Pages

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Bersedia ke kita untuk mati??

Assalamualaikum...

Korang rasa korang bersedia tak nak mati??Entahla aku ni jenis takut dengar kematian.Baru-baru ni aku ada terbaca entry seorng blogger yang member dia meninggal dalam accident.Member dia tu blogger gak.Nama blogger yang meninggal tu Muhammad Safwan bin Abdul Kadir...Aku pun terjahla blog arwah...Umur dia baru 19 tahun...sama-samala kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah..

Dari apa aku baca blog arwah aku dapt rasa arwah ni seorang yang happy go lucky.Entry dia santai dan banyak lawak.Pastu aku terfikir mesti arwah tak pernah terfikir dia akan meninggal semuda tu.Tula aku bila aku baca pasal kematian akibat kemalangan ni.Mesti aku berfikir,"dah bersedia ke arwah untuk meninggal"..."sempat ke arwah bertaubat"..

Mungkin sifat aku terlalu memikirkan mati ni menyebabkan aku agak tak yakin bila memandu.Baru tadi mak aku call.Dia call dari Bahau.Dia cakap jalan dekat railway Bahau tu tengah jamm.Sebab berlaku kemalangan yang aku rasa kemalangan paling ngeri di Bahau ni.Mak aku cakap ada sebuah lori break dia tak berfungsi langgar semua kenderaan dekat traffic light.Dengar cerita 5-6 orang maut.Ade yang mak aku cakap mayat dia melepet bawah tayar lori tu.

Semua kejutan.Mesti mangsa kemalangan tu tak sangka dieorng ni akan kena langgar.Tengah tunggu traffic light hijau tiba-tiba benda paling ngeri berlaku pada mereka dan ada yang sampai mengambil nyawa mereka.Sebab tu aku tak setuju bila orang muda ditegur untuk bertaubat dieorng ni jawab,"alaa...kita ni muda lagi..tak payahla nak nasihat camni,nanti dah tua beribadah la banyak-banyak"...kita takkan tahu bila ajal kita.Sebab tula aku nak nasihat diri aku dan semua pembaca blog aku ni cuba jangan terlalu leka dengan duniawi.

p/s-sama-sama la kita renungkan

Majoriti ADUN Melaka gemuk

Assalamualaikum..

Baca tajuk entry ni apa yang korang fikir??Aku baca dekat Malaysiakini tentang ADUN Melaka majoriti gemuk ni...1st impression dalam otak aku fikir,"alaa..hidup mewah camtula"...pastu saje nak tengok pendapat orang lain dekat bahagian komen...yang best malaysiakini ni boleh baca sambil tengok impression dan pendapat orang...Pastu aku suka tengok Malaysiakini ni sebab berita dia tak berat sebelah...

OK...cuba korang tengok komen-komen pembaca-pembaca tajuk ADUN gemuk ni...aku ingat aku yang paling teruk pikir...rupa-rupanya lagi teruk orang lain kutuk...

Majoriti ADUN Melaka gemuk
heheh...x-ray perut..ade bran??...tukar perkataan gemuk pada boroi...

Majoriti ADUN Melaka gemuk
Masuk kem PLKN 2 bulan...adoyaii...larat ke??...Makan nasi lemak 2 kali seminggu...heheh...

Tengok komen-komen dieorng ni...Ada yang komen membina tak?...Komen yang tak mengutuk?...Kesian pemimpin kita ni...manjang kena kutuk je...salah siapa???kalau pemimpin kita ni jujur rasanya ada kena kutuk camni tak???mungkin takde...mungkin dieorng ni tulis komen,"kesian ADUN Melaka ni,sibuk sangat berkhidmat untuk rakyat..tu yang gemuk tu tak sempat exercise"

p/s-perut aku boroi...bolehla jadi ADUN Melaka...heheh



Monday, May 9, 2011

Adakah pemerintahan Malaysia macam Portugis???

Assalamualaikum...

Entry kita citer pasal politik ye...kita kasi paneih sikit..hehe..Aku tertarik dalam satu dialog dalam filem Fast and Furious 5...dialog ketua drug dealer Reyes...dia cakap,"tu cara yang kejam..kita tak perlu buat macam tu...kita kena ikut cara penjajahan Portugis..kita bagi apa yang dieorng suka...tapi syaratnya mereka ni hak kita..sebab tu Brazil guna bahasa Portugis"..lebih kurang camtula dialog dia...bahasa pon dia cakap melayu..cuma loghat nogori dio pekat sikit..heheh

Rasenya pemerintahan Malaysia macam tu tak?...Sebenarnya kebanyakan negara buat konsep ni nak memerintah...sogok dengan harta benda..duit ngan projek untuk memancing hati rakyat...sedangkan Arab Saudi pon buat macam tu pada rakyat dieorng..Nak menutup mulut rakyat supaya tak merusuh..tak silap dieorng bayar RM3000 setiap orang rakyat dia..so,mereka ni akan senyap dengan harta benda yang disogok tu..

Kita tengok berita ngan surat khabar...bila pilihan raya mula la banyak janji-janji berbentuk duit,harta benda projek mega...keikhlasan kerajaan??wallahuaalam...sampai aku pernah dengar kontraktor cakap,"kalau nak banyak projek tunggu je la pilihan raya"...Bila tunjuk statistik..mesti banyak tentang duit kerajaan yang keluar untuk rakyat..tujuan???mestila nak rakyat terharukan..mesti ramai yang cakap,"wah...baik betul kerajaan keluar duit banyak-banyak demi kita...sampai sanggup kuar 50 juta demi email untuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia"...ni contoh ye..takde kena mengena ngan email 1Malaysia yang 'sangat' berguna tu ye...

Sebenarnya politik ni semua sama...sebab tu kadang-kadang aku bosan dengar pasal politik..kejujuran dan keikhlsan ahli politik memang tak ramai...adakah kita ni memang hidup semata-mata duit?..sampai kes kemalangan pun ada statistik berapa banyak duit kerajaan keluar nak betulkan segala kerosakan kerana kemalangan tu..semua duit..duit dan duit..

Kita tengok kepimpinan Rasulullah S.A.W..adakah baginda dapat mengajak ramai orang beriman kepada Allah dengan janji-janji duit..semestinya tidak kan...Baginda tunjuk keperibadian baginda yang begitu agung...kebanyakan orang kafir yang memeluk Islam masa tu disebabkan keperibadian Rasulullah...

p/s-kerana duit ramai manusia lupa diri...


Thursday, May 5, 2011

Ko ingat semua orang melayu bodoh ke???

Assalamualaikum...

Entri ni sambungan entry yang sebelum ni..Hari ni aku nak settle kan hal stall aku yang kena pindah..walaupon hanya pindah kat sebelah dah hampir 2 jam ni aku dah buntu macam mana nak pindahkan stall ni...kena bukak bahagian atap tu sikit sebab ada bahagian yang sangkut...terima kasih aku ucapkan pada MMU sebab sanggup menyusahkan aku sekeluarga...terutamanya pada pegawai finance yang baru aku bincang tadi...semoga hidup ko diberkati Allah..

Aku sebenarnya nak kongsi cerita perbincangan aku dengan pegawai finance ni...aku pergi dengan ayah aku...setelah aku habis berbincang dengan pegawai tu aku buat kesimpulan memang ramai orang Melayu yang mempunyai kelulusan tertinggi ni iaitu PHD...yang aku tahu bukan akak Ayamazz tu yang dengki tapi pihak finance MMU...sebab pegawai camnila banyak orang Melayu gulung tikar aku rasa..

