Assalamualaikum...
Dah lama aku tak buat entry berunsur informasi ni.Mungkin kesibukan menyebabkan aku takde masa nak research pasal informasi untuk korang.Ya berita baik untuk perkerja kerajaan,Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan dan 360 darjah akan ganti PTK...pasni tak bolehla pekerja kerajaan nak mengular pasni.Sebab konsep 360 darjah ni dinilai oleh pegawai atasan,rakan sejawatan dan kakitangan bawahan.Sapo yang ghomar bonar main fesbuk kat pejabat tu habeihla lopeih ni...kantoi ngan member yang tak suko ko habeih dinilai buruk2 keik ko...heheh
Walaupon aku ni tak pernah kerja kerajaan tapi makbapak aku bekas pekerja kerajaan dulu.Kalau dulu kalau pekerja kerajaan hampeih camner pun kerja,dapat 4 dalam peperiksaan PTK ni dah boleh naik gred tak silap dan gaji pun naikla.Kesian mak aku tak pernah lulus PTK ni....bukan senang soalan-soalan dia...dah macam jawab soalan nak kerja gred M 41 pun ade...tapi PTK untuk guru ni objektif je...kalau siap ada essei tu alamat tak lepas la exam PTK bapak aku...dapatla merasa duit pencen lebih sikit ayah aku sebab lulus..
8 tahun PTK ni dijalankan...Memang setiap kali nak exam PTK ni mak aku mesti mengeluh punya...orang dah berumurkan...manala boleh jawab soalan mengenai komputer dan isu semasa semua tu...Bagi aku 360 darjah ni satu inisiatif yang bagus...ni baru kita dapt kenal pasti kecekapan sorang pekerja tu melalui kerja orang tu bukan berdasarkan peperiksaan semata-mata...cukupla sistem pendidikan negara kita ni yang banyak berorientasikan peperiksaan semata-mata takkan bila dah kerja pun nak dinilai berdasarkan peperiksaan kan...
Mengikut Berita Harian,melalui konsep 360 darjah ni kerajaan juga boleh mengenal pasti bidang kecekapan seseorang kakitangan serta merangka sebarang penambahbaikan yang diperlukan pekerja..Tapi bagi aku konsep 360 darjah ada pro and cons dia...kelebihan dia,360 darjah ni dinilai berdasarkan keupayaan kita...keburukan dia mungkin wujudnya ketidakihlasan dalam bekerja..wujudnya golongan yang suka mengipas bos seperti dalam sektor swasta dan GLC..Aku ingat lagi abang aku yang kerja dekat sebuah company GLC ni...dia cakap,"alaa..bos angah tu pandai kipas je...datang kerja pun lambat..tu pun gaji naik"...
Diharapkan inisiatif mewujudkan 360 darjah tak menjerumus untuk kewujudan golongan yang bagi aku tak berkat gaji dieorng.Diharapkan kerajaan dapat mengkaji lebih mendalam dalam reka konsep 360 darjah ni...jangan bila dah di implement nanti timbul ketidakpuashati di kalangan orang-orang gomen ni..
p/s-sape yang kerja government tu bolehla bagi pandangan korang pasal 360 darjah ni...
