Pages

Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Bersedia ke kita untuk mati??

Assalamualaikum...

Korang rasa korang bersedia tak nak mati??Entahla aku ni jenis takut dengar kematian.Baru-baru ni aku ada terbaca entry seorng blogger yang member dia meninggal dalam accident.Member dia tu blogger gak.Nama blogger yang meninggal tu Muhammad Safwan bin Abdul Kadir...Aku pun terjahla blog arwah...Umur dia baru 19 tahun...sama-samala kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah..

Dari apa aku baca blog arwah aku dapt rasa arwah ni seorang yang happy go lucky.Entry dia santai dan banyak lawak.Pastu aku terfikir mesti arwah tak pernah terfikir dia akan meninggal semuda tu.Tula aku bila aku baca pasal kematian akibat kemalangan ni.Mesti aku berfikir,"dah bersedia ke arwah untuk meninggal"..."sempat ke arwah bertaubat"..

Mungkin sifat aku terlalu memikirkan mati ni menyebabkan aku agak tak yakin bila memandu.Baru tadi mak aku call.Dia call dari Bahau.Dia cakap jalan dekat railway Bahau tu tengah jamm.Sebab berlaku kemalangan yang aku rasa kemalangan paling ngeri di Bahau ni.Mak aku cakap ada sebuah lori break dia tak berfungsi langgar semua kenderaan dekat traffic light.Dengar cerita 5-6 orang maut.Ade yang mak aku cakap mayat dia melepet bawah tayar lori tu.

Semua kejutan.Mesti mangsa kemalangan tu tak sangka dieorng ni akan kena langgar.Tengah tunggu traffic light hijau tiba-tiba benda paling ngeri berlaku pada mereka dan ada yang sampai mengambil nyawa mereka.Sebab tu aku tak setuju bila orang muda ditegur untuk bertaubat dieorng ni jawab,"alaa...kita ni muda lagi..tak payahla nak nasihat camni,nanti dah tua beribadah la banyak-banyak"...kita takkan tahu bila ajal kita.Sebab tula aku nak nasihat diri aku dan semua pembaca blog aku ni cuba jangan terlalu leka dengan duniawi.

p/s-sama-sama la kita renungkan

Friday, March 11, 2011

Muhasabah Diri: Firaun Sebelah Aku

Assalamualaikum...

Sempena hari Jumaat ni elok la rasenye kalau kita muhasabah diri sikit...hari-hari aku baca surat khabar keluar berita orang meninggal...kemalangan,sakit...baru-baru ni plak masalah kencing tikus plak...semua yang aku baca semuanya masih muda.... kebanyakannya tak sampai pon 40an..kadang terdetik gak dalam hati aku..

"sudah sedia ke aku nak mati ni"
"cukup ke amalan aku sekarang ni"
"macam manela keadaan orang yang meninggal ni dalam alam barzakh..sempat ke dia bertaubat sebelum dia meninggal"

Memang aku ni jenis seseorang yang terlalu memikirkan pasal mati...kadang2 ade orang tu dengar orang mati,die buat relax je...macam takde pape...tapi aku ni jenis yang suka fikir ape yang akan terjadi selepas kita mati...kadang2 ingat mati ni bagus gak sebab dapat muhasabah diri kita selalu...

Mesti korang pelik dengar tajuk entry ni...apa kaitan mati ngan tajuk aku ni...aku cuma nak kongsi ape yang aku dengar dari ceramah dulu...aku mengakui sebelum aku sakit aku tak terpikir langsung nak dengar ceramah agama ni..sampai ada satu hari tu bila mak aku mengajak aku dengar ceramah,aku menjawab,"mak,Faiz dulu sekolah agamala,tiap2 hari dah dengar ceramah"...memang manusia sikap dia cepat puas hati dengan ape yang ada pada diri diaz...sedangkan kita dituntut untuk kejar ilmu hingga liang lahad..

Sebenarnya aku nak cerita pasal hari kebangkitan dimana kita dibangkitkan dari kubur selepas hari khiamat...sebenarnya bila kita dibangkitkan dari kubur tak semestinya kita akan berada di mana tempat kita ditanam...maksud aku kalau korang ditanam di Negeri Sembilan tak semestinya korang akan berada di Negeri Sembilan masa hari kebangkitan..

Kita akan dibangkitkan mengikut golongan-golongan tertentu..kalau cukup amalan korang,insyallah orang disekeliling korang ialah golongan yang soleh...bak kata ustad tu...bayangkan bila korang dibangkitkan..sebelah korang Firaun...depan Abu Jahal,belakang Kemal Ataturk...kat situ pon korang dah digambarkan apa yang korang akan dapat di padang masyar nanti...

Macam tu gakla waktu kite terima buku amalan kita...kalau kita terima tangan kanan insyaallah amalan korang akan dihisab mudah2...kalo tangan kiri amalan korang akan dihisab dengan detail sekali...bila melalui titian mustaqim plak...ade yang lalu selaju kilat...ade yang merangkak dan mcm2 lagi mengikut amalan kita..

p/s-kita disunatkan mengingati mati tapi jangan menyebabkan kehidupan kita terjejas..mati salah satu cara muhasabah diri yang terbaik..