Pages

Showing posts with label Om Burger. Show all posts
Showing posts with label Om Burger. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Buka Stall Burger Takda Untung maa...

Entry ni bukan nak pandang rendah kat usahawan burger ye...kang marah plak Burger Ijan..die wat untung beribu-riban sebulan...ko selambe je nak cakap takde untung..Aku just nak kongsi pengalaman aku bukak stall burger...Aku bukak stall burger lepas aku habis matrikulasi,tu pon idea dari member aku...kebetulan dia pon baru habis SPM...modal kiteorang tak banyak...stall dah ade dan tapak tak payah sewa...just beli bahan mentah...modal aku guna duit baki elaun matrik....

Hari first bukak memang excited gile..pukul 5 ptg dah terpacak kat stall nak buat test dulu...konon nak QC dulu la kan...sodap ke tak sodap...try buat 2-3 burger...memang best wa cakap sama lu..akibat kesedepan die aku dah mula terbayang handphone baru hujung bulan time tu..hehehe...tula orang melayu tak dapat ape-ape lagi dah berangan...siap buat perasmian dari menteri besar lagi...heheh...so,dah lepas test memang kiteorang puas hati dan malam tu bajet memang ramai orang beli sebab kiteorang buat dekat sebelah gerai makanan...memang gerai tu penuh sentiasa sebab kalau korang makan dia punye nasi goreng penuh satu pinggan..silap-silap lepas makan korang tak boleh bangun...malam tu memang excited gile..

1 jam pertama...

Buka Stall Burger Takda Untung maa...
Muka excited dah macam Anwar Hadi...sumpah best vlog dia ni...


2 jam lepas tu....
Buka Stall Burger Takda Untung maa...
Menunggu macam tunggu Hantu Kak Limah keluar...macam tunggu buah tak jatuh..

3 jam lepas tu....
Buka Stall Burger Takda Untung maa...
Tension...macam nak bunuh diri pon ade.....

Aduss memang tak laku burger kitaorang...sehari dalam 5-6 biji je habis...tu pon ade satu regular customer pasangan suami isteri...baru kahwin kot..nak kate tak sedap..memang sedap...Aku pon hairan apsal tak laku..sampai bile ade orang nak beli burger kat kiteorang pon kiteorang rase pelik sebabnya selalunya takde orang beli tapi waktu tu ade plak orang nak beli..sebab aku rasa hairan

1)Bahan yang best..sos best,mayonis Ladys Choice penuh satu burger...sayur segar,daging Ramly burger(yang tebal punye ye..bukan nipis punye ye..),Kicap Perasa Maggi...semua lengkap cuma takde sos black pepper...tak letak tu pon sebab member aku cakap...'kita berniaga ni kena meminimumkan modal dan memaksimumkan keuntungan,'..
2)Packaging yang menarik...guna polystyrene(padahal malas nak bungkus pakai kertas...heheh)
3)Lokasi yang strategik...dekt gerai makan dan dekat Kolej Komuniti..
4)Harga di bawah harga pasaran..kiteorang murahkan 20 sen...
5)Service yang cekap(padahal sikit orang beli,memang la cepat)
6)Pelan pemasaran yang bagus

Pelik betulkan...sampai ada satu hari tu kiteorang buat satu plan marketing baru...kiteorang buat dekat depan sekolah..strategi yang memerlukan korang menebalkan muka...kiteorang masak siap-siap dalam 15 biji...masak sikit je...konon nak test market dulu...lepas tu habis budak sekolah balik sekolah kiteorang jual burger kat kereta....macam orang selalu buat tu...jual kat bonet kereta...tapi seperti dijangka jualan hanya 4-6 biji je...bakinye sedekah kat orang..so,esoknya kiteornag dah tak buat camtu lagi...memalukan adelah...Kiteornag hanya bertahan sebulan je..sebab burger banyak dihabiskan oleh kiteornag sendiri bukannya pembeli...nasib dapat modal tak rugi...

Buka Stall Burger Takda Untung maa...
Aku di bahagian packaging

p/s-satu hari nanti ingat nak bukak stall burger lagi...dalam option Mat Salai or Burger Kukus...which better???

Friday, January 7, 2011

KISAH PEMUDA TAK TIDUR 3 TAHUN......


