Assalamualaikum...
1)Cita-cita
Kenapa aku cakap cita-cita ni ialah first priority,sebab ianya melibatkan masa depan korang..pekerjaan korang nanti..bila korang pilih kursus berdasarkan cita-cita,korang akan lebih bersemangat untuk push diri korang untuk score dalam peperiksaan time korang belajar nanti...
Aku rasa mesti ramai calon SPM 2010 tengah excited menunggu keputusan SPM yang aku rasa dah semakin dekat...tapi bila keputusan SPM dah keluar mulala ramai yang delima nak pilih kursus apa kat universiti...macam-macam yang difikir...ada kerja ke kursus ni?boleh ke aku bawak kursus ni?ada gak yang pening kepala nak pilih diploma ke...matrikulasi or foundation...stpm ke..okla..kali ni aku cuba nak kongsi sedikit tips atau panduan untuk korang pilih kursus berdasarkan pengalaman aku...
1)Cita-cita
Kenapa aku cakap cita-cita ni ialah first priority,sebab ianya melibatkan masa depan korang..pekerjaan korang nanti..bila korang pilih kursus berdasarkan cita-cita,korang akan lebih bersemangat untuk push diri korang untuk score dalam peperiksaan time korang belajar nanti...
2)Minat
Minat ni penting juga sebab bila korang pilih berdasarkan minat korang akan mudah memahami apa yang korang belajar nanti..Kalau minat korang dalam pengiraan dan teknologi..korang boleh cuba ambil bidang engineering...kalau boleh jangan terikut-ikut atau terpengaruh dengan pilihan member korang...sebab banyak yang tersilap pilih sebab kawan ni...yela dulu member karib dikatakan...jgnla plak korang terikut2 perasaan gay korang tu kadang-kadang apa yang member korang pilih tu bukan apa yang korang minat...
3)Result
Kursus yang korang ambil tu mestilah berdasarkan result korang jugak...kalau result fizik korang A tapi biologi korang C tak payahla korang nak mengada-ngada ambil sains hayat plak dekat matrik...sebab selalunya result SPM tu menunjukkan keupayaan korang sebenar...daripada keputusan tu la korang dapat kenal pasti yang korang lebih kepada mengira ke atau menghafal.....
4)Jobs demand atau permintaan pekerjaan
Aku letak permintaan pekerjaan ni no.4 sebab zaman sekarang ni dah banyak pekerjaan..even course yang tak pernah dengar pun korang boleh dapat kerja...sebagai contoh member aku ambil kursus yang tak pernah aku dengar sebelum ni..aku siap gelak lagi kat dia...tapi sekarang ni dia dah kerja kat government..tapi permintaan pekerjaan ni korang kena consider gak...takut kursus tu dah terlalu ramai orang ambil...so,competition nak dapat kerja amat tinggi...cuba ambil kursus yang ada demand kat market tapi tak ramai orang ambil...sebagai contohnya Chemical Engineering...korang boleh check or survey jobs demand ni kat portal-portal seperti JobStreet dan jobsdb
5)Listing
Lepas korang dah habis pilih,buat list semua pilihan korang tu...bincang dengan orang yang lebih pengalaman...sebagai contoh makayah,abang,saudara mara atau senior..
6)Scope kerja yang luas
Maksud scope kerja yang luas ni ialah kalau korang nak ambil Mechanical Engineering...Ambil course yang pure mechanical jangan ambil yang ada specific atau specialist seperti Mechanical Engineering in Manufacturing...bila korang ambil yang specific ni korang nanti hanya boleh kerja di dalam bidang manufacturing je...so,misalnya korang nak kerja dalam oil and gas korang tak layak nak mohon..
Tu jela yang aku tahu...sape yang tahu lebih boleh kongsi kat sini...untuk pemilihan matrikulasi atau diploma tu...ikut keyakinan korang..kalau korang yakin dengan masuk matrikulasi korang dapat keputusan yang baik dan dapat ambil kursus yang korang hajat tu,lebih baik masuk matrik sebab korang dapt jimat tempoh pembelajaran korang...dan matrikulasi ni agak tertekan sikit sebab banyak sangat benda-benda nak dibelajar disumbat dalam satu tahun..tapi tak silap aku sekarang ni masuk diploma pon dah ada fast track..
p/s-Kalau dah banyak sangat pilihan tu cuba solat istikharah..insyaallah akan ditunjuk jalan yang baik untuk korang

