Pages

Friday, March 4, 2011

Home » , , , » Kaitan Tension dengan Hebat...

Kaitan Tension dengan Hebat...

Assalamualaikum...

Apa kaitan tension aka tekanan ni dengan hebat...mesti korang pernah ada perasaan nak push diri korang bila korang rasa tension...betul tak??sebagai contoh jika korang berada dalam keluarga yang kurang berharta...mesti korang akan push diri korang untuk study hard dan seterusnya jadi seorang mahasiswa yang hebat...itula hakikatnya,sebenarnya tekanan ni perlu ada dalam kehidupan kita...kalau tak kita akan sibuk dengan dunia khayalan kita dan takkan berusaha untuk menjadi seorang yang hebat...bak kata Dato' Dr Fadzilah Kamsah "tanpa tekanan, manusia tidak akan menjadi hebat"...

Contoh teragung boleh kita lihat ialah perjuangan Rasulullah S.A.W...bagaimana tekanan yang dihadapi baginda dan para sahabat...ada yang diseksa,dibunuh tapi disebabkan tekanan tu la Islam jadi semakin hebat dan kuat...tapi tekanan ni kalau kita tak uruskan dengan baik hidup pon boleh musnah silap-silap boleh jadi gila...tekanan akan menjadikan manusia lebih kreatif,lebih bertenaga dan akan lebih tercabar,apabila mencapai tahap maksimum barulah tekanan itu terlampau banyak dan akan menjadikan sakit jiwa,murung dan sebagainya...

Bila kita dah push diri kita tapi tak berjaya apa yang kita perlu buat...putus-asa??putus asa ni la salah satu contoh pengurusan tekanan yang tak baik..sebagai contoh...korang study bagai nak gila...pastu ade plak member korang tu seorang yang relax...asyik duduk mengangkang layan movie...dan bila result exam keluar,member korang result lagi bagus...ape nak buat???ape lagi balik tidurla kan...frust menonggeng...rase macam nak berhenti belajar...betul tak??ape yang korang sepatutnya buat ialah just thinking positive...mungkin korang dah study hard tapi tak smart atau keupayaan korang terbatas dan perlu jalan lain untuk jadikan korang ni hebat..

Sebagai contoh member housemate aku dulu...aku rasa dia ialah budak rumah aku yang paling rajin dekat rumah tu...tapi bila time dapat result dia ialah orang yang paling teruk dalam result...tapi dia tak putus asa...dia jadikan tekanan dia untuk menjadi engineer sebagai cara dia cari jalan lain untuk dia capai cita-cita dia untuk jadi engineer...apa yang aku lihat dia ni lebih kepada praktikal...so,dia kuatkan ilmu dia dalam praktikal sebagai contoh dia banyak tengok documentary pasal engineering dan pergi ke kelas English...so,ilmu yang penting untuk alam pekerjaan nanti dia memang ade...lebih mudahla dia nak menghadapi untuk interview nanti dan memang terbukti dia berjaya jadi engineer sekarang...

Banyak kita lihat contoh jutawan dan pelajar cemerlang Malaysia ni berasal dari orang yang miskin...sebagai contoh pelajar cemerlang SPM dulu yang dapat 20A tu Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal..dia ni just anak nelayan...apa yang paling penting sekali ialah jangan putus-asa bila kita menghadapi satu tekanan dan dugaan yang kita rasa berat sangat nak terima...banyakkan berdoa dan tawakkal kepada Allah jika kita dah berusaha...

Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.(Ali Imran:26)

p/s-entry ni sebenarnya nak bagi motivasi dan peringatan kat aku....