Yesss...aku berjaya tahan marah aku walaupon aku ni jenis yang suka tinggi suara dan melenting kalau aku rasa orang tu bersikap cilaka dan bangsat terhadap orang lain...aku bincang dengan lembut sambil tersenyum kat dia tapi ayah aku marah sikit nampaknya..tujuan aku bersikap lembut dan tersenyum supaya aku tak terus dihalau keluar dari MMU ni..sebab memang customer kat sini bagus-bagus...

Ni antara perbincangan aku dengan pegawai yang konon nak sangat 'menolong' orang mula berniaga..

Ayah:Betul ke stall anak saya ni kena pindah tukar dengan Ayamazz tu..
Pegawai baik hati:Ya..memang kena tukar..
Aku:Kenapa stall saya ni kena pindah ye?
Pegawai baik hati:stall Ayamazz tu permenant ada perjanjian tapi stall burger hanya budi bicara saya saje untuk benarkan berniaga.Saya hanya nak menolong Nizam tu berniaga kat sini..kalau ikut perbincangan saya kalau stall ni diarahkan pindah encik kena pindahkan walaupon takde alasan..
Aku:Tapi kenapa tiba-tiba timbul masalah pemindahan ni bang...rasenye dah lama stall ni dah bukak..ade komplen ke bang..
Pegawai baik hati:Ni bukan sebab komplen memang tajde komplen tapi Ayamazz tu permenent tapi awak ni sementara takde contract langsung...hanya budi bicara saya saje bagi berniaga.
Aku:Habis tu kalau takde komplen nagn masalah apa salahnya saya stay kat situ..
Pegawai baik hati:Memangla takde tapi stall tu permanent dan stall ayamazz tu kecik..
Aku:Saya bukan ape abang...stall saya tu banyak barang-barang besi tu...kalau kena hujan habis berkarat barang-barang tu..
Pegawai baik hati:Yela..takpela nanti saya bincang balik dengan Nizam...tiba-tiba saje saya ni kena serang sedangkan ni arahan dan ni perjanjian saya dengan Nizam..

Bengang betul aku time tu time bila aku ngan ayah aku serang dia pon aku tak tahu...tak nampak sonyum lebar den sampai telinga ni...aku bincang baik-baik ni...hanyak ayah aku ada nada marah sikit...ada gak aku terpaksa potong cakap bapak aku..kalau berlaku sesuatu yang takde alasan
kukuh mestila nak minatk explanation...pastu aku pun jawabla


Aku:Bang kita ni bukan nak serang abang..kiteorng sume nakkan explanation sebab selama ni tak timbul masalah ni..
Pegawai baik hati:Tula explanation die..ayamazz tu permenant..

Pastu ntah apa pegawai tu carut explain kat aku...aku dah bosan angguk sambil senyum kat dia..pahala pon aku dapat senyum kat dia...malas aku nak cakap lagi...dia ingat semua orang melayu bodoh ke apa...ikut je cakap...kalau dah takde masalah aku dengan Ayamazz tu dan akak tu pon tak kompleh apa salahnya aku stay kat situ...takkan sibuk nak ikut peraturan...pastu bukan peraturan sangat....ko bincang mulut ke mulut je dengan abang Nizam tu sebelum ni..Apa yang ko dengki kalau aku duduk sementara kat situ tapi akak tu tak pernah komplen...apa cerita..baik tak payah jadi pegawai la...kalau aku jadi pegawai takde aku nak ikut peraturan permenant bodoh kau tu...ko tu dah la melayu..tolongla melayu sama melayu...

Yang paling aku bengang bila aku nak balik tu dia cakap,"nanti saya bincangla dengan Nizam sebab dulu saya bincang dengan dia..tapi kalau macam ni baru suruh pindah luar tu dah serang saya baik saya suruh keluar terus dari MMU"...memang ko la antara melayu bodoh yang dengki kat orang kalau keputusan ko nanti halau keluar aku dari MMU ni...nak tutup periuk nasi aku...

p/s-sorry entry ni banyak unsur-unsur carut sebab aku tak boleh nak consider Melayu camni...sangkaan aku yang akak Ayamazz tu tak bersalah memang betul sebab aku kenal sape akak tu..

Jiran yang Baik atau sebaliknya...

Assalamualaikum..

Entry ni aku nak kongsi tentang jiran aku...bukan jiran kat rumah ye...tapi jiran stall burger aku kat MMU tu...sebelah stall burger aku,ada satu stall Ayamazz Roti Impit...stall ni franchise dari KFC Holding...

Stall ni ada sorang akak ni punye...akak ni dah kahwin..selalu husband dia datang tolong dia sebab husband dia kerja HSBC bank...waktu kerja dia ikut waktu oversea...So.husband dia kerja waktu malam...

Aku cakap akak ni sorang jiran yang baik sebab setiap kali aku nak beli kat dia mesti dia tak kasi aku bayar..dia cakap,"tak payahla kita kan jiran"...pastu aku jawab,"mane bley kak,akak kan berniaga"..tapi tetap dia bagi free...pastu aku cakap kat dia,"pasni kalau nak beger mintak je ye kak"memang aku rase kesian plak...so,lepas dia dah bagi free manjang setiap kali aku nak beli...aku dah takut nak beli kat dia...takut dia bagi free..aku suka hot dog Ayamazz Roti Impit ni...terpaksola menelan air liur tengok org lain makan...nak beli takut akak tu bagi free...

Tapi ada satu hari tu aku balas dendam kat akak tu...dia ada order benjo dua...time nak bayar aku pon bagi free kat dia..aku cakap,"jiran..takpola...xpyh bayar"...heheh...ade plak balas dendam...heheh..sebenarnya aku saje nak balas budi...

Memang aku ngan Addy baik ngan akak dan husband dia tu...selalu la kiteorng borak-borak time takde customer..Mak dia pun selalu datang...siap bagi nasihat lagi kat aku pasal hal-hal bussiness ni...akak tu dulu kerja HSBC gak..tapi nak bussiness punye pasal dia berhenti..

Tapi semalam aku dapat panggilan yang mengecewakan dari Along aku...Along aku call aku,"Faiz,stall ko kena pindahkan,tukar ngan stall KFC tu"...Along aku cakap finance MMU call dia sebab dia cakap stall KFC ni ada contract,so sepatutnya tempat stall aku tu tempat stall KFC tu...aduhh...terpaksala aku berpanas dan berhujan sikit lepas ni sebab tempat stall KFC bukan bawah bumbung walupon sebelah menyebelah je...tempat stall lama aku bawah bumbung kat satu bangunan dewan dekat area fakulti...bila hujan ke memang stall aku tetap tak kena hujan ..Kalau hujan lebat barula kena tempias sikit...

Aku pun tak puas hati sangat sebab tak silap aku bro Nizam yang buat burger sebelum aku ambik alih stall dia ni dah mula berniaga sebelum stall KFC tu ada..aku pun call bro Nizam..

