Assalamualaikum..
Hari ni aku nak jadi penyokong tegar BN...nak promote sikit program yang dianjurkan Pemuda BN Malaysia ni...BN Youth Fair 2011 ni sebenarnya nak mengurangkan kadar pengagguran kat Malaysia supaya lambakan anggur2 kat Malaysia tak melebihi permintaan...heheh..(mcm sesuai je utk aku)..Aku nak promote pameran kerjaya atau job fair ni sebab ada kelainan sikit dalam pameran ni..
BN Youth Fair ni akan diadakan pada 25-27 Mac 2011 di Dewan Tun Razak 1,PWTC Kuala Lumpur...tinggal 3 hari je ni...sapo yg tak buek resume lagi tu copeik la buat apo laie...macm biasala dalam job fair korang kena register dalam laman web mereka pastu upload resume korang...sampai kat pameran tu nanti korang akan diberi bar code,so just scan je kat booth pameran tu. bila korang nak apply kerja tu..
Antara exhibitors yang akan datang dalam job fair ni:
1)Syarikat Multinasional
2)Government Linked Companies(GLC)
3)Sektor Swasta
4)Agensi Pekerjaan
5)Institusi latihan dan syarikat penempatan pekerjaan
6)Jabatan Kerajaan dan agensi agensi yang berkaitan
Mengikut apa yang aku dengar kat MHI ni BN Youth Job Fair atau Pameran Kerjaya Pemuda BN 2011 memang ada kelainannye..time pameran ni dieorang akan adakan klinik interview ngan klinik buat resume dgn mantop sekali hingga takde satu company pon sanggup tolak resume korang nanti...heheh
Lagi satu kelainan yang aku suka ialah BN Youth Job Fair ni ada buat sistem SMS gak...kalo dah lepas pameran ni atau tak sempat nak pergi kat sana dieorng akan update kerja terbaru di laman web dieorng dan kat twitter pon dieorng akan update..kat situ dieorng gak akan sertakan bar code bagi kerja2 tu...so,korang just tulis bar code kerja yang korang minat tu dan send kat 33XXX..sorry dah lupe..tapi jagan lupa plak uploas resume kat laman web dieorng dulu..
Ade gak satu sudut pameran yang khas kepada orang yang nak apply kerja kontrak..Aktiviti-aktiviti kat Pameran Kerjaya Pemuda 2011 ni:
1)Resume Klinik
2)Video resume
3)Sudut Intensif
4)Sudut pekerjaan kontrak
5)Barcode dan pendaftaran SMS
6)Perbincangan kerjaya dan sesi latihan
7)Temu duga secara langsung bagi para pencari kerja dan majikan
Sape yang dah lepas sekolah,semester akhir ngan dah graduate yang tengah nak mencari pekerjaan tu boleh la terjah ramai-ramai...sapo yang agak-agak nak tukar kerja tu pon digalakkan datang..nak tahu lebih detail boleh pergi ke www.bnyouthjobfair.com
p/s-apsal nak pilihanraya ni banyak sangat program-program kerajaan buat ye...heheh...saje nak buat provokasi sikit...

