Pages

Saturday, February 12, 2011

Home » , , , , » Cara membaca surah At-Taubah

Cara membaca surah At-Taubah

Tadi aku baca Al-Quran..Aku selalunya baca Al-Quran mengikut urutan dan tadi aku dah sampai ke surah At-Taubah...Tengah aku baca tiba-tiba aku teringat tentang larangan membaca BISMILLAH/BASMALLAH semasa aku belajar tajwid di masjid hari tu...kalau korang tengok pada surah At-Taubah tiada tertulis khalimah BISMILLAHIRAHMANIRAHIM pada awal surah At-Taubah berbeza dengan surah lain di Al-Quran....aku ni takdela hebat sangat dalam bidang agama ni tapi aku rasa ni penting dikongsi sebab aku sendiri sekolah di sekolah agama tak tahu tentang perkara ni...Tak silap aku semasa aku pergi belajar tajwid di masjid hari tu surah At-Taubah tidak dimulakan dengan BASMALLAH disebabkan surah ni diturunkan semasa peperangan Tabuk tak silap aku...untuk memastikannya aku telah reseach kat En.Google...

Antara sebabnya:

1) surah at-Taubah dikira sebahagian daripada surah al-Anfaal sebelumnya, kerana perkara pokok perbincangan dalam kedua-dua surah adalah sama. Kedua-duanya membincangkan persoalan jihad, peperangan dan lari daripada medan peperangan seolah-olah kedua-duanya adalah satu surah, maka memadailah Basmalah disebut di awal surah al-Anfaal dan perlu disebut di awal surah at-Taubah.

2) Surah at-Taubah dimulakan dengan ayat berikut: at-Taubah :1-3

"(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik Yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka).

oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah Bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang Yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di Akhirat).

dan Inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada hari raya Haji Yang terbesar, Bahawa Sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (Wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka Yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah Sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. dan khabarkanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) Dengan azab Yang tidak terperi sakitnya".

Allah s.w.t telah memberi amaran keras kepada kaum musyrikin bahawa Allah dan Rasul memutuskan tanggungjawab atau lepas tangan daripada kaum musyrikin dengan erti kata, tidak akan membantu dan menolong mereka, maka tidak sesuai disebut Basmalah kerana Basmalah membawa erti kasih sayang.

Ibnu Abbas pernah bertanya kepada sayyidina Ali r.a; “kenapa tidak ditulis Basmalah di awal surah at_taubah? Jawab Ali; “kerana Basmalah adalah ‘keamanan’ sedangkan surah ini turun dengan pedang dan pembatalan perjanjian damai, maka tidak ada padanya keamanan.oleh itu tidak sesuai ditulis Basmalah di awalnya.

3) turunnya surah at-Taubah mengarahkan orang-orang Islam memerangi orang-orang kafir dengan pedang selepas semua jalan penyelesaian dan perdamaian dengan mereka gagal. Sebab itu Allah s.w.t berfirman :at-Taubah :5

"kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan Yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Juga firman Allah s.w.t ;at-Taubah:13
"mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum Yang telah mencabuli sumpah janjiNya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga Yang mula-mula memerangi kamu? tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah Yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang Yang beriman?".

Juga firman Allah s.w.t ;at-Taubah:123
"Wahai orang-orang Yang beriman! perangilah orang-orang kafir musyrik Yang berdekatan Dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) Yang ada pada kamu; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya)".

Jelas kepada kita, bahawa arahan berperang dan penggunaan senjata seperti pedang tidak sesuai dengan menyebut rahmat yang ada dalam Basmalah.

4) turunnya surah at-Taubah membatalkan hubungan orang kafir dengan orang Islam, sebagaimana firman Allah:at-Taubah:23

"Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang Yang didampingi jika mereka memilih kufur Dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka orang-orang Yang didampingi, maka merekalah orang-orang Yang zalim".

Pembatalan hubungan ini tidak sesuai kalau disebut Basmalah di awal surah.


Sumber:ustazhassanbasri

Pendapat lain:

Pertama
Telah menjadi kebiasaan orang orang Arab pada zaman dahulu apabila ada di antara mereka perjanjian tertulis maka mereka menuliskan bismillah...akan tetapi jika ingin membatalkan perjanjian tersebut, mereka menuliskannya tanpa membubuhi atau meletakkan basmallah...Ketika turunnya Surah At-taubah yang menandai tidak berlakunya perjanjian antara Rasulullah dan orang musyrikin, Rasulullah s.a.w. mengutus Ali bin Abi Thalib membacakan surah tersebut dengan tanpa menyertakan basmallah di awalnya...

Kedua
Pendapat yang mengatakan bahawa terdapat kesamaan diantara surah At-taubah dengan surah sebelumnya Al-anfal...maka dikatakan bahwa surat At-taubah merupakan kelanjutan dari surah sebelumnya, sehingga tidak ada basmalah di awal surah tersebut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi...

Ketiga
Surah At-Taubah berdekatan dengan surah Al-Baqoroh dan mempunyai kesamaan antara keduanya, maka tidak dituliskan basmalah di awal surah...

Keempat
Pendapat yang mengatakan bahwa ketika dilakukan pembaikan mushaf pada zaman khalifah Ustman r.a, terdapat perbezaan pendapat antara para penulis mushaf, apakah surah At-taubah dan Al-anfal merupakan satu surah atau dua surah yang berbeza? Untuk mengambil jalan tengah dari dua pendapat tersebut, maka ditetapkan bahawa surah At-taubah dan Al-anfal adalah dua surah dengan tanpa menuliskan basmallah di awal surat At-taubah...

Sumber:teratak-ilmiah

p/s-pendapat yang banyak diterima ialah pendapat tentang Bismillah digunakan untuk keamanan,so ianya tak sesuai disebabkan surah ni diturunkan semasa peperangan dan mengecam terhadap sikap orang kafir dan munafiq.Jom kita jalan kempen satu hari 5 muka surat Al-Quran....

11 comments:

Zyash said... [Reply to comment]

Alhamdullillah..Seronok sangat membaca..Berkongsi2lah walaupun sepotong ayat..
HEARTBEAT Tambah Pendapatan Selain Nuffnang
Lagi RM6.31cen nak Cashout Nuffnang

faiz said... [Reply to comment]

@Zyash
btol tu...kongsi walaupon satu ayat...

ceritasekupang said... [Reply to comment]

terima kasih kerana berkongsi...


jemput singgah

Mohamadazhan hjDesa said... [Reply to comment]

salam ust, terima kasih atas perkongsian :) kadang2 dalam beramal perlu ada ilmu supaya tidak tersesat jalan

faiz said... [Reply to comment]

@Mohamadazhan hjDesa
jgnla panggil ust...ape sgtla ilmu aku...aku bukan baik mane pon ...gelaran ust. tu menunjukkan ketinggian ilmu agama seseorang tu...

liyana said... [Reply to comment]

hurm...betul..yana pun baca ikut turutan.....skrg dh suruh ar-rahman..kamoo?

faiz said... [Reply to comment]

@liyana
at-taubah..bagus liyana

Nur Liyana said... [Reply to comment]

kamoo pun bagus......kamoo sama umo ngan yana yer?

faiz said... [Reply to comment]

@Nur Liyana
umur liyana brape?saya 25

Nur Liyana said... [Reply to comment]

owh..tak sama larh..huk3 hahhaha

siTokei said... [Reply to comment]

thanks atas berkongsi hihihihi.....