21 comments:

Nur Liyana said... [Reply to comment]

hurm...betul tue..bila ada tekanan baru tau kedudukan kita belum selesa lagi....huhuhuh

Unknown said... [Reply to comment]

teringat balik kisah dulu. Kawan atok yang paling pandai dulu sekarang masih menganggur. Budak yang dipandang sebelah mata dulu, sekarang dah jadi pakar ekonomi. Kuasa Allah tak sapa boleh duga

faiz said... [Reply to comment]

@Suhami Ahmad
btol tu..rase bersalah bile pikir balik pandang rendah kat org dulu..

sahromnasrudin said... [Reply to comment]

assalamualaikum..

tekanan boleh memotivasikan dan menyahmotivasikan kita bergantung pd bagaimana kita lihat tekanan itu..

jika silap perhitungan, boleh murung jadinya tetapi jika betul caranya, boleh lonjak kita ke satu tahap lebih tinggi

Along said... [Reply to comment]

Salam Faiz,

Bagi Along tekanan sederhana adalah penting utk diri kita agar bertambah maju.

Jgn lupa doa, agar diberikan jalan oleh Allah utk selesaikan satu-satu masalah.

nufarsa said... [Reply to comment]

di mana ade tekanan di situ ramai orang ingat Tuhan. hehe.peace

faiz said... [Reply to comment]

@SPEK HITAM
kdg2 ade gak yg menyalahkan tuhan..

wawa said... [Reply to comment]

sebenarnya tekanan or pendorong bergantung pada sesetengah org..
hanya segelintir yg thiking positif. tp ramai yg jauh melencong..==)) sbb tu setiap tekanan hidup hanya dapt diatasi dgn ilmu n agama..

tp bersusah2 dahulu mmg bagus la.. sbb setiap perhentian susah tu ada pengalaman yg sgt hebat.. hiihih..

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

yang penting kita kena jadikan tekanan sebagai batu loncatan untuk kejayaan

siTokei said... [Reply to comment]

jika tekanan dpt ditangani anda adalah org berjaya.....

Miss Samsuhada said... [Reply to comment]

tekanan bukan satu bebanan kan tapi satu semangat untuk kita maju andai kita pandang tekanan tu sesuatu yg POSITIF..kalau pandang negatif maka NEGATIF la jadinya..."sekadar untuk berkongsi"

Miss Samsuhada said... [Reply to comment]

tekanan bukan satu bebanan kan tapi satu semangat untuk kita maju andai kita pandang tekanan tu sesuatu yg POSITIF..kalau pandang negatif maka NEGATIF la jadinya..."sekadar untuk berkongsi"

faiz said... [Reply to comment]

@cik cekodok jagung
btol tu...yg penting cara kite urus tekanan tu...

Miecyber said... [Reply to comment]

Kesusahan adalah bantu loncatan untuk memperolehi kejayaan..

Kapsul gelatin babi

KUREKURE COMEL said... [Reply to comment]

tq...mmg betul...huhuhu....
mina kena bersyukur kan....


semuanya bergantung pd rezeki jgk kan....huhuhu....

faiz said... [Reply to comment]

@KUREKURE COMEL
btol tu...hanya syukur je bley buat seseorang tu lebih kuat..

Sue Saari said... [Reply to comment]

tekanan itu menguji kesabaran... =D

amry said... [Reply to comment]

kena ada cara yang betul tuk atasi tekanan tu. yang penting think positive.

satu-satu tekanan tu ada dua. satu tekanan yang disertakan dengan rasa kesungguhan untuk mencapai apa yang diingini. tekanan psitif

tekanan kedua apabila tekanan itu dirasakan sangat membebankan jiwa tatkala dirasakan kita seperti dipaksa melakukan sesuatu tapi kita tak mahu. contoh paling senang. tekanan di tempat kerja.

jangan sampai memudaratkan diri derrr...

nice entry bro.aku suka entry ni!!huhu

~Nabilah~ said... [Reply to comment]

btol 2...pnah gak jealous gler ble tgk kwn asyik relax jer tp rslt slalu gmpak....ble pkir blik,maybe skrg rzeki die....insyaallah stu arie nnt,rzeki kte plak....

faiz said... [Reply to comment]

@Nabilah Atiqah
btol tu..thinking positive key segala-galanya..

Anonymous said... [Reply to comment]

tension biarlah berpada2....jangan tension sampai mudarat diri sendiri....tekanan hidup la katakan...