Pages

Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

Biar Btol...income RM 25 000

Assalamualaikum..

Sebelum aku kongsi hal ni aku nak nasihat kat korang latihla anak korang main bola sejak kecik lagi...tak payah belajar tinggi pon takpe...kalo boleh yang baby lagi tu tu letakla bola kat sebelah baby tu..botol susu tu pon biar yg bercorak bola..biar dieorg minat main bola..

heheh..gurau je...hidup ni bukan duit semata-mata...yang penting ilmu yang kite dapat...sebenarnye terkejut gak aku bace Berita Harian ni tulis gaji pemain bola sepak Negeri Sembilan ade yang sampai RM 25 000..gaji dieorang ni lingkungan RM17k-RM25k...kalah gaji pengarah camni..selama ni aku ingat gaji pemain Malaysia dalam 3-4k..rupa-rupanya cecah 5 angka gak..

tak paham btol dieorg ni...gaji bapak besar kalo kat Malaysiala..kalo kat luar Malaysia tu tak payah cakapla...tapi main macam hampeh..semangat langsung takde...cubala hargai sikit gaji yang besar tu...orang  belajar tinggi2 pon kerja sampai pencen pon tak tentu lagi dapat gaji camtu...sampai Wan Jamak ketua jurulatih Negeri Sembilan pon letak jawatan baru-baru ni..

camnerla Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan(PBNS) bayar gaji ye..mane PBNS ni dapat duit...selalu main stadium kosong je...nak kate dapat duit sebab menang piala...tak selalu menang..jual jersey,ramai ke orang beli jersey kelab Malaysia ni...mane plak sumber duit PBNS ni...

update:Arsenal Vs West Brom..2-2..fuhh...nasib tak kalah lepas ketinggalan 2 gol...wenger tolong la beli defender bagus sikit..

p/s-ni on the way pergi kedai sukan beli bola untuk anak buah...heheh

Wednesday, March 9, 2011

Arsenal melepas lagi...Arsenal 1-3 Barcelona

 Assalamualaikum...

Arsenal melepas lagi...Arsenal 1-3 Barcelona
Malang btol Arsenal hari ni terlepas lagi satu peluang nak dapat piala....kali ni Champions League pulak terlepas...tersingkir dgn aggregat 4-3...terpaksa main 10 org pemain lepas Van Persie dikeluarkan pada min-55 sebab terima kad kuning ke-2...mane boleh blah bila main 10 org lawan Barcelona..Gol pertama Barcelona dari Lionel Messi...Gol kedua Barcelona pada min-67 yang digolkan oleh Xavi...Pada min-71 Barcelona menjaringkan gol-3 oleh Lionel Messi melalui penalti...Gol saguhati Arsenal pada min-53 hasil gol sendiri dari Sergio Busquets...boring btol bile tengok Arsenal diayam-ayamkan hari ni...Aku pon tak tahu ape masalah Arsenal hari ni,dapat bola je mesti sangkut....

Match Stats 

Barcelona                                Arsenal

20(12) Shots (on Goal) 0(0)
8 Fouls 19
5 Corner Kicks 2
8 Offsides 4
76% Time of Possession 24%
0 Yellow Cards 3
0 Red Cards 1
0 Saves 9

 p/s-kecewa btol...kalau aku tahu baik tak payah tengok...tidur lagi baik...

Thursday, March 3, 2011

Arsenal Mengamuk....Arsenal 5-0 Leyton Orient

Assalamualaikum..

Selepas kecewa tak dapat menjulang Carling Cup,malam tadi Arsenal menjadikan Leyton Orient sebagai mangsa mereka dengan mejaringkan 5gol selepas hanya seri pada match pertama dulu..hatrik dari Nicklas Bendtner..satu dari Marouane Chamakh dan satu dari Clichy....Aku pon tak tengok match ni sebab tidur awal...tengok highlight...seronok tengok pemain kegemaran aku Samir Nasri mengayam-ayamkan pertahanan2 Leyton Orient yang ramai...banyak kali Nasri buat camni..lepas ni Arsenal akan bertemu Manchester United di suku akhir..

Kalau korang rasa rajin tengokla video highlight kat sini...malas nak letak sebab lame sangat video ni 15 minit..

p/s-Van Persie injured plak sebab Carling Cup hari tu..tak dapat main Champion League

Sunday, February 13, 2011

Penembak berjaya menjatuhkan serigala....

