Pages

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Apa yang korang expect dalam Bajet 2012

Assalamualaikum..

Mengikut akhbar yang aku baca Bajet 2012 ni akan dibentangkan di parlimen pada 7 Oktober ni.Tak sabar aku nak tengok apa bajet terbaru kerajaan untuk 2012 nanti.Aku harap takdela bajet mengarut macam cukai spender semua tu dihapuskan.Kalau tak dihapuskan.Ramai je beli kat pasar malam.Tapi aku tak la..heheh...Orang cakap bajet 2011 yang lepas Najib plan khas untuk Rosmah...heheh...tu yang aku tengokla kat komen youtube tu...bukan aku cakap..Aku kagum ngan Rosmah ni.Rosmah kan tokoh wanita..takkan la nak kutuk tokoh wanita..heheh..gurau je..for my PM jangan marah ye..

Apa yang aku baca dalam Berita Harian Bajet 2012 ni nanti inklusif yang berpaksikan rakyat dalam menuju negara maju serta ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020.Tu PM cakap ye.Mintak-mintak betul la...Kalau ekonomi berpendapatan tinggi macam Singapore tu masyuk la rakyat Malaysia nanti.Aku pun nak makan gaji camtu.Tapi mintak-mintak program dan projek untuk islamiah pun ada gak la.Bajet-bajet untuk pusat-pusat hiburan tu tak payahla lagi macam Bajet 2011 dulu.Konon eiyh nak tarik pelancong.Tak payah banyak lagi cara nak tarik pelancong ni.

Aku harap sangat bajet 2012 ada kerajaan memperuntukkan banyak untuk develop graduan-graduan yang mengganggur.Aku pernah merasa perasaan tanam anggur yang begitu lama.Jangan cuma buat perancangan nak develop untuk orang yang kretif dan inovatif je.Aku tengok asalkan ada program untuk orang muda je mesti untuk orang yang kretif dan inovatif.Bukan semua orang kat dunia ni tuhan jadikan kreatif macam aku.Sebenarnya kretivititi semua ni aku rasa melalui experience seseorang tu.

Aku harap gak bajet 2012 ni kerajaan bagi subsidi untuk iPhone.heheh...gurau je..memang kena hentamla kerajaan kalau bagi subsidi ni...Pastu harap sangat gaji-gaji pekerja di Malaysia ni dikaji semula untuk kenaikan dlam bajet 2012 ni.Walaupun aku ni bukan kerja makan gaji.Aku tengok gaji di Malaysia ni rendah berbanding negara lain.Kos hidup makin tinggi tapi gaji tetap sama je.

Sebenarnya rakyat tak kisah kalau kerajaan nak kurangkan subsidi secara berperingkat tapi kerajaan kena fikirkan pasal gaji ni.Harga rumah kat Malaysia ni makin lama makin tak temampu nak beli.Mintak-mintak bajet 2012 ni peruntukan untuk develop banyak rumah mampu milik pun disediakan.Terutamnya di kawasan-kawasan bandar.Sebab kebanyakan orang muda kan kerja dekat bandar.

Kalau boleh Bajet 2012 ni gak akan memperuntukkan untuk pemasangan wifi secara meluas di seluruh Malaysia ni.Tak payahla nak bagi free email yang tak rasional langsung tu.Dah banyak dah email free disediakan.Email gmail aku tu pun baru pakai berapa Mb je.Tak penuh pun lagi.

p/s-apa yang korang nak dalam bajet 2012 nanti.Sebab aku nak hantar dekat Najib survey ni...heheh...maun sangat la Najib nak ikut cakap aku...heheh

Monday, May 9, 2011

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan dan 360 darjah ganti PTK

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak buat entry berunsur informasi ni.Mungkin kesibukan menyebabkan aku takde masa nak research pasal informasi untuk korang.Ya berita baik untuk perkerja kerajaan,Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan dan 360 darjah akan ganti PTK...pasni tak bolehla pekerja kerajaan nak mengular pasni.Sebab konsep 360 darjah ni dinilai oleh pegawai atasan,rakan sejawatan dan kakitangan bawahan.Sapo yang ghomar bonar main fesbuk kat pejabat tu habeihla lopeih ni...kantoi ngan member yang tak suko ko habeih dinilai buruk2 keik ko...heheh

Walaupon aku ni tak pernah kerja kerajaan tapi makbapak aku bekas pekerja kerajaan dulu.Kalau dulu kalau pekerja kerajaan hampeih camner pun kerja,dapat 4 dalam peperiksaan PTK ni dah boleh naik gred tak silap dan gaji pun naikla.Kesian mak aku tak pernah lulus PTK ni....bukan senang soalan-soalan dia...dah macam jawab soalan nak kerja gred M 41 pun ade...tapi PTK untuk guru ni objektif je...kalau siap ada essei tu alamat tak lepas la exam PTK bapak aku...dapatla merasa duit pencen lebih sikit ayah aku sebab lulus..

8 tahun PTK ni dijalankan...Memang setiap kali nak exam PTK ni mak aku mesti mengeluh punya...orang dah berumurkan...manala boleh jawab soalan mengenai komputer dan isu semasa semua tu...Bagi aku 360 darjah ni satu inisiatif yang bagus...ni baru kita dapt kenal pasti kecekapan sorang pekerja tu melalui kerja orang tu bukan berdasarkan peperiksaan semata-mata...cukupla sistem pendidikan negara kita ni yang banyak berorientasikan peperiksaan semata-mata takkan bila dah kerja pun nak dinilai berdasarkan peperiksaan kan...

Mengikut Berita Harian,melalui konsep 360 darjah ni kerajaan juga boleh mengenal pasti bidang kecekapan seseorang kakitangan serta merangka sebarang penambahbaikan yang diperlukan pekerja..Tapi bagi aku konsep 360 darjah ada pro and cons dia...kelebihan dia,360 darjah ni dinilai berdasarkan keupayaan kita...keburukan dia mungkin wujudnya ketidakihlasan dalam bekerja..wujudnya golongan yang suka mengipas bos seperti dalam sektor swasta dan GLC..Aku ingat lagi abang aku yang kerja dekat sebuah company GLC ni...dia cakap,"alaa..bos angah tu pandai kipas je...datang kerja pun lambat..tu pun gaji naik"...

