...aku ingat lagi,ada satu hari tu aku terpaksa cari duit-duit sen kat celah-celah sofa semata-mata nak beli tepung...memang susah keluarga aku dulu...

ok,balik kepada anak buah aku tadi...anak buah aku yang sorang ni nama dia Amira...dia tanya mak aku,'wan,berapa duit nak beli kereta baru ye?,'so mak aku jawab macam ni,'nak beli kereta kena ada duit penuh 1 bag,lepas tu tambah satu bag lagi dan lepas tu tambah satu bag lagi,'hahahh..terus senyap anak buah aku tu...hahahah...mungkin dia terfikir ada ke bapak aku ni duit banyak tu...

Cara Phsychology Menolak Permintaan Anak...

Camtu gak la Wanduk aku buat dekat anak dia...Wanduk aku takde anak...takde rezeki...so,dia ambik sorang anak angkat bangsa cina dari vietnam kot...sekarang ni dia dah tadika dah...Wanduk aku ambik dia waktu bayi lagi...so.budak tu taraf kat aku makcikla...rasa janggal plak nak panggil makcik kat budak tadika...hehehe..so,aku panggil Nurul je la..Nurul ni mintak kat mak dia kasut roda..so,Wanduk aku cakap nak beli kasut roda ni mesti ada RM10 satu pastu tambah lagi satu lima kali...memang lepas tu Si Nurul ni dah tak mintak kasut roda tu lagi...heheheh

Sebut pasal budak ni...aku memang tak reti nak layan budak-budak ni...Hari tu time aku pergi rumah Wanduk aku tu ade la bunga api...orang cina main untuk CNY kot...so,Si Nurl ni tanye aku,'yang tu apa,'aku jawabla,'yang tu bunga api,'lepas tu dia tanya lagi...kenapa main waktu malam..so,aku jawab...supaya nampak warna-warni lagi..Pastu dia tanya lagi,waktu siang tak nampak warna-warni ke..sudah,aku pon dah tak reti nak jawab ape..terdiam gak aku...takkan aku nak explain kat dia tentang konsep-konsep warna semua tu...memang comfirm dia tak faham la...Nasib lepas tu kitaorang dah nak jalan pergi Restoran Sate Emas...kalau tak memang masak la aku nak menjawab..hehehe..tapi Nurul ni memang bijak berbanding budak sebaya dia...cara dia bercakap memang macam bukan budak tadika..pelik betul kalau bangsa cina mesti bijak kan...

Moh kita berazam sempena Maulidur Rasul...

Sebelum aku kongsi apa yang aku dapat semasa pergi ceramah Maulidur Rasul ni sekali lagi aku nak cakap ilmu agama aku memang tak tinggi tapi aku bertekad nak menyelitkan sedikit dakwah dan ilmu agama dalam blog ni untuk menebus kesilapan yang aku lakukan selama ni...sebab aku memang lalai selama ni sehingga aku mendapat satu dugaan yang tak pernah aku duga dalam hidup aku selama ni...Lagipun kita sebagai orang Islam digalakkan berkongsi apa yang baik walaupon satu ayat...Kita tak tahu amalan kita yang membawa kita kepada keredhaan Allah...Ada ustaz cakap bila hari akhirat nanti kita akan terkejut bila melihat ganjaran besar yang kita dapat walaupon kebaikan yang kita lakukan tu kecil..Hari ni masjid aku ada menganjurkan satu ceramah mengenai Maulidur Rasul yang disampaikan oleh seorang penceramah bebas yang bernama Ustaz Nor Azman yang merupakan imam besar di sebuah masjid di Jelebu.Mungkin di masjid atau surau korang yang berdekatan pasti ada ceramah Maulidur Rasul sebab majlis ni sudah menjadi satu agenda wajib bagi setiap masjid dan surau di seluruh Malaysia...So,jom kita kongsi bersama-sama..

Ceramah hari ni memang tak banyak menceritakan tentang latar belakang junjungan besar kita Rasullallah S.A.W...Ianya lebih mengenai Islam dan kesedaran kepada kita yang semakin lalai zaman sekarang...Ok,sebelum tu kita perlu tahu apa itu Islam...Islam ni berdasarkan syahadah kita...Mengikut Ustaz ni syahadah hidup ialah dua khalimah syahadah yang selalu kita sebut waktu solat iaitu أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ dan syahadah mati ialah لا إله إلا الله محمد رسول الله.Sebab tu la bila ada seseorang itu tengah nazak untuk menemui ajal kita hanya perlu menyuruh dia menyebut khalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله.Dan seperti mana kita tahu ucapan syahadah ni menunjuk kepercayaan kita kepada tuhan yang satu iaitu Allah dan Rasul kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W...Tapi adakah cukup setakat kita mengucapkan syahadah semata-mata tapi tidak menzahirkan atau mengamalkan apa yang dituntut dalam Islam...Keimanan kita tak akan lengkap dengan hanya keyakinan dan kepercayaan sahaja sebab agama Islam ialah agama yang menuntut untuk kita beramal...So,takde alasan untuk kita memberi alasan untuk melanggar apa yang dilarang oleh Islam sedangkan kita tahu tentang larangan dan hukum-hakam terhadap apa yang kita lakukan...Sebagai contoh kita sering kali dengar yang orang kata,'Aku tak tutup aurat tak semestinya aku jahat,Allah lebih memahami diri aku,'Korang rasa penyataan ni betul atau salah..dah semestinya ianya salah sebab dia tahu yang perbuatan dia berdosa tapi tidak mengamalkannya dan hanya memberi alasan untuk tidak cuba berubah..

