Pages

Tuesday, December 23, 2014

Adakah Aku Mampu

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak menulis blog. Dulu blog tempat aku sampai kan pendapat, meluahkan perasaan dan berkongsi ilmu. Sekarang mungkin kesibukan kerja buat aku tak dapat nk menulis.

Pada 31hb January 2015 InShaAllah aku akan bergelar suami pada seseorang yang sangat aku harapkan menjadi teman yang akan membimbing dan saling melengkapkan diri aku.

Perkenalan tanpa disangka dari kawan karib aku Alhamdulillah diberkatkan hingga perancangan kami untuk berkahwin.

Setiap doa aku selepas solat mesti dimasukkan.. Ya Allah janganlah kerana kehadiran diriku dalam hidup bakal isteriku hanya mendatangkan penderitaan dan tak bahagia dalam hidup dia. Aku hanya mampu berusaha yang terbaik dan yang lain aku hanya berserah pada Allah.

Aku sangat bersyukur dengan  calon yang diberikan oleh Allah ini. Sangat baik dan menerima diriku sebaik mungkin. Aku harap aku takkan mengecewakan kepercayaan yang diberikan oleh bakal isteriku pada diri aku. Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik padaku untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga suatu hari nanti.

P/s-Syukur pada mu Ya Allah. Nurnashaqi Asyikin suatu hari nanti jika saya akan buat awk sedih saya minta maaf. Saya janji dengan izin Allah sy cuba jadi yang terbaik. Thanks for everything.

Thursday, May 12, 2011

Bila Agama Islam jadi lawak alaf baru...

Assalamualaikum..

Entry ni dah lama aku nak tulis sebenarnya.Tapi takut fan atau peminat-peminat Jozan ni pelangkung aku ramai-ramai kan.Aku pun sebenarnya minat gak dengat Jozan ni.Tapi lepas aku terbaca satu entry dari blog the crow empire dengan berani aku kata yang aku bengang kat Jozan waktu tengok video Maharaja Lawak minggu ke-4 hari tu...ekau nak pelangkung aku pelangkung la...aku tak kisah..heheh

Memang ada orang kata dieorng ni tak mempermainkan agama.Biasala kan.Apa orang kata,double meaning.Yang memerlukan kita berfikir secara kritis dan kreatif.Sebenarnya bukan Jozan je jadikan agama ni sebagai bahan lawak...okla..aku tak kisah sangat dieorang ni nak buat lawak yang menunjukkan orang Islam ni masa solat tak payah kusyuk pun takpe.Siap boleh tunjuk-tunjuk sign time solat lagi.Yela..mungkin ada maksud sebaliknya yang nak menunjukkan sikap-sikap pencuri ni..

Tapi kalau dieorng ni menyebut khalimah asolatuwassallam sambil berjoget tu waktu persemabahan akhir minggu ke-2 dieorng,korang rasa apa double meaning sebalik perbuatan dioerng ni ye?Takkan dieorng tak tahu yang assolatuwassalam tu salah salah satu selawat ke atas jungjungan besar kita Rasulullah S.A.W...takkan kita ni Islam nak jadi sama dengan orang kafir...yang menghina tuhan dan tak takut langsung nak mencabar tuhan...dan kalau korang nak baca entry manusia yang mengaku Islam tapi mempermainkan agama korang boleh baca kat blog ni...semoga budak ni diberi taufik dan hidayah..

p/s-sama-sama kita renungkan

Wednesday, May 11, 2011

Apa yang korang expect dalam Bajet 2012

Assalamualaikum..

Mengikut akhbar yang aku baca Bajet 2012 ni akan dibentangkan di parlimen pada 7 Oktober ni.Tak sabar aku nak tengok apa bajet terbaru kerajaan untuk 2012 nanti.Aku harap takdela bajet mengarut macam cukai spender semua tu dihapuskan.Kalau tak dihapuskan.Ramai je beli kat pasar malam.Tapi aku tak la..heheh...Orang cakap bajet 2011 yang lepas Najib plan khas untuk Rosmah...heheh...tu yang aku tengokla kat komen youtube tu...bukan aku cakap..Aku kagum ngan Rosmah ni.Rosmah kan tokoh wanita..takkan la nak kutuk tokoh wanita..heheh..gurau je..for my PM jangan marah ye..

Apa yang aku baca dalam Berita Harian Bajet 2012 ni nanti inklusif yang berpaksikan rakyat dalam menuju negara maju serta ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020.Tu PM cakap ye.Mintak-mintak betul la...Kalau ekonomi berpendapatan tinggi macam Singapore tu masyuk la rakyat Malaysia nanti.Aku pun nak makan gaji camtu.Tapi mintak-mintak program dan projek untuk islamiah pun ada gak la.Bajet-bajet untuk pusat-pusat hiburan tu tak payahla lagi macam Bajet 2011 dulu.Konon eiyh nak tarik pelancong.Tak payah banyak lagi cara nak tarik pelancong ni.

Aku harap sangat bajet 2012 ada kerajaan memperuntukkan banyak untuk develop graduan-graduan yang mengganggur.Aku pernah merasa perasaan tanam anggur yang begitu lama.Jangan cuma buat perancangan nak develop untuk orang yang kretif dan inovatif je.Aku tengok asalkan ada program untuk orang muda je mesti untuk orang yang kretif dan inovatif.Bukan semua orang kat dunia ni tuhan jadikan kreatif macam aku.Sebenarnya kretivititi semua ni aku rasa melalui experience seseorang tu.

