Pages

Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Kawan atau Lawan...siapakah anda??

Assalamualikum...

Hari ni aku nak cuba buat perubahan kat blog aku..setiap post aku nak memulakan dengan memberi salam..better kan..lebih bersopan..yela..kadang-kadang blog kita ni bukan dibaca orang muda saje..mane tahu blog kita dibaca oleh orang yang agak berumur..pahala pun dapat..korang pun akan lebih sejahtera...

Entry aku just nak cerita pasal kawan...hidup ni memang kita tak boleh lari dari berkawan..even dengan binatang pun kita boleh jadikan sebagai kawan...Allah jadikan kita saling memerlukan satu sama lain...so,janganla kita terlalu bongkak dan ego dengan kelebihan diri kita sendiri dan menyatakan diri kita ni sudah perfect yang tak memerlukan orang lain dalam hidup kita..Seriously,aku terus-terang yang aku ni tak mempunyai ramai kawan..kawan rapat apetah lagi..memang jauh sama sekali..sebabnya aku ni seorang yang terlalu pendiam dan tidak mempunyai apa-apa kelebihan untuk orang suka untuk berkawan dengan aku...yela siapa yang suka berkawan dengan orang pendiam...bosan beb..sesiapa yang pernah kenal dengan aku mesti tahu sifat pendiam aku...kadang-kadang orang kata aku ni jenis yang sombong dan tak suka bercampur-gaul...tapi aku just diam saje sebab aku dah dijadikan Allah untuk jadikan aku seorang begitu pendiam...kadang-kadang aku saje lari dari orang..sebabnya dah banyak kali aku ditegur bila aku berada dengan orang yang ramai...ramai yang tegur aku kenapa kau ni diam sangat..dan ada ade yang lebih teruk mengatakan aku tiada perasaan...so,aku begitu down untuk berhadapan dengan orang ramai..kadang-kadang aku berasa rendah diri bila aku bersama kawan-kawan aku...masing-masing pandai bercakap dan aku hanya mampu mendengar kegembiraan dieorang...

Dalam keadaan aku sakit ni..semangat aku nak berkawan dah semakin rendah..nak berjumpa kawan-kawan university dan sekolah aku begitu takut...mereka semua dah menjadi orang berjaya...menjadi engineer yang berjaya...sedangkan aku masih menanam anggur dan masih terhegeh-hegeh mencari jalan perubahan..sebab ape aku buat keputusan tu untuk lari dari kawan aku...sebab dah terjadi dekat diri aku...hari raya hari tu ramai kawan-kawan sekolah menengah aku dari SMKA SHAMS datang ke rumah aku selepas dengar khabar yang aku tak tidur hampir 3 tahun...aku terkejut jugak bila dieorang datang ke rumah aku sebab kebanyakan kawan aku di SMKA SHAMS dah lama aku tak hubungi sejak aku keluar sekolah lagi...even dulunya aku rapat dengan mereka..masing-masing dengan kereta-kereta mereka...bila mereka mula bercerita pasal kerja perasaan diri aku semakin rendah...ada yang jadi engineer,doktor,PTD,cikgu dan....yang paling malang aku dipandang macam manusia 'berpenyakit'...tak habis tanya aku "ko okey faiz"...kalau sekali aku tak kisah...tapi berpuluh kali...nak je aku cakap,"woi,aku ni dah terlebih sihat la bodohpandai"...ade gak kawan-kawan mak aku datang rumah aku tanya kat aku,"Ape perasaan tengok TV tu",aduih...come on la, aku ni tak gila la lagi...nak perasaan ape..sama la macam orang lain...

sekarang Alhamdulillah keinginan aku nak berkawan semakin datang kepada aku...nila salah satu sebab aku menulis blog...mungkin dengan menulis aku boleh cari lebih ramai kawan walaupun dalam maya...Kadang-kadang aku tengok orang lain aku begitu cemburu melihat dieornag yang begitu senang mendapat kawan dan begitu mesra dengan orang lain...ade orang tu baru sehari dua mereka dah mula mesra dan rapat...aku setahun pun tak tentu lagi rapat dengan kawan-kawan aku...aku ingat lagi kehidupan aku dimatrik yang begitu tertekan tak mempunyai ramai kawan...memang aku mempunyai ramai kenalan dekat sana tapi tak ramai yang nak betu-betul berkawan dengan aku...makan pun selalu berseorangan...rase nak berhenti pun ada...tapi aku kuatkan semangat aku demi mak ayah dan masa depan aku..bila aku tengok drama Gokusen,keinginan aku nak jadi macam dieorang memang terlalu tinggi,sanggup berkorban ape saje demi aku sebagai kawan...