Diharapkan inisiatif mewujudkan 360 darjah tak menjerumus untuk kewujudan golongan yang bagi aku tak berkat gaji dieorng.Diharapkan kerajaan dapat mengkaji lebih mendalam dalam reka konsep 360 darjah ni...jangan bila dah di implement nanti timbul ketidakpuashati di kalangan orang-orang gomen ni..

p/s-sape yang kerja government tu bolehla bagi pandangan korang pasal 360 darjah ni...

Friday, May 6, 2011

PM@Perdana Menteri Najib di Hot FM

Assalamualaikum..



PM@Perdana Menteri Najib di Hot FM

Pagi tadi punye gigih aku tak tidur lepas subuh nak dengar radio HOT FM..maklumla Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri tersayang aku nak ke udara live di HOT FM...'sangat' sayang...hehhe...yaa...aku rasa Najib ni memang bijak nak mendekati golongan-golongan muda...bagi aku inisiatif ni memang bagus...tapi diharapkan PM kita ni ikhlas....bukan nak memancing undi untuk PRU akan datang ni...yela sejak akhir-akhir ni banyak sangat aku dengar perancangan ngan projek-projek untuk orang-orang muda ni..

Tak sangka plak PM kita ni kelakar rupo eiyh..pastu macam spotting gak la..time Kieran ngan Farah Fauzana buat lawak bodoh pun Najib buat relax je...takkan nak mengamuk plak kan..heheh..live tu...banyak gak la PM kita ni buat lawak...yang paling aku suka bila dia buat lawak memerli liverpool...Najib kato dio ni fan MU...dia cakap,"MU ade MU TV kan..Chelsea pon adekan..tapi liverpool ni ada historical tv"..heheh...tak silap akula...maksud dia kononnya Liverpool ni dah jadi sejarah la...tak mampu nak bersaing lagi...nasib PM tak kutuk Arsenal..kalau tak!!!!..heheh

Time tu gak Najib buat satu pengisyhtiharan di  HOT FM yang tak lama lagi rumah yang mampu orang muda milik akan dibina...kato eiyh rumah ni bawah RM 220 000...dio kato rumah ni nanti murah sebab dia arahkan pemaju perumahan tu tidak ambil untung dari projek...kira ni projek sosial dieorngla..ade ke pemaju buat rumah taknak buat untung???..

PM ada gak cakap di HOT FM,PRU mungkin akan diadakan bulan 11 ni...dio kato banyak bondo keramat berlaku bulan 11 ni kat keluarga eiyh...aku ni walaupun dah tua bangka pun tak daftar lagi ni...tunggu nak pilihan raya baru daftar...mane tahu ade plak dieorng ni ade hulur duit ke kat orang yang daftar undi macam kawan aku dulu PRU lepas dapat RM 400 tu BN bagi...tapi kat Kelantan la...heheh..takdela..sebenarnya aku malas nak daftar...biarla orang lain pilih kerajaan untuk aku...Aku ni atas pagar je...sape betul aku sokong...

p/s-Sape sayang PM kita ni angkat tangan...heheh...sayangla sangat kan..

Monday, April 25, 2011

Murid Obesiti Wajib Ikuti Kelas Khas

Assalamualaikum...

Murid Obes Wajib Ikuti Kelas Khas...Tahniah kepada guru-guru kerana sekali lagi diberi tanggungjawab mengarut disekolah...iaitu program menguruskan murid-murid gemuk...Aku berpendapat benda alah ni tak perlula nak dilaksanakan..Cukupla dengan tugas-tugas mengarut yang banyak dah guru-guru ni dah buat

Persoalan aku sekarang.Apa kaitan pelajar obesiti dengan institusi pendidikan?Come on laa...banyak lagi benda yang guru-guru ni nak focus selain dari obesiti ni...Aku pun tak faham kenapa sekarang obesiti ni jadi isu hangat dekat sekolah.Adakah pelajar ni jadi obesiti disebabkan pergi sekolah??

Pendapat aku la orang-orang obesiti ni disebabkan diri sendiri.Kalau yang masih kanak-kanak tu mungkin disebabkan ibubapa mereka yang tak kawal pemakanan anak-anak dieorng.Lagi-lagi makanan sekarang yang sungguh 'berkhasiat'..So,inisiatif nak mengurangkan orang yang obesiti ni bukan dari sekolah tapi dari rumah.

Aku selalu perhatikan orang-orang yang tergolong dengan obesiti ni.Kadang-kadang aku kesian gak.Tapi bila aku pergi kedai makan dan pemerhatian aku semasa aku berniaga ni.Aku hanya bercakap dalam hati,"patutla ko jadi macam ni"...Aku tengok kalau makan tu memang penuh satu pinggan.Time aku berniaga ni ada gak golongan obesiti ni beli kat aku.Masalahnya lepas dah makan burger pergi plak stall lain beli makanan lain.Memang dieorng ni memang tak fikir langsung pasal kesihatan dieorng.

Sebab tu sunnah Rasul ada mengatakan,"Makan waktu lapar,berhenti sebelum kenyang"..kalau sunnah ni dipegang insyaallah masalah obesiti ni dapat dielakkan..

Kadang-kadang golongan obesiti ni tak boleh kita nak persalahkan 100% pada individu tu.Ibu bapa sebenarnya yang memainkan peranan penting bukannya guru.Sebab golongan obesiti ni dah jadikan tabiat makan mereka sebagai habit.Dah jadi kebiasaan mereka sejak kecik lagi.Kalau setakat kawal makanan dekat sekolah lepas tu buat kelas senaman fizikal tapi dekat rumah makbapak bagi makan makanan menggemukkan,relevan sangat ke inisiatif nak menyusahkan guru ni lagi.Nak kena pantau pastu kena rekod BMI pelajar plak.Tak cukup banyak rekod-rekod yang berlambak ditambah lagi rekod BMI ni.Baikla kerajaan cari jalan macam mana nak mamantapkan kurikulum pembelajaran sekarang ni yang lebih belajar kerana exam ni.

Murid Obes Wajib Ikuti Kelas Khas

p/s-apa pendapat korang tentang golongan obesiti ni..

Friday, April 22, 2011

Hari Bumi Sedunia 2011@Earth Day 2011

Assalamualaikum...

