Yang ni conversation ada seorang mak cik yang merupakan jiran aku kat Bahau dengan suami dia..
mak cik jiran:bang..nak makan lemang ketiak tak
pak cik jiran:apsal lemang ketiak plak
mak cik jiran:alaa..lemang jual kat tepi jalan tu...orang tu masak lemang kan tak pakai baju...nanti ketiak dio berpeluh masukla dalam lemang tu..
Korang rasa nak makan tak bila dengar pasal lemang ketiak ni..mesti taknak kan..sebenarnya aku nak kongsi masalah orang melayu nak berniaga...ni satu contohla kesilapan orang melayu nak berniaga ni...mereka tak peduli pasal first impression customer tu...tengok dia masak macam tu pon dah buang minat orang nak beli lemang dia...dahla jual lemang...kebanyakan orang makan time raya je...pastu ditambah perisa air ketiak lagi...mana la orang datang..
First impression ni sebenarnya sangat penting nak dapatkan customer baru..macam aku nak pergi makan luar apa yang aku tengok selalunya keadaan gerai tu...kalau dah ramai orang kat gerai tu mungkin aku terjah terus...tapi kalau tak ramai,signboard pun tulis pakai pen marker saje kemungkinan aku nak makan kat situ amatla tipis..
Bila kita dah dapat customer baru,produk pun bagus kalau contoh gerai makanan...rasa dan kualiti makanan mantap dan service terbaik dari ladang, insyaallah customer tu akan mula sampai menyampai kepada orang lain...tak silap aku cara ni dikenali sebagai viral marketing...macam contoh lemang ketiak ni...mak cik tu cerita kat mak aku...pastu mak aku cerita kat ayah aku...aku pulak cerita kat korang...kan dah ramai orang tahu keburukan perniagaan mereka...
Kalau satu perniagaan tu mengharapkan jualan dieorng ni untuk sesuatu tempat ...sebagai contoh lemang ketiak tadi telah jadikan orang-orang Jempol sebagai target customer dieorng..kan boleh lingkup tu...sebab sampai menyampai tentang keburukan lemang dieorng antara penduduk kat situ..orang nak cuba makan pun takut...lainla kalau ada orang nak makan lemang dengan perasa tambahan asli tu..heheh
Lagi satu paling aku pantang kebersihan teruk...sedap camner pon makanan tu kalau kebersihan pon teruk memang aku tak pergi la...sebagai contoh aku ambil gambar kedai makan dekat Putrajaya ni time aku minum kat situ...punyala lama aku kat situ meja kat situ langsung tak dibersihkan sampai aku balik..
nampak tak habuk rokok atas meja tu...aku betul2 duduk sebelah meja tu
Kalau kebersihan depan customer pun tak dijaga,rasa-rasanya dekat bahagian belakang dapur tu dia jaga tak...ntah2 kuali dia masak tu pon tempat tikus bermastautin...
p/s-sape nak lemang ketiak boleh order kat aku bila aku balik Bahau nanti..heheh
7 comments:
tapi aku lagi rela makan lemang ketiak melayu daripada minum jus oren berperisa air liur mapley.. HAHAHAHAA
ewww...tak lalu seh nak makan..
mmg betul.aspek pertama yg sering org pandang bila bab mkanan ni adalah bab kebersihan.tapi org melayu khususnya,ramai yang terlepas pandang hal ni.cuba tgk bila tiap kali penguatkuasa wat serbuan,kedai sape je yang jadi mangsa nya kan :)
chii pernah dpt compliment dr sorang customer.dia ske dtg tmpat niaga kitorang sebab 1st impression dia tgk..kami yang meniaga,sgt mesra rakyat,murah dengan senyuman disamping kebersihan terjaga. ehehe..selain tu,pelaris yang baekk punya :p
pelik2...asal diorg tak terfikir ae????
geli la nk makan lemang camtue....
kedai ktor, pastu tak ramai customer pastu nmpk gelap je memang la org tak masuk...!!!!
Tenguk tajuk huhhh menggelikan. Hee. Tapi akak setuju ngan Faiz, dalam perniagaan kebersihan hendaklah diutamakn. Macam akak sendiri bukan nak sombong, memang akak tak nak pergi tempat yang kotor terutamanya tempat makan.
issshh...goli tokak den...
aiyo..kombang tokak atok ha...
erk, terkelu, geli geli geli
Post a Comment