Aku:Assalamualikum bang..Along saya ada call saya yang stall tu kena tukar dengan stall KFC tu..
Bro Nizam:Aah...abang pun pelik sebab stall tu bukak sebelum KFC tu dulu
Aku:Habis tu kenapa saya plak kena transfer stall tu..
Bro Nizam:Ade orang complain.dia cakap kenapa stall permenant letak dekat luar tapi stall sementara duduk dekat dalam plak..
Aku:Owhh...jadi kita ni contract sementara la ye..tak boleh ke nak deal ke dengan finance tu bang..
Bro Nizam:ntahla..tak boleh kot sebab ni arahan orang atasan dia..

Aduhh..terpaksala aku berpindah ke tempat yang tak berbumbung pasni...tapi yang aku hairan sape yang complain tentang hal-hal permanent tu...takkan akak tu kot...akak tu yang aku kenal baik gila...takkan dia tak puas hati dekat stall aku...tapi aku taknak buruk sangka kat dia...memang bengang betul dengan MMU ni..dahla aku bayar mahal gila sewa...sehari RM 50...kalau aku bukak sebulan 20 hari...dah RM 1000 aku kena bayar kat MMU...padahal aku tanya akak stall KFC tu dia cakap dia bayar kat MMU RM 100 lebih je sebulan...sebab dia cakap stall dia ni di bawah skim graduate..

p/s-apa pendapat korang tentang kes ni..akak ni complain atau KFC Holding yang complain..aku tak rasa akak ni complain..

Wednesday, May 4, 2011

Income Blog Pertama

Assalamualaikum..


Pagi tadi datang surat dari Exabytes...tengok dalam ada cek...gila excited aku dapat cek pertama untuk blog ni...sikit yo..50 hengget...income pertama blog..tapi terasa puas memang la tak terkira...lagi-lagi blog picisan mcm den punyo blog ni...

Nuffnang pun baru je aku cash out..lopeih 5 bulan berblogging dapatla cash out 63.40 hengget..kena tunggu sebulan baru sampai cek..memangla sikit...tapi punyala gigih nak tunggu earning lobeih 50 hengget tu...kalau blogger otai memangla tak hairan...setakat 63 hengget tu celah gigi je dieorng dapat..heheh...satu buffered earning dioerng pon dah beratus...

Terima kasih pada semua reader dan follower yang rajin bonar datang blog ni...insyaallah sape selalu datang komen aku akan terjah blog korang tiap-tiap hari..sebenarnya aku nak bagitahu yang insyaallah tak lama lagi blog ni akan diubah...mungkin nama url blog ni akan terkubur..aku nak try guna domain ngan hosting sendiri..lotak nama sendiri ok tak...mohdfaiz.com..tapi tagline totap samo...

Sebab nak guna domain dan hosting sendiri pun aku tak tahu...mungkin tu prinsip aku...alang-alang dah buat suatu benda tu baik buat sebaik mungkin...orang kata kalau nak maju baik guno domain ngan hosting sendiri...orang kata ye..kalau dioerng tipu korang sekeh kepala dieorng...heheh...aku nak rasa feel platform wordpress plak..

Lopeih bertanyo pado tok guru chii tontang blog eiyh..den raso den mampu bayar...chii cakap blog dio guno hosting sendiri...dio cakap dio bayar RM 60 setahun...hosting+domain...setakat 60 hengget tu takkan tak boleh bayar..tiap-tiap hari lotak 20 sen dalam tabung ayam tu pon dah lobeih 60 hengget tu...setakat blog traffik rendah mcm aku ni,rasenye cukup kot ambik pakej 60 hengget ni...tapi aku takut lopeih dah guna domain ngan hosting sendiri nanti idea menulis dah takdo..

p/s-betul ke keputusan aku buat ni...tak pon tak payah..tak pon kito bakor je blog ni..heheh

Tuesday, May 3, 2011

Minat Boleh Dipupuk

Assalamualaikum...

Entry ni aku nak kongsi pengalaman aku waktu nak interview biasiswa Proton masa aku nak buat degree dulu.Interview ni betul-betul minggu first aku orientasi dekat UiTM.So,aku masih blurr dalam bidang engineering ni..

Aku ambil course engineering ni pon atas pengaruh abang aku.Aku bukan minat sangat bab-bab yang berkaitan fizik ni.Trial SPM aku,fizik fail dan nasib SPM betul-betul aku dapat 4.hahah...memang teruk kan.Alhamdullillah aku dapat masuk matrikulasi dalm sains fizikal.Hati ni sebenarnya tak rela nak masuk matrik sebab takut tak boleh bawak.yela...orang kato matrik ni untuk orang pandai yo.Otak lombab macam den ni boleh ke bawak...waktu tu hati memberontak nak masuk U.Tapi serta paksa oleh makbapak aku,aku pasrah masuk matrik.kato eiyh,"Matrik ni copeik sikit habeih heih"..

Tapi just like miracle.For both semester in matrik I got A's in Fizik.Dalam hati aku cakap,"paper sapela yang tertulis namo ngan no. matrik aku nih"..sampai bila member aku tanya macam mana aku boleh dapat A,aku jawab benda yang sama macam aku cakap dalam hati tu.yela...masa 2 minggu sebelum exam.Saje je la jumpo lecturer,tu pon follow member.Nila antara perkara mustahil aku lakukan.Jumpo lecture tu.Tahu tak lecturer tu cakap apa kat aku,"apa kamu ni,benda paling basic pun tak tahu"...ambik ko kono basuh kaw..kaw..

Ok..balik dorm terus den keluarkan semua nota setebal gunung tu.Mula-mula rasa macam nak dicampak semua nota tu pun ada.Tapi aku paksa diri aku baca semua nota tu.Serius aku just baca tanpa paham.Aku rasa tak sampai 50% aku faham.So,masuk exam aku just tawakkal.Senang cerita bila aku dah baca tu,sem kedua aku dah mula minat pada fizik.Tapi masih kurang lagi sampai aku habis matrik.

Berbalik pada interview Proton tu.Soalan yang aku masih ingat yang panel tanya aku,"Why are you choose mechanical engineering"...ok,fine aku dah tak tahu nak jawab.Aku pilih course ni sebab ikut abang aku dan aku tak minat pun course ni.Dengan penuh kejujuran aku jawab,"I just follow my brother,my brother took mechanical,so I choose this course"...hahah..memang sengal.Maklumla first time interview.Tapi yang den polik eiyh interview tu den lopeih tu.Minggu depan Proton panggil interview kedua.Mungkin sebab dieorng pilih sebab lawak bodoh aku buat time interview tu.Panel tu tanye aku,"What are you doing during holidays,do you working"...sekali lagi jawapan sengal aku jawab,"No,I just help my grandmother menebas dekat kampung"..heheh..tergolak panjang panel tu..heheh..padahal sabit pun tak pernah pegang...

Tapi aku tak dapat biasiswa tu sebab interview kedua tak lepas.So,point aku kat sini aku memang tak minat langsung engineering time tu.Hati kering je ambik course ni.Tapi bila aku dah study 3-4 sem.Aku jadi minat dalam bidang ni.Sebab bidang ni banyak challenging.Setiap kerja dia mementingkan accurate.Failure in work can make disaster.

Okla..tu jela aku nak citer macam mana minat ni boleh dipupuk.Bak kata orang,"tak kenal maka tak cinta"..samala dengan blogging ni.Masa first entry ni nak buat macam dah kena paksa pun ada.Macam omak den maso kocik tongah tunggu keik belakang den pogang rotan pakso bueik latihan..hehe

p/s-siapa rasa nak buat sesuatu tu..teruskan..jangan sekat perasaan korang...jalan je..