Hari ni tepat 22 April,bumi kita telah dilahirkan...heheh..sebenarnya hari ni merupakan Hari Bumi Sedunia 2011 atau Earth Day 2011.Hari Bumi Sedunia takde kaitan langsung bumi dilahirkan ke ape ye.Hari Bumi Sedunia ni sebenarnya hari dimana kita digalakkan atau sedar keadaan bumi kita yang semakin uzur ni disebabkan tangan manusia yang takde sivik ni.Yela...kan position cleaner banyak kat Malaysia ni.Buat apa kita nak jaga kebersihan.Dieorng dapat gaji dioerng la yang bersihkan.Osah..jumut betul pemikiran orang camni.

Kalau sebut pasal Hari Bumi Sedunia benda paling simple yang kita kena fikir sampah.Paling aku tak faham orang suka buang sampah dekat sungai ngan laut ni.Tahula dulu time sekolah ponteng subjek sivik.Tapi takkan benda basic ni pun tak tahu.Lagi-lagi sape yang buang plastik tu.Plastik tu dah la punya susah nak dilupuskan.Tak pasal-pasal makanan kegemaran penyu sekarang ni plastik.heheh..Kesianla binatang-binatang ni.

Hari Bumi Sedunia@Earth Day

Bila aku tengok je sungai dekat Malaysia,aku rase macam nak minum pun ade.Sebab dah macam teh susu pun ada.Tinggal nak ditarik je.Tak payah pergi mamak lagi.hehe..Pelikkan tak pernah lagi aku tengok sungai dekat Malaysia ni yang jernih macam negara omputih tu.Memang aku rasa Malaysia ni antara negara terkotor kot kat dunia.Kalau ada sampah kat tangan tu,cuba set minda tu jangan buang merata-rata.Macam aku kalau ada sampah kat tangan pastu takde tong sampah,aku biasanye letak dalam poket dulu.Sebab bila dah buang merata-rata tu rasa macam bersalah pun ada.

Sebenarnya Hari Bumi Sedunia ni bukan pasal sampah je.Tapi bila bincang pasal bumi ni dieorng akan fikir pasal kotor saje.Habis tu pembangunan-pembangunan ni tak buat dunia ni semakin parah.Pokok-pokok tu habis digondol eiyh.Pastu dengan kenderaan ngan barang elektonik lagi.Tu yang menyebabkan global warming tu.Bak kata Rosmahla,"Jepun hendaklah mengamalkan green technology"..heheh...lawakkan...bila orang penting cakap camtu.Takkan dia tak tahu yang Jepun tu negara paling mengamalkan green technology ni.Sebenarnya penyataan tu patut Malaysia yang buat.

p/s-sama-sama kita menyokong Hari Bumi Sedunia@Earth Day ni...satu hari je..heheh...kalau setakat satu hari je sokong hari bumi ni baik tak payah...ingatla kita ni satu-satu makhluk yang sanggup bertanggungjawab menjadi khalifah Allah...





Friday, April 15, 2011

Blackberry Deals Promotion di Pikom PC Fair

Assalamualaikum..

Disebabkan hari ni aku off bolehla aku up satu entry lagi hari ni...jangan jeles ye,aku tak kerja..den punyo bussiness..suko hati den la nak bukak ke tutup ke...takdela..disebabkan aku bukak stall kat fakulti...hari Jumaat,Sabtu ngan Ahad aku tak bukak..student tak ramai lalu kat situ..sebab takut tak berbaloi..sewa kat MMU ni mahal...sehari RM50...lagipon bolehla aku rehat...selalu eiyh pukul 10 atau 11 mlm baru la dapat bukak laptop ni...

okla..hari ni aku nak kongsi satu promotion yang Blackberry ni buat khas dekat Pikom PC Fair dekat KLCC mulai hari Jumaat ni hingga Ahad ni...promotion dia memang agak menarik tertarik memang deboom..promotion dia,belian kedua akan dapat price 50%...so,kalau harga Blackberry Torch 9800 harga RM 2199,harga belian kedua akan jadi RM 1100...
Blackberry Deals Promotion di PC Fair

Sape pengemar blackpaper Blackberry tu bolehla pakat ngan member beli...takpon korang beli 2 dan lagi satu jual la kat mudah.my ke dengan harga full...kan ke untung tu..ada 3 jenis blacberry dalam promotion ni...Blackberry Torch 9800,Blackberry Bold 9780 dan Blacberry Curve 3G...tak silap aku limit untuk 10 unit setiap satu jenis tu untuk 1 hari..so,sapo copeik dio dapeik..

p/s-sape nak kongsi ngan aku..hehe..tak mampu den..

Tuesday, April 12, 2011

Teknik Testimonial Cara Mudah Pancing Customer

Assalamualaikum..

Teknik testimonial ni aku rasa memang satu teknik yang banyak mempengaruhi pelanggan atau seseorang...maksud aku teknik testimonial ni macam contoh kat bawah ni...

1)Kalau nak ajak masuk MLM

Usop wilcha,23tahun,Pak Guard.

Saya dulu seorang Pak Guard di sebuah bangunan terbiar.Bos saya kata gaji saya ni gaji Pak Guard paling rendah dalam sejarah Pak Guard sedunia..lepas saya menyertai company X ni gaji bulanan saya mencecah 18 angka.kalau saya boleh kenapa anda tak boleh..


2)Menjual produk

kak limah,30 tahun

Dulu berat badan saya mencecah 300 kg.Tapi lepas saya makan produk X ni berat badan saya menurun menjadi 40 kg dalam masa tak sampai seminggu.Memang tak pernah saya terfikir yang badan saya akan slim macam ni sehingga kerengga pun jealous dekat saya.Produk ni tak memerlukan kita diet.lepas makan produk ni kalau nak melantak sampai pengsan pun boleh.

Tu la antara contoh testimonial yang banyak menipu orang.Sape yang terdesak nak jadi kaya atau kurus tu confirm join punye.

Sebenarnya aku nak kongsi teknik testimonial yang bahaya aku tengok dekat MHI hari tu.Teknik ni menjadikan korang sebagai testimoni untuk keluarga korang.Ada satu kes ni dalam menyertai pelaburan.Orang ni menyertai satu pelaburan yang member dia ajak.

Mula-mula orang ni tak percaya.Tapi dia tengok member dia masuk je duit kat bank.Dia pun terpengaruh join.Dalam sebulan dua tu memang dapat duit yang dijanji.Apa lagi bila dah tengok duit masuk masyuk,orang tu pon ajak satu keluarga dia join sekali.Sebab dia sendiri dah dapat habuan..

Lepas semua keluarga dia dah masuk...duit dah tak masuk dah...dah jadi camni memang parahla.Yang kena tipu bukan melibatkan dia sorang tapi melibatkan satu keluarga.Bila waktu tu Ally Iskandar tanya dia berapa kerugian dia.Terkejut aku dengar orang tu jawab..

