Assalamualaikum..
Entry ni bukan nak menakutkan sesiapa ye...aku tengok krisis nuklear Jepun ni dah semakin parah..mesti korang tertanya-tanya ape itu Chernobyl..Chernobyl ni sebenarnya satu loji jana kuasa di Ukraine yang pernah meletup pada 26 April 1986..peristiwa ni telah menyebabkan 57 orang maut dan tambahan 4000 kematian disebabkan kanser..
Mengikut Berita Harian hari ni paras radiasi kat Jepun sekarang atas sedikit paras purata dan satu kolam kat loji nuklear yang ada batang bahan bakar kat Fukushima terlalu panas dan mendidih dalam keadaan kering...dengar pon mcm krisis ni dah semakin teruk..
Harap-harap jurutera Jepun dapat halang kebakaran kat loji Fukushima supaya krisis nuklear kat Jepun ni tak semakin teruk...mengikut Institut Keselamatan Nukleasr dan Perlindungan Radiologi Perancis (IRSN),tempoh 48 jam selepas ni jadi penentu bagi Jepun...kalo tak kemungkinan Chernobyl baru akan terjadi di Jepun..
Cubaan Jepun nak menyejukkan loji Fukushima dengan helikopter pon kena dibatalkan sebab paras radiasi yang semakin teruk kat sekitar loji..kesan radisi mungkin plak akan merebak ke Amerika Syarikat dan Eropah hari ni..
Yang aku tak faham bila kejadian ni dah berlaku,Malaysia masih lagi nak teruskan projek nuklear..ape yang aku tengok kat Berita Awani ade sorang mamat prof. tu cakap yang teknologi nuklear yang Malaysia nak bina tu lebih selamat sebab menggunankan teknolgi nuklear genenerasi ke-3...kat Jepun tu teknologi generasi pertama...memangla kat Jepun tu generasi pertama...tapi takkanla Jepun tak pernah buat improvement dalam design loji tu...aku ni dulu belajar dalam engineering...ape yang aku belajar kerja engineer mesti akan sentiasa buat improvement baru kat design2 produk dieorng...lagipon kalo dah nak kena bencana generasi ke-80 pon takkan selamat..
p/s-sama-sama la kita doakan keselamatan penduduk Jepun dan diharapkan mereka diberi taufik dan hidayah utk mengenali Islam..