Monday, May 2, 2011

Adakah ni panggung wayang???

Assalamualaikum...

Semalam aku kembali ke Bahau..Den terpakso cuti sebulan sobab eiyh budak-budak MMU dah mulo nak exam.So,nanti tak ramai customer.Aku pon terpksola cuti sampai bulan 6.Punyola bosan nak dok menonggok keik rumah ni sebulan.Sekarang bila dah kerja cuti 2-3 hari pun dah panas punggung,raso nak berjalan je kojo eiyh...

Nasib member aku Khairie duduk sebelah rumah aku tengah practical training dekat Bahau ni.Dia belajar dekat UniMAP dekat Perlis tapi praktikal dekat sini.Adala kawan nak jalan-jalan sama-sama.Alang-alang citer Fast and Furious 5 dah keluar aku ajakla Khairie tengok citer Fast and Furious 5.Jangan ingat Bahau ni kampung ye.Bahau ni ada wayang tu.Al-Ikhsan pun baru bukak..terkejut aku tengok ada Al-Ikhsan tadi..heheh..Termasuk citer ni dah 2 kali aku tengok...dulu aku tengok dengan adik aku citer Adnan Sempit..not bad la wayang dekat sini..tapi namo panggung eiyh den tak ponah dongar..yang penting bukan GSC ngan TGV sume tu..

Masa nak beli tiket tu memang takde orang..dalam hati,"Bukak ke tak bukak wayang ni"..memang aku ngan member aku je ade kat situ.Pergi kat kaunter orang pun takde.Osah la bahau ni...ingatkan dieorng rehat ke ape..rupo-rupo eiyh tengah mengular ngan kawan dia dekat kaunter jual pop corn sume tu...kurang ajar betul..dasar makan gaji buta...tak pernah dalam hidup aku pergi tengok wayang takde orang beratur beli tiket...

Kosong gila..kompem tak untung wayang ni

Waktu beli tiket adala tiket ada jual sebaris..heheh...kiteorng beli pukul 11 mlm ni..tengok midnight...nampaknye malam ni bolehla aku conquer satu panggung ni...Tu jela aku nak citer..tunggu review aku pasal filem Fast and Furious 5 ni esok...

p/s-Sape dah tengok Fast and Furious 5...best tak citer ni..




Bila Awie mula cakap pasal agama..

Assalamualaikum...

Hari Sabtu hari tu aku ada terbaca di Harian Metro pasal Awie hentam Bob...Aku hanya mampu tersenyum saje bila seorang artis tu bercakap pasal agama.Terserlah sifat jahil dieorng.Aku tak mengatakan mereka ni jahil tapi bila mereka ni cakap pasal agama kita boleh nampak kejahilan mereka.Aku tulis apa yang Awie cakap dan aku cuba bagi pendapat sikit..

Kata Awie 1:

"Jangan hipokrit,jangan cari publisiti murahan dan jangan riak"

Pendapat aku:

Penyataan ni Awie kata sebab Bob Lokman semenjak aktif berdakwah dan meninggal industri hiburan ni Bob Lokman kerap 'menyerang' dunia hiburan.Yang ni penyataan paling jahil aku rase.Awie ni mesti tak faham erti dakwah sebenar.Dakwah ni bertujuan untuk kita memperingati satu sama lain dan mengajak manusia ke jalan kebaikan.Dah tentula Bob Lokman yang begitu lama dalam bidang hiburan tahu apa yang buruk dalam dunia hiburan.Yang tu dah jadi kewajipan kepada Bob Lokman untuk menegur dan beri peringatan.

Kata Awie 2:
"Jika Bob mahu mencari ilmu akhirat,tidak perlu mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik"

Pendapat aku:
Aku tak faham apa yang dimaksudkan Awie dengan publisiti.Bob Lokman selama ni dalam dunia hiburan.Mestila dakwah dia banyak menegur dalam dunia hiburan.Adakah Awie bermaksud dakwah itu satu cara cari publisiti?Kalau nak cari publisiti baik Bob tak payah tinggalkan dunia hiburan sebab dia dah pun famous.Antara pelawak yang popular di Malaysia ni.

Kata Awie 3:
Awie menegur Bob supaya memberi tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

Pendapat aku:
Adakah cari ilmu akhirat dan mencari keredhaan satu dunia baru.Habis tu Awie seorang Islam tak perlu ke menumpu kepada akhirat.Takkan nak tunggu nyawa di hujung tanduk baru nak tumpu ke akhirat.Tup..tup..esok accident waktu tu nak insaf...camner??sendiri ingatla Awie...

Kata Awie 4:
"Bob Lokman pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini"

Pendapat aku:
Come on Awie...ni dikatakan hidayah dari Allah.Dan Bob sudah bertaubat dan menyesali bidang yang diceburi sebelum ni.Sebab tu untuk menyesali perbuatan lama dia terhadap kerja yang dia lakukan selama ni.Bab kutuk tu aku no comment sebab aku tak pernah tengok bob lokman bagi ceramah..

Kata Awie 5:
"Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri,bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri"

Pendapat aku:
Aitt Awie...sape yang sedang meludah muka sendiri sekarang.Ko atau Bob?

Kata Awie 6:
Awie ulas penyataan Bob yang mengatakan banyak perkara tak elok dalam bidang hiburan.Dia kata Bob perlu sedar dengan apa yang diperkatakan dan tidak mengundang rasa tidak senang pihak lain.

"Jangan cara publisiti murah dan jangan melakukan sesuatu yang yang boleh menimbulkan perasaan riak dan hukumnya dosa"

Pendapat aku:
Mana ko tahu yang Bob tu riak.Takde siapa kat dunia dapat baca perasaan riak orang.Sekali lgi aku mempersoalkan adakah dakwah dan teguran tu satu publisiti??Ko sebut pasal dosa.Habis tu pegang,peluk suka hati orang tak sama muhrim,pakai subang,dye rambut ngan tak tutup aurat tu tak dosa kah?...ko fikir senang hati orang.Habis tu kemurkaan Allah takde plak ko fikir.

Kata Awie 7:
Sebagai artis dia akan menjalani kehidupan seperti sedia ada dan sebagai umat Islam akan sampai masa untuk beralih arah kerana itu sebahagian daripada kehidupan

Pandapat aku:
Wahai Awie insaf la sekarang.Mana ko tahu yang ko hidup lama.Takkan ko tak pernah dengar orang mati mengejut.Dan agama Islam tu bukan sebahagian dari kehidupan.Agama Islam tu sepatunya jadi sepenuhnya kepada kita.Ko mengaku yang ko ni Islam.Tapi Islam kah kehidupan ko???

p/s-sape pernah dengar ceramah Bob Lokman.Apa yang di kutuk?






Sunday, May 1, 2011

Steel Heart - She's Gone

Assalamualaikum..