Penembak berjaya menjatuhkan serigala....
Nampaknya aksi cemerlang Wolves menentang Manchester United minggu lepas tidak mampu menahan serangan daripada Arsenal yang bertubi-tubi...Aku memang respect dengan goalkeeper Wolves Wayne Hennessey dengan aksi cemerlang dia menyelamatkan banyak serangan bahaya dari Arsenal,kalau tak mungkin Arsenal menang besar pada malam ni...tapi malangnya jurang antara Arsenal dan MU tetap sama sebab gol cantik daripada Wayne Rooney memusnahkan harapan Manchester City untuk mengalahkan MU...Aku rasa perebutan juara BPL season ni hanya tinggal 2 pasukan je iaitu MU dan Arsenal...

Van Persie aku nampak memang berada di tahap prestasinya yang paling baik setakat ni berjaya menjaringkan 9 gol dalam 5 perlawanan tak silap aku...Mintak-mintak dia takkan injured lagi hingga akhir season ni..Van Persie berjaya menjaringkan kedua-dua gol pada malam ni...kredit juga diberi dekat Theo Walcott sebab larian laju dia berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Wolves...tapi aku tetap optimist yang Arsenal masih mampu menjadi juara BPL untuk season ni...

p/s Arsenal boleh..

Wednesday, February 9, 2011

Keputusan Penuh Malaysia 2 Vs 0 Hong Kong

Keputusan Penuh Malaysia 2 Vs 0 Hong Kong
Nampaknya hari ini ialah perlawanan persahabatan pertama untuk menguji kemampuan Malaysia selepas menjuarai Piala Suzuki AFF.Pemain pertahanan kita Aidil Zafuan kembali dari kecederaan tapi tidak berjaya mendapat tempat sebagai kapten..Aku nampak tahun ni Malaysia begitu serius untuk developed permainan pemain bola sepak kita,banyak perlawanan persahabatan yang telah dirancang, tak silap aku lepas ni Malaysia akan melawan Pakistan pulak....Tapi yang aku terkejut stadium kosong nampaknya walupun harga tiket yang murah...Aku ingat stadium comfirm penuh hari ini sebab peminat mesti teruja dengan perlawanan ni sebab nak tengok performance pemain kebangsaan selepas Piala Suzuki AFF...Mungkin perlawanan ni diadakan bukan pada waktu cuti umum kot...

Terdapat 2-3 serangan gak aku tengok pada separuh masa pertama ni tapi Hong Kong lebih bermain secara bertahan.Golkeeper kita Khairul Fahmie nampaknya hanya melepak makan nasi lemak saje sebab tiada serangan bahaya dari Hong Kong.Gol pertama berjaya dihasilkan oleh kapten kita Safiq Rahim hasil kesilapan pertahanan Hong Kong sebelum separuh masa pertama berakhir... 

Akhirnya Khairul Fahmie terpaksa berhenti makan nasi lemak kat pintu gol sebab Hong Kong membuat serangan pertama mereka pada minit ke 47 tak silap aku....Akibat kembung perut makan nasi lemak terlalu banyak...hahahah...Khairul Fahmie telah diganti dengan keeper gantian Mohd Farizal Marlias pada minit ke 59..Gunalan berjaya hasilkan percubaan bahaya pada minit 75 tapi malangnya terkena tiang gol...

Safee Sali nampaknya tak dapat menjaringkan gol pada hari ni sebab dikeluarkan pada mninit 84...Kalau Hong Kong tak main bertahan aku rase Safee Sali boleh jaringkan gol...Akhirnya pada minit terakhir Malaysia berjaya menambah gol daripada Amirulhadi Zainal pada angle yang susah gak aku tengok...Finally malaysia 2 dan Hongkong 0...Malaysia berjaya menunjukkan mereke deserve memenangi Piala Suzuki AFF..Tahniah Malaysia..

p/s-aku tengok permainan malaysia memang semakin bagus tapi passing mesti dipertingkatkan lagi...

Monday, February 7, 2011

Arsenal pasti juara...