Aku harap gak bajet 2012 ni kerajaan bagi subsidi untuk iPhone.heheh...gurau je..memang kena hentamla kerajaan kalau bagi subsidi ni...Pastu harap sangat gaji-gaji pekerja di Malaysia ni dikaji semula untuk kenaikan dlam bajet 2012 ni.Walaupun aku ni bukan kerja makan gaji.Aku tengok gaji di Malaysia ni rendah berbanding negara lain.Kos hidup makin tinggi tapi gaji tetap sama je.

Sebenarnya rakyat tak kisah kalau kerajaan nak kurangkan subsidi secara berperingkat tapi kerajaan kena fikirkan pasal gaji ni.Harga rumah kat Malaysia ni makin lama makin tak temampu nak beli.Mintak-mintak bajet 2012 ni peruntukan untuk develop banyak rumah mampu milik pun disediakan.Terutamnya di kawasan-kawasan bandar.Sebab kebanyakan orang muda kan kerja dekat bandar.

Kalau boleh Bajet 2012 ni gak akan memperuntukkan untuk pemasangan wifi secara meluas di seluruh Malaysia ni.Tak payahla nak bagi free email yang tak rasional langsung tu.Dah banyak dah email free disediakan.Email gmail aku tu pun baru pakai berapa Mb je.Tak penuh pun lagi.

p/s-apa yang korang nak dalam bajet 2012 nanti.Sebab aku nak hantar dekat Najib survey ni...heheh...maun sangat la Najib nak ikut cakap aku...heheh

Nak makan murah Pizza Hut kena teknik yang betul

Assalamualaikum..

Malam hari Isnin hari tu aku nak pergi Bahau transfer duit untuk pemindahan 'rumah' baru aku...mungkin dalam sehari dua ni takde lagi sekadaruntukberkongsi...lopeih ni sapo masuk sekadaruntukberkongsi tak dapat,boleh masuk mohdfaiz.com...

Malam tu aku pergi bank ngan member aku Khairie.Dalam kete Khairie cakap keik aku,"nak makan KFC ke malam"...aku pun jawab dengan penuh keyakinan yang akan dapat makan murah,"kita makan Pizza Hut la...kan ada diskaun 50%"...lopeih transfer duit kiteorng pun terjah Pizza Hut.

Nak makan murah Pizza Hut kena teknik yang betul

Sekarang ni Pizza Hut kan ada buat promosi Wow Savers 50%...Hari Isnin yang boleh kita beli 2 je..Haiwaiian Chicken Personal Pan Pizza ngan Wingstreet...Pan Pizza tu hargo eiyh RM 4.50 dan Wingstreet tu hargo eiyh RM 3.75...Ingatkan bolehla sorang amik dua-dua menu...aku orderla pan pizza ngan wingstreet tu...Khairie amik pizza satu je...yang wingstreets tu kongsi je la kan...nak jimat kato eiyh...

Pastu waiter tu cakap sorang boleh order satu je...so,terpaksala kiteorng tukar order...terpaksa amik pizza personal tu tanpa dapeik diskaun 50% ngan 2 set wingstreets...yang lawak eiyh waiter ni muda laie...lopeih SPM kot..dia macam susah nak paham apa kiteorng order...aku cakapla kat waiter tu,"Bagi wingstreets ni dua ye"...pastu dia jawab,"set wingstreets ni ada 4 ketul takde 2 ketul"...adoyaii..aku pun cakapla,"memangla 4 ketul,kiteorng nak 2 set"...dalam hati aku cakap,"setakat 2 ketul sekali ngap je dah habis makan 2 orang"...

Air kiteorng orderla dua asam boii fizz...hargo eiyh RM 3.90 satu...jumlah semua sekali RM 28...ingatkan nak jimat...rupa-rupa eiyh sorang kono 14 hengget gak...baik makan dinner plate je keik KFC tu...takpola Pizza ni pun jarang makan..Pastu time waiter tu dah blah aku pun cakap,"patut eiyh aku bawak sorang adik aku tadi"...dapat order pizza tu 2 diskaun 50%"...

Aku dah kira kalau aku datang 3 orang semalam ambik 2 set pizza ngan satu set wingstreets tu baru harga eiyh 20 hengget tak masuk tax dio..air tu kongsi je la kan...bahagi 3 sorang dalam 7 hengget lobeih...konyang pon laie konyang aku raso...So,sape yang nak makan pizza sempena promosi Wow Savers 50% ni pandai-pandaila kira ye...kena ada teknik dapat diskaun yang betul...heheh..

Nak makan murah Pizza Hut kena teknik yang betul
Aku amik Masalla atas nasihat waiter yang konon eiyh sodap hingga menjilat jari...tak best
Nak makan murah Pizza Hut kena teknik yang betul
Serius best wingstreet ni..tapi tak konyang...macam tak makan je raso eiyh...heheh
Nak makan murah Pizza Hut kena teknik yang betul
Asamboii Fizz ni takde rase asam boii langsung...sebab gas air tu..pastu kedekut asam lotak seketul je

p/s-sapo yang mengidam sangat Pizza tu poie la copeik masa promosi ni..