Okla..bercakap pada perubahan atau revolusi..kita lihat sekarang sudah berlaku revolusi di dalam negara Islam seperti Mesir dan Tunisia...dan yang terbaru di Yaman..Tokoh revolusi yang paling agung ialah junjungan kita Rasullallah S.A.W...jika kita tengok revolusi sekarang hampir sama apabila revolusi ini disertai kebanyakannya daripada kalangan orang-orang susah....Tapi asas revolusi dia berbeza dengan asas revolusi yang dilakukan oleh junjungan kita Rasullallah S.A.W...sebab apa..sebab revolusi yang berlaku di Mesir dan Tunisia contohnya satu revolusi untuk merubah kesusahan hidup untuk mencapai kehidupan yang lebih senang dan revolusi yang dilakukan oleh Rasullallah S.A.W dan umat Islam pada masa tu ialah revolusi untuk merubah kekufuran pada masa tu kepada keimanan...Jika kita lihat perjuang Islam seperti Saidatina Khadijah dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq mereka sanggup mengorban segala harta demi memperjuangkan agama Islam sedangkan pada masa tu hidup mereka sudah begitu senang...Sebab tu la apabila berlaku revolusi di Mesir negara Islam seperti Arab Saudi dan Kuwait tidak memperdulikan sangat tentang revolusi hendak menjatuhkan Hosni Mubaraq....Rakyat mereka sudah hidup senang dan mengikut kata Ustaz Nor Azman di Kuwait setiap rakyat diberi RM 8000 sebulan demi menutup mulut rakyat mereka supaya rakyat mereka tidak melakukan apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir...tula perbezaan antara revolusi sekarang dan revolusi yang dilakukan oleh pada zaman Rasullallah S.A.W...Tapi revolusi yang dilakukan itu tak salah tapi ianya berbeza dengan revolusi yang sepatutnya kita lakukan...

Sepertimana yang kita tahu tanggungjawab terbesar yang diamanahkan oleh Allah kepada rasulNya ialah memberi hidayah iaitu membanteras kesesatan yang dilakukan manusia dan menyampaikan agama yang benar iaitu Agama Allah...agama yang kita peluki sekarang yang disampaikan oleh junjungan besar kita Rasullallah S.A.W ialah Islam...So,intipati penting yang disampaikan Rasullallah S.A.W ialah membawa kepada kebenaran dan ilmu yang bermanfaat...Bila ianya satu kebenaran apa sahaja yang datang daripada Rasullallah S.A.W wajib kita ikuti dan tak patut disangkal...Sekarang ni banyak kita dengar tentang penolakan hadis dan penetapan yang dilakukan oleh ahli fatwa...sedangkan apa yang ditetapkan oleh ahli fatwa itu semuanya berdasarkan Al-Quran dan Hadis Rasullallah S.A.W...ternyata bagi sesiapa yang menolak tersebut boleh dijatuhkan kafir...janganla terjadi pada kita...sebagai contoh sekarang ni sibuk dengan Hari Valentine dan malangnya ada jugak manusia yang mengaku dirinya Islam menolak tentang pengharaman Hari Valentine ni...Mengikut Ustaz Nor Azman kita tak perlu kecoh tentang hal ni yang penting kita faham konsep mungkar...tak kirala apa sahaja nama atau sejarah Hari Valentine bila ianya melibatkan kemungkaran dah tentu ianya satu perbuatan haram...

Mengikut ceramah tadi maksiat yang seringkali berlaku pada zaman sekarang dsebabkan dua faktor iaitu jahil dan lalai...Kita boleh lihat contohnya bila artis mula bercakap pasal agama,mereka akan menidakkan maksiat dan dosa yang mereka lakukan dengan mengait dengan agama tanpa mempunyai ilmu agama yang betul...faktor kedua iaitu lalai dan faktor ni memang perkara paling banyak yang dilakukan oleh umat Islam...tak ketinggalan diri aku sekali...Bila kita lalai dengan harta contohnya sumber yang haram kita akan cari jalan untuk mengatakan benda tu halal...Patut ke kita mengaku yang kita ni Islam tapi dalam ilmu agama kita zero...Islam kita just nama dan keturunan...tak kan kita nak mengikut orang jahilliyah yang hanya mengikut agama yang dilakukan oleh keturunan mereka dan sanggup kufur kepada Allah untuk menegakkan benang yang basah...Sebut pasal zaman jahilliyah ada satu cerita tentang orang jahilliyah...dia ni membeli sebuah berhala dan berhala tersebut dicuri oleh seorang pencuri dan dibuang ke dalam tong sampah...Si jahilliyah terjumpa berhala tu dan berkata,'wahai berhala kenapa kau berjalan,'...dan kemudian dia letak balik berhala tersebut di tempat asalnya dan diletakkan pedang disebelah berhala tersebut supaya berhala tu dapat mempertahan diri dia...pada esoknya berhala tu tetap dijumpai dekat tong sampah tapi si jahilliyah tetap menyembah berhala tu dan berkata,'orang lain sembah kau,aku pun terpaksa sembah kau...Alangkah hinanya orang jahilliyah ni sanggup menyembah berhala yang dicipta sendiri demi mengekalkan kekufuran keturunan mereka...sanggup ke kita termasuk dengan golongan jahiliyyah ni...