Selepas aku tengok match liverpool mengaibkan chelsea tadi 1-0 aku dapat rasa peluang arsenal untuk menjuarai BPL season ni amat cerah.Arsenal hanya dibezakan 4 mata dengan MU dan aku rasa saingan merebut juara ada tiga je...Mu,arsenal dan m.city.Nampaknya kehadiran Torres ke Chelsea tak berjaya membantu Chelsea kali ni...aku rasa mesti terdetik perasaan menyesal dekat hati Torres sebab dia hanya dapat main 65 minit dan berpindah disebabkan untuk bermain dengan pasukan yang lebih cerah untuk memburu juara...hahaha...lain kali pergi Arsenal tapi aku rasa bukan dikatakan arsenal kalau dia dibeli sebab itu bukan cara arsenal untuk membeli pemain star untuk membantu kelab...mari kita lihat gol dimana chelsea diaibkan..


szólj hozzá: Ce0-1Li

p/s-yang tu belum luis suarez main lagi..

Saturday, February 5, 2011

Finally...ronaldo pindah ke arsenal...

Finally arsenal berjaya mendapatkan ronaldo...tu la perpindahan terbaru arsenalpada awal february hari tu...hahah...sebenarnya bukan ronaldo yang pergi ke arsenal tapi aku berminat dengan pemain baru arsenal iaitu Ryo Miyaichi yang telah dipinjamkan ke Fayenoord.Ryo Miyaichi ni baru berumur 18 tahun dan tak pernah bermain di liga utama jepun.Ryo Miyaichi hanya bermain liga university iaitu Chukyodai Chukyo High School.Aku respect betul kat arsenal ni,ada je pemain berbakat yang tak dikenali dapat dikesan.Harap-harap Ryo Miyaichi dapat bermain selalu di Fayenoord untuk mendapat pengalaman dan mangasah bakat dia.Bukan macam Liverpool,meraka sanggup menghabiskan duit untuk mendapat pemain yang mahal di dalam pemindahan terbaru mereka iatu Luis Suarez dan Andy carroll.Kenapa aku cakap ronaldo pindah ke arsenal sebab selepas aku tengok video dia youtube,aku tengok dia memang berbakat dengan lariannya laju dan bakat menggelecek atau drible yang baik seperti ronaldo.


p/s-teringin betul tengok orang asia main untuk arsenal

Sunday, January 16, 2011

Finally arsenal come back...

akhirnya...arsenal kembali menunjukkan taringnya selepas tiada kemenangan dalam FA dan carling cup dengan penuh bergaya.hahahah....padan muka untuk pasukan israel tu..aku rasa wira arsenal kali ni ialah walcott sebab die telah menjaringkan satu gol dan menyebabkan arsenal mendapat penalti..mintak-mintak Manchester United kalah esok..boleh arsenal kejar lagi..

Friday, January 14, 2011

Pemain bola pun buat promosi facebook...

Tu yang berlaku terhadap pemain bola sepak top turkey tuncay sanli.Akibat begitu frust dengan pasukan stoke city yang tak memberi peluang kepada dia untuk bermain..Tuncay sanli ni telah upload video top ten gol dia dalam facebook untuk jual diri sendiri.Hahaha...kesian pulak dengar sebab tuncay sanli tu agak star jugak..pemain bola sepak malaysia pun tak pernah buat camtu..Kepada pemain bola sepak Malaysia boleh la try buat teknik ni,mana tahu ada pulak kelab eropah minat pulak.

Friday, January 7, 2011

kenapa la indon begitu taksub dengan laser..

skarang ni orang indon mmg tak boleh dengar pasal laser aku rasa...cakap pasal laser je terus kene kutuk ngan penyokong indon..tu yg terjadi kat bro ridzuan richie otai blogger kite..baru bergurau ttg nk jual laser dlm twitter terus penyokong indon kutuk die..korang bley baca selebihnya dalam entry bro ridzuan dalam entry die Kena Kutuk Penyokong Indonesia Sebab Laser

Thursday, January 6, 2011

wa respect sama lu wenger

aku rase yang tu yang akan aku cakap pada wenger kalau aku jumpe die.Sebabnya wenger baru saje membongkar rahsia bahawa die pernah dilamar oleh man.city sewaktu Mark Huges dipecat dari city.kalau die pindah comfirm gaji dia berganda memandangkan city antara kelab terkaya.Disebabkan falsah wenger yang tidak suka dengan cara pemilik city yang suka membeli bintang dan bukan melahirkan bintang dia menolak tawaran tu.

Bagus Wenger teruskan dengan Falsafah anda.Chaiyokk..you can do it.