"kalau beli Ferarri tu rasanye cukup kot"

perghh..banyak betul..dia cakap kerugian dia tak banyak sangat..tapi disebabkan dia ajak semua keluarga dia..tu yang banyak tu..kalau dengan saudara..bahaya kes ni..kalau yang mata duitan tu boleh putus silaturrahim ni..yela..zaman sekarang ni duit tu the most priority bagi dieorg berbanding persaudaraan...

p/s-hati-hati dengan penipuan yang melampau zaman sekarang...

Monday, April 11, 2011

Disangka tiruan rupanya original...

Assalamualaikum...

hahahah...aku ada tengok satu cerita tu dio kato tak original bondo alah tu rupo2 eiyh original...kecoh betol orang kato tak original.Sampai den pun bonci tengok bondo alah tak original tu.Nak tahu citer apa aku tengok.Citer tu namo eiyh Berita Terkini...heheh

Telur tiruan yang heboh dikatakan tak original tu rupo2 eiyh original atau asli.Waktu tu aku tengok tak silap aku Menteri Kesihatan cakap hasil kajian menunjukkan protein kat telur tu sama dengan telur asli.Tapi tak silap aku kajian sepenuhnya belum habis lagi.Tak tahula kalau kerajaan saje nak tutup kes.Biar tak kecoh.

Apo la benda yang tak pasti diheboh-hebohkan.kan dah kecoh.Sampai tak silap nak disaman eiyh siapa jual telur tiruan.Macam-macam kan..kesian kodai runcit Ah Chong ngan Mutusamy ngan Sameon tu tak pasal-pasal kono rampeih dio punye telur.hehehe..Patutnya kementerian kesihatan buat kajian dulu baru diheboh-hebohkan.Sampai cara-cara nak buat telur tiruan pun ada keluar.Patutla den cubo bueik kat rumah aritu tak jadi.heheh

p/s-sorry entry autopublish mengarut taip laju-laju selama 3 minit sebelum pergi kerja..

Monday, April 4, 2011

Amaran kepada yang nak jadi cikgu..

Assalamualaikum...

Saje nak kongsi pada orang-orang yang nak jadi cikgu ni...sila jangan tersilap pilih opsyen bila nak study nanti sebab takut bila dah habis belajar kena ajar opsyen lain dari apa yang dibelajar.Rasa macam tak sedap plak nanti jadi macam tu...sebab puas belajar dalam opsyen sains dan matematik last sekali kena jadi cikgu pendidikan jasmani ngan sivik plak..

Aku ada terbaca kat Berita Harian ni sekarang cikgu dalam opsyen Sains dan Matematik ni dah berlebih...Sekarang ni dah 26 000 guru opsyen Matematik dan Sains ni terpaksa mengajar pelajaran lain selain Matematik dan Sains...kebanyakan mereka terpaksa mengajar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Islam..terkejut gak aku baca sebab tak silap aku dari dulu sibuk cakap guru Matematik dan Sains ni tak cukup..

Mungkin ada yang tak kisah kalau terpaksa mengajar opsyen lain...cikgu gak kan..tapi camner nak jalankan tugas tu dengan cemerlang kalau tak bersemangat mengajar dan bukan kepakaran kita..kualiti pon takdela..betul tak..Macam kakak ipar aku dulu sanggup mengajar sekolah yang jauh dari rumah dia semata-mata nak ajar Akuan dan Perdagangan sedangkan dia dapat sekolah yang dekat tapi opsyen yang lain dari apa yang dia belajar...

p/s-kepada yang dah jadi cikgu masalah ni memang dari dulu ke apa?

Friday, April 1, 2011

Harga Minyak Ron 97 naik lagi...20 sen kasi up...

Assalamualaikum...

Parah memang parah...harga minyak Ron 97 naik lagi sebanyak 20 sen...

"bro,nape plak ko sibuk hal Ron 97 ni...ko ada kereta ke"

aaahla...aku tak ada kereta rupanya..lupo plak den..kalau aku ada kereta pon aku takkan guna Ron 97 ni...tula orang melayu takde sensetiviti terhadap kesengsaraan orang lain...

okla...daripada aku terus mengarut tanpa henti biarla aku olah sikit apa aku baca kat mStar Online ni..tahun ni dah dua kali harga Ron 97 ni naik...kali terakhir bulan Januari...harga Ron 97 ni naik sebanyak 10 sen hari tu...

Dan mulai esok berita gembira untuk pengguna BMW 5series dan Mercedes S class mulai esok harga Ron 97 naik sebanyak 20 sen kepada RM 2.70 seliter...berkuatkuasa lepas pukul 12 tgh malam hari ni...apo laie bergegasla ke stesen minyak terdekat...kasi ponuh itu tangki kereta....sape yang dah order BMW tu copeikla cancel...boli Honda City cukup..jimat minyak..

Kesiankan...nak buat camner...harga Ron 97 ni ikut harga pasaran dunia...papepon harga Ron 95 kekal, tapi subsidi kerajaan lagi bertambahlakan...kang kasi naik takut ramai plak pangkah pembangkang PRU tak lama lagi...heheh

p/s-pakaila kereta yang murah..heheh

Thursday, March 24, 2011

Sempena Hari Air Sedunia 2011: Cara Minum Air

Assalamualaikum...

Pada 22 Mac hari tu Hari Air Sedunia diraikan..mula-mula aku tak tahu hari air ni pon ada...lepas merayap-rayap kat blog bro fairus barula aku tahu..so,aku nak sarankan pada korang lopeih ni janganla membazirkan air walaupon duit tu terlampau berlebih..kalau basuh kereta tu janganla biarkan air paip tu melepas waktu korang tengah lap kereta korang tu dengan penuh kasih sayang dengan sabun...kang takut nanti nak minum air pon dah takde...sebab aku baca kat surat khabar krisis air bersih mungkin akan berlaku kat Selangor,Wilayah Persekutuan dan Putrajaya padat tahun 2014...nasib den duduk nogori boleh membazirkan air lebih lama...heheh

alt=

Sebenarnya aku nak kongsi cara minum air dengan betul dalam entry ni...Aku ingat cara ni pon lepas menziarahi Pak Bong aku hujung minggu hari tu kat Subang Jaya..Pak Bong tu abang mak aku...aku rasa korang semua tahu kot cara ni...takpon ingat-ingat lupa kan...sape yang lupa tu memang kes minum air dengan rakus sampai semut tengah buat aksi kuak lentang dalam botol tu pon korang sebat...heheh...dan sebenarnya cara minum air ni ialah sunnah rasul..