Hari Jumaat aritu aku dengan makayah aku pergi makan dekat taman warisan.Cadang nak makan ringan-ringan dan mak ayah aku nak minum lai chi kang...alang-alang pergi situ nak order sekali sate Samuri.Tapi malangnya dia cakap dah nak tutup.Kiteorng beli air je la.Aku beli air jus epal limau kasturi asam boi.Ambik ko kolabrasi 3 jenis benda masam.heheh

Time tu ada live band kat depan tu.Tiba-tiba band tu nyanyi lagu rock kapak yang paling aku minat dari band Steel Heart.Band omputih lama otai ni.Walaupon aku ni memangla tak jiwang langsung tahap dewa.Aku suka lagu ni.Bukan sebab lirik dia tapi suara dia yang mantap,pitching tinggi dan music dia best.Aku rasa orang lain nyanyi lagu ni boleh terkeluar anak tekak kot.Tajuk lagu tu She's Gone...sape yang rase jiwang sangat tu boleh baca lirik She's Gone ni...Lagu ni selalu aku dengar dulu time tension study dulu,biar rasa tension tu bertambah.heheh..baru semangat nak study.Sila jangan ikut teori aku ni ye...

She's Gone - Steel Heart

She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.

Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you


p/s-sape nak layan lagu She's Gone ni silakan...


Saturday, April 30, 2011

Imam Muda Musim Ke-2 Episod 1

Assalamualaikum,

Semalam aku ngan mak ayah aku pergi Bangi menziarahi family Pak Su aku.Mak ayah aku datang ke Putrajaya sebab ada Mak Cik saudara yang lebih muda dari aku akan bertunang.Dekat rumah Pak Su aku ni, aku pun layanla Imam Muda musim ke-2 episod 1 ni..Aku minat gak layan Imam Muda ni sebab aku kagum dengan ilmu agama dieorng.Macam mana dieorng memperjelaskan segala persoalan dengan disokong dengan dalil-dalil al-quran dan hadis.Mintak-mintak imam-imam muda ni takdela leka dengan popularity pasni dan jadi pemimpin Islam yang bagus menggantikan pemimpin kita yang penuh dengan konspirasi yang membosankan ni.

Mula-mula takdela aku berniat nak tengok Imam Muda ni.Aku tengah layan Buletin Utama sambil makan malam.Pastu aku tanyala sepupu aku yang baru umur 5 tahun tak silap aku.Sepupu aku ni memang comel.Ala-ala Jepun tu.Aku tanya dia,"Mardihah,Astro ni ada Mustika tak"..dengan comel dia jawab,"entah"...Aku pun tanya balik yang lebih simple lagi.Mungkin tadi bahasa tinggi sangat sampai dia tak tahu..Aku tanya dia,"Astro ni boleh tengok Maharajalawak tak"...haaa...itu dia baru dia tahu..dia jawab,"haaa..boleh,boleh"...

Dalam nak pukul 8:30 tiba-tiba bibik Pak Su aku turun dari tingkat atas dengan selamba tukar channel lain tengah aku syok layan berita.Rupo-rupo eiyh dia bukak channel yang ada siaran Live Royal Wedding.Pekahwinan antara Prince William dan Kate Middleton tu.Nasib dia tukar channel tu.Layan je la.Memang meriah betul perkahwinan Prince William dan Kate Middleton ni.Ada dia tulis stastistik live tweeter kat situ dah 2.6 million orang tweet.Lepas tu memang penuh orang datang kat rumah prince tu.

Nak pukul 9 tu den terus dekat keik remote tu.Bibik pun time tu tengah sibuk kemas meja makan.heheh...nila masa untuk aku tukar channel balik.Mardihah time tu tengah duduk sebelah aku sambil sibuk menunjuk karya lukisan dio kat aku.Layan je la budak kecik tu.Pastu aku tanya dia,"Mardihah,nak tengok Maharajalawak nombor bape"...dia jawab,"alaa..tak ingat laa.."...aku pun jawab,"alamakkk...tak ingat camner kita nak tengok Maharajalawwak ni"...Aku pun explore la sendiri.Aku tekanla 105 pastu tekan button + tu.Mane tahu lepas tu pergi ke channel Mustika tu ke.Rupo-rupo eiyh terpergila kat channel 106 siaran Oasis.Imam Muda Musim ke-2 episod 1 ni baru nak mula..

Alang-alang layan la Imam Muda episod 1 ni.Takkan demi lawak bodoh aku tinggalkan siaran agama kan.Episod 1 Imam muda ni mengenai anak luar nikah.Awal-awal episod ni imam-imam muda ni diarahkan pergi ke tempat kejadian ada satu kes buang bayi.Kesian betul aku tengok bayi tu.Masih berdarah ditinggalkan tepi jalan.Dah meninggal bayi tu.Yang lawaknya bila makcik2 kampung diinterview mengenai kes ni.Nak tahu apa dia jawab...Dia jawab,"kes ni memang memburukkan nama kampung"...dalam hati aku,"alamak makcik,takkan risau memburukkan kampung je,patutnye risau dengan kekejaman orang muda zaman sekarang ni"...

Pastu esoknya imam-imam muda tu pergi ke satu rumah di mana ibu-ibu melahirkan anak tidak sah ni ditempatkan.Macam biasala konsep imam muda ni sama dengan musim pertama.Para imam muda akan bagi nasihat,kaunseling kat orang-orang kat rumah tu.Akhir sekali ada la episod sedih dimana ada seorang ibu tu terpaksa bagi bayi dia kat keluarga angkat demi kebaikan bayi tu.

Tak sempat nak tengok siaran Imam Muda ni sampai habis makayah aku dah nak beransur.Tak tahula ada penyingkiran ke tak.Sape yang tak pernah tengok Imam Muda digalakkan tengok sebab ni la antara siaran realiti tv yang berunsur agama yang bagus ditengok.Tidak membosankan.Melihat kebijaksaan orang-orang muda yang tak ramai macam imam-imam muda ni sekarang.Masing-masing nak jadi artis je zaman sekarang.Tapi aku tak sokong program ni ada penyingkiran semua ni.Tak payahla.Patutnya biarla semua ada sampai akhir musim biar dieorng semua dapat develope kebolehan dieorang lebih lama.

p/s-keik youtube ado kot Imam Muda episod 1 ni.


Friday, April 29, 2011

Bila rakan-rakan pergi ke stall..

Assalamualaikum..

Semalam 2 orang member aku waktu sekolah SHAMS dulu datang ke stall.....Sebelum tu ada 2 orang datang shefny ngan ayie..timo kasih kerana sanggup datang MMU...lagipon jangan harap ekau nak berpoya-poya lagi lopeih ni Jon...hari Ahad ni ekau akan diisyhtiharkan tidak bujang laie...Selamat Pengantin Baru Pada Hari Ahad untuk Jon...osah panjang wish aku...

Okla..entry kali sebenarnya atas permintaan Jon ngan Udeng...kato eiyh sebelum dieorang balik,"faiz,lotak gambar den keik blog nanti"..hehe...tak sangka member aku sanggup baca blog picisan ni...siap ingat lagi ayat-ayat dalam blog aku...terharu aku time aku bungkus burger tadi dieorng sebut ayat yang aku tulis dalam entry aku..segan pun ada..

Sebelum Jon ngan Udeng datang dieorng dah tulis dekat chat facebook dah..kato Jon,"nak makan berger sotim"...Mission Jon ngan Udeng datang stall aku nak pecah rekod...nak beli yang paling special punye...Sampai-sampai je dieorng,order yang tak ponah dibueik org raso eiyh keik Malaysia ataupon dimano-mano org keik duniawi ni.."Faiz,bagi oblong letak ayam,lembu,kambing..pastu diselang-seli ngan telur dan cheese"...Kalo dikut eiyh order ni 3 keping daging oblong,3 biji telur dan 3 koping cheese"...mencabar betul nak buat...nasib saki-baki daging oblong kambing dah habis disebat oleh regular customer aku yang kambing mania ni..