Isu yang sibuk diperkatakan sekarang iaitu isu zina dan pembuangan bayi...banyak inisiatif yang dilakukan kerajaan seperti membuat rumah perlindungan kepada perempuan yang hamil disebabkan zina..memang inisiatif ni dapat mengurangkan pembuangan bayi tapi kerajaan selalu menyebut tentang statistik dan berkata,'Alhamdullah,tahun ni bilangan yang ada di rumah perlindungan ni semakin bertambah,'so apa sebenarnaya berlaku dari statistik tu...maksudnya perbuatan zina tu masih bertambah...Inisiatif lain seperti pendidikan seks,dalam pendidikan seks ni mereka banyak mendedahkan cara selamat untuk seks....so,perbuatan zina tetap bertanbah walaupon kelahiran bayi luar nikah dapat dikurangkan...Jawapan sebenarnya penyelesaiannya ialah merujuk kepada firman Allah supaya jangan mendekati zina...maka ilmu ni yang paling penting sejak kecil dan kerajaan patut lebih menumpukan penyekatan pornografi yang semakin tidak terkawal ni seperti yang dilakukan Indonesia..Kita tengok kes Ariel Peterpan,dia telah diberi hukuman yang berat...Malaysia patut tegas dengan benda pornografi ni...

Daripada ceramah yang aku dengar tadi,aku nak reccommend berapa amalan baik dan sunat yang simple yang mampu dilakukan korang semua untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dan meningkat lagi rasa cinta kita kepada junjungan besar Rasullallah S.A.W...Jadikan amalan sebagai azam korang selepas ni..

1)Banyakkan selawat keatas Rasullallah...Kalu boleh mulakan dengan selawat setiap kebaikan yang dilakukan..Selain kita dapat mengingati Rasullallah S.A.W ganjaran selawat memang besar contonya ianya akan meringankan kesakitan semasa kita hendak mati.Korang boleh cari hikmah berselawat di mana-mana sumber di internet atau berjumpa pakar agama untuk tahu lebih detail...

2)Banyak solat sunat lepas atau sebelum solat fardhu kalau ada masa

3)Banyakkan sedekah setiap hari jumaat...Jangan berkira untuk bersedekah...Ingat puteri Rasullallah iaitu Saidatina Fatimah sanggup menderma sebiji kurma walaupun hidup dalam kesusahan...

3)Amalkan bacaan Al-Quran setiap hari...dapat 2 muka surat pon jadila..jangan jadikan Al-Quran semata-mata penyembuh penyakit...Macam seorang kenalan yang aku kenal..bila aku tawarkan satu produk kesihatan...dia cakap dia berubat guna ayat suci Al-Quran saje...sedangkan solat fardhu ditinggalkan dan baca Al-Quran memang jarang sekali..

4)Amalkan bacaan tasbih(SUBHANALLAH), tahmid(ALHAMDULILLAH) dan takbir(ALLAHUAKBAR) sebelum tidur..ingat ni la amalan yang diajar Rasullallah S.A.W kepada Saidatina Fatimah supaya tidak rasa letih pada keesokkan harinya...aku tahu bila tengok jejak rasul hari tu..

5)Aku tahu korang memang sibuk,so pergila masjid cari ilmu agama walaupon sekali seminggu...Bak kata ustaz tadi kalau ada orang pergi Genting untuk main roller coster hingga lupa yang dia ada skit jantung takkan pergi majlis ilmu agama sekejap pon tak boleh.

6)Amalkan solat jemaah...kalau tak boleh di masjid,amalkan di rumah bersama keluarga..

Tu je aku nak cerita dan kongsi tentang apa yang aku dapat tadi...aku tengok korang dah mula pusing scroll mouse korang laju-laju...hehehe...so,aku stop dulu..Kalau amalan sunat korang tak boleh lakukan...janganla tinggalkan yang fardhu...

p/s-kalau ada silap sila betulkan ye...aku pon budak masih belajar..ingatla kalau Rasullallah begitu risau dengan umatnya di saat kewafatan baginda,kenapa tidak kita mengingati baginda.