Pages

Saturday, April 30, 2011

Imam Muda Musim Ke-2 Episod 1

Assalamualaikum,

Semalam aku ngan mak ayah aku pergi Bangi menziarahi family Pak Su aku.Mak ayah aku datang ke Putrajaya sebab ada Mak Cik saudara yang lebih muda dari aku akan bertunang.Dekat rumah Pak Su aku ni, aku pun layanla Imam Muda musim ke-2 episod 1 ni..Aku minat gak layan Imam Muda ni sebab aku kagum dengan ilmu agama dieorng.Macam mana dieorng memperjelaskan segala persoalan dengan disokong dengan dalil-dalil al-quran dan hadis.Mintak-mintak imam-imam muda ni takdela leka dengan popularity pasni dan jadi pemimpin Islam yang bagus menggantikan pemimpin kita yang penuh dengan konspirasi yang membosankan ni.

Mula-mula takdela aku berniat nak tengok Imam Muda ni.Aku tengah layan Buletin Utama sambil makan malam.Pastu aku tanyala sepupu aku yang baru umur 5 tahun tak silap aku.Sepupu aku ni memang comel.Ala-ala Jepun tu.Aku tanya dia,"Mardihah,Astro ni ada Mustika tak"..dengan comel dia jawab,"entah"...Aku pun tanya balik yang lebih simple lagi.Mungkin tadi bahasa tinggi sangat sampai dia tak tahu..Aku tanya dia,"Astro ni boleh tengok Maharajalawak tak"...haaa...itu dia baru dia tahu..dia jawab,"haaa..boleh,boleh"...

Dalam nak pukul 8:30 tiba-tiba bibik Pak Su aku turun dari tingkat atas dengan selamba tukar channel lain tengah aku syok layan berita.Rupo-rupo eiyh dia bukak channel yang ada siaran Live Royal Wedding.Pekahwinan antara Prince William dan Kate Middleton tu.Nasib dia tukar channel tu.Layan je la.Memang meriah betul perkahwinan Prince William dan Kate Middleton ni.Ada dia tulis stastistik live tweeter kat situ dah 2.6 million orang tweet.Lepas tu memang penuh orang datang kat rumah prince tu.

Nak pukul 9 tu den terus dekat keik remote tu.Bibik pun time tu tengah sibuk kemas meja makan.heheh...nila masa untuk aku tukar channel balik.Mardihah time tu tengah duduk sebelah aku sambil sibuk menunjuk karya lukisan dio kat aku.Layan je la budak kecik tu.Pastu aku tanya dia,"Mardihah,nak tengok Maharajalawak nombor bape"...dia jawab,"alaa..tak ingat laa.."...aku pun jawab,"alamakkk...tak ingat camner kita nak tengok Maharajalawwak ni"...Aku pun explore la sendiri.Aku tekanla 105 pastu tekan button + tu.Mane tahu lepas tu pergi ke channel Mustika tu ke.Rupo-rupo eiyh terpergila kat channel 106 siaran Oasis.Imam Muda Musim ke-2 episod 1 ni baru nak mula..

Alang-alang layan la Imam Muda episod 1 ni.Takkan demi lawak bodoh aku tinggalkan siaran agama kan.Episod 1 Imam muda ni mengenai anak luar nikah.Awal-awal episod ni imam-imam muda ni diarahkan pergi ke tempat kejadian ada satu kes buang bayi.Kesian betul aku tengok bayi tu.Masih berdarah ditinggalkan tepi jalan.Dah meninggal bayi tu.Yang lawaknya bila makcik2 kampung diinterview mengenai kes ni.Nak tahu apa dia jawab...Dia jawab,"kes ni memang memburukkan nama kampung"...dalam hati aku,"alamak makcik,takkan risau memburukkan kampung je,patutnye risau dengan kekejaman orang muda zaman sekarang ni"...

Pastu esoknya imam-imam muda tu pergi ke satu rumah di mana ibu-ibu melahirkan anak tidak sah ni ditempatkan.Macam biasala konsep imam muda ni sama dengan musim pertama.Para imam muda akan bagi nasihat,kaunseling kat orang-orang kat rumah tu.Akhir sekali ada la episod sedih dimana ada seorang ibu tu terpaksa bagi bayi dia kat keluarga angkat demi kebaikan bayi tu.

Tak sempat nak tengok siaran Imam Muda ni sampai habis makayah aku dah nak beransur.Tak tahula ada penyingkiran ke tak.Sape yang tak pernah tengok Imam Muda digalakkan tengok sebab ni la antara siaran realiti tv yang berunsur agama yang bagus ditengok.Tidak membosankan.Melihat kebijaksaan orang-orang muda yang tak ramai macam imam-imam muda ni sekarang.Masing-masing nak jadi artis je zaman sekarang.Tapi aku tak sokong program ni ada penyingkiran semua ni.Tak payahla.Patutnya biarla semua ada sampai akhir musim biar dieorng semua dapat develope kebolehan dieorang lebih lama.

p/s-keik youtube ado kot Imam Muda episod 1 ni.


Friday, April 29, 2011

Bila rakan-rakan pergi ke stall..

Assalamualaikum..

Semalam 2 orang member aku waktu sekolah SHAMS dulu datang ke stall.....Sebelum tu ada 2 orang datang shefny ngan ayie..timo kasih kerana sanggup datang MMU...lagipon jangan harap ekau nak berpoya-poya lagi lopeih ni Jon...hari Ahad ni ekau akan diisyhtiharkan tidak bujang laie...Selamat Pengantin Baru Pada Hari Ahad untuk Jon...osah panjang wish aku...

Okla..entry kali sebenarnya atas permintaan Jon ngan Udeng...kato eiyh sebelum dieorang balik,"faiz,lotak gambar den keik blog nanti"..hehe...tak sangka member aku sanggup baca blog picisan ni...siap ingat lagi ayat-ayat dalam blog aku...terharu aku time aku bungkus burger tadi dieorng sebut ayat yang aku tulis dalam entry aku..segan pun ada..

Sebelum Jon ngan Udeng datang dieorng dah tulis dekat chat facebook dah..kato Jon,"nak makan berger sotim"...Mission Jon ngan Udeng datang stall aku nak pecah rekod...nak beli yang paling special punye...Sampai-sampai je dieorng,order yang tak ponah dibueik org raso eiyh keik Malaysia ataupon dimano-mano org keik duniawi ni.."Faiz,bagi oblong letak ayam,lembu,kambing..pastu diselang-seli ngan telur dan cheese"...Kalo dikut eiyh order ni 3 keping daging oblong,3 biji telur dan 3 koping cheese"...mencabar betul nak buat...nasib saki-baki daging oblong kambing dah habis disebat oleh regular customer aku yang kambing mania ni..

So,order ditukar 2 keping daging oblong je..lembu ngan ayam...bahan2 eiyh sumonye 2 keping daging oblong,2 biji telur ngan 2 keping cheese...nak buiek ni pon dah mencabar...sampai burger untuk Jon punye mengalami keruntuhan...hehe..dah tak cantik...

Siap je buger...dengan gigih tanpa memikirkan peluh mencurah-curah akibat penangan kuah paper Jon dengan mudah menghabiskan...bolehla lopeih ni masuk rancangan Man Vs Food..bak kato Jon,"kalo den makan tongah hari tadi kompem tak boleh habis"...Udeng tercungap-cungap nak habeihkan burger dio...terpaksola Addy memberi bantuan nak menghabeihkan burger tu...tula Udeng badan kocik nafsu syaiton...heheh...Dalam sojam lopeih tu Jon mentedaghah lagi sokoping daging burger tanpa roti...

Jon ngan Udeng kato nak buat testimoni kat facebook lopeih ni..kalo dah Jon ngan Udeng nak buiek testimoni ni mustahil testimoni yang serius akan dibuat...lagi-lagi kiteorng yang antiMLM ni..yola...kalo testimoni ni biaso eiyh dikaitkan dengan MLM kan...sapo yang MLM nak approach aku tu sila la bersiap sedia untuk dihentam sebelum datang...tengah bincang pasal testimoni ni Udeng kato,"Jon,ekau bawakla Najib makan sini...mesti terkejut bdk MMU"...heheh....Jon kojo PTD keik kementerian kewangan tak silap aku...tu yang gurauan mustahil kiteorng buiek tu..pastu aku pun cakap,"Kalo Najib datang den nak tukar nama BKJR ni jadi Stall Burger 1Malaysia"...yola..sekarang ni sume nak 1Malaysia..aku pun xphm...jgn lopeih ni ado agama 1Malaysia dah la...memang den pelangkung orang tu...

p/s-entry ni akan bersambung pada entry akan datang sobab testimoni masih belum dibuat...gambar pon Jon tak upload lagi kat Facebook..


Thursday, April 28, 2011

3 second...

Assalamualaikum...

3 second merupakan satu movie dimana sekumpulan perompak merancang satu rompakan bank.Dieorng ni ada masa 3 second je nak rompak bank tu.Menarik tak??bayangkan 3 saat nak rompak bank.otai gila..

heheh...sorry aku kena rasuk jin yang suko mengarut ye.Aku sebenarnya nak kongsi nostalgia aku masa dekat matrik dulu dengan aktiviti 3 second ni.hehe..nostalgia tu..Aku matrik tahun 2003...kocik laie kebanyakan orang yang baca blog den ni time tu...ontah baligh ke blom..huhu

Sape time tu yang tak pernah tahu apa erti Maxis tu memang takkan tahu 3 second ni.Tahun tu Maxis ada buat satu rate dimana kalau call tak lebih 3 second atau saat ni memang Maxis takkan charge pape.Free of charge.Aku masa tu pakai Maxis gak...mahal betul starting pack Maxis time tu..Tak silap,aku beli RM 80...rugi betul nombor tu dah expired...sebab 3 tahun hidup macam orang tak hidup,aku tak top up..hehe..

