Pages

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Movie@Filem Review Fast And Furious 5

Assalamualaikum..

Movie@Filem Review Fast And Furious 5

Entri ni aku nak buat sikit filem review tentang Fast And Furious 5 ni.Ni entry kedua aku tentang movie review selepas Scream 4.Memang movie Fast And Furious 5 ni aku taknak ketinggalan tengok sebab tak silap aku,aku tak pernah miss movie Fast And Furious...Macam biasa kalau aku review movie aku just citer general saje sebab taknak buang mood orang nak tengok movie Fast And Furious 5 ni.

Filem Fast And Furious 5 ni kalau tengok memang korang takkan rase menyesal membuang duit 9 hengget korang tu.Macam biasa movie Fast And Furious mesti ada je benda baru yang penuh aksi dieorng tunjuk.Kali ni konflik dieorng dekat Brazil.Kalau sesiapa layan Fast And Furious mesti tahu watak utama Dominic Torreto(Vin Diesel) sentiasa jadi pelarian.Fast And Furious 4,si Dom ni dah kena tangkap tapi Fast And Furious 5 macam biasa Si Dom ni mesti geng dieorng selamatkan dia.Dalam Fast And Furious 5 ni Brian o Connor (Paul Walker)ngan Mia Toretto(Jordana Brewster)lepaskan die.

Lepas terlepas dieorng telah melarikan diri ke Brazil.Dekat Brazil tu dieorng ada job rompakan untuk dieorng.Yang best movie Fast And Furious kita takkan rasa bosan.Awal-awal citer dah ada aksi curi kete dekat dalam keretapi.Kat situ la mula ada konflik antara dieorng dengan orang-orang suruhan yang bagi job tu.Orang yag bagi job kat dieorng ni ketua pengedar dadah dan merupakan Datuk Bandar Rio dekat Brazil ni.

Dalam Fast And Furious 5 ni dieorng ni nekad nak hidup bebas dari buruan polis.So,si Dom ni buat satu plan nak rompak semua duit ketua pengedar dadah ni.Dekat luar negara ni senang je kan.Ada duit boleh hidup bebas.Polis takkan kacau lagi.

Movie Fast And Furious 5 jadi semakin awesome bila aktiviti rompak dieorng bermula.Dom ngan Brian ni mula cari pasukan baru.Rompakan dieorng mula jadi susah bila si Datuk Bandar ni Reyes simpan semua duit dia dekat balai polis.So,memang susah la kan nak merompak kat balai polis.Bayangkan la nak kena rompak kat balai polis.Kreatif betul dieorng ni buat movie nak menimbulkan lebih konflik.

Filem Fast And Furious 5 ni ada gak the Rock berlakon.The Rock ni jadi polis yang memburu geng Dom ni.So,dieorng ni ada konflik antara polis dengan group pengedar dadah ni.Adala aksi fighting antara Dom dengan The Rock ni.Kalau The Rock berlakon mesti gaduh ala wrestling tu mesti ada punye.Aksi smack down 'If you smell what the rock is cooking' pun ade..heheh..tu aku tipu ye...

Klimak movie Fast And Furious 5 ni bila rompakan dekat balai polis tu bermula.Memang aku rasa ni rompakan yang paling cool pernah aku tengok.Aku rasa presiden Persatuan Perompak Sedunia pun takkan terpikir nak rompak macam ni.Akhir movie Filem Fast And Furious 5 ni geng Dom ni...................

p/s-nak tahu tengok sendiri...baru rasa feel..memang korang takkan keluar panggung sambil membebel,"membazir botol duit gaji den tengok citer ni..baik den tengok evolusi kl drift"


Wednesday, April 20, 2011

Movie Review: Scream 4

Assalamualaikum...

Rasanya tak pernah aku buat entry movie review ni...tapi disebabkan aku dah tengok Scream 4 ni kat wayang semalam aku nak buat sikit review..aku tengok Scream 4 ni kat GSC Alamanda ngan 3 member sekolah SHAMS dulu..

Movie Review: Scream 4

Sebenarnya aku tak suka tengok movie bunuh-membunuh ni...kang mula la aktiviti tunduk ke bawah dengan penuh tawaduk berlaku sebab takut tengok scene bunuh tu..yang paling penting aku tak pernah tengok Scream 1,2 dan 3...saje pergi sebab aku dah lama tak keluar dengan member lama..

Sampai je panggung tu movie dah start...aktiviti bunuh sudah hampir berlaku..kelam-kabut betul nak pergi Alamanda....habis berniaga pukul 7 lebih...sampai rumah pukul 7:30...mandi pastu solat dah pukul 8:00...tunggu member roger jadi tak jadi dah pukul 8:20...movie start pukul 8:30 malam..Sampai panggung dalam pukul 8:40 kot..tu yang terlepas sikit scene awal-awal...