So,order ditukar 2 keping daging oblong je..lembu ngan ayam...bahan2 eiyh sumonye 2 keping daging oblong,2 biji telur ngan 2 keping cheese...nak buiek ni pon dah mencabar...sampai burger untuk Jon punye mengalami keruntuhan...hehe..dah tak cantik...

Siap je buger...dengan gigih tanpa memikirkan peluh mencurah-curah akibat penangan kuah paper Jon dengan mudah menghabiskan...bolehla lopeih ni masuk rancangan Man Vs Food..bak kato Jon,"kalo den makan tongah hari tadi kompem tak boleh habis"...Udeng tercungap-cungap nak habeihkan burger dio...terpaksola Addy memberi bantuan nak menghabeihkan burger tu...tula Udeng badan kocik nafsu syaiton...heheh...Dalam sojam lopeih tu Jon mentedaghah lagi sokoping daging burger tanpa roti...

Jon ngan Udeng kato nak buat testimoni kat facebook lopeih ni..kalo dah Jon ngan Udeng nak buiek testimoni ni mustahil testimoni yang serius akan dibuat...lagi-lagi kiteorng yang antiMLM ni..yola...kalo testimoni ni biaso eiyh dikaitkan dengan MLM kan...sapo yang MLM nak approach aku tu sila la bersiap sedia untuk dihentam sebelum datang...tengah bincang pasal testimoni ni Udeng kato,"Jon,ekau bawakla Najib makan sini...mesti terkejut bdk MMU"...heheh....Jon kojo PTD keik kementerian kewangan tak silap aku...tu yang gurauan mustahil kiteorng buiek tu..pastu aku pun cakap,"Kalo Najib datang den nak tukar nama BKJR ni jadi Stall Burger 1Malaysia"...yola..sekarang ni sume nak 1Malaysia..aku pun xphm...jgn lopeih ni ado agama 1Malaysia dah la...memang den pelangkung orang tu...

p/s-entry ni akan bersambung pada entry akan datang sobab testimoni masih belum dibuat...gambar pon Jon tak upload lagi kat Facebook..


Wednesday, April 27, 2011

2 hari dah pandai Bahasa Melayu...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak kongsi perbualan aku,Addy dengan mamat Turki ni..Seronok aku berniaga dalam MMU ni dapat tengok macam-macam ragam foreigner ni...Satu hari tu customer dari Turki datang dekat stall aku..Macam biasala...kalau customer tu tunggu dekat sebelah aku dan tengok muka customer macam tak sombong,aku ngan Addy mesti tegur.

Kebetulan mamat Turki ni pandai cakap Bahasa Melayu.Tapi takdela banyak sangat vocabulary Bahasa Melayu dia tahu...Tapi takdela cara cakap dia pelat macam korang tengok tv omputih cakap bahasa Melayu.Malah aku rasa lagi bagus dari segelintir orang cina kat Malaysia yang pelat cakap bahasa melayu tu...Kiteorng berminat borak dengan mamat Turki ni sebab dia yang mula-mula cakap Melayu..tak silap aku mula-mula dia cakap,"original chicken griller dua"...

Lepas tu Addy mula tanya dia,"where are you from"...mamat tu pun cakapla,"saya dari Turki"..tak silap akula...lepastu aku pun aku pun tanya,"how long have you been here"..mamat Turki tu pun jawab,"2 hari"...terkejut aku dengan Addy bila dia cakap 2 hari...kagum pun ada...tapi disebabkan terkejut,dengan kuat aku cakap kat mamat turki tu,"Apa!!!!2 hari"...hahah...

Pastu mamat Turki tu dah mula gelabah dan tergagap-gagap sebab dia silap rupo eiyh..dia pun cakap,"oppps...bukan 2 hari...ermmm...2 minggu..ermm..2 bulan"..Dah banyak sangat ermmm dia tu...Aku pon cakap kat dia,"2 tahun laaa"...hahaa...tergolak mamat Turki sambil cakap,"ya,ya...2 tahun"...memang seronok betul aku ngan Addy layan mamat Turki yang baru nak belajar bahasa Melayu ni...

Lepas tu banyak soalan betul kiteorg tanya dia.Tanya tempat tinggal dia la...tanya pasal Turki la..Aku tanya dia dalam bahasa omputih...tapi dia jawab Melayu..Dah macam aku pulak foreigner...hehe...Aku malas tanya dia dalam bahasa melayu...sebab takut dia tak faham..sebab vocab dia masih sikit...Tapi aku kagum dengan dia sebab ada inisiatif nak belajar bahasa tempat dia berhijrah...

p/s-banggala dengan bahasa kita..

Tuesday, April 26, 2011

Kenapa grill daging senget part 2

Assalamualaikum...

Entry ni sambungan kepada entry ni...ok..banyak aku terima pendapat dan response dari korang yang begitu bernas tu...Ada yang kata tak kisahla senget atau lurus...tapi aku kisah sebab waktu aku study engineering kiteorg dilatih untuk mencari kebenaran dalam sesuatu perkara...sebab tu aku suka tengok documentry mythbuster...lagipon aku memang tak puas hati dengan orang yang marah aku sebab tak grill daging tu sengget...

Ada yang kata sebab nanti lebih cantik daging tu...masalahnya aku jual burger...bukan daging saje..so,orang takkan nampak daging tu cantik ke tak dekorasi dia..Banyak yang suruh aku buat perbandingan yang mana satu lebih cepat masak...Ada gak cakap supaya daging tak jatuh...Aittt...macam mana daging yang lebih besar dari lubang grill boleh jatuh??Ramai gak engineer dan budak lepasan SPM yang dapat straight A tak dapat jawab kebenaran situsasi ni..heheh..disebabkan permintaan ramai,aku telah buat satu ekperimen antara 2 cara ni..

Aku buat eksperimen dalam 2 cara..1st sekali aku guna 2 cara ni secara berasingan dan kira masa guna stopwatch henset murahan den ni...yang kedua aku masak secara serentak...Ok...eksperimen pertama aku mula dengan cara lurus dan masa untuk daging tu masak ialah 8 min 18 saat dan cara senget mengambil masa hanya 7 min 16 saat...cepat tu..seminit mendahului...so,dalam eksperimen ni aku buat kesimpulan yang pengaruh convection heat transfer antara angin dengan daging tu mempengaruhi proses masakan...sebab bila kita letak senget ada angle antara daging dengan angin..mungkin bila ada angle,pressure dan heat transfer antara angin dengan daging mungkin kurang...menyebabkan proses penyejukkan daging tu berkurang...

Method kedua aku grill daging secara serentak.Cara ni kurang accurate sikit sebab kedudukan daging tu tak sama tempat.Tapi den torai je la.Lepas buat method kedua ni daging yang digrill secara lurus pulak cepat masak.So,memang teori pertama tu tak boleh pakai kot.So,aku buat conclusion result dia ialah busted...heheh..dah macam mythbuster plak eksperimen ni..maksud aku letak senget ke lurus ke sama je...dan eksperimen ni sebenarnya tak accurate sebab condition dan properties tak sama.Kalau nak accurate kenala drawing 3D model pastu simulate guna CFD atau finite element software.Takdo kojo den nak bueik.Jgn ekau nak suruh den bueik pulak.Den dah buat eksperimen dua kat atas tu pon dah kira baik..heheh

Kenapa grill daging senget part 2

Walaupun result dia busted aku ngan Addy tetap grill secara senget...senget tetap dihatiku..huhuhu

p/s-aku pun tak tahu apa aku mengarut kat atas.Saje nak refresh balik...