Time tu memang fenomena betul aktiviti call 3 second.Nak free punya pasal 3 second pun jadi.Ada tu sanggup bergayut dengan awek 3 second.Berjam-jam dieorng bergayut main 3 second je kojo eiyh...memang gigih betul dieorng ni...

Call 3 second ni memang merlukan skill calling yang amat tinggi.Korang kena menuntut keik gua baru mantop dalam calling 3 second ni...heheh...kalau lebih 3 second alamat eiyh jatuh la kredit..Aku pun selalu buat gak.Tapi takdela banyak kali.Time nak makan je..member aku call,"woii..makan"...aduhh...laju bonar dieorng cakap...Kalau nak dimulakan dengan salam tu memang mustahil la kan...pastu tiba-tiba ada call lagi,"kiteorng kat cafe"...heheh...gigih tak kiteorng nak dapat call free punya pasal...bayangkanla yang bergayut 2-3 jam dengan awek guna calling 3 second ni...

Setahun kot Maxis buat camtu.Pastu dah tak buat.Mesti rugi gile Maxis time tu...Mesti Maxis tak expect ramai org guna 3 second...come on Maxis...hidup ni..takde yang mustahil utk dapat free..heheh

p/s-ade sape yang pernah buiek aktiviti gigih ni tak..

Wednesday, April 27, 2011

2 hari dah pandai Bahasa Melayu...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak kongsi perbualan aku,Addy dengan mamat Turki ni..Seronok aku berniaga dalam MMU ni dapat tengok macam-macam ragam foreigner ni...Satu hari tu customer dari Turki datang dekat stall aku..Macam biasala...kalau customer tu tunggu dekat sebelah aku dan tengok muka customer macam tak sombong,aku ngan Addy mesti tegur.

Kebetulan mamat Turki ni pandai cakap Bahasa Melayu.Tapi takdela banyak sangat vocabulary Bahasa Melayu dia tahu...Tapi takdela cara cakap dia pelat macam korang tengok tv omputih cakap bahasa Melayu.Malah aku rasa lagi bagus dari segelintir orang cina kat Malaysia yang pelat cakap bahasa melayu tu...Kiteorng berminat borak dengan mamat Turki ni sebab dia yang mula-mula cakap Melayu..tak silap aku mula-mula dia cakap,"original chicken griller dua"...

Lepas tu Addy mula tanya dia,"where are you from"...mamat tu pun cakapla,"saya dari Turki"..tak silap akula...lepastu aku pun aku pun tanya,"how long have you been here"..mamat Turki tu pun jawab,"2 hari"...terkejut aku dengan Addy bila dia cakap 2 hari...kagum pun ada...tapi disebabkan terkejut,dengan kuat aku cakap kat mamat turki tu,"Apa!!!!2 hari"...hahah...

Pastu mamat Turki tu dah mula gelabah dan tergagap-gagap sebab dia silap rupo eiyh..dia pun cakap,"oppps...bukan 2 hari...ermmm...2 minggu..ermm..2 bulan"..Dah banyak sangat ermmm dia tu...Aku pon cakap kat dia,"2 tahun laaa"...hahaa...tergolak mamat Turki sambil cakap,"ya,ya...2 tahun"...memang seronok betul aku ngan Addy layan mamat Turki yang baru nak belajar bahasa Melayu ni...

Lepas tu banyak soalan betul kiteorg tanya dia.Tanya tempat tinggal dia la...tanya pasal Turki la..Aku tanya dia dalam bahasa omputih...tapi dia jawab Melayu..Dah macam aku pulak foreigner...hehe...Aku malas tanya dia dalam bahasa melayu...sebab takut dia tak faham..sebab vocab dia masih sikit...Tapi aku kagum dengan dia sebab ada inisiatif nak belajar bahasa tempat dia berhijrah...

p/s-banggala dengan bahasa kita..

Tuesday, April 26, 2011

Kenapa grill daging senget part 2

Assalamualaikum...

Entry ni sambungan kepada entry ni...ok..banyak aku terima pendapat dan response dari korang yang begitu bernas tu...Ada yang kata tak kisahla senget atau lurus...tapi aku kisah sebab waktu aku study engineering kiteorg dilatih untuk mencari kebenaran dalam sesuatu perkara...sebab tu aku suka tengok documentry mythbuster...lagipon aku memang tak puas hati dengan orang yang marah aku sebab tak grill daging tu sengget...

Ada yang kata sebab nanti lebih cantik daging tu...masalahnya aku jual burger...bukan daging saje..so,orang takkan nampak daging tu cantik ke tak dekorasi dia..Banyak yang suruh aku buat perbandingan yang mana satu lebih cepat masak...Ada gak cakap supaya daging tak jatuh...Aittt...macam mana daging yang lebih besar dari lubang grill boleh jatuh??Ramai gak engineer dan budak lepasan SPM yang dapat straight A tak dapat jawab kebenaran situsasi ni..heheh..disebabkan permintaan ramai,aku telah buat satu ekperimen antara 2 cara ni..

Aku buat eksperimen dalam 2 cara..1st sekali aku guna 2 cara ni secara berasingan dan kira masa guna stopwatch henset murahan den ni...yang kedua aku masak secara serentak...Ok...eksperimen pertama aku mula dengan cara lurus dan masa untuk daging tu masak ialah 8 min 18 saat dan cara senget mengambil masa hanya 7 min 16 saat...cepat tu..seminit mendahului...so,dalam eksperimen ni aku buat kesimpulan yang pengaruh convection heat transfer antara angin dengan daging tu mempengaruhi proses masakan...sebab bila kita letak senget ada angle antara daging dengan angin..mungkin bila ada angle,pressure dan heat transfer antara angin dengan daging mungkin kurang...menyebabkan proses penyejukkan daging tu berkurang...

Method kedua aku grill daging secara serentak.Cara ni kurang accurate sikit sebab kedudukan daging tu tak sama tempat.Tapi den torai je la.Lepas buat method kedua ni daging yang digrill secara lurus pulak cepat masak.So,memang teori pertama tu tak boleh pakai kot.So,aku buat conclusion result dia ialah busted...heheh..dah macam mythbuster plak eksperimen ni..maksud aku letak senget ke lurus ke sama je...dan eksperimen ni sebenarnya tak accurate sebab condition dan properties tak sama.Kalau nak accurate kenala drawing 3D model pastu simulate guna CFD atau finite element software.Takdo kojo den nak bueik.Jgn ekau nak suruh den bueik pulak.Den dah buat eksperimen dua kat atas tu pon dah kira baik..heheh

Kenapa grill daging senget part 2

Walaupun result dia busted aku ngan Addy tetap grill secara senget...senget tetap dihatiku..huhuhu

p/s-aku pun tak tahu apa aku mengarut kat atas.Saje nak refresh balik...


Monday, April 25, 2011

Murid Obesiti Wajib Ikuti Kelas Khas

Assalamualaikum...

Murid Obes Wajib Ikuti Kelas Khas...Tahniah kepada guru-guru kerana sekali lagi diberi tanggungjawab mengarut disekolah...iaitu program menguruskan murid-murid gemuk...Aku berpendapat benda alah ni tak perlula nak dilaksanakan..Cukupla dengan tugas-tugas mengarut yang banyak dah guru-guru ni dah buat

Persoalan aku sekarang.Apa kaitan pelajar obesiti dengan institusi pendidikan?Come on laa...banyak lagi benda yang guru-guru ni nak focus selain dari obesiti ni...Aku pun tak faham kenapa sekarang obesiti ni jadi isu hangat dekat sekolah.Adakah pelajar ni jadi obesiti disebabkan pergi sekolah??

Pendapat aku la orang-orang obesiti ni disebabkan diri sendiri.Kalau yang masih kanak-kanak tu mungkin disebabkan ibubapa mereka yang tak kawal pemakanan anak-anak dieorng.Lagi-lagi makanan sekarang yang sungguh 'berkhasiat'..So,inisiatif nak mengurangkan orang yang obesiti ni bukan dari sekolah tapi dari rumah.

Aku selalu perhatikan orang-orang yang tergolong dengan obesiti ni.Kadang-kadang aku kesian gak.Tapi bila aku pergi kedai makan dan pemerhatian aku semasa aku berniaga ni.Aku hanya bercakap dalam hati,"patutla ko jadi macam ni"...Aku tengok kalau makan tu memang penuh satu pinggan.Time aku berniaga ni ada gak golongan obesiti ni beli kat aku.Masalahnya lepas dah makan burger pergi plak stall lain beli makanan lain.Memang dieorng ni memang tak fikir langsung pasal kesihatan dieorng.

Sebab tu sunnah Rasul ada mengatakan,"Makan waktu lapar,berhenti sebelum kenyang"..kalau sunnah ni dipegang insyaallah masalah obesiti ni dapat dielakkan..

Kadang-kadang golongan obesiti ni tak boleh kita nak persalahkan 100% pada individu tu.Ibu bapa sebenarnya yang memainkan peranan penting bukannya guru.Sebab golongan obesiti ni dah jadikan tabiat makan mereka sebagai habit.Dah jadi kebiasaan mereka sejak kecik lagi.Kalau setakat kawal makanan dekat sekolah lepas tu buat kelas senaman fizikal tapi dekat rumah makbapak bagi makan makanan menggemukkan,relevan sangat ke inisiatif nak menyusahkan guru ni lagi.Nak kena pantau pastu kena rekod BMI pelajar plak.Tak cukup banyak rekod-rekod yang berlambak ditambah lagi rekod BMI ni.Baikla kerajaan cari jalan macam mana nak mamantapkan kurikulum pembelajaran sekarang ni yang lebih belajar kerana exam ni.

Murid Obes Wajib Ikuti Kelas Khas

p/s-apa pendapat korang tentang golongan obesiti ni..

Saturday, April 23, 2011

Peluang dapat Samsung Galaxy Tab 3G free..

Assalamualaikum..

