Pages

Showing posts with label dinar emas. Show all posts
Showing posts with label dinar emas. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Dinar Emas dan Dirham Perak dilancarkan...

Assalamualaikum...

Tadi tengok Berita Awani ada cerita pasal dinar emas dan diham perak dilancarkan oleh kerajaan Perak...nampaknya lagi satu alternatif pelaburan emas dilancarkan di Malaysia..Tapi dinar emas Perak ni bukan digunakan sebagai matawang tapi digunakan untuk pelaburan sebab emas ni salah satu komoditi yang boleh jadi pelindung kepada wang kertas yang korang gunakan sekarang...

Apa yang best pasal Dinar Emas Perak ni ianya satu-satu dinar emas yang menggunakan emas tulen 24K 999 dan tak silap aku satu-satu di dunia yang menggunakan emas tulen 999 ni sebagai dinar...Selalunya company yang menghasilkan dinar emas ni seperti Public Gold hanya guna emas ketulenan 916 saje,so harga dinar emas perak ni agak mahal berbanding dinar emas Public Gold...harga dinar emas ni ialah RM690 berbanding Public Gold sekarang berharga RM654...so memang bestla kalau dapat dinar emas perak ni sebab ketulenan dinar emas ni...dinar emas Perak ni memang cantik sebab ada simbol jata Perak kat depan dinar ni...berita baiknya dinar emas Perak ni lebih mudah didapati berbanding Dinar Emas Kelantan sebab company yang membuat dinar ni iaitu GoldNet melantik pengedar Nubex Sdn. Bhd. membeli emas dan menjual dinar ni ke seluruh Malaysia..

Dinar Emas dan Dirham Perak dilancarkan...
*tengok dinar tu ye...bukan awek kat belakang tu...hehe


p/s-nak tahu lebih lanjut dekat peraktoday.com

Thursday, February 24, 2011

harga minyak dunia naik,inflasi naik,emas pun naik

Assalamualaikum...

Lama betul aku tak cerita pasal emas ni...sekarang ni banyak betul negara yang melakukan revolusi terutamanya negara pengeluar minyak di Asia Barat dan Afrika Utara terutamanya di Libya..Apa yang lebih menakutkan harga minyak akan terus naik disebabkan gerakan anti-kerajaan di Iran yang merupakan pengeluar kedua terbesar minyak di OPEC..Semalam pasaran saham global pun jatuh merudum semalam...Bila harga minyak ni naik mula la inflasi naik dan harga barang pun naik..ditambah pulak banyak bencana alam yang berlaku di banyak negara pengeluar makanan,so kenaikan inflasi memang tidak boleh dielakkan..

Apa yang berlaku ini memeberi kelebihan kepada emas...sebelum revolusi ni berlaku, harga emas jatuh merudum disebabkan pengukuhan harga matawang USD...tapi dalam minggu ni harga emas telah kembali dengan trend menaik...Ni la antara faktor-faktor fundamental bagi harga emas....minyak naik,inflasi naik,USD turun maka harga emas akan naik...Kalau kita tengok harga emas Public Gold yang aku catat pada 28 January hari tu...harga jual bagi 20gm emas ialah RM 2987 dan hari ni harga jual emas ialah RM 3168...So,kenaikannya sebanyak 6% hanya dalam masa tak sampai sebulan...ni telah banyak memberi keuntungan kepada perniaga emas tapi bagi pelabur emas harga ni belum memberi keuntungan lagi disebabkan spread antara jual beli emas...Tapi bagi yang membuka buku akuan emas rasanya sudah mula mendapat untung jika mereka buka sebelum Tahun Baru Cina hari tu disebabkan spread akuan emas ni lebih rendah berbanding emas fizikal...

Bercakap pasal akuan emas baru-baru ni CIMB pula telah membuka akuan emas mereka iaitu CIMB Bank Gold Deposit Account...Apa yang menarik akuan emas CIMB ni spread jualbeli dia lebih kecil berbanding akuan emas bank lain iaitu hanya 3% saje...pembelian minimum pertama akuan emas CIMB pun rendah iaitu 10gm lebih kurang sekarang ni RM 1396...Tapi lepas aku tanya dekat kaunter CIMB haritu CIMB tidak ada redemption fizikal emas,so just akuan saje...Baru-baru ni jugak tak silap aku ada satu lagi company yang dikenali LogamMulia mengeluarkan dinar emas...Bertambah-tambah nampaknya alternatif untuk melabur emas ni...

Apa yang lebih menarik ialah kenaikan harga silver...baru-baru ni harga silver telah naik tinggi memecah rekod 31 tahun...mengikut pengiraan aku,bagi pelabur silver mereka sudah mendapat untung sebanyak 5% jika mereka beli sebelum tahun baru cina hari tu..keuntungan tu termasuk spread jual beli...Kalu tak dikira spread jual beli harga silver telah naik sebanyak 20% hanya dalam masa sebulan..
harga minyak dunia naik,inflasi naik,emas pun naik

p/s-apa-ape pun pelaburan emas dan silver untuk jangka masa panjang...

Thursday, January 27, 2011

Dinar emas:Tahniah kerajaan Perak...

Nampaknya satu lagi kerajaan di Malaysia ini telah mula sedar dengan potensi pelaburan emas..mengikut berita harian dinar emas dan juga dirham perak akan diperkenalkan jika mendapat kelulusan Kerajaan pusat.Kalau diluluskan aku rasa untungla masyarakat perak kerana mudah untuk mendapatkan dinar emas di perak nanti.Tetapi dinar emas ni tak digunakan dalam bentuk matawang tetapi dalam bentuk pelaburan.Tapi bentuk pelaburan dinar emas ini masih lagi tidak dinyatakan secara terperinci.Dinar dan dirham yang akan dikeluarkan dikeluarkan oleh Goldnet International Sdn Bhd iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dengan kerjasama Kuwait Finance House (KFH).Nampaknya tak lama lagi satu lagi alternatif lain untuk melabur emas akan muncul,berita baik untuk pelabur emas...