Arsenal Seri Bergaya,Man City Main Macam Sampah

Nampaknya permainan sampah man city kali ni menghalang arsenal untuk menang kali ni.Makin jauh la nampaknya ngan MU.Tension btol aku tgk city main defend memanjang.Fabianski ape lg tgk je membe-membe die menyerang.silap-silap bley makan nasi lemak lg kat pintu gol tu.nasib tak menyebelahi arsenal walaupon banyak serangan yg dilakukan oleh rvp,fabregas dan walcott.nampaknya scorer arsenal yg aku minat skali Samir Nasri tak berjaya hasilkan gol kali ni.



p/s-sape peminat mania arsenal bley la masuk kat blog http://pencintaarsenalfc.blogspot.com/

Pinangan Tottenham Untuk David Beckham Disetujui LA Galaxy

Nampaknya ni antara satu perpindahan yang paling hot untuk January transfer untuk EPL.
KelabTottenham nampaknya semakin bersungguh untuk cuba merebut gelaran epl untuk sesson ini.Tapi persetujuaan dari Beckham belum lagi dipersetujui.

Tapi rasanya mampu ke Beckham membantu Totthenham...Sebab sepanjang die berada di Galaxy die tak banyak menyumbang kepada pasukan tu.Bagi aku loan ni mencerahkan lagi harapan Tottenham utk rebut tittle EPL walaupun Beckham sudah agak berumur tapi passing,free kick dan corner kick die masih lagi terbaik dari ladang bak kata nabil raja lawak.kombinasi anatara van der vaart dan beckham rasenya agak mantop gak.Info dari espnsoccernet.

Wednesday, January 5, 2011

aku peminat ARSENAL...

bile orang tanya kelab ape ko minat faiz?tanpa teragak-agak aku akan menjawab arsenal walaupon arsenal dah lama tak menang title epl dah lama.

kenapa aku minat arsenal???paling yang aku kagum sekali ngan arsenal ni kelab ni setahu aku tak pernah beli pemain bintang tapi kelab ni ramai melahirkan bintang.yang paling star pon pernah beli ialah arshavin tu pon tak star sangat dikenali pon lepas perform kat EURO 2008.Thierry Henry dulu pon waktu main ngan arsenal pemain tak famous sebelum ke arsenal.Faktor kedua ialah ialah permainan kemas arsenal main yang mementingkan short pass yang tak suka bermain defend.Sebab tu arsenal banyak gol last-last minute disebabkan taktik serangan dieornag hingga final whistle dan sebab tula arsenal boleh dikatakan ada bolos pada setiap match.

Rasa tak sabar pulak rasenya nak menanti pagi nanti match antara arsenal ngan manchester city.susah gak nak lawan m.city ni lag-lagi plak time m.city tgh perform sekarang

bilalah malaysia nak lahirkan bintang dunia bola sepak...

teringin pulak rasanya aku lihat tengok pemain kita main kat epl ke LA liga sepanyol ke serie A italy ke.takpon dapat main J-legue pon aku rase dah hebat dah.

kalo ikut stastik bintang dunia argentina merupakan negara paling ramai pemainnya bermain untuk luar negara iaitu sebayak 2204 pemain mengikut sumber harian metro.tapi kite takkan sorng pun tak boleh.teruk sangat pemain kita main.aku rasa kalo pemain kita diberi peluang pendedahan bermain kat eropah ke aku rase dieorang semua boleh jadi bintang tapi kenalah berdisiplin dalam training macam pemain-pemain bintang dunia.contoh terbaik bintang dunia yang begitu hardwork dalam training dia ialah cristiano ronaldo.cristiano ronaldo akan sentiasa stay lepas training session die dengan berlatih free kick,trick-trick bola sepak.die jugak begitu commited dalam menjaga fit badan die,dengan makan berkhasiat dan angkat berat.sumber ni aku dapt dari http://www.soccer-training-info.com/how_to_play_like_cristiano_ronaldo.asp

cuba kita lihat goalkeeper muda malaysia kita khairul fahmi aku rase ok ape die main.van der saar yang dah tua tu gantilah ngan khairul fahmi.hahahaa.malang betul pemain bola kita ,yang minat ambik dieorang pon liga indon dan vietnam.okla dari takdekan.mungkin pengurusan bolasepak negara kita janganla berpolitik sangat dalam bolasepak ni.