Hari tu aku ada kongsi pasal tawaran dealmates untuk dapat iPad 2 free kan...Tapi malangnya aku punya nombor tak dapat...walaupun aku dapat 3 certificates...tiga-tiga nombor tak kena..osahh...takde luck aku ni..

Tapi sekarang ni ada tawaran baru dari dealmates iaitu Samsung Galaxy Tab 3G free plak.Baru aku tahu kalau ada orang join sekali dibawah url refferel korang,korang akan dapat satu lagi certificates.Kalau 100 orang join korang dah dapat 100 certificates.So,memang cerahla peluang korang nak dapat Samsung Galaxy Tab free ni...Kalau korang tak faham,dealmates ni lebih kurang churp-churp la...kalau churp-churp ade orang register bawah korang punya url dapat duit.Tapi dealmates ni bagi certificates yang ada nombor cabutan bertuah.Kalau takde refferel korang hanya dapat satu je la nombor cabutan tu.Susahla nak menang kan...

Peluang dapat Samsung Galaxy Tab 3G free..

Sebenarnya tak rugi pun kalau korang register.Sebab banyak tawaran-tawaran menarik dari dealmates ni akan dihantar dekat email korang.Tapi tak selalu la...Sebab tu bila ada benda free je aku tahu...

p/s-Sape nak cuba dapatkan Samsung Galaxy Tab 3G ni bley terjah di sini..Mane tahu ada rezeki kan..

Dakwah Yang Hebat...Muhammad Abdul Jabbar UKIM DAWAH CENTRE

Assalamualaikum..

Zaman sekarang ni teknologi memang cepat betul berkembang.Orang Islam pun sepatutnya mengikuti perkembangan teknologi yang semakin pesat ni.Tapi mestila jalan yang betul.Aku ada terjumpa satu video dakwah yang hebat dari facebook aku.Memang kretif orang ni mengunakan media untuk berdakwah.Dah macam filem pun ada aku tengok..ni baru cara yang betul nak guna youtube..

Video ni dekeluarkan oleh Muhammad Abdul Jabbar UKIM DAWAH CENTRE.Video aku tengok ni bertajuk POWER IS FOR ALLAH.Ada beberapa video lagi dikeluarkan Muhammad Abdul Jabbar UKIM DAWAH CENTRE.Memang best cara penyampaian.Memang berkesan.Meremang gak aku masa last2 video ni yang menyataan kekuasaan Allah...



p/s-sama-samala kita bermuhasabah dan hayati...

Friday, April 22, 2011

Hari Bumi Sedunia 2011@Earth Day 2011

Assalamualaikum...

Hari ni tepat 22 April,bumi kita telah dilahirkan...heheh..sebenarnya hari ni merupakan Hari Bumi Sedunia 2011 atau Earth Day 2011.Hari Bumi Sedunia takde kaitan langsung bumi dilahirkan ke ape ye.Hari Bumi Sedunia ni sebenarnya hari dimana kita digalakkan atau sedar keadaan bumi kita yang semakin uzur ni disebabkan tangan manusia yang takde sivik ni.Yela...kan position cleaner banyak kat Malaysia ni.Buat apa kita nak jaga kebersihan.Dieorng dapat gaji dioerng la yang bersihkan.Osah..jumut betul pemikiran orang camni.

Kalau sebut pasal Hari Bumi Sedunia benda paling simple yang kita kena fikir sampah.Paling aku tak faham orang suka buang sampah dekat sungai ngan laut ni.Tahula dulu time sekolah ponteng subjek sivik.Tapi takkan benda basic ni pun tak tahu.Lagi-lagi sape yang buang plastik tu.Plastik tu dah la punya susah nak dilupuskan.Tak pasal-pasal makanan kegemaran penyu sekarang ni plastik.heheh..Kesianla binatang-binatang ni.

Hari Bumi Sedunia@Earth Day

Bila aku tengok je sungai dekat Malaysia,aku rase macam nak minum pun ade.Sebab dah macam teh susu pun ada.Tinggal nak ditarik je.Tak payah pergi mamak lagi.hehe..Pelikkan tak pernah lagi aku tengok sungai dekat Malaysia ni yang jernih macam negara omputih tu.Memang aku rasa Malaysia ni antara negara terkotor kot kat dunia.Kalau ada sampah kat tangan tu,cuba set minda tu jangan buang merata-rata.Macam aku kalau ada sampah kat tangan pastu takde tong sampah,aku biasanye letak dalam poket dulu.Sebab bila dah buang merata-rata tu rasa macam bersalah pun ada.

Sebenarnya Hari Bumi Sedunia ni bukan pasal sampah je.Tapi bila bincang pasal bumi ni dieorng akan fikir pasal kotor saje.Habis tu pembangunan-pembangunan ni tak buat dunia ni semakin parah.Pokok-pokok tu habis digondol eiyh.Pastu dengan kenderaan ngan barang elektonik lagi.Tu yang menyebabkan global warming tu.Bak kata Rosmahla,"Jepun hendaklah mengamalkan green technology"..heheh...lawakkan...bila orang penting cakap camtu.Takkan dia tak tahu yang Jepun tu negara paling mengamalkan green technology ni.Sebenarnya penyataan tu patut Malaysia yang buat.

p/s-sama-sama kita menyokong Hari Bumi Sedunia@Earth Day ni...satu hari je..heheh...kalau setakat satu hari je sokong hari bumi ni baik tak payah...ingatla kita ni satu-satu makhluk yang sanggup bertanggungjawab menjadi khalifah Allah...





Jangan Berhenti Mengharap...InsyaAllah

Assalamualaikum...

Entry ni sekali lagi aku cerita pasal masalah aku.Dulu dalam entry aku jalan-jalan cari kerja aku ada ceritakan keadaan aku yang lemah selepas aku sakit dulu.Aku tak sekuat manusia seusia aku.Ni la salah satu faktor aku tak semangat cari kerja.Serius aku risau yang amat sangat tentang keadaan fizikal aku yang lemah.Aku tak risau sangat dengan kerja seperti mana korang bagi semangat yang aku akan dapat kerja suatu hari nanti.Alhamdullilah sekarang aku dah kerja.

Semenjak aku sakit,aku sentiasa berharap yang dapat pulih jadi normal macam orang lain.Aku selalu dengar member-member aku cerita pasal aktiviti dieorng.Macam biasala kan.Orang muda pergi main futsal,panjat gunung dan jogging.Tapi aku tak boleh nak lakukan semua aktiviti tu sekarang.

Lepas aku pergi BN youth Job Fair hari tu,aku begitu down sekali.Yela..semua requirement memerlukan aku sihat tubuh badan.Sampai aku nak apply satu job tu pon aku fikir 2-3 kali.Tengah aku jalan dengan member aku,keluar dari PWTC tu,tiba-tiba aku ditahan oleh seorang pemuda yang menjual buku untuk minta derma.Aku jalan tepi sekali.So,member aku semua dah jalan ke depan dulu.Aku pun beli buku yang dijual pemuda tu.Nak tahu tajuk buku apa pemuda tu jual kat aku..

Jangan Berhenti Mengharap...Insyaallah

SAKIT,APAKAH UBATNYA,Penelitian Daripada Al-Quran dan Hadis

Waktu tu semangat aku macam naik balik.Walaupun benda ni dah kebiasaan orang jual buku jenis macam ni.Macam suatu petanda Allah bagi dekat aku supaya jangan berhenti mengharap.Sebab tu aku sekarang cuba takkan berhenti mengharap yang aku boleh jadi normal seperti dulu.Aku sekarang memang dah banyak berubah.Daripada manusia yang tiap-tiap hari menyebabkan mak aku menangis 3 tahun lepas...sebab waktu aku sakit teruk dulu apa yang keluar dari mulut aku hanya,"mak,faiz nak mati mak..tak guna lagi hidup macam ni".Sebab tu aku faham perasaan siapa yang bunuh diri tu.Tekanan hidup yang melampau.Siapa yang tak kuat mesti terjerumus dengan perbuatan yang tak sepatutnya seperti orang bunuh diri tu.Tapi aku tak setuju tindakan mereka.Sebab sebenarnya siapa yang menerima ujian,orang tu la disayangi Allah.

So,renung-renungkanla sebahagian daripada lirik lagu Maher Zain ni yang berkaitan dengan entry ni...InsyaAllah..

Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah
You'll find your way

p/s-diharapkan siapa yang ada masalah tu,carila jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya.Allah sentiasa disisi kita



Thursday, April 21, 2011

Kalau dah otak engineer..engineer jugak..

Assalamualaikum...

Entry ni aku nak kongsi perbincangan aku dengan Addy...sampai sekarang aku ngan Addy masih tak tahu jawapan sebenarnya...Tengah aku grill daging oblong aku tanya Addy pasal satu soalan ni..sebab aku betul-betul tak puas hati sebab aku kena marah waktu training masak burger kat Gombak aritu pasal hal ni...Disebabkan addy pun ambik mechanical sama ngan aku time study dulu,aku pon tanye dia sebab nak tahu apa dia jawab...

Aku:kalau grill benda ni kan...apa beza kalau kita grill daging tu lurus dengan senget...

Kalau dah otak engineer..engineer jugak..

Kalau dah otak engineer..engineer jugak..

Addy:Apsal ko tanye plak
Aku:Aku kena marah hari tu sebab letak lurus daging tu...dieorng cakap kalau letak senget lagi cepat masak
Addy:Aku rasa kalau ikut heat transfer sama je dua-dua

heheh...aku dah agak mesti tu jawapan Addy sebab aku pun fikir macam tu...bila dah belajar engineering ni semua applikasi nak kait dengan engineer...sebab apa yang kiteorng belajar heat transfer tu bergantung pada antara 2 medium tu...,maksud aku permindahan haba dari daging burger dengan grill tu atau istilah eiyh conduction...takde plak kiteorng belajar heat transfer tu jadi semakin cepat bila position tu berlainan...