Balik pada aku ziarah Pak Bong aku tadi...aku pon layanla perbualan antara mak aku ngan Pak Bong aku tu..

Mak:Bong,sihat nampak sekarang
Pak Bong:den sekarang ni amalkan minum air kosong teguk sikit-sikit...sekali teguk berhenti..jangan digogok air tu sampai habis
Mak:Owh..tu sunnah tu Bong

Bila mak aku cakap sunnah baru aku teringat cara ni cara minum air ikut sunnah...sebab sunnah rasul menggalakkan kita minum air seteguk pastu arahkan pernafasan tempat lain..Dari situ kita dah nampak betapa agungnye sunnah rasul ni...walaupon satu cara yang simple tapi kesan dia memang hebat..

Aku rasa kebanyakan orang minum air digogok air sampai habis sekaligus..lagi-lagi kalau dapat air Vanilla Coke yang baru keluar dari peti sejuk yang bersuhu 5 celcius tu..tak sampai seminit habis licin..nak gak rasa tambah lagi satu tin...nasib kadar penyakit kencing manis dikalangan orang muda semakin meningkat...terpaksala batalkan niat tambah lagi satu tin...heheh

p/s-selamat beramal ye..




Tuesday, March 22, 2011

Mencari pekerjaan: BN Youth Job Fair 2011@Pameran Kerjaya Pemuda BN 2011

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak jadi penyokong tegar BN...nak promote sikit program yang dianjurkan Pemuda BN Malaysia ni...BN Youth Fair 2011 ni sebenarnya nak mengurangkan kadar pengagguran kat Malaysia supaya lambakan anggur2 kat Malaysia tak melebihi permintaan...heheh..(mcm sesuai je utk aku)..Aku nak promote pameran kerjaya atau job fair ni sebab ada kelainan sikit dalam pameran ni..

Mencari pekerjaan: BN Youth Job Fair @Pameran Kerjaya Pemuda BN 2011

BN Youth Fair ni akan diadakan pada 25-27 Mac 2011 di Dewan Tun Razak 1,PWTC Kuala Lumpur...tinggal 3 hari je ni...sapo yg tak buek resume lagi tu copeik la buat apo laie...macm biasala dalam job fair korang kena register dalam laman web mereka pastu upload resume korang...sampai kat pameran tu nanti korang akan diberi bar code,so just scan je kat booth pameran tu. bila korang nak apply kerja tu..

Antara exhibitors yang akan datang dalam job fair ni:
1)Syarikat Multinasional
2)Government Linked Companies(GLC)
3)Sektor Swasta
4)Agensi Pekerjaan
5)Institusi latihan dan syarikat penempatan pekerjaan
6)Jabatan Kerajaan dan agensi agensi yang berkaitan

Mengikut apa yang aku dengar kat MHI ni BN Youth Job Fair atau Pameran Kerjaya Pemuda BN 2011 memang ada kelainannye..time pameran ni dieorang akan adakan klinik interview ngan klinik buat resume dgn mantop sekali hingga takde satu company pon sanggup tolak resume korang nanti...heheh

Lagi satu kelainan yang aku suka ialah BN Youth Job Fair ni ada buat sistem SMS gak...kalo dah lepas pameran ni atau tak sempat nak pergi kat sana dieorng akan update kerja terbaru di laman web dieorng dan kat twitter pon dieorng akan update..kat situ dieorng gak akan sertakan bar code bagi kerja2 tu...so,korang just tulis bar code kerja yang korang minat tu dan send kat 33XXX..sorry dah lupe..tapi jagan lupa plak uploas resume kat laman web dieorng dulu..

Ade gak satu sudut pameran yang khas kepada orang yang nak apply kerja kontrak..Aktiviti-aktiviti kat Pameran Kerjaya Pemuda 2011 ni:
1)Resume Klinik
2)Video resume
3)Sudut Intensif
4)Sudut pekerjaan kontrak
5)Barcode dan pendaftaran SMS
6)Perbincangan kerjaya dan sesi latihan
7)Temu duga secara langsung bagi para pencari kerja dan majikan

Sape yang dah lepas sekolah,semester akhir ngan dah graduate yang tengah nak mencari pekerjaan tu boleh la terjah ramai-ramai...sapo yang agak-agak nak tukar kerja tu pon digalakkan datang..nak tahu lebih detail  boleh pergi ke www.bnyouthjobfair.com

p/s-apsal nak pilihanraya ni banyak sangat program-program kerajaan buat ye...heheh...saje nak buat provokasi sikit...  






Sunday, March 20, 2011

Biar Btol...income RM 25 000

Assalamualaikum..

Sebelum aku kongsi hal ni aku nak nasihat kat korang latihla anak korang main bola sejak kecik lagi...tak payah belajar tinggi pon takpe...kalo boleh yang baby lagi tu tu letakla bola kat sebelah baby tu..botol susu tu pon biar yg bercorak bola..biar dieorg minat main bola..

heheh..gurau je...hidup ni bukan duit semata-mata...yang penting ilmu yang kite dapat...sebenarnye terkejut gak aku bace Berita Harian ni tulis gaji pemain bola sepak Negeri Sembilan ade yang sampai RM 25 000..gaji dieorang ni lingkungan RM17k-RM25k...kalah gaji pengarah camni..selama ni aku ingat gaji pemain Malaysia dalam 3-4k..rupa-rupanya cecah 5 angka gak..

tak paham btol dieorg ni...gaji bapak besar kalo kat Malaysiala..kalo kat luar Malaysia tu tak payah cakapla...tapi main macam hampeh..semangat langsung takde...cubala hargai sikit gaji yang besar tu...orang  belajar tinggi2 pon kerja sampai pencen pon tak tentu lagi dapat gaji camtu...sampai Wan Jamak ketua jurulatih Negeri Sembilan pon letak jawatan baru-baru ni..

camnerla Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan(PBNS) bayar gaji ye..mane PBNS ni dapat duit...selalu main stadium kosong je...nak kate dapat duit sebab menang piala...tak selalu menang..jual jersey,ramai ke orang beli jersey kelab Malaysia ni...mane plak sumber duit PBNS ni...

update:Arsenal Vs West Brom..2-2..fuhh...nasib tak kalah lepas ketinggalan 2 gol...wenger tolong la beli defender bagus sikit..

p/s-ni on the way pergi kedai sukan beli bola untuk anak buah...heheh

Friday, March 18, 2011

Krisis Nuklear Jepun: Jepun akan jadi Chernobyl baru..