Hari ni aku nak share satu kisah orang tak tidur 3 tahun.Asyik tengok kisah panas artis malaysia je,sesakali dengar kisah lain ok jugak kan.Ada ke orang tak tidur 3tahun walaupon seminit?macam mustahil je.tapi jawapannya memang benar.sebab ape aku cakap benar..sebab ni memang kisah benar yang berlaku ke atas diri aku sendiri.seperti mane korang tengok gambar kat atas tu macam tu la kehidupan aku hampir 3tahun semenjak tahun 2008.setiap kali aku nak tidur mesti aku akn lihat jam.bila dah subuh terus bangun dari berbaring.perasaan tension memang la tak boleh nak dikatakan.Tapi alhamdullilah aku sempat habiskan degree aku di uitm sebelum aku dapat penyakit ni dan aku dah mula boleh tidur sikit sejak setengah tahun ni walaupun sekejap dan tak senyenyak diri aku dulu.Tapi aku tak sempat untuk pergi convocation sebab waktu tu aku tengah teruk sakit.Sebelum tu aku memang ada sejarah susah nak tidur semasa aku form 3 dan form 5.

bila orang tanya aku..ko tak pergi berubat ke faiz?dah macam-macam cara aku dah lakukan.cara tradisional,moden dan macam-macam lagi.dah habis beribu duit keluarga aku habis mengubatkan aku sehingga aku sanggup mengajak ayah pergi mengerjakan umrah untuk berdoa kepada Allah.Aku juga dah dirujuk pakar psiakitrik sehingga kepala aku dicurrent(ECG) sebanyak 6 kali dan aku dicucuk setiap 2minggu selama setahun.Aku tak kisah sangat dengan tak boleh tidur.tapi paling aku tak terima kenyataan dan takuti ialah aku tiba-tiba aku berfikiran seperti orang anti-islam dan keadaan fizikal aku jadi lemah sehingga aku nak jogging pun dah tak larat.aku dah tak boleh lakukan aktiviti seperti orang seusia aku.Sebenarnya banyak lagi implikasi dari penyakit aku ni yang aku susah nak ceritakan.

aku selalu tertanya-tanya adakah aku akan jadi ahli neraka dengan pemikiran aku sekarang?kenapa aku berubah sikap?tapi aku tak boleh kalah dengan pemikiran aku.aku tak pernah terfikir nak jadi macam ni walaupon sesaat.aku sekarang mula selalu ke masjid dan memperbayakan baca al-quran.tapi setiap kali aku beribadah mesti aku tertanya-tanya adakah ibadah aku diterima oleh Allah?dan setiap kali aku nak rasa gembira aku akan terkenangkan apa akan terjadi pada aku pada alam barzakh dan hari akhirat?Tapi aku tetap bersangka baik mungkin ini satu ujian kepada aku.

2tahun pertama aku dapat penyakit ini kehidupan aku betul mati.hidup aku hanya semata-mata baring,ibadah dan makan.tv pon aku tak tengok.lepas 2tahun aku dah mula cuba mengembalikan kehidupan aku..aku mula tengok tv dan bulan ramadhan baru-baru ini ayah aku pasang streamyx.aku tulis blog ni pun sekadar nak mengisi masa lapang aku.aku mula berminat membaca blog tanpa sengaja selepas aku baca blog sharinginfoz dalam entry dia OM Burger: Burger Paling Sedap di Kuala Lumpur?tu pon selepas aku google tentang kedai burger yang sedap sebab aku memang peminat burger.selepas tu aku mula membaca banyak blog orang lain.banyak juga la blog otai yang aku baca macam blogariff,ridzuanrichie dan zackzukhairi.Disebabkan penyakit ni la aku menganggur sampai sekarang dan aku ada reason-reason aku tersendiri kenapa aku tak kerja..

Pada tahun 2011 ini aku mula bertekad untuk membuat sesuatu untuk kehidupan aku.aku perlu buat sesuatu.aku cuba menulis blog untuk mengisi lapang aku dan cuba mencari rezeki halal dan membuat research dalam internet marketing.Satu hari nanti jika aku diizinkan Allah untuk hidup normal macam orang lain aku akan membaiki kesilapan yang aku lakukan selama ini yang dipersia-siakan.doakan la aku untuk berjaya.

p/s-Ada tips mengatsi masalah tidur???kongsi la kat aku...sape yang baca blog ni jadikan kisah aku sebagai teladan.janganla mempersia-siakan kehidupan korang dengan lakukan perkara yang dilarang oleh Allah dan lagho.