Puas betul kiteorng fikir jawapan..siap buat simulation Ansys untuk finite element lagi...hehe..tu aku tipu...sorry sape yang tak faham ye...disebabkan kebuntuan yang amat sangat kiteorng pun ikut jela grill daging tu senget..kiteorng ni dah macam engineer burger pun ada..bila kukus burger tu pun bincang pasal aplikasi engineer gak...macam dah sebati dekat diri...heheh...adoyaiii...teringin sangat kerja engineer..

p/s-sape tahu jawapan sebenar.Kenapa kena grill daging tu senget..



Wednesday, April 20, 2011

Movie Review: Scream 4

Assalamualaikum...

Rasanya tak pernah aku buat entry movie review ni...tapi disebabkan aku dah tengok Scream 4 ni kat wayang semalam aku nak buat sikit review..aku tengok Scream 4 ni kat GSC Alamanda ngan 3 member sekolah SHAMS dulu..

Movie Review: Scream 4

Sebenarnya aku tak suka tengok movie bunuh-membunuh ni...kang mula la aktiviti tunduk ke bawah dengan penuh tawaduk berlaku sebab takut tengok scene bunuh tu..yang paling penting aku tak pernah tengok Scream 1,2 dan 3...saje pergi sebab aku dah lama tak keluar dengan member lama..

Sampai je panggung tu movie dah start...aktiviti bunuh sudah hampir berlaku..kelam-kabut betul nak pergi Alamanda....habis berniaga pukul 7 lebih...sampai rumah pukul 7:30...mandi pastu solat dah pukul 8:00...tunggu member roger jadi tak jadi dah pukul 8:20...movie start pukul 8:30 malam..Sampai panggung dalam pukul 8:40 kot..tu yang terlepas sikit scene awal-awal...

Macam biasalakan movie bunuh ni...bunuh sorang-sorang...movie Scream 4 ni sama je...pembunuh telefon mangsa tanya movie seram apa dieorng suka tengok...tiba-tiba pembunuh tu datang dari celah mana pun tak tahu...tiba-tiba je dah tahu aktiviti mangsa bunuh tu...lepas tu bile pembunuh nak kantoi,tiba-tiba hilang camtu je...

Sape yang tak pernah tengok movie Scream sebelum ni..pembunuh dia mesti antara dieorng...time tengok tu mulala agak-mengagak dalam kepala berlaku...aku suspect 2 orang tu pembunuh...last sekali memang bukan 2 orang tu...kalau movie-movie macam ni memang susah nak predict sape pembunuh tu...sape betul predict tu memangla ada kuasa membaca pemikiran director...last-last pembunuh dia ialah toooottttt...biarla rahsia ye...takut ada yang nak tengok movie Scream 4 ni..

Habis citer aku masih memikir pasal movie ni...sebab tak faham...movie Scream sebelum ni tak tengok..sebab Scream 4 ni ada berkaitan dengan Scream 3 tak silap aku...Pastu mulala kiteorng bincang-membincang time makan dekat Bangi...barula otak lombab den ni boleh faham sikit..bagi aku movie Scream 4 ni tak berat sangat scene bunuh dia berbanding dengan movie genre macam ni...so,siapa nak tengok janganla takut...cuma nanti keluarla sikit kencing nanti..heheh..gurau je...

p/s-Sape suka membunuh tu tengok citer bunuh ni movie Scream 4 ni digalakkan tengok...memang banyak tanda tanya masa tengok nanti dan korang mesti terkejut bila tahu pembunuh sebenar..saje je tak review dengan detail sebab kang ada yang bagi pelangkung kat aku nanti sebab dah plan nak tengok movie ni..

Relevan ke disable right click??

Assalamualaikum..

Lepas aku baca entry wafiysuzly Kenapa menyahfungsikan kebolehan mengetik kekunci belah kanan? aku setuju sama sekali.Bagi aku disable right click ni memang tak relevan langsung...kesian mouse tu tak pasal-pasal jadi OKU...heheh...janganla marah aku ye sape yang buat disable right click ni.Lepas ni dah taknak masuk blog aku.Kesian la aku,aku ni dahla takde reader yang banyak.

Ok..aku nak bagi sedikit pendapat tentang disable right click ni.Tahu tak disable right click ni boleh mengurangkan pageview blog korang dan traffik korang pun akan kurang.Selalunya alasan blogger buat disable right click ni disebabkan takut dicopypaste atau dalam bahasa melayu eiyh ditiru dan ditepek isi-isi dalam entry dieorng oleh golongan plagiarism.Kalau aku,aku tak peduli langsung kalau entry aku di copy sebab tak menjejaskan langsung blog aku.Malah blogger yang dicopy entry dia patut bangga yang menunjukkan entry dieorng mantop.Memangla rasa sakit hati bila tengok entry yang 2-3 jam kita mengarang tu ditiru,tapi korang kena fikir pembaca yang begitu minat dan teruja nak baca entry korang.

CRelevan ke disable right click??

Kenapa aku cakap disable right click ni mengurangkan pageview blog korang.Sebagai contohla...Aku baca satu blog yang baru bagi aku atau yang lama pun boleh.Baca-baca,tiba-tiba terasa blog ni best dan menyebabkan semangat aku nak baca entry lain membuak-buak.So,aku pun tercari-cari blog archive blog tu.Tiba-tiba perasaan yang paling menakutkan berlaku pada aku bila blog yang disable right click ni memberi amaran pada aku...

"Jangan ekau nak berani copy den punye entry,kang den cemat kang laju-laju tanpa henti"

Menggigil gak aku bila baca amaran pukul macam tu..heheh..disebabkan takut dicemat,aku pon beredar dari blog tu tanpa segan silu dengan menekan button X tu.Nampak tak macam mana disable right click ni dapat mengurang traffik korang dan mungkin mengurangkan reader korang.Silap-silap reader korang lari macam tu saje.Lagi satu dengan adanya right click ni visitor korang akan dapat membuka posting-posting korang banyak-banyak sekaligus dalam tab yang baru.

Right click ni juga dapat memudahkan reader korang untuk membuka backlink yang korang letak dekat entry-entry korang.Kalau aku bila entry yang ada backlink kat entry blog yang disable right click ni memang aku takkan bukak punya.Kalau korang takut sangat nak ditiru bolehla guna Tynt Insight.Kalau nak tahu pasal Tynt Insight ni boleh terjah ke blog anastasyea ni...

p/s-bolehla kongsi pendapat korang  di ruang komen ye..

Tuesday, April 19, 2011

Tahu pulak nak malu

Assalamualaikum..

Entry ni aku nak kongsi satu kisah berlaku semasa aku tengah berniaga.Kisah seorang gadis yang lebih malu kepada manusia berbanding dengan Allah.Tu la yang berlaku pada segelintir manusia zaman sekarang.Dekat manusia dieorng malu dekat Allah tak malu pulak.Sedangkan malu pada Allah tu yang sepatutnya sebab Allah itu Maha Melihat dan sentiasa bersama kita.

Alkisahnya,sedangkan aku kusyuk meletak sayur pada burger,tiba-tiba Addy bersuara...

"Tahu plak nak malu,pakai tak malu plak"

Aku pun pelik apa yang malu-malu Addy cakap ni.Aku pun pandang ke arah dataran sebelah stall aku.Rupa-rupanya ada seorang gadis Melayu Islam yang tengah sibuk tarik-tarik baju dia nak cover dia punya jamban.heheh..jangan marah gadis-gadis ye sebab aku guna istilah jamban ni.Sebab dia tengah cover pakai seluar yang gila ketat.Dah macam tight pun ada.Nama pun swasta kan.Apa-apa baju pun dieorng boleh sebat pakai.Pastu aku ada terdengar gadis tu cakap kat kawan dia,"malu la" sambil menarik-narik baju dekat belakang dia.

Tula orang zaman sekarang.Demi trend,fesyen dan mungkin pengaruh kawan dieorng sanggup menggadaikan maruah atau melakukan dosa besar.Padahal tak rela pun nak pakai pakaian camtu.Tak payahla sebab fesyen atau trend ni kita buka aurat.Ramai betul aku tengok wanita-wanita tak memahami erti sebenar aurat dan pemakaian tudung ni.Tudung ni bukan just tutup kepala.Tapi hendakla tutap sehingga ke paras dada.Samala macam lelaki.Lelaki ni terlalu mudah aurat dia.Tu pun tak dapat nak dipatuhi.

Aku tengok sekarang ni dah banyak pakaian Muslimah yang lebih trendy,apa salahnya pakai pakaian muslimah tu.Takkan kita sanggup diseksa dalam neraka ni demi duniawi yang paling lama kita hidup pun mungkin80 tahun je.Dan umat rasullullah ni umur 60 tahun tu umur dah kita patut bersedia untuk mati.Kalau mati usia muda dan tak sempat bertaubat.Sendiri ingatla ye.

“Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang-orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh karenanya mereka tidak diganggu. Dan ALLAH SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Al-Ahzab: 59).

Dalam berpakaian, bukan hanya memakai jilbab. Tapi juga menghindari pakaian yang tipis atau ketat yang memamerkan bentuk tubuh: Selain itu yang berlebihan seperti terlalu longgar atau pun yang mewah sehingga riya/pamer juga tidak diperkenankan.

Hadis riwayat Aisyah RA, bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasululloh SAW dengan pakaian yang tipis, lantas Rasululloh SAW berpaling darinya dan berkata:“Hai Asma, seseungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini,” sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR. Abu Daud dan Baihaqi).

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya..”[An Nuur:31]


p/s-sama-sama kita perbaiki diri

Monday, April 18, 2011

Buffered Earning Nuffnang ke-5 2011..

Assalamualaikum...

Alhamdullilah...check earning Nuffnang semalam tiba-tiba muncul plak satu buffered earning lagi satu..memang berjanggut tunggu buffered earning Nuffnang ni...kali terakhir dapat bulan lepas.Buffered earning dari Adidas Clima Cool LR...aku rasa ramai yang dapt buffered earning dari Adidas Clima Cool LR ni sebab banyak blog muncul iklan ni..