Assalamualaikum..

Entry ni bukan nak menakutkan sesiapa ye...aku tengok krisis nuklear Jepun ni dah semakin parah..mesti korang tertanya-tanya ape itu Chernobyl..Chernobyl ni sebenarnya satu loji jana kuasa di Ukraine yang pernah meletup pada 26 April 1986..peristiwa ni telah menyebabkan 57 orang maut dan tambahan 4000 kematian disebabkan kanser..

Mengikut Berita Harian hari ni paras radiasi kat Jepun sekarang atas sedikit paras purata dan satu kolam kat loji nuklear yang ada batang bahan bakar kat Fukushima terlalu panas dan mendidih dalam keadaan kering...dengar pon mcm krisis ni dah semakin teruk..

Harap-harap jurutera Jepun dapat halang kebakaran kat loji Fukushima supaya krisis nuklear kat Jepun ni tak semakin teruk...mengikut Institut Keselamatan Nukleasr dan Perlindungan Radiologi Perancis (IRSN),tempoh 48 jam selepas ni jadi penentu bagi Jepun...kalo tak kemungkinan Chernobyl baru akan terjadi di Jepun..

Cubaan Jepun nak menyejukkan loji Fukushima dengan helikopter pon kena dibatalkan sebab paras radiasi yang semakin teruk kat sekitar loji..kesan radisi mungkin plak akan merebak ke Amerika Syarikat dan Eropah hari ni..

Krisis Nuklear Jepun:Jepun akan jadi Chernobyl baru..

Yang aku tak faham bila kejadian ni dah berlaku,Malaysia masih lagi nak teruskan projek nuklear..ape yang aku tengok kat Berita Awani ade sorang mamat prof. tu cakap yang teknologi nuklear yang Malaysia nak bina tu lebih selamat sebab menggunankan teknolgi nuklear genenerasi ke-3...kat Jepun tu teknologi generasi pertama...memangla kat Jepun tu generasi pertama...tapi takkanla Jepun tak pernah buat improvement dalam design loji tu...aku ni dulu belajar dalam engineering...ape yang aku belajar kerja engineer mesti akan sentiasa buat improvement baru kat design2 produk dieorng...lagipon kalo dah nak kena bencana generasi ke-80 pon takkan selamat..

p/s-sama-sama la kita doakan keselamatan penduduk Jepun dan diharapkan mereka diberi taufik dan hidayah utk mengenali Islam..

Thursday, March 17, 2011

Air Bukit Jalan Baru Bukit Putus digilai ramai...

Assalamualaikum...

Setiap kali aku lalu kat jalan baru Bukit Putus ni mesti ramai orang beratur...kalo time bukan waktu kerja tak ramaila...kalo cuti tu kadang2 ramai btol orang beratur nak ambik air bukit ni..dah mcm beratur nak beli tiket Hikayat Merong Mahawangsa pon ade...habis dieorg punggah satu bonet kereta air bukit ni..free dikatekan...sape yang tinggal area Kuala Pilah ngan Seremban tu mmg untung la..dekat dari rumah..

Mula-mula aku pelik gak ngan dieorg ni ambik air bukit...tak kotor ke...aku ingat mesti siap ada lumpur ke kan..macam2 testimoni aku dengar orang minum air bukit ni...ade tu hilang gaout la...naik nafsu gak nak ambil air bukit tu bila dengar testimoni orang ni..biasala kan air semulajadi...mesti bersihkan daripada bahan-bahan kimia...korang minum air paip hati-hati sakit...sebab sape yang minum air paip ni keberangkalian nak dapat sakit buah pinggang tinggi sikit...sebab tu mak aku pasang water filter kat luar rumah...

Ade sekali tu aku lalu kat jalan tu mak aku suruh plak ambil air bukit ni..botol pon takde mase tu...test drive je la ambik satu botol 250ml tu...mula2 aku expect yang air tu keluar perlahan je...sampai je kat situ terkejut babun aku tengok laju btol air dia...kalah air paip kat rumah tu...patutla orang ambil tak ingat dunia..air dia memang jernih gila...takde pencemaran langsung...air paip pon tak jernih camtu..

Semalan sekali lagi kiteorg pergi ambik air bukit..time tu malam takde orang..ade sorang je pakcik tu tengah menjalankan misi memenuhkan bonet kereta dengan botol2 besar dia...kali ni mak aku pon dah buat persiapan rapi gak...banyak botol gak kiteorg bawak...
Air Bukit Jalan Baru Bukit Putus digilai ramai...
banyak tak gua songlap
ni baru sikit ni...nak tengok berapa banyak pak cik yang ade time tu songlap..
Air Bukit Jalan Baru Bukit Putus digilai ramai...
ni baru setengah,ade lagi setengah die tengah penuhkan botol

Tinggi btol keazaman pak cik ni nak jaga kesihatan...bukan dekat dia tinggal...pak cik tu cakap dia dari Kepis...bukan dekat tu...aku rasa dalam 50km...pak cik tu cakap semenjak dia mium air bukit ni,dia dah tak minum air paip lagi...kira selalu gakla dia datang...aku ambil air bukit ni pon sebab alang2 dah lalu...

Akibat terlalu digilai ramai,kaum vandalism ni pon taknak ketinggalan gak turut serta..
Air Bukit Jalan Baru Bukit Putus digilai ramai...

p/s-air bukit ni memang bagus...sape nak try tu rajin-rajin kan lah diri tu terjah ke Bukit Putus ni...kalo boleh bawak la lori 5 tan tu...hehe..boleh buat stock 1 tahun...

Monday, March 14, 2011

Karnival Pendidikan Mara 2011@MARA Education Carnival 2011

Assalamualaikum...

Sebelum aku kongsi pasal Karnival Pendidikan Mara 2011 ni...sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihan kepada sorang kawan adik aku kat UiTM Penang yang baru meninggal dunia akibat accident..nasib adik aku tak ikut sekali..kawan dia ni dari Kelantan bawak kereta sewa terlanggar lori...yang lain dalam kereta tu masuk ICU...
Karnival Pendidikan Mara 2011@MARA Education Carnival 2011
Karnival ni diadakan untuk tujuan memberi information tentang pembangunan dalam pendidikan dan kerjaya...sesiapa yang berminat nak jadi exhibitor tu pon boleh...

