Pages

Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Relevan ke disable right click??

Assalamualaikum..

Lepas aku baca entry wafiysuzly Kenapa menyahfungsikan kebolehan mengetik kekunci belah kanan? aku setuju sama sekali.Bagi aku disable right click ni memang tak relevan langsung...kesian mouse tu tak pasal-pasal jadi OKU...heheh...janganla marah aku ye sape yang buat disable right click ni.Lepas ni dah taknak masuk blog aku.Kesian la aku,aku ni dahla takde reader yang banyak.

Ok..aku nak bagi sedikit pendapat tentang disable right click ni.Tahu tak disable right click ni boleh mengurangkan pageview blog korang dan traffik korang pun akan kurang.Selalunya alasan blogger buat disable right click ni disebabkan takut dicopypaste atau dalam bahasa melayu eiyh ditiru dan ditepek isi-isi dalam entry dieorng oleh golongan plagiarism.Kalau aku,aku tak peduli langsung kalau entry aku di copy sebab tak menjejaskan langsung blog aku.Malah blogger yang dicopy entry dia patut bangga yang menunjukkan entry dieorng mantop.Memangla rasa sakit hati bila tengok entry yang 2-3 jam kita mengarang tu ditiru,tapi korang kena fikir pembaca yang begitu minat dan teruja nak baca entry korang.

CRelevan ke disable right click??

Kenapa aku cakap disable right click ni mengurangkan pageview blog korang.Sebagai contohla...Aku baca satu blog yang baru bagi aku atau yang lama pun boleh.Baca-baca,tiba-tiba terasa blog ni best dan menyebabkan semangat aku nak baca entry lain membuak-buak.So,aku pun tercari-cari blog archive blog tu.Tiba-tiba perasaan yang paling menakutkan berlaku pada aku bila blog yang disable right click ni memberi amaran pada aku...

"Jangan ekau nak berani copy den punye entry,kang den cemat kang laju-laju tanpa henti"

Menggigil gak aku bila baca amaran pukul macam tu..heheh..disebabkan takut dicemat,aku pon beredar dari blog tu tanpa segan silu dengan menekan button X tu.Nampak tak macam mana disable right click ni dapat mengurang traffik korang dan mungkin mengurangkan reader korang.Silap-silap reader korang lari macam tu saje.Lagi satu dengan adanya right click ni visitor korang akan dapat membuka posting-posting korang banyak-banyak sekaligus dalam tab yang baru.

Right click ni juga dapat memudahkan reader korang untuk membuka backlink yang korang letak dekat entry-entry korang.Kalau aku bila entry yang ada backlink kat entry blog yang disable right click ni memang aku takkan bukak punya.Kalau korang takut sangat nak ditiru bolehla guna Tynt Insight.Kalau nak tahu pasal Tynt Insight ni boleh terjah ke blog anastasyea ni...

p/s-bolehla kongsi pendapat korang  di ruang komen ye..

Saturday, April 9, 2011

Kenapa aku tulis entry tengah malam...

Assalamualaikum...

Entry ni aku nak jawab persoalan dari chii tentang kenapa aku tulis entry selalunya tengah malam...jawapan yang aku boleh jawab..

strategi blogging aku

heheh...sape rasa strategi ni salah...jgn golakkan den...nanti sorang-sorang den tempeleng...

Okla...sebenarnya kebanyakan entry yang ada kat blog aku ni ialah auto publish...aku tahu autopublish ni hasil ajaran sesat dari homosapiensz..heheh..aku ni bukan penulis yang bagus...aku tak mempunyai idea yang banyak...tapi target aku mesti ada satu entry dalam satu hari supaya pembaca blog aku tak lari...

Kadang-kadang kalau aku ada idea yang banyak..aku tulis 4-5 entry satu hari...tapi aku scheduled dia untuk setiap hari....

"Tapi kenapa publish tengah malam"

Jawapan dia sebab kebanyakan pembaca aku merupakan manusia yang berjaya...mempunyai kerjaya yang hebat...so,mereka ni nak blogwalking time kerja mungkin agak sibuk...lagi-lagi yang selalu pergi site..balik rumah plak dah letih...mereka hanya ada masa untuk update blog dieorng dan mungkin tak sempat blogwalking...so,aku anggap mereka ni boleh blogwalking pada tengah malam sikit,awal pagi sebelum pergi kerja atau sesampainya di pejabat..sebab tu aku banyak publish selepas pukul 12tgh malam supaya entry aku lama kat new entry iaitu 24 jam dan ramaila yang akan baca entry aku...

"Kenapa nak sangat ramai orang baca"

ok..kalau aku taknak orang baca entry aku...baik aku beli sebuah buku diari dan tulis kat situ dan simpan dalam almari..dan aku suka ramai baca entry aku sebab:

"kalau aku kongsi ilmu atau informasi aku harap meraka dapat manfaat"
"kalau aku beri nasihat atau tulis pasal agama,aku harap mereka sedar kalau ianya berkaitan"
"Kalau aku tulis pasal kesilapan atau masalah aku,aku harap jadi pengajaran pada mereka kalau dieorg lakukan perkara yang sama"
"Kalau aku tulis pasal sakit aku,aku harap dapat menyelesaikan masalah mereka yang mempunyai penyakit yang sama dengan aku"
"kalau aku tulis pasal penipuan aku harap mereka tidak akan tertipu seperti apa aku tulis"

p/s-btol ke strategi ni..