Sebenarnya saje nak tulis entry sebab nak mempergunakan wifi free dari MMU ni...abang aku kerja kat MMU,so dapatla password dia..customer plak tak ramai sekarang ni..sebab MMU sekarang tengah short sem...

Sekarang ada 2 buffered earning aku tengah ada 2 berjalan.Satu lagi yang dulu punya prudential.Lagi tiga semua dah bertukar jadi metered earning.Dan tak boleh jalan earning dia.Kojap bonar berjalan eiyh dah tukar jadi metered earning..tak pueih menikmati rezeki dah berhenti..heheh

Buffered earning terbaru ni mungkin sebab kepas aku update profile survey aku ngan hantar surat berantai kat Nuffnang minggu lepas.Siapa yang nak buffered earning tu tryla hantar surat cinta kat Nuffnang.Mana tahu dapat.Dekat profile survey letakla ayat yang tak ingat dunia sikit.Konon eiyh blog korang hebat gila...hehe

 p/s-korang ada dapat buffered earning tak..terima kasih ye siapa yang tekan iklan aku laju-laju tu..ni entry autopublish yg aku tulis pagi tadi



Den hampir maut dalam kemalangan....

Assalamualaikum,

Lamo btol aku tak citer pasal kenangan aku kan.Entry ni den cakap loghat nogori yo...supaya korang dapeik raso perasaan jadi orang nogori ni..heheh..boleh kan...sobonar eiyh kenangan menakutkan ni berlaku maso den sekolah rondah.Tak silap den masa tu den darjah limo...bukan limosin yo tu...heheh

Maso tu time balik kelas tambahan agak eiyh...nak balik tu den nak tipon bapak den suruh jomput...dulu sumo pakai public phone...mano ada Samsung Galaxy Ace waktu tu...Tipon public ni plak kat seberang jalan sekolah den...dokeik dopan sekolah den tu memang sibuk nak ameik...yola..dokeik dongan bandar Bahau kan..bandar ke Bahau tu...heheh..den pun tak tahu...

Maso den nak melinteih jalan nak poie kat tipon tu..memang den selamat...lopeih dah habeih tipon bapak den,den terusla nak poie sekolah balik...soporti biaso..melinteih kono la pandang kiri kanan kan...tu yang den belajar waktu keik tadika kemas dulu...takdo plak dio ajar lopeih pandang kirikanan tu pandang laie sampai kompem takdo kenderaan...

Lopeih pandang kirikanan tu den dengan ponuh keyakinan dan takbur melinteih sobab takdo keto time tu...tibo-tibo...booooom!!..yang tibo-tibo ni aku tak tahu botol ko tak..sobab lopeih kono langgar tu memang den melayang tak sodar diri...

Mengikut tuan punye motor yang langgar aku tanpa belas kasihan tu...lopeih dio terlanggar den,den melayang macam iklan weightagain tu..yola dulu taknak makan...kan dah kurus keding camtu..sekali motor langgar pon melayang...dahla yang langgar den tu suami isteri yang dah pencen...bawak mesti slow punye...pakcik ngan makcik yang langgar aku tu cakap waktu den tersungkam kat jalan rayo tu,botol-botol belakang den ado bas yang siap sedio nak langgar den...dengan ponuh cemas pakcikmakcik tu tanpo menghiraukan keselamatan menjorit dopan bas tu suruh berhonti...nasib sompeik...kalo tak,tak dapeikla korang nak baco blog ni...kalo ado tu,hantu den la tuleih tu..heheh

Den tersodar dari pengsan pon maso den dalam keto cino dalm perjalanan ke klinik...terkojut beruk den tibo-tibo ado dalam keto cino...dah sampai simpang nak poie klinik tu,den perasan klinik ni botol2 dokeik ngan ghumah den...kocik laie kan..ingatkan penculik mano nak culik budak cute macam den ni...lanteih tanpa ragu-ragu den bukak pintu belakang kuar dari keto tu...memang aksi mencomeihkan waktu tu...mesti cino tu blurr gilo...orang yang dia nak hantar klinik tu melompeik kuar dari keto dio...

Sampai ghumah den masukla ghumah dengan ponoh macho sambil jalan cat walk dopan bapak den...tibo-tibo bapak den terkejut tengok den...den ingat luko kocik jo kat muko ni...tu yang nak rahsio keik bapak den ni...den pon tengokla cermin keik bilik mak den...tibo-tibo den pulak terkojut.."sapo plak mamat hodoh yang sobolah muko takde kulit laie ni...nampak daging jo ngan tisu-tisu putih sikit jo...baru den tahu lopeih den melayang tadi sobolah muko den bergeser keik jalan rayo...

Lama gak muka aku nak elok...minggu dopan tu plak nak poie rombongan plak tu..terpaksola poie rombongan dengan muko hodoh...nasib baik tak tinggal parut keik muko den yang hensem ni..hehe...takdo plak den lotak ubat apo-apo...ubat warno kuning yang klinik tu bagi jo den tepek keik muko ni...

Hari tu gak orang cino yang nak culik den tu datang ghumah den sobab nak hantar buku-buku den dalam keto dio yang tertinggal tu lopeih den berjayo  melopeihkan diri dari diculik tu...

p/s-panjang plak aku citer kali ni...hati-hati di jalan raya...

Sunday, April 17, 2011

Kucing Comel Minum Air

Assalamualaikum...

Malam-malam ni kita tengok video comel kucing ye..Memang pelik kucing ni.Selalunya kucing takut air.Ni gemar plak main air.Kesian kucing ni tuan dia tak bagi minum air kot.Terpaksala buat aksi comel dan pelik ni.Dah macam orang pun ada.Kan selalu orang lepas main ke mesti minum air,pastu basahkan kepala.Tak pun kucing ni kepanasan...


3 orang adik-beradik kandung tapi nama ayah semua lain...

Assalamualaikum...

Aspan bin Alias
Pemdah Akmar bt Khandias
Kamarulzaman bin Kamdias

Tengok nama kat atas tu...nama ayah semua lain kan...tapi sebenarnya tiga-tiga ni adik-beradik kandung.Aspan tu abang sulung mak aku.Pemdah tu mak aku...dan Kamarulzaman tu adik bongsu mak aku..nama sebenar atok aku ialah Khandias...polik kan...den pon mulo2 polik gak...pastu dengan penuh curiosity aku pun tanya mak aku,"mak,kenapa nama pak bong ngan paksu tu nama ayah lain"....mula-mula aku ingat sajo pakcik-pakcik aku ni nak glamor sikit..macam artis kan...namo punye kampung tibo-tibo jadi namo KL plak..heheh

Mak aku jawab,"ni semua polis la ni silap tulis"...sebab dulu tak silap aku baby yang baru lahir didaftar oleh polis..laaa....memangla polis zaman dulu,tulis pun boleh salah.Nak dikatokan pokak tak pokak...nak dikatokan tak pandai menulis,boleh plak tulis surat saman...heheh...ni mesti kes tak pandai mengeja ni...sape ayah dia polis tu jangan marah ye...ni segelintir saje ye...

Nama mak aku pon silap.Mengikut cakap mak aku nama sobonar dio sepatut eiyh Faridah bukannya Pemdah.Mak aku kata ni kes polis salah eja...aduhaaiii...tak pasal-pasal mak aku terpaksa bawak namo polik camni...sebab tu ada kawan-kawan mak aku panggil dia Faridah...nasib baik den tak lahir waktu zaman tu..kalau tak ntah apo namo aku ni...jadi Fauz agak eiyh..heheh

Sekarang ni polis dah pandai.Ramai yang ado diploma atau degree dah.Sekarang ni semua kerja mesti ada kelulusan kan...Nurse pon sekarang dah ada degree.Lopeih ni Pak Guard pon kono ada diploma agak eiyh..heheh

p/s-nama mak ayah korang ada silap tak

Saturday, April 16, 2011

Give Away Ujang9897

Assalamualaikum...

Lepas kongsi pasal lemang tadi,akibat serta paksa yang dilakukan oleh chii terpaksala aku join giveaway dari Ujang9897..sebenarnya bukan terpaksa pon.Hujung minggu yang membosankan ni baik aku join giveaway ni.Hadiah dia memang menarik.Siap ada sponsor lagi.Ada free domain tu...

Aku sebenarnya tak pernah masuk blog Ujang9897 ni tapi aku dah terjah tadi dan baca beberapa entry dia..blog dia memang tak semak langsung.Takde widget-widget mengarut yang menyebabkan aku nak tekan pangkah laju-laju.Blog ni sangat ringan.Bila aku masuk memang cepat loading dia.Tuan punya blog ni peminat si mata besar Heliza..

Dari segi pengisian entry dia memang sempoi aku rasa.Ayat-ayat dia tidak berat untuk dibaca even korang tengah sibuk camner pon..Kebanyakan entry dia pendek.Tapi tak terlalu pendek sebab tak silap aku Ujang ni tak suka entry panjang-panjang.okla tu saje aku dapat review blog Ujang ni..

Syarat lain join giveaway:

1)Letak Header Ujang yang kacak


2)Letak gambar sempoi

Aku takde gambar sempoi tapi letak jela gambar aku dalam wind tunnel masa aku buat testing produk air filter masa praktikal training dekat Pasir Gudang dulu.


3)Tag 2 orang

Sape ye nak jadi mangsa den ni...dengan ni,aku memaksa 2 orang ni join giveway ni.Kalau tak siap la ko.den bagi pelangkung.heheh

ayie

akak fizalinolie

p/s-sape rasa nak join tu joinla.tak rugi pon.mana tahu ada rezeki.Sape nak join bolehla terjah blog Ujang9897

Nak lemang ketiak tak??

Assalamualaikum...