Macam biasalakan movie bunuh ni...bunuh sorang-sorang...movie Scream 4 ni sama je...pembunuh telefon mangsa tanya movie seram apa dieorng suka tengok...tiba-tiba pembunuh tu datang dari celah mana pun tak tahu...tiba-tiba je dah tahu aktiviti mangsa bunuh tu...lepas tu bile pembunuh nak kantoi,tiba-tiba hilang camtu je...

Sape yang tak pernah tengok movie Scream sebelum ni..pembunuh dia mesti antara dieorng...time tengok tu mulala agak-mengagak dalam kepala berlaku...aku suspect 2 orang tu pembunuh...last sekali memang bukan 2 orang tu...kalau movie-movie macam ni memang susah nak predict sape pembunuh tu...sape betul predict tu memangla ada kuasa membaca pemikiran director...last-last pembunuh dia ialah toooottttt...biarla rahsia ye...takut ada yang nak tengok movie Scream 4 ni..

Habis citer aku masih memikir pasal movie ni...sebab tak faham...movie Scream sebelum ni tak tengok..sebab Scream 4 ni ada berkaitan dengan Scream 3 tak silap aku...Pastu mulala kiteorng bincang-membincang time makan dekat Bangi...barula otak lombab den ni boleh faham sikit..bagi aku movie Scream 4 ni tak berat sangat scene bunuh dia berbanding dengan movie genre macam ni...so,siapa nak tengok janganla takut...cuma nanti keluarla sikit kencing nanti..heheh..gurau je...

p/s-Sape suka membunuh tu tengok citer bunuh ni movie Scream 4 ni digalakkan tengok...memang banyak tanda tanya masa tengok nanti dan korang mesti terkejut bila tahu pembunuh sebenar..saje je tak review dengan detail sebab kang ada yang bagi pelangkung kat aku nanti sebab dah plan nak tengok movie ni..

Saturday, February 26, 2011

KHURAFAT tak takut langsung....

Assalamualaikum...

Aku tengah bosan sebenarnya tgh2 malam ni...mata tak ngantuk pulak akibat melayan movie Khurafat ni yang aku download siang tadi...saje je aku tengok tgh2 malam cerita Khurafat ni sebab nak rasa feel takut...aku sebenarnya tak reti nak review2 pasal filem ni sebab aku ni buta seni...tapi alang-alang bosan yang amat sangat aku nak cerita sikit pasal filem Khurafat ni...korang jangan terpengaruh pulak dengan tajuk entry ni...aku cakap Khurafat ni tak takut langsung sebab biasala tengok pakai laptop...screen pun kecik di tambah pulak pakai earphone cap ayam...aku siap boleh makan hotdog cheese dengan berselera lagi tengok Khurafat ni..sebab tu aku tak suka sangat tengok movie kat laptop ni takde feel...

Filem Khurafat ni bagi aku memang antara movie hantu yang best gak aku pernah tengok yang tak banyak benda-benda mengarut...banyak suspend dan kejutan...lagi-lagi bahagian hantu muncul tiba-tiba pastu siap main cuit-cuit dan peluk lagi...hehee..ditambah pulak suspend nak mengagak siapa sebenarnya mengamalkan khurafat ni...aku malas cerita panjang-panjang takut korang belum tengok lagi...yang kaki wayang tu memang comfirm dah tengok...kang tak suspend pulak tengok...Tapi siapa yang jenis menjiwai watak tu memang cuak la sebab kalau korang bayangkan yang korang ni berada di tempat Syamsul dalam watak movie ni..contoh macam scene ni..

cuak gila kalau bayangkan kita dekat bilik mayat sorang2 waktu malam...siang pun dah cuak apa lagi malam

Angkat jenazah tengah-tengah hutan...gila..kalau aku biarkan jenazah tu tgh hutan tu...pastu cari orang mintak tolong

tapi yang tak bestnya filem Khurafat ni terlalu pendek dan tak puas ditengok...yang paling penting pengajaran cerita ni...satu,amalan khurafat memang semua dah tahu akibat dia..yang kedua pengajaran filem ni,ajal bila-bila saje boleh sampai...macam dalam movie ni Si Syamsul(Johan)ni borak-borak dengan member dia pasal jenazah Si Anna dalam van pastu accident,meninggal...Tu jela aku nak cerita..cerita panjang-panjang marah plak kang...yela,korang baru je siap download movie ni...tiba-tiba pulak ada plak mamat ni cerita dari awal hingga habis...maun tak didelete file tu...heheh...sape tak download lagi movie ni boleh download kat jieazzmovie sebab blog ni selalunya movie dia file kecik2 sebab di encode ke format mkv...

p/s-esok nak layan HAQ pulak..bosan betul tengok kat laptop ni...lepas ni sape nak tengok wayang bawakla aku sekali ye...