Assalamualaikum...
Entry ni sekali lagi aku cerita pasal masalah aku.Dulu dalam entry aku jalan-jalan cari kerja aku ada ceritakan keadaan aku yang lemah selepas aku sakit dulu.Aku tak sekuat manusia seusia aku.Ni la salah satu faktor aku tak semangat cari kerja.Serius aku risau yang amat sangat tentang keadaan fizikal aku yang lemah.Aku tak risau sangat dengan kerja seperti mana korang bagi semangat yang aku akan dapat kerja suatu hari nanti.Alhamdullilah sekarang aku dah kerja.
Semenjak aku sakit,aku sentiasa berharap yang dapat pulih jadi normal macam orang lain.Aku selalu dengar member-member aku cerita pasal aktiviti dieorng.Macam biasala kan.Orang muda pergi main futsal,panjat gunung dan jogging.Tapi aku tak boleh nak lakukan semua aktiviti tu sekarang.
Lepas aku pergi BN youth Job Fair hari tu,aku begitu down sekali.Yela..semua requirement memerlukan aku sihat tubuh badan.Sampai aku nak apply satu job tu pon aku fikir 2-3 kali.Tengah aku jalan dengan member aku,keluar dari PWTC tu,tiba-tiba aku ditahan oleh seorang pemuda yang menjual buku untuk minta derma.Aku jalan tepi sekali.So,member aku semua dah jalan ke depan dulu.Aku pun beli buku yang dijual pemuda tu.Nak tahu tajuk buku apa pemuda tu jual kat aku..
SAKIT,APAKAH UBATNYA,Penelitian Daripada Al-Quran dan Hadis
Waktu tu semangat aku macam naik balik.Walaupun benda ni dah kebiasaan orang jual buku jenis macam ni.Macam suatu petanda Allah bagi dekat aku supaya jangan berhenti mengharap.Sebab tu aku sekarang cuba takkan berhenti mengharap yang aku boleh jadi normal seperti dulu.Aku sekarang memang dah banyak berubah.Daripada manusia yang tiap-tiap hari menyebabkan mak aku menangis 3 tahun lepas...sebab waktu aku sakit teruk dulu apa yang keluar dari mulut aku hanya,"mak,faiz nak mati mak..tak guna lagi hidup macam ni".Sebab tu aku faham perasaan siapa yang bunuh diri tu.Tekanan hidup yang melampau.Siapa yang tak kuat mesti terjerumus dengan perbuatan yang tak sepatutnya seperti orang bunuh diri tu.Tapi aku tak setuju tindakan mereka.Sebab sebenarnya siapa yang menerima ujian,orang tu la disayangi Allah.
So,renung-renungkanla sebahagian daripada lirik lagu Maher Zain ni yang berkaitan dengan entry ni...InsyaAllah..
Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah
You'll find your way
p/s-diharapkan siapa yang ada masalah tu,carila jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya.Allah sentiasa disisi kita
17 comments:
kuatkan semangat!.. sentiasa yakin dengan pertolongan Allah..insyaAllah, Allah telah menetapkan yang terbaik buat hambaNya dan pasti ade hikmah setiap ape yg berlaku :) teruskan berdoa padaNya..
Yup! orang yang kuat menghadapi cabaran adalah orang yang mampu menghadapi dugaan Allah. Allah sentiasa menyayangi hambaNYa. Yang penting kita jangan mudah berputus asa.
setiap penyakit itu ade ubatnye kecuali mati...
biar putus cinta, jgn putus asa...^^
semoga hari2 anda lebih ceria n lebih bersemangat... InsyaAllah...
Suka kakak bila Faiz punya semangat begitu. Ingatlah bahawa Allah hanya memberi ujian kepada mereka yg tahan dan kuat. Itu bermakna Faiz kuat dan tahan...
Doa kakak akan ada cahaya yg lebih bersinar seperti yg Faiz harapkan...
:(...
kuatkan semangat Faiz.. jika tiada rezeki hari ni, esok2 Allah akan beri jua... kalau tak di Dunia, kita ada Akhirat.. insyaallah...
bagus
semangat macam nih bukan semua orang ada
kuatkan semangat ye....ni mina nak bg satu semangat kat faiz...
TM tgh cari pekerja skrg...
cepat2 apply kat TM CAREER ye...
moga ada rezeki faiz di situ...
try ek...
betul tue..kita kena yakin....
KUATKAN SEMANGAT DAN YAKIN..Allah tentukan yang terbaik kepada kita..jgn sesekali putus asa..insyaAllah okey punyer!!!
!!!!segalanya ada hikmah!!!!
go faiz go!!!cayalah!!!!
laaa,,,jgn la pts asa....faiz bleh pnyer....stiap org ade mslh die msing2...maybe klau tgk ssorg tue mcm x de mslh jer tp mne tau yg die ade mslh yg lg bsr drpd kte....tue sume ujian dr Allah utk faiz....Allah nk uji thp ksbrn faiz....
go go faiz...hehehe
terharu plak akak baca entry faiz ni.. semoga Allah SWT beri yg terbaik tuk kita semua nanti.. amin.
faiz : komen nih bukan pasa entry nih tau...ini pasal review filem Red Riding Hood...yang pergerakan camera yang buat pening tu pada permulaan filem jer yang xlebih dari 20 saat...lepas tu dah okay dah...hehheeheh
jangan sesekali berputus asa, ada satu ceramah yang aku pergi, tuhan tidak akan memberi dugaan kepada hambanya dengan sesuatu yang luar kemampuan, cuma ia besar atau kecik sahaja, selagi kita kuat, selagi tulah, kita mkin dekat denganNYa Insyallah..
Kuatkan semangat Faiz dan sentiasalah berdoa kepada Allah.Kalau Allah tak makbulkan doa kita hari ini,mungkin Allah makbulkan pada waktu lain.
Selalulah berkogsi perasaan dengan orang orang yang rapat dengan Faiz..
No Retreat ,No Surrender.
Tips Elakkan Mabuk Darat
InsyaAllah, Faiz kena kuatkan semangat..kami sentiasa menyokong faiz!
Bro, ko sakit apa ye..??
@Ayie
sush nak explain bro..ko kena baca entry sebelum2 ni..
betul en blogger...buku ni memang bagus...tp sayang sy da bg pinjam kat kawan smpai skang dia x pulangkan...so tepaksa la trkial2 cari lain.....ermm....btw bpe arge buku ni....sbb yg lama tu pun org hadiah kan...tq
Post a Comment