Yang ni conversation ada seorang mak cik yang merupakan jiran aku kat Bahau dengan suami dia..

mak cik jiran:bang..nak makan lemang ketiak tak
pak cik jiran:apsal lemang ketiak plak
mak cik jiran:alaa..lemang jual kat tepi jalan tu...orang tu masak lemang kan tak pakai baju...nanti ketiak dio berpeluh masukla dalam lemang tu..


Korang rasa nak makan tak bila dengar pasal lemang ketiak ni..mesti taknak kan..sebenarnya aku nak kongsi masalah orang melayu nak berniaga...ni satu contohla kesilapan orang melayu nak berniaga ni...mereka tak peduli pasal first impression customer tu...tengok dia masak macam tu pon dah buang minat orang nak beli lemang dia...dahla jual lemang...kebanyakan orang makan time raya je...pastu ditambah perisa air ketiak lagi...mana la orang datang..

First impression ni sebenarnya sangat penting nak dapatkan customer baru..macam aku nak pergi makan luar apa yang aku tengok selalunya keadaan gerai tu...kalau dah ramai orang kat gerai tu mungkin aku terjah terus...tapi kalau tak ramai,signboard pun tulis pakai pen marker saje kemungkinan aku nak makan kat situ amatla tipis..

Bila kita dah dapat customer baru,produk pun bagus kalau contoh gerai makanan...rasa dan kualiti makanan mantap dan service terbaik dari ladang, insyaallah customer tu akan mula sampai menyampai kepada orang lain...tak silap aku cara ni dikenali sebagai viral marketing...macam contoh lemang ketiak ni...mak cik tu cerita kat mak aku...pastu mak aku cerita kat ayah aku...aku pulak cerita kat korang...kan dah ramai orang tahu keburukan perniagaan mereka...

Kalau satu perniagaan tu mengharapkan jualan dieorng ni untuk sesuatu tempat ...sebagai contoh lemang ketiak tadi telah jadikan orang-orang Jempol sebagai target customer dieorng..kan boleh lingkup tu...sebab sampai menyampai tentang keburukan lemang dieorng antara penduduk kat situ..orang nak cuba makan pun takut...lainla kalau ada orang nak makan lemang dengan perasa tambahan asli tu..heheh

Lagi satu paling aku pantang kebersihan teruk...sedap camner pon makanan tu kalau kebersihan pon teruk memang aku tak pergi la...sebagai contoh aku ambil gambar kedai makan dekat Putrajaya ni time aku minum kat situ...punyala lama aku kat situ meja kat situ langsung tak dibersihkan sampai aku balik..

 nampak tak habuk rokok atas meja tu...aku betul2 duduk sebelah meja tu

Kalau kebersihan depan customer pun tak dijaga,rasa-rasanya dekat bahagian belakang dapur tu dia jaga tak...ntah2 kuali dia masak tu pon tempat tikus bermastautin...

p/s-sape nak lemang ketiak boleh order kat aku bila aku balik Bahau nanti..heheh

Friday, April 15, 2011

Blackberry Deals Promotion di Pikom PC Fair

Assalamualaikum..

Disebabkan hari ni aku off bolehla aku up satu entry lagi hari ni...jangan jeles ye,aku tak kerja..den punyo bussiness..suko hati den la nak bukak ke tutup ke...takdela..disebabkan aku bukak stall kat fakulti...hari Jumaat,Sabtu ngan Ahad aku tak bukak..student tak ramai lalu kat situ..sebab takut tak berbaloi..sewa kat MMU ni mahal...sehari RM50...lagipon bolehla aku rehat...selalu eiyh pukul 10 atau 11 mlm baru la dapat bukak laptop ni...

okla..hari ni aku nak kongsi satu promotion yang Blackberry ni buat khas dekat Pikom PC Fair dekat KLCC mulai hari Jumaat ni hingga Ahad ni...promotion dia memang agak menarik tertarik memang deboom..promotion dia,belian kedua akan dapat price 50%...so,kalau harga Blackberry Torch 9800 harga RM 2199,harga belian kedua akan jadi RM 1100...
Blackberry Deals Promotion di PC Fair

Sape pengemar blackpaper Blackberry tu bolehla pakat ngan member beli...takpon korang beli 2 dan lagi satu jual la kat mudah.my ke dengan harga full...kan ke untung tu..ada 3 jenis blacberry dalam promotion ni...Blackberry Torch 9800,Blackberry Bold 9780 dan Blacberry Curve 3G...tak silap aku limit untuk 10 unit setiap satu jenis tu untuk 1 hari..so,sapo copeik dio dapeik..

p/s-sape nak kongsi ngan aku..hehe..tak mampu den..

Isteri Memang Suka Suami Gemuk ke?

Assalamualaikum...

Entry ni saje nak merepek meraban merapu dan sewaktu dengannye.Aku ada tertengok MHI dah lama dah bila ditanya wanita apa yang suka diberi kepada pasangan dieorng untuk memikat hati pasangan dieorng tu...

Pastu pihak MHI ni interviewla ramai orang untuk buat survey.Kebanyakkan yang jawab..
"Saya suka masak masakan yang sedap-sedap untuk suami saya"

hehehe...kalau masak sedap-sedap tu apa ye...kalau orang nogori masak lomak cili api...kan semua tu banyak lemak...masakan orang melayu...tahu-tahu jela..lemak..lemak..dan lemak..sebab tula ramai orang melayu naik lemak sekarang...hehhe...aku dah agak mesti dieorng ni cakap nak bagi makan...aku pon suka bakal isteri aku pandai masak...kalau suami macam aku ni okla...makan sampai tak ingat dunia pon takkan gemuk...dapat suami yang makan sikit naik 1kg berat badan tu...jangan monyosal sudahla sobab asyik sumbat suami makanan sodap-sodap je...hehe
Isteri Memang Suka Suami Gemuk ke?


Cubola bagi suami iPhone ke...Samsung Galaxy Tab ke...jongkong emas ke...kan lagi bagus..heheh...idea mengarut dari aku yang boleh menyebabkan isteri ni bankrupt..kalau suami blogger tu bagi idea entry pon cukupla...dapeik gak duit dari blog..ye tak...heheh

p/s-apakah benda yang anda suka bagi dekat pasangan anda??cuba ceciter sikit kat aku...

Thursday, April 14, 2011

Baru den sodar english den lomah btol...

Assalamualaikum...

Entry ni aku nak kongsi tentang aku dengan student foreigner ni..dekat MMU ni banyak sangat student foreigner terutamnya dari negara Arab...nak dikatakan sama banyak dengan student Malaysia..so,customer aku kat sini kebanyakannya foreigner..orang cina ngan orang india pon suka beli burger aku..tapi melayu paling sikit beli..mungkin den kono jual masak lomak cili api barula ramai orang melayu nak beli..heheh

Hari first hari tu memang kelam-kabut betul...baru 5 minit bukak dah ada customer...semangat betul aku ambik order...tibo2 den cari roti burger rupo-rupo eiyh takdo...pueih den carik merato-rato..dari muko manis torsonyum sampai tolingo tibo-tibo berubah macam nak makan orang...bilo call balik kodai supplier rupo-rupo eiyh tinggal kat sano...paneih btol aku ngan kodai tu...nampak sangat dio tak lotak kat dopan den kat kaunter bayaran tu..kalau tak mesti aku tak tertinggal...nasibla roti oblong tak tinggal...jauh plak tu kat Sungai Besi...customer pertama cancel..

Tiba-tiba datang mamat-mamat Arab nak beli...nak speaking Arab den dah lupo...yang den ingat hanya...
"ismi Faiz,askunu fi bahau"

kang cakap camtu mamat Arab tu cakap den gilo plak nanti...terpaksala speaking omputih yang dah 3 tahun den tinggalkan lopeih habis study dulu...tibo-tibo mamat Arab tu cakap.."give me one original grill chicken burger"...mula-mula aku terkesima sebentar...peluh dah mulo menitik sikit demi sedikit..cakap pon tergagap-gagap nak jawab burger biasa takde roti yang ada Oblong je...nasib mamat Arab tu tak cakap..

"tula skolah dulu taknak ambik english education,sume nak gomen nolong bile dah bengap macam tu"

heheh...nasib tibo-tibo den diberi petunjuk dari tuhan...keluarla dari mulut aku,"just now we have only long burger"...nasib mamat Arab tu memang nak Oblong...kalau tak lari customer lagi...memang lemah betul engish aku...banyak kali tergagap-gagap...

kes kedua plak ada sekali tu dia order...."I don't want mayo..just put ketchup"...aku ingat ketchup tu sos ape-ape pon...aku lotakla sos chili tu...tibo-tibi dia cakap,"I don't want sos chili,I want ketchup"...dalam hati aku cakap,"betul la ni ketchup"...lopeih tu member aku Addy tegur aku dia cakap ketchup tu sos tomato..barula den tahu...heheh

p/s-kono baca the star tiap-tiap hari ni...

Wednesday, April 13, 2011

Fahamila maksud Qada' dan Qadar yang sebenar...

Assalamualaikum...

Entry kali ni kita kongsi pasal maksud Qada' dan Qadar yang sebenar...aku tengok ramai yang tak faham maksud Qada' dan Qadar ni terutamanya golongan yang jahil dalam agama ni..Aku nak bincang pasal Qada' dan Qadar ni sebab tak puas hati dengan sikap segelintir manusia yang sibuk menyalahkan Qada' dan Qadar...hari Ahad aritu ada citer pasal artis yang terdedah bahagian tottttt dia kat Melodi...tak payah tulis nama pon korang boleh tahu..memang tak patut Melodi tunjuk gambar2 dia,siap tunjuk anak panah lagi kat bahagian tu..dia tak tahu ke rancangan dieorg ni dilihat sekali budak2 sekolah rendah ni yang mudah terpengaruh dengan segala benda yang ada kat depan dia..

Apa kaitan citer Melodi tu dengan tajuk entry ni...dalam Melodi tu dia ada interview ibu kepada artis tu...dalam interview tu ada mak dia cakap..

