Pages

Showing posts with label pemain bola sepak malaysia. Show all posts
Showing posts with label pemain bola sepak malaysia. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Keputusan Penuh Malaysia 2 Vs 0 Hong Kong

Keputusan Penuh Malaysia 2 Vs 0 Hong Kong
Nampaknya hari ini ialah perlawanan persahabatan pertama untuk menguji kemampuan Malaysia selepas menjuarai Piala Suzuki AFF.Pemain pertahanan kita Aidil Zafuan kembali dari kecederaan tapi tidak berjaya mendapat tempat sebagai kapten..Aku nampak tahun ni Malaysia begitu serius untuk developed permainan pemain bola sepak kita,banyak perlawanan persahabatan yang telah dirancang, tak silap aku lepas ni Malaysia akan melawan Pakistan pulak....Tapi yang aku terkejut stadium kosong nampaknya walupun harga tiket yang murah...Aku ingat stadium comfirm penuh hari ini sebab peminat mesti teruja dengan perlawanan ni sebab nak tengok performance pemain kebangsaan selepas Piala Suzuki AFF...Mungkin perlawanan ni diadakan bukan pada waktu cuti umum kot...

Terdapat 2-3 serangan gak aku tengok pada separuh masa pertama ni tapi Hong Kong lebih bermain secara bertahan.Golkeeper kita Khairul Fahmie nampaknya hanya melepak makan nasi lemak saje sebab tiada serangan bahaya dari Hong Kong.Gol pertama berjaya dihasilkan oleh kapten kita Safiq Rahim hasil kesilapan pertahanan Hong Kong sebelum separuh masa pertama berakhir... 

Akhirnya Khairul Fahmie terpaksa berhenti makan nasi lemak kat pintu gol sebab Hong Kong membuat serangan pertama mereka pada minit ke 47 tak silap aku....Akibat kembung perut makan nasi lemak terlalu banyak...hahahah...Khairul Fahmie telah diganti dengan keeper gantian Mohd Farizal Marlias pada minit ke 59..Gunalan berjaya hasilkan percubaan bahaya pada minit 75 tapi malangnya terkena tiang gol...

Safee Sali nampaknya tak dapat menjaringkan gol pada hari ni sebab dikeluarkan pada mninit 84...Kalau Hong Kong tak main bertahan aku rase Safee Sali boleh jaringkan gol...Akhirnya pada minit terakhir Malaysia berjaya menambah gol daripada Amirulhadi Zainal pada angle yang susah gak aku tengok...Finally malaysia 2 dan Hongkong 0...Malaysia berjaya menunjukkan mereke deserve memenangi Piala Suzuki AFF..Tahniah Malaysia..

p/s-aku tengok permainan malaysia memang semakin bagus tapi passing mesti dipertingkatkan lagi...

Friday, January 14, 2011

Pemain bola pun buat promosi facebook...

Tu yang berlaku terhadap pemain bola sepak top turkey tuncay sanli.Akibat begitu frust dengan pasukan stoke city yang tak memberi peluang kepada dia untuk bermain..Tuncay sanli ni telah upload video top ten gol dia dalam facebook untuk jual diri sendiri.Hahaha...kesian pulak dengar sebab tuncay sanli tu agak star jugak..pemain bola sepak malaysia pun tak pernah buat camtu..Kepada pemain bola sepak Malaysia boleh la try buat teknik ni,mana tahu ada pulak kelab eropah minat pulak.