Wednesday, April 6, 2011

Kenapa Perlu Berblogging???

Assalamualaikum...

Lepas aku baca entry dari blog bro amry dari entry dia Membentuk Kecemerlangan Diri Melalui Blog aku bersetuju sangat dengan entry dia...So,sajela nak kongsi kenapa anda perlu berblogging ni...mesti ada orang tanya kat korang..

"ape jadah ko ni tulis blog haa,nak kata dapat duit..punyala payah..berapa sen sangatla boleh dapat"

Okla..aku nak kongsi sikit faedah berblogging melalaui pengalaman aku sepanjang tulis blog ni...kalau dah berblogging tu blogwaking tu mestila tak dapat nak dipisah la kan..so,faedah ni termasuk faedah berblogwalking...

Tambah Ilmu dan Kongsi Ilmu

Sepanjang aku tulis blog ni dah macam-macam ilmu dan tip-tip dah aku dapat...tip mencantikkan kepala lutut la...ilmu agama..ilmu kewangan...pastu aku dapat refresh balik ilmu yang aku pernah belajar melalui penulisan aku...takdela sia-sia ilmu tu kan..

Peka Dengan Keadaan Sekeliling

Sebelum aku tulis blog ni aku rasa aku ni antara manusia di dunia ni yang tak peka langsung dengan keadaan atau peristiwa yang berlaku dekat dunia ni...kalau tengok berita tu misalnya pasal perang dekat Palestin tu...jeling-jeling sikit pastu carut-carut kat orang yahudi pastu pergi kat laptop layan movie...bila aku dah tulis blog dan blogwalking aku sedar yang kita ni manusia tak patut mementingkan diri..sekurang-kurangnya kita dapat doakan kesusahan mereka dan takdela macam katak bawah tempurung...ye tak...

Dapat Membaiki Kesilapan dan Kesedaran Diri

Banyak blogger-blogger yang tulis berkaitan unsur-unsur agama dan nasihat...Kadang-kadang tu tengah kusyuk baca blog orang tiba..PAAAANGGG!!!terkena tamparan hebat dari entry-entry dieorg...macam aku dulu mempunyai satu tabiat yang tak elok..lepas aku baca blog orang lain aku dah mula berubah sikit dan insyaallah aku takkan ulangi tabiat tu..

Dapat Pahala

Macam mana plak berblogging dapat pahala??yela..kalau apa yang korang tulis tu memberi kebaikan kat orang...kan dapat pahala tu...lagi-lagi yang banyak pembaca tu..SEO power plak tu...traffik pulak mencanak-canak...so,ramaila orang membaca entry korang..tak ke pahala korang dapat tu mengalir je selagi ada orang baca...so,sape kata SEO dan traffik tu tak penting...pahala besar tu...pelaburan dunia dan akhirat..tapi kalau blog korang memburukkan orang,hina orang sana-sini,mencarut...sendiri kena ingatla kan...mengalir je la dosa korang...beringat la ye..

Dapat Mengurangkan Masalah atau Kesakitan yang korang ada

Bagi aku takde masalah untuk kita menulis tentang masalah atau penyakit yang kita ada.Sekurang-kurangnya kalau ada orang baca dapatla mendoakan korang..takpon bagi semangat kat korang..
Misalnya la...umur kita tak panjang dan pembaca korang dah capai ribu-riban time tu...yela....ajal kita tak tau kan...tak ke ramai orang akan mendoakan korang di alam barzakh tu...silap-silap dieorang datang untuk tolong solat jenazah...

Jalin Silaturrahim

Yang ni dah semestinyala kan...saling berhubung antara satu sama lain...silaturrahim pon terjalinla..

Duit dan Hadiah

Yang ni last sekalila...kalau ada rezeki dapatla duit dari company pengiklanan yang korang pasang tu...tapi kalau nak rezeki tu kena berusaha jugak...bak kata bro eyriqazz "Tak salah nak bercerita kisah peribadi namun selitkan perkara lain seperti makanan,travel,shopping,barangan pengguna, testimonial kita dan sebagainya.Barulah mudah dapat Buffered Earning"...takpon menang hadiah contest atau giveaway..

Dapat ushar gambar awek cun

Banyak tak faedah berblogging ni...jangan hanya pandang duit je...ikhlaskan diri...

p/s-teruskan usaha anda untuk berblogging...CHAIYOOKKK!!!!

Saturday, March 5, 2011

Sape nak naik traffic blog die...moh ke sini..

Assalamualaikum,

Tahniah aku ucapkan kepada korang yang bace entry ni...sebab lepas korang bace memang traffik blog korang akan mencanak naik tanpa henti hingga akhir hayat korang...dan korang akan tersenyum lebar yang blog korang akan ade berjuta2 lemon pengunjung...

heheh...aku bergurau je..traffic blog aku pon suam-suam kuku je..sebenarnye aku nak kongsi satu ebook ni yang aku dapat dari syoknyerblogging...tajuk ebook ni 100 cara promosi dan tingkatkan web traffic anda...aku dah bace ebook ni..memang bagus ebook ni bagi korang yang nak up kan traffic blog korang...bukan ape traffic ni kadang-kadang penting sebab bila ramai orang bace article kita,kita akan rasa puas..kalau sorang pon tak datang semangat nak blogging tu pon down kan...

jagan risau ebook ni free of charged...perghh...lega muke masing2...sebut je free semua tersenyum kambing je...heheh...korang boleh download di sini..