"Yang ni semua Qada' dan Qadar dari Allah"

Kalau kita dengar ni antara ayat tipikal yang selalu para artis ni cakap untuk beri alasan supaya dapat lari dari kontroversi dieorg...takpon ayat selalu dieorg cakap.."Allah tu Maha Mengetahui,hanya Allah saje yang tahu apa yang berlaku"...tup,tup dalam baper minggu ternyata kontroversi tu betul...tolongla jangan menggunakan nama tuhan untuk lari dari masalah yang diri sendiri buat...

Kita balik kepada maksud Qada' dan Qadar ni..kita tengok maksud dan erti Qada' dan Qadar ni...

Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.

Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala bermaksud:

Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.

(Surah al-Anaam: ayat 59).

Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.

(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi)
..

Yang orang selalu salahkan ni ialah Qada' Muallaq..Qada' Mualllq ni boleh kita ubah dengan banyak cara.Salah satunya ialah berdoa..So,takdela alasan nak menyalahkan segala yang berlaku terhadap takdir Allah tu..tapi sebelum doa tu kenala berusaha barula doa tu mustajab..tak payahla biar diri kita ni buat sesuatu yang menyalahi syariat Allah...insyaallah kemungkinan perkara yang tak diigini atau fitnah ni takkan berlaku..

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (Surah ar-Rad: ayat 11)

sumber:islamgrid
p/s-siapa yang tahu lebih pasal maksud Qada' dan Qadar ni bolehla kongsi sama-sama ye..

Tuesday, April 12, 2011

Teknik Testimonial Cara Mudah Pancing Customer

Assalamualaikum..

Teknik testimonial ni aku rasa memang satu teknik yang banyak mempengaruhi pelanggan atau seseorang...maksud aku teknik testimonial ni macam contoh kat bawah ni...

1)Kalau nak ajak masuk MLM

Usop wilcha,23tahun,Pak Guard.

Saya dulu seorang Pak Guard di sebuah bangunan terbiar.Bos saya kata gaji saya ni gaji Pak Guard paling rendah dalam sejarah Pak Guard sedunia..lepas saya menyertai company X ni gaji bulanan saya mencecah 18 angka.kalau saya boleh kenapa anda tak boleh..


2)Menjual produk

kak limah,30 tahun

Dulu berat badan saya mencecah 300 kg.Tapi lepas saya makan produk X ni berat badan saya menurun menjadi 40 kg dalam masa tak sampai seminggu.Memang tak pernah saya terfikir yang badan saya akan slim macam ni sehingga kerengga pun jealous dekat saya.Produk ni tak memerlukan kita diet.lepas makan produk ni kalau nak melantak sampai pengsan pun boleh.

Tu la antara contoh testimonial yang banyak menipu orang.Sape yang terdesak nak jadi kaya atau kurus tu confirm join punye.

Sebenarnya aku nak kongsi teknik testimonial yang bahaya aku tengok dekat MHI hari tu.Teknik ni menjadikan korang sebagai testimoni untuk keluarga korang.Ada satu kes ni dalam menyertai pelaburan.Orang ni menyertai satu pelaburan yang member dia ajak.

Mula-mula orang ni tak percaya.Tapi dia tengok member dia masuk je duit kat bank.Dia pun terpengaruh join.Dalam sebulan dua tu memang dapat duit yang dijanji.Apa lagi bila dah tengok duit masuk masyuk,orang tu pon ajak satu keluarga dia join sekali.Sebab dia sendiri dah dapat habuan..

Lepas semua keluarga dia dah masuk...duit dah tak masuk dah...dah jadi camni memang parahla.Yang kena tipu bukan melibatkan dia sorang tapi melibatkan satu keluarga.Bila waktu tu Ally Iskandar tanya dia berapa kerugian dia.Terkejut aku dengar orang tu jawab..

"kalau beli Ferarri tu rasanye cukup kot"

perghh..banyak betul..dia cakap kerugian dia tak banyak sangat..tapi disebabkan dia ajak semua keluarga dia..tu yang banyak tu..kalau dengan saudara..bahaya kes ni..kalau yang mata duitan tu boleh putus silaturrahim ni..yela..zaman sekarang ni duit tu the most priority bagi dieorg berbanding persaudaraan...

p/s-hati-hati dengan penipuan yang melampau zaman sekarang...

Monday, April 11, 2011

Disangka tiruan rupanya original...

Assalamualaikum...

hahahah...aku ada tengok satu cerita tu dio kato tak original bondo alah tu rupo2 eiyh original...kecoh betol orang kato tak original.Sampai den pun bonci tengok bondo alah tak original tu.Nak tahu citer apa aku tengok.Citer tu namo eiyh Berita Terkini...heheh

Telur tiruan yang heboh dikatakan tak original tu rupo2 eiyh original atau asli.Waktu tu aku tengok tak silap aku Menteri Kesihatan cakap hasil kajian menunjukkan protein kat telur tu sama dengan telur asli.Tapi tak silap aku kajian sepenuhnya belum habis lagi.Tak tahula kalau kerajaan saje nak tutup kes.Biar tak kecoh.

Apo la benda yang tak pasti diheboh-hebohkan.kan dah kecoh.Sampai tak silap nak disaman eiyh siapa jual telur tiruan.Macam-macam kan..kesian kodai runcit Ah Chong ngan Mutusamy ngan Sameon tu tak pasal-pasal kono rampeih dio punye telur.hehehe..Patutnya kementerian kesihatan buat kajian dulu baru diheboh-hebohkan.Sampai cara-cara nak buat telur tiruan pun ada keluar.Patutla den cubo bueik kat rumah aritu tak jadi.heheh

p/s-sorry entry autopublish mengarut taip laju-laju selama 3 minit sebelum pergi kerja..

Moh makan Burger Kukus Jalan Rejang..

Assalamualaikum...

Moh makan Burger Kukus Jalan Rejang..

Hari tu aku ada cakap aku nak kerja kan...ni la kerja aku...buat kerja sendiri sikit..aku sekarang mempunyai stall burger aku sendiri yang bernama Burger Kukus Jalan Rejang (BKJR)..pengasas penjenamaan stall burger ni ialah Rosnizam tuan punya Iftitah Food Services,company stall burger ni.. aku bukak stall Burger Kukus Jalan Rejang di dalam kampus MMU,Cyberjaya..stall ni bukan franchise...jadi hasil jualan semua aku punye..aku just tinggal kat Putrajaya tapi aku kerja kat Cyberjaya...so,sapo yang suruh den poie minam ngan najib sambil main pok amai-amai tu tak dapeik la yo...hehhe...tak silap aku Burger Kukus Jalan Rejang ni dah ada 7 di Malaysia ni..

Aku berniaga ni bersama member aku addy...aku buka stall ni pon sebab dah malas nak tunggu buah tak jatuh...tunggu kerja makan gaji..mungkin aku dah sedar tanggungjawab aku sebagai hamba Allah dan anak...perlu cari rezeki yang halal di dunia ni..tapi mungkin aku bukan berniaga ni lama...aku still tunggu kerja government dan tengah cari pengalaman kerja..sebab cita-cita aku nak jadi engineer bukan perniaga burger..dan aku taknak sia-siakan ilmu yang aku belajar kat universiti..Kalau aku dapat kerja government aku akan sewakan stall ni kat orang lain..so,nanti dah jadi pasif income untuk aku...

Sebenarnya stall Burger Kukus Jalan Rejang ni kepunyaan bro Rosnizam...lepas dia setuju nak jual kat aku dengan harga RM 7000,aku akan mula berniaga hari ni...aku dapat duit beli stall tu melalui pinjaman DMAS...sonang bonar nak lulus loan ni...tak payah penjamin...slip gaji pon tak payah...mesti korang tak pernah dengar DMAS ni kan...DMAS ni short term untuk Dana Mak Ayah Sedunia...heheh...sonang cerita den pinjam duit dari mak ayah den...tapi bro Rosnizam ni baik..dia suruh bayar RM2000 dulu...selebihnya bayar ansur-ansur..

Aku takut sebenarnya nak mula ni...sebab mengikut bro ni jualan kat sini pernah capai RM 800 sehari...takut tak dapat handle..aku pon tak sihat mana kan..aku bersyukur sebab dapat bukak stall Burger Kukus Jalan Rejang dalam MMU...satu sebabnya customer dah ada...keduanya aku dikelilinggi orang yang berpelajaran...tak payahla aku bercampurgaul dengan mat rempit atau kaki lepak yang tak fikir masa depan...bukan aku nak pandang rendah kat orang...yela..tahu-tahu jela kalau kat stall burger je ramai golongan camtu lepak2 kan...

Burger ni special sikit takde goreng...so,kolestrol rendah sikit...daging burger tu mula2 dikukus kemudian dipanggang...dalam bahaso omputih dia grill..sos black paper dia pon ada ramuan tersendiri...special sikit..menu yang ada...burger seperti stall burger lain gak dan ada gak oblong lembu,kambing dan ayam...

Korang pon tahu aku mempunyai masalah tidur..yang bagusnya waktu berniaga aku pon sama seperti kerja makan gaji...dari pukul 9 pagi hingga 6 petang...sebab stall tu tempat lalu lalang orang nak pergi fakulti...so,tak payahla aku nak berjaga malam...waktu malam bolehla berblogging...mungkin pasni tak bley blogwalking macam biasa..tapi insyaallah siapa yang selalu terjah blog aku tu aku akan pergi blog korang...kalau dah lotih sangat...aku niat dalam hati cukupla kan...terjah gak tu..heheh

p/s-siapa yang duduk berdekatan cyberjaya tu aku paksa korang datang...hehe..pembaca blog setia aku insyaallah dapat harga istimewa



Sunday, April 10, 2011

Menyosal den poie Alamanda...

Assalamualaikum...

Malam semalam tahap kebosanan aku memang tahap maksimum...duduk rumah takdo Astro plak...takkan nak melayan anak buah 24 jam..naik biol kepala aku...Tapi mak aku masih lagi tak balik Bahau..ado kat Putrajaya ni sekali..