Saturday, April 23, 2011

Peluang dapat Samsung Galaxy Tab 3G free..

Assalamualaikum..

Hari tu aku ada kongsi pasal tawaran dealmates untuk dapat iPad 2 free kan...Tapi malangnya aku punya nombor tak dapat...walaupun aku dapat 3 certificates...tiga-tiga nombor tak kena..osahh...takde luck aku ni..

Tapi sekarang ni ada tawaran baru dari dealmates iaitu Samsung Galaxy Tab 3G free plak.Baru aku tahu kalau ada orang join sekali dibawah url refferel korang,korang akan dapat satu lagi certificates.Kalau 100 orang join korang dah dapat 100 certificates.So,memang cerahla peluang korang nak dapat Samsung Galaxy Tab free ni...Kalau korang tak faham,dealmates ni lebih kurang churp-churp la...kalau churp-churp ade orang register bawah korang punya url dapat duit.Tapi dealmates ni bagi certificates yang ada nombor cabutan bertuah.Kalau takde refferel korang hanya dapat satu je la nombor cabutan tu.Susahla nak menang kan...

Peluang dapat Samsung Galaxy Tab 3G free..

Sebenarnya tak rugi pun kalau korang register.Sebab banyak tawaran-tawaran menarik dari dealmates ni akan dihantar dekat email korang.Tapi tak selalu la...Sebab tu bila ada benda free je aku tahu...

p/s-Sape nak cuba dapatkan Samsung Galaxy Tab 3G ni bley terjah di sini..Mane tahu ada rezeki kan..

Friday, April 22, 2011

Jangan Berhenti Mengharap...InsyaAllah

Assalamualaikum...

Entry ni sekali lagi aku cerita pasal masalah aku.Dulu dalam entry aku jalan-jalan cari kerja aku ada ceritakan keadaan aku yang lemah selepas aku sakit dulu.Aku tak sekuat manusia seusia aku.Ni la salah satu faktor aku tak semangat cari kerja.Serius aku risau yang amat sangat tentang keadaan fizikal aku yang lemah.Aku tak risau sangat dengan kerja seperti mana korang bagi semangat yang aku akan dapat kerja suatu hari nanti.Alhamdullilah sekarang aku dah kerja.

Semenjak aku sakit,aku sentiasa berharap yang dapat pulih jadi normal macam orang lain.Aku selalu dengar member-member aku cerita pasal aktiviti dieorng.Macam biasala kan.Orang muda pergi main futsal,panjat gunung dan jogging.Tapi aku tak boleh nak lakukan semua aktiviti tu sekarang.

Lepas aku pergi BN youth Job Fair hari tu,aku begitu down sekali.Yela..semua requirement memerlukan aku sihat tubuh badan.Sampai aku nak apply satu job tu pon aku fikir 2-3 kali.Tengah aku jalan dengan member aku,keluar dari PWTC tu,tiba-tiba aku ditahan oleh seorang pemuda yang menjual buku untuk minta derma.Aku jalan tepi sekali.So,member aku semua dah jalan ke depan dulu.Aku pun beli buku yang dijual pemuda tu.Nak tahu tajuk buku apa pemuda tu jual kat aku..

Jangan Berhenti Mengharap...Insyaallah

SAKIT,APAKAH UBATNYA,Penelitian Daripada Al-Quran dan Hadis

Waktu tu semangat aku macam naik balik.Walaupun benda ni dah kebiasaan orang jual buku jenis macam ni.Macam suatu petanda Allah bagi dekat aku supaya jangan berhenti mengharap.Sebab tu aku sekarang cuba takkan berhenti mengharap yang aku boleh jadi normal seperti dulu.Aku sekarang memang dah banyak berubah.Daripada manusia yang tiap-tiap hari menyebabkan mak aku menangis 3 tahun lepas...sebab waktu aku sakit teruk dulu apa yang keluar dari mulut aku hanya,"mak,faiz nak mati mak..tak guna lagi hidup macam ni".Sebab tu aku faham perasaan siapa yang bunuh diri tu.Tekanan hidup yang melampau.Siapa yang tak kuat mesti terjerumus dengan perbuatan yang tak sepatutnya seperti orang bunuh diri tu.Tapi aku tak setuju tindakan mereka.Sebab sebenarnya siapa yang menerima ujian,orang tu la disayangi Allah.

So,renung-renungkanla sebahagian daripada lirik lagu Maher Zain ni yang berkaitan dengan entry ni...InsyaAllah..

Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah
You'll find your way

p/s-diharapkan siapa yang ada masalah tu,carila jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya.Allah sentiasa disisi kita



Thursday, April 21, 2011

Kalau dah otak engineer..engineer jugak..

Assalamualaikum...

Entry ni aku nak kongsi perbincangan aku dengan Addy...sampai sekarang aku ngan Addy masih tak tahu jawapan sebenarnya...Tengah aku grill daging oblong aku tanya Addy pasal satu soalan ni..sebab aku betul-betul tak puas hati sebab aku kena marah waktu training masak burger kat Gombak aritu pasal hal ni...Disebabkan addy pun ambik mechanical sama ngan aku time study dulu,aku pon tanye dia sebab nak tahu apa dia jawab...

Aku:kalau grill benda ni kan...apa beza kalau kita grill daging tu lurus dengan senget...

Kalau dah otak engineer..engineer jugak..

Kalau dah otak engineer..engineer jugak..

Addy:Apsal ko tanye plak
Aku:Aku kena marah hari tu sebab letak lurus daging tu...dieorng cakap kalau letak senget lagi cepat masak
Addy:Aku rasa kalau ikut heat transfer sama je dua-dua

heheh...aku dah agak mesti tu jawapan Addy sebab aku pun fikir macam tu...bila dah belajar engineering ni semua applikasi nak kait dengan engineer...sebab apa yang kiteorng belajar heat transfer tu bergantung pada antara 2 medium tu...,maksud aku permindahan haba dari daging burger dengan grill tu atau istilah eiyh conduction...takde plak kiteorng belajar heat transfer tu jadi semakin cepat bila position tu berlainan...

Puas betul kiteorng fikir jawapan..siap buat simulation Ansys untuk finite element lagi...hehe..tu aku tipu...sorry sape yang tak faham ye...disebabkan kebuntuan yang amat sangat kiteorng pun ikut jela grill daging tu senget..kiteorng ni dah macam engineer burger pun ada..bila kukus burger tu pun bincang pasal aplikasi engineer gak...macam dah sebati dekat diri...heheh...adoyaiii...teringin sangat kerja engineer..

p/s-sape tahu jawapan sebenar.Kenapa kena grill daging tu senget..



Monday, April 18, 2011

Buffered Earning Nuffnang ke-5 2011..

Assalamualaikum...

Alhamdullilah...check earning Nuffnang semalam tiba-tiba muncul plak satu buffered earning lagi satu..memang berjanggut tunggu buffered earning Nuffnang ni...kali terakhir dapat bulan lepas.Buffered earning dari Adidas Clima Cool LR...aku rasa ramai yang dapt buffered earning dari Adidas Clima Cool LR ni sebab banyak blog muncul iklan ni..