Siapa yang patut hadir Karnival Pendidikan Mara 2011:

1)Lepasan sekolah
2)Fresh graduate
3)Pelajar tahun akhir
4)Ibu bapa
5)Pencari kerja
6)Usahawan

Siapa@Exhibitors yang akan sertai pameran Karnival Pendidikan Mara 2011:

1)Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA)
2)Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS)
3)Institut Pendidikan MARA(IPMa)
4)Kolej dan Universiti Antarabangsa
5)Lembaga Latihan Kemahiran
6)Pinjaman dan Biasiswa Pendidikan
7)Financial Institution
8)Penyedia latihan@Training Providers
9)Pengusaha atau Majikan
10)Perniagaan yang berkaitan pendidikan

Kalau korang nak tahu lebih lanjut dan nak tahu schedule dia boleh terjah ke MARA Education Carnival 2011

p/s-sesiapa yang nak sambung belajar,cari kerja dan nak tahu pasal pinjaman untuk study dan berniaga boleh serbu ramai-ramai

Saturday, March 12, 2011

Jana Income RM 30 000 sebulan...Tanpa Kelulusan,Tanpa Modal...

Assalamualaikum...

Kayo den....akhirnya aku dapat formula cara nak dapat income RM 30 000 sebulan tanpa guna banyak modal..macam mana la aku tak terfikir ye nak join formula ni dari dulu...Kalau aku tahu dari dulu tak payah aku belajar-belajar tinggi dulu...belajar tinggi2 pun last sekali tanam anggur je..

Heheheh...mesti korang tertarikkan baca kat atas tu kan...sebenarnya ni la isu sekarang yang keluar kat Buletin Utama tadi...isu pengemis di area Bangsar..sebenarnya bukan isu semasa pon isu pengemis ni dari dulu dah ada...mengikut Buletin Utama tadi income pengemis kat sana antara RM 28 000-RM 30 000....korang bayangkan alangkah mewahnye kehidupan pengemis sekarang ni..aku ni nak dapat BE Nuffnang pon ambik masa 2 bulan..siapa nak hidup senang dan mudah boleh la join dieorng...modal kecil je...baju koyak,bag kecil,lakonan mantap...modal paling besar pun buat muka 10 sen...
Jana Income RM 30 000 sebulan....Tanpa Kelulusan,Tanpa Modal...

Mesti korang bengang kan bila dengar pendapatan pengemis atau peminta sedekah ni kan..bagi aku mereka ni semuanya orang yang pemalas..taknak berusaha...taknak berfikir tapi nak hidup senang...aku ingat time aku sekolah menengah,ada pengemis dekat Terminal 1 seremban..relax je dieorang tanpa bersalah makan McD suami isteri..aku plak terliur tengok dieorang makan..kat Shah Alam pulak ada pengemis tu buta tapi kantoi pakai jam tangan...memang banyak btol cara dieorng nak tipu orang..

Bukan apa,kadang2 tu kita tahu yang dieorang ni banyak penipu...tapi sebab gaya kasihan dieorang menyebabkan ramai yang cair dan kita takkan expect yang income dieorang ni berganda-ganda lebih dari income kita..

Sorry ye sape yang tertipu dengan tajuk entry ni ye..cuma aku nak menyedarkan orang yang suka hidup senang cara mudah ni..sebab bila aku tengok analytic nuffnang aku ada plak sesat keyword orang cari "projek ape boleh senang hidup"..nampak sangat orang yang cari keyword ni nak hidup senang dengan cara mudah...orang2 macam ni la yang selalu keluar dekat Harian Metro tu yang kena tipu sana sini..tiada jalan singkat untuk jadi kaya..

p/s-hati-hati dengan penipuan zaman sekarang

Friday, March 11, 2011

Gempa Bumi di Jepun: Amaran Berlaku Tsunami

Assalamualikum...

Hari ni berlaku gempa bumi paling buruk dekat Jepun..lebih kurang 8.9 magnitude...mengikut Berita Awani ni la gempa bumi terburuk berlaku di Jepun sejak 140 tahun..Tengah hari plak berlaku tsunami setinggi lebih kurang setinggi 10 meter..memang teruk bencana berlaku kat Jepun sekarang..buat masa ni dah 19 orang mati..

Tsunami dan gempa bumi ni banyak bagi kesan kat negara Jepun...banyak infstruktur awam musnah..Pengangkutan tergendala..power plant musnah...banyak bangunan terbakar..rasenye kesan ni akan sampai kat ekonomi Malaysia gak lagi-lagi dalam sektor eloktronik..

Gempa Bumi di Jepun:Amaran Berlaku Tsunami

Gempa Bumi di Jepun:Amaran Berlaku Tsunami

Gempa Bumi di Jepun:Amaran Berlaku Tsunami

sumber:ABC News

macam-macam bencana berlaku akhir-akhir ni..Negara China pon dikatakan dilanda gempa bumi tadi..bulan lepas gempa bumi dekat Christchurch...negara arab plak banyak bergolak...sampai Arab Saudi pun dikatakan berlaku sedikit penentangan dekat kerajaan dieorang...harap-harap inflasi Malaysia tak naik banyak sangat...kalau tak makin mahal la harga barang...

p/s-Amaran tsunami akan melanda Filipina, Taiwan, Indonesia terutamanya dan kemungkinan pantai timur Malaysia sekitar jam 7 malam ini..

Wednesday, March 9, 2011

Skim Rumah Pertamaku (SRP) dilancarkan.....

Assalamualaikum...

Semalam keluar kat berita tentang Skim Rumah Pertamaku (SRP) ni baru dilancarkan...Skim Rumah Pertamaku ni khas utk orang mude je...sape yang agak-agak umur lebih 36 tahun tak payah mengada-ngada plak nak beli rumah guna skim ni...harga rumah yg boleh dibeli guna Skim Rumah Pertamaku ni antara RM 100 000-RM 220 000...Tak silap skim ni utk orang berkerja sektor swasta je...sape yg dah comfirm tu dan berkerja selama 6bln boleh la mohon utk skim ni...Malangnye sape yang berkerja sendiri tak boleh mohon SRP ni...