Dalam pukul 9 malam aku dah raso bosan dah...nak layan blogwalking dah malas..lagi2 bilo aku pakai Maxis berukband ni...kang pakai selalu takut copeik bonar habis data usage dio...

Alamanda plak sobolah je rumah abang aku..aku sekarang duduk kat presint 16..nak poie Alamanda tu jalan kaki 5 minit dah sampai..Aku pergi sorang je bertemankan syaiton..heheh..takkan nak pergi ngan fruit son kan..mampuih nak melayan...umur anak abang aku paling bosar pon baru darjah 1..

Sampai je kat Alamanda tu nampak je perkataan bosar Raja Burger atau dalam omputih eiyh Burger King..lamo plak tak makan burger king ni...terusla den sambar satu set burger harga eiyh 15 hengget...den pon tak ingat apo namo set tu...makan pon laju2 la..ape lagi..makan pon sorang2...nak lamo buat ape..

Lopeih tu poie la kodai MPH...ushar2 buku sikit...ntahla sekarang ni suka plak aku membaca...mungkin sobab lopeih baco stastistik yang orang Malaysia ni pomaleih nak amek baca buku ni..

Dalam pukul 10 tu aku pon nak balik..Alamanda pon nak tutup dah...aku lalula kat kodai Senheng...sekali nampak plak bahagian Samsung tu...wishlist aku tahun ni nak beli handphone Samsung Galaxy Ace sobab tak pernah laie rasa pakai telefon cerdas ni...sajo je menggatal nak masuk senheng tu...bukan nak boli pon...dalam dompet 50 pon tak sampai...osah miskin eiyh den ni..masuk je terus tanya mamat yang jago tempat Samsung tu...

Aku:Bang..Samsung Galaxy Ace ado tak..
bro Samsung:Takdela bang..kena order dulu..harga dia 999..
Aku:ye ke..ape lagi henset yang lebih kurang harga camni ye..
bro Samsung:yang HTC wildfire ade ni..tapi dia android 2.1 je..

Tiba2 bro Samsung tu bagi cadangan bernas kat aku yang telah menyebabkan niat aku nak beli Samsung Galaxy Ace nanti terkubur camtu je...

bro Samsung:Bang kalau Samsung Galaxy Tab ni bagus gak bang..harga dia RM 1199...tapi tak boleh masuk sim card la..tapi video dia HD bang...
Menyosal den poie Alamanda... 
Mula-mula takdela aku berminat dengan galaxy tab ni...yela..galaxy tab ni kan sepupu sepapat ngan iPad...tapi dia kocik je...dah ada laptop buat apa nak beli gadjet2 camni..tibo-tibo dio hulur kat aku suruh test drive...

Aku pun cubala godek-godek sikit...aduss...tibo2 den dah jatuh cinta ngan galaxy tab ni...sodap plak main eiyh...tak boleh masuk sim card takpela...henset dah ada...takkan bondo bosar camtu nak bueik telefon plak...gedabak sgt...gilo org cakap nanti..

So,sonang citer aku dah ubah wishlist aku nak beli handphone cerdas tahun ni kepada galaxy tab ni atau iPad 1...sebab iPad 1 pon harga dia pon sama sekarang ngan Galaxy Tab ni..

p/s-janganla mudah terpengaruh macam aku ni ye...








Camni ke cara nak mintak sedekah...

Assalamualaikum...

Hari Khamis aritu aku pergi Maybank kat Bahau..dekat luar Maybank tu adala sorang pengemis tak guna pernah aku jumpa..sonang jo kojo pengomis tu.dio tahu yang semua orang keluar bank tu berkepuk-kepuk duit dia tunggu je kat luar bank tu mintak duit...

ada sorang brother tu tengah jalan nak pergi Maybank tu lalu sebelah pengemis tu...aku jalan kat belakang brother tu...bila pengemis tu mintak duit tu,brother tu ada cakap sesuatu..mungkin bagi nasihat sikit...nak tahu apa pengemis tu cakap...

"takkan nak mintak sikit pon tak boleh..duit tu bukan boleh masuk kubur pon"

perghh..panas betul aku dengar...rasa nak bagi penyepak pon ada...dah ko tu mengemis..boleh plak ko cakap camtu..ko ingat duit orang tu sonang-sonang dio dapat macam ko..

Habis selesai urusan bank..aku pon keluar bank...sekali pengemis tu datang plak aku..dia pon cakap kat aku..

"dik,tolongla pakcik ni dah lamo tak makan ni..bagila duit sikit..pak cik ni orang islam"

dalam hati aku cakap.."ko tu fizikal lengkap,tak cacat..dah tahu takde duit poiela kerja kat stesen minyak ke..berlambak kerja..aku yang sakit ni pon nak kerja"..buat malu orang Islam je guna agama Islam mintak sedekah...tak tahula Islam ke apa...muka macam india....

tapi aku ni jenis tak boleh tengok orang meminta-minta depan aku...aku hulurla singgit...pastu nak tahu apo dia jawab..

"takkan singgit je dik,bagi la lobeih sikit"

aduuss..lagi sekali aku paneih hati ni...dah bagi tak bersyukur...boleh plak demand2 lagi...pastu aku pon jawab..

"saye ni pon tak kojo pak cik,tak dapeik nak bagi banyak"

nasib pengemis tu tahu bahasa sikit...sonyap je lopeih tu...kalo tak paham gak..dah lamo kono pelangkung dah tu..

p/s-zaman sekarang ramai nak hidup mudah...taknak berusaha..


Saturday, April 9, 2011

Peluang dapat iPad 2 free..

Assalamualaikum...

Peluang dapat iPad 2 free..

Entry ni saje nak kongsi tawaran dari dealmates ni.dealmates ni nak bagi iPad 2 free dengan harga RM0.Tapi kena registerla.Tapi sorang je yang akan dapat iPad tu..sebab dia bagi berdasarkan cabutan bertuah..

Rasanye memang susahla nak dapat sebab mesti beribu orang nak free ni kan.Sape yang rasa dia tu murah rezeki sangat dan hidupnya bertuah tahap dewa sampai member korang cakap,"weii..bomoh mano ko jumpo haaa...asal ada majlis je ko monang cabutan bertuah" bolehla try..

Lepas korang tekan buy tu dia akan suruh register dan akan diberi certificate yang ada nombor.Dalam masa 2 minggu ni kot dia akan umum siapa yang bertuah tu berdasarkan nombor certificate tu..Sape berminat boleh pergi ke sini

p/s-selamat mencuba..

Kenapa aku tulis entry tengah malam...

Assalamualaikum...

Entry ni aku nak jawab persoalan dari chii tentang kenapa aku tulis entry selalunya tengah malam...jawapan yang aku boleh jawab..

strategi blogging aku

heheh...sape rasa strategi ni salah...jgn golakkan den...nanti sorang-sorang den tempeleng...

Okla...sebenarnya kebanyakan entry yang ada kat blog aku ni ialah auto publish...aku tahu autopublish ni hasil ajaran sesat dari homosapiensz..heheh..aku ni bukan penulis yang bagus...aku tak mempunyai idea yang banyak...tapi target aku mesti ada satu entry dalam satu hari supaya pembaca blog aku tak lari...

Kadang-kadang kalau aku ada idea yang banyak..aku tulis 4-5 entry satu hari...tapi aku scheduled dia untuk setiap hari....

"Tapi kenapa publish tengah malam"

Jawapan dia sebab kebanyakan pembaca aku merupakan manusia yang berjaya...mempunyai kerjaya yang hebat...so,mereka ni nak blogwalking time kerja mungkin agak sibuk...lagi-lagi yang selalu pergi site..balik rumah plak dah letih...mereka hanya ada masa untuk update blog dieorng dan mungkin tak sempat blogwalking...so,aku anggap mereka ni boleh blogwalking pada tengah malam sikit,awal pagi sebelum pergi kerja atau sesampainya di pejabat..sebab tu aku banyak publish selepas pukul 12tgh malam supaya entry aku lama kat new entry iaitu 24 jam dan ramaila yang akan baca entry aku...

"Kenapa nak sangat ramai orang baca"

ok..kalau aku taknak orang baca entry aku...baik aku beli sebuah buku diari dan tulis kat situ dan simpan dalam almari..dan aku suka ramai baca entry aku sebab:

"kalau aku kongsi ilmu atau informasi aku harap meraka dapat manfaat"
"kalau aku beri nasihat atau tulis pasal agama,aku harap mereka sedar kalau ianya berkaitan"
"Kalau aku tulis pasal kesilapan atau masalah aku,aku harap jadi pengajaran pada mereka kalau dieorg lakukan perkara yang sama"
"Kalau aku tulis pasal sakit aku,aku harap dapat menyelesaikan masalah mereka yang mempunyai penyakit yang sama dengan aku"
"kalau aku tulis pasal penipuan aku harap mereka tidak akan tertipu seperti apa aku tulis"

p/s-btol ke strategi ni..

Friday, April 8, 2011

Muhasabah Diri: Erti Sebenar Ketenangan dan Kenikmatan

Assalamualaikum...

Kalau dulu aku pernah mengajak untuk kita muhasabah diri mengenai kematian...hari ni aku nak kita fikir sejenak dan cuba muhasabah diri kita tentang apa yang Allah bagi kepada kita...

Sesiapa yang rasa diri itu tiada ketenangan,keseronokan,kebahagian dan kenikmatan dalam hidup aku inginkan kongsikan satu video yang aku dapat dari Facebook yang di postkan oleh Azlan Wildan.Memang terasa keinsafan bila aku tengok video.Rasa menyesal dengan keluhan dan rasa ketidakpuashati yang aku lakukan selama ni yang aku anggap aku ni tidak dapat nikmat seperti orang lain rasakan...


p/s-sama-samala kita renungkan.sape yang internet tu lembab boleh guna internet download manager untuk download video ni..kalau dah install IDM ni jangan update..