Sebenarnya saje nak tulis entry sebab nak mempergunakan wifi free dari MMU ni...abang aku kerja kat MMU,so dapatla password dia..customer plak tak ramai sekarang ni..sebab MMU sekarang tengah short sem...

Sekarang ada 2 buffered earning aku tengah ada 2 berjalan.Satu lagi yang dulu punya prudential.Lagi tiga semua dah bertukar jadi metered earning.Dan tak boleh jalan earning dia.Kojap bonar berjalan eiyh dah tukar jadi metered earning..tak pueih menikmati rezeki dah berhenti..heheh

Buffered earning terbaru ni mungkin sebab kepas aku update profile survey aku ngan hantar surat berantai kat Nuffnang minggu lepas.Siapa yang nak buffered earning tu tryla hantar surat cinta kat Nuffnang.Mana tahu dapat.Dekat profile survey letakla ayat yang tak ingat dunia sikit.Konon eiyh blog korang hebat gila...hehe

 p/s-korang ada dapat buffered earning tak..terima kasih ye siapa yang tekan iklan aku laju-laju tu..ni entry autopublish yg aku tulis pagi tadi



Den hampir maut dalam kemalangan....

Assalamualaikum,

Lamo btol aku tak citer pasal kenangan aku kan.Entry ni den cakap loghat nogori yo...supaya korang dapeik raso perasaan jadi orang nogori ni..heheh..boleh kan...sobonar eiyh kenangan menakutkan ni berlaku maso den sekolah rondah.Tak silap den masa tu den darjah limo...bukan limosin yo tu...heheh

Maso tu time balik kelas tambahan agak eiyh...nak balik tu den nak tipon bapak den suruh jomput...dulu sumo pakai public phone...mano ada Samsung Galaxy Ace waktu tu...Tipon public ni plak kat seberang jalan sekolah den...dokeik dopan sekolah den tu memang sibuk nak ameik...yola..dokeik dongan bandar Bahau kan..bandar ke Bahau tu...heheh..den pun tak tahu...

Maso den nak melinteih jalan nak poie kat tipon tu..memang den selamat...lopeih dah habeih tipon bapak den,den terusla nak poie sekolah balik...soporti biaso..melinteih kono la pandang kiri kanan kan...tu yang den belajar waktu keik tadika kemas dulu...takdo plak dio ajar lopeih pandang kirikanan tu pandang laie sampai kompem takdo kenderaan...

Lopeih pandang kirikanan tu den dengan ponuh keyakinan dan takbur melinteih sobab takdo keto time tu...tibo-tibo...booooom!!..yang tibo-tibo ni aku tak tahu botol ko tak..sobab lopeih kono langgar tu memang den melayang tak sodar diri...

Mengikut tuan punye motor yang langgar aku tanpa belas kasihan tu...lopeih dio terlanggar den,den melayang macam iklan weightagain tu..yola dulu taknak makan...kan dah kurus keding camtu..sekali motor langgar pon melayang...dahla yang langgar den tu suami isteri yang dah pencen...bawak mesti slow punye...pakcik ngan makcik yang langgar aku tu cakap waktu den tersungkam kat jalan rayo tu,botol-botol belakang den ado bas yang siap sedio nak langgar den...dengan ponuh cemas pakcikmakcik tu tanpo menghiraukan keselamatan menjorit dopan bas tu suruh berhonti...nasib sompeik...kalo tak,tak dapeikla korang nak baco blog ni...kalo ado tu,hantu den la tuleih tu..heheh

Den tersodar dari pengsan pon maso den dalam keto cino dalm perjalanan ke klinik...terkojut beruk den tibo-tibo ado dalam keto cino...dah sampai simpang nak poie klinik tu,den perasan klinik ni botol2 dokeik ngan ghumah den...kocik laie kan..ingatkan penculik mano nak culik budak cute macam den ni...lanteih tanpa ragu-ragu den bukak pintu belakang kuar dari keto tu...memang aksi mencomeihkan waktu tu...mesti cino tu blurr gilo...orang yang dia nak hantar klinik tu melompeik kuar dari keto dio...

Sampai ghumah den masukla ghumah dengan ponoh macho sambil jalan cat walk dopan bapak den...tibo-tibo bapak den terkejut tengok den...den ingat luko kocik jo kat muko ni...tu yang nak rahsio keik bapak den ni...den pon tengokla cermin keik bilik mak den...tibo-tibo den pulak terkojut.."sapo plak mamat hodoh yang sobolah muko takde kulit laie ni...nampak daging jo ngan tisu-tisu putih sikit jo...baru den tahu lopeih den melayang tadi sobolah muko den bergeser keik jalan rayo...

Lama gak muka aku nak elok...minggu dopan tu plak nak poie rombongan plak tu..terpaksola poie rombongan dengan muko hodoh...nasib baik tak tinggal parut keik muko den yang hensem ni..hehe...takdo plak den lotak ubat apo-apo...ubat warno kuning yang klinik tu bagi jo den tepek keik muko ni...

Hari tu gak orang cino yang nak culik den tu datang ghumah den sobab nak hantar buku-buku den dalam keto dio yang tertinggal tu lopeih den berjayo  melopeihkan diri dari diculik tu...

p/s-panjang plak aku citer kali ni...hati-hati di jalan raya...

Sunday, April 17, 2011

3 orang adik-beradik kandung tapi nama ayah semua lain...

Assalamualaikum...

Aspan bin Alias
Pemdah Akmar bt Khandias
Kamarulzaman bin Kamdias

Tengok nama kat atas tu...nama ayah semua lain kan...tapi sebenarnya tiga-tiga ni adik-beradik kandung.Aspan tu abang sulung mak aku.Pemdah tu mak aku...dan Kamarulzaman tu adik bongsu mak aku..nama sebenar atok aku ialah Khandias...polik kan...den pon mulo2 polik gak...pastu dengan penuh curiosity aku pun tanya mak aku,"mak,kenapa nama pak bong ngan paksu tu nama ayah lain"....mula-mula aku ingat sajo pakcik-pakcik aku ni nak glamor sikit..macam artis kan...namo punye kampung tibo-tibo jadi namo KL plak..heheh

Mak aku jawab,"ni semua polis la ni silap tulis"...sebab dulu tak silap aku baby yang baru lahir didaftar oleh polis..laaa....memangla polis zaman dulu,tulis pun boleh salah.Nak dikatokan pokak tak pokak...nak dikatokan tak pandai menulis,boleh plak tulis surat saman...heheh...ni mesti kes tak pandai mengeja ni...sape ayah dia polis tu jangan marah ye...ni segelintir saje ye...

Nama mak aku pon silap.Mengikut cakap mak aku nama sobonar dio sepatut eiyh Faridah bukannya Pemdah.Mak aku kata ni kes polis salah eja...aduhaaiii...tak pasal-pasal mak aku terpaksa bawak namo polik camni...sebab tu ada kawan-kawan mak aku panggil dia Faridah...nasib baik den tak lahir waktu zaman tu..kalau tak ntah apo namo aku ni...jadi Fauz agak eiyh..heheh

Sekarang ni polis dah pandai.Ramai yang ado diploma atau degree dah.Sekarang ni semua kerja mesti ada kelulusan kan...Nurse pon sekarang dah ada degree.Lopeih ni Pak Guard pon kono ada diploma agak eiyh..heheh

p/s-nama mak ayah korang ada silap tak