Skim Rumah Pertamaku dilancarkan.....
hehehe...rasenye memang tak boleh beli rumah ni guna skim ni

SRP ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi institusi kewangan...byk jugakla bank2 yang terlibat...ade 26 bank..Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank yang terlibat atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Jika sekiranya seorang peminjam mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan....Cagamas just beri jaminann kpd bank je...kite tetap kena bayar 100% pembayaran rumah tu kat bank...

Syarat korang nak beli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku ni hendaklah jumlah pembayaran melebihi 1/3 dari jumlah pendapatan...Gabungan pendapatan kasar suami isteri boleh gak dilakukan kalau nak beli rumah mahal sikit...macam contoh yang aku tengok kan laman web SRP ni..

Saya dan pasangan saya masing-masing mendapat RM1,500 sebulan dan ingin mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% untuk membeli rumah pertama kami yang berharga RM220,000. Adakah kami layak dibawah Skim ini?

Ya. Anda layak untuk mendapat pembiayaan 100% dibawah Skim ini sekiranya jumlah pembayaran balik bulanan pembiayaan berkenaan tidak lebih dari 1/3 gabungan pendapatan kasar bulanan peminjam/pelanggan dan dalam kes ini, ianya adalah RM1,000 sebulan. Walaubagaimanapun, pembiayaan adalah bergantung kepada kemampuan.

Contoh kiraan :

* Gabungan pendapatan kasar: RM1,500 + RM1,500 = RM3,000
*
1/3 daripada RM3,000 = RM1,000

Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan adalah 30 tahun, jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM200,000. Untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000, gabungan pendapatan bulanan anda hendaklah lebih kurang RM3,300


So,aku rase memang patut kerajaan buat Skim Rumah Pertamaku ni sebab bukan semua orang muda mampu bayar 10% pendahuluan nak beli rumah ni...tapi paham2 la kan...kalau harga rumah RM 220 000 tu kat kawasan Lembah Kelang ke...Shah Alam ke...dapat rumah flat je la kan...rumah teres pon aku rase nak dekat 300k sekarang...yela org mude sekarang ni kebanyakan kerja kat bandar2..Kalau beli rumah area Melaka tu aku rase bolehla beli rumah teres 2 tingkat...

Kalau cakap pasal hartanah ni..memang untung btol sape dulu beli rumah kat kawasan2 KL ni...Nenek sedare aku kat Cheras dulu beli rumah die lebih kurang RM50k je...sekarang ni nilai die sekarang dah RM400k...tak tahula mcm mane harga rumah dalam 5-10 tahun akan datang...silap2 kat Bahau ni pon harga rumah berjuta kot..

Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh terjah kat www.srp.com.my
sumber lain kalo nak tengok: Skim Rumah Pertamaku (SRP)

p/s-sape dah kerja tu bolehla berkira-kira nak beli rumah sendiri...takut akan datang lagi tak mampu..

Monday, March 7, 2011

Sape nak khatam Al-Quran dalam masa sehari...

Assalamualaikum...

Lepas baca satu entry cinta dalam diam dari bakal guru Izz yang ada menyebut tentang perkahwinan Saidina Ali dengan Saiditina Fathimah aku teringat tentang kebijaksanaan Saidina Ali masa aku dengar satu ceramah...Tak silap aku waktu aku dengar ceramah tu puteri Rasulullah ni bukan saje diminati Saidina Ali tapi ade gak bebarapa sahabat Rasullullah nak mengahwini Saiditina Fatimah ni...tak silap aku termasuklah Saidina Umar...

Kisahnye begini...tak silap aku Rasullullah telah mencabar sahabat2 Rasulullah supaya khatam Al-Quran sebanyak 3 kali dalam satu malam...tetapi pada keesokkan harinye takde sorang yang mampu kecuali Saidina Ali...Saidina Ali menjawab dengan membaca Surah Al-Ikhlas...dan tak silap aku kisah ni salah satu faktor Saidina Ali dipilih mengahwini Saiditina Fatimah..

Tapi bila aku menggunakan khidmat bro Google tentang kisah ni aku tak jumpa...so,kalau aku silap harap dapat dibetulkan...tapi ape yang aku jumpa dari bro Google ni ialah satu kisah bila Rasullullah memberi teka-teki kepada para sahabat Rasullullah...

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa  Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

sumber:eforum3

Daripada tu kita boleh lihat betapa pemurahnya Allah kepada hambanya dengan hanya baca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali bersamaan dengan khatam satu Al-Quran...sekarang ni ramai org beri alasan yang dieorng tak sempat nak bace Al-Quran...so,aku cadangkan sape yang tak sempat tu boleh amalkan surah Al-Ikhlas ni yang aku rase hampir semua umat Islam hafal surah yang pendek ni...

Antara yang lain kelebihan mengamalkan surah Al-Ikhlas:

1)Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu
menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

2)Dikisahkan oleh Abdullah bin Abbas meriwayatkan...Rasulullah pernah bersabda yangbermaksud... Katanya nabi saw"ketika aku di israkkan ke langit..aku telah melihat arasy ALLAH beradadi atas 360000 tiang..dan dari satu tiang ke satu tiang yang lainnyamengambil masa 360,000 tahun perjalanannya...Dan di bawah setiap tiang terdapat padang sahara sebanyak 12,000bagi setiap padang sahara itu luasnya mengjangkauperjalanan dari barat ke timur..Dan bagi setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang membaca surah al-ihklas..Apabila selesai membaca semua malaikat itu berkata..."Wahai Tuhan Kami...dan Wahai penghulu kami...sesungguhnya kami menghadiahkan semua pahala bacaan kami..kepada hambaMU yang membaca surah al-ihklas samaada..dia adalah lelaki mahupun perempuan...."
"........Dan sesungguhnya Demi ALLAH yang jiwaku ditanganNYASesungguhnya Qulhuwallahuahadu...itu tertulis di atassayap malaikat JIBRAIL...Allahush Shamad itu tertulis di atas sayap malaikat MIKAIL..
Lam Yalid Walam Yuulad itu tertulis di atas sayap malaikat IZRAIL..dan Walam Yakul lahukufuwan Ahadun terukir di atas sayap malaikat ISRAFIL....dan barangsiapa yang membaca surah al-ikhlas maka seperti dia membaca kitab TAURAT,ZABUR,INJIL dan AL-Quran..."

3)Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
sumber:luvmalaysia

Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi kelebihannya boleh terjah kat sahabatraudhah

p/s- jangan sesekali tinggalkan bacaan Al-Quran