Ok,cukup la ye babak sedih tu...boring plak korang nanti...chill la bro... sedih-sedih buat ape kan...hehehe...sekarang aku nak kongsi korang beberapa kategori kawan mengikut pengalaman aku..

1)Kawan yang betu-betul nak kawan dengan korang walaupun dah lama tak berjumpa dengan korang...aku ade sorang macam ni...jiran sebelah rumah aku..nama dia Khairie...even aku selalu lari dari berjumpa dengan dia sebab aku takut die bosan berbual dengan aku...kadan-kadang dia datang rumah aku bertanya khabar kat aku...beri nasihat kat aku..

2)Kawan yang hanya berkawan dengan korang sebab kebijaksanaan dan bakat korang..sebagai contoh korang begitu power bermain guitar...so,dieornang hanya ikhlas berkawan dengan korang sebab nak berkongsi bakat dengan korang..

3)Kawan yang talam dua muka..jenis ni di depan korang begitu baik sekali hingga korang rase yang dia ni la sahabat baik korang...padahal di belakang korang dia suka memburukkan korang depan member ko yang lain..

4)Kawan yang suka membahan diri korang..jenis ni memang aku benci sekali...dia akan membahan kelemahan korang...aku ada member macam ni...

5)Kawan yang sanggup bantu apa saje demi kawan..jenis ni akan sentiasa akan berusaha menolong korang apabila korang memerlukan bantuan..

6)Kawan yang hanya nak ambil kesempatan dekat korang...senang cerita yang suka tikam korang dari belakang...abang aku pernah ditipu RM 120 000 sebab kawan macam ni..better watch out this person...heheh...keluar BI pulak dah...dah lama tak cakap BI...dah berkarat...so,jangan kawan orang macam ni...kalau dah jadi kat korang..bak kata orang nogori..tak dapek den nak nolong ko do...

7)Kawan yang hanya berkawan disebabkan sifat luaran korang saje...senang cerita orang camni hanya nak kawan dengan disebabkan kau ni handsome atau cantik.Lepas dia tahu kelemahan kau dia akan terus menjauhi diri..

Tu je la aku tahu...kalau korang tahu yang lain...boleh kongsi bersama..



p/s-mana kategori korang...aku rasa korang semua yang kelima tu kot..Aduhhh..lamo btol nak tunggu match Arsenal dengan Barcelona ni...

Friday, January 14, 2011

Untungnya ramai kawan.....



Dari apa yang korang tengok gambar ni aku rase kelakar plak.memang tak logik ape yang kita lihat pada gambar tu. Tapi ape aku nak ceritakan sebenar pada hari ini ialah tentang silaturrahim.Sebenarnya banyak faedahnya kite mencari ramai kawan.Antara faedah yang paling agong sekali ialah seperti disabdakan oleh rasullullah:
"Maukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada shalat dan shaum?" tanya Rasul pada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Beliau kemudian
menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturrahim" (HR Bukhari Muslim.

Berdasarkan hadis tersebut kite tahu dengan rahmat dan barkah yang diberi oleh Allah kepada hambanya dngan menjalin silaturrahim yang mane mempunyai pahala yang begitu besar.Kalau kita nak kaitkan rezeki dengan silaturrahim kita dapat lihat sebagai contohnya orang yang berjaya dalam perniagaan kebanyakan mereka yang mempunyai ramai kawan.It all about networking.Dalam belajar juga kawan penting juga sebab kite boleh dapt banyak ilmu dan info.Sebagai contoh sewaktu aku belajar dulu membe aku beritahu info peperiksaan yang dia tahu dari ppensyarah dia,waktu peperiksaan memang betul banyak yang keluar dari info-info tu,sedangkan paper tu paling aku takut dan disebabkan info tu la aku dapat jawab dengan mudah.

Tapi kita kene ingat cari kawan biar yang tak membawa kita kepada keburukan.nak berkawan dengan mereka boleh tapi janganla kita terpengaruh dengan mereka.nasihatkanla mereka.Janganla jadi macam citer ngangkung,membe main nombor ekor,kite pon terpengaruh.Tu la serba sedikit tazkirah jumaat yang aku nak kongsikan sedikit.Mari kita cari rami kawan Jangan jadi macam aku tak ramai kawan tapi aku ada alasan tersendiri.