Pages

Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Tips Berjaya Dalam Peperiksaan...

Assalamualaikum...

Entry kali saje nak bagi sedikit tips berjaya dalam peperiksaan...sebab aku rasa sekarang ni memang musim exam dan test bagi yang masih lagi study kan..aku bukan hebat(ko mmg tak hebat dowh..) sangat tapi okla dengan course yang agak kritikal yang aku ambik time study dulu...tapi tips ni untuk orang yang selalu study last minit la ye...sebab aku dulu suka study last minit...heheh..

1)Pastikan korang keluarkan semua nota yang lecturer korang bagi atau korang buat...baca semua tu at least sekali supaya korang refresh sikit apa yang korang baca...uat sedikit note kecik(boleh buat toyol)...note kecik ni bertujuan untuk korang ingat sedikit dan boleh digunakan untuk saat-saat akhir mulanya peperiksaan...tapi aku bagi amaran kat korang jangan bukak buku tebal yang korang beli tu yang kononnya korang nak baca sangat tu seperti kat bawah...silap2 otak korang jadi tepu dan dan takde kejadah korang baca semua tu...heheh

Tips Berjaya Dalam Peperiksaan...

2)Lepas korang dah revise sekali tu,cari past year paper bagi subjek yang korang nak ambik tu dan jangan lupa keluarkan semua tutorial dan test-test yang lecturer korang pernah bagi...try to do for your ownself...kalau rasa tak boleh buat barula korang discuss dengan member-member korang...sebab ape aku suruh korang buat sendiri...ni sebenarnya nak menguji apa yang korang faham tentang apa yang dibaca tadi...dan keduanya sebab bila korang buat sendiri hasilnya lebih banyak sebab selalunya discussion berkumpulan ni lebih banyak berborak kosang berbanding berbincang apa yang sepatutnya...

3)Pastikan korang jangan buat revision tu terlalu lama...maksud aku jangan korang mengada nak marathon 3jam tanpa henti sehingga korang teringin menghentakkan kepala korang dekat meja tanpa henti...cuba relax sikit lepas 2jam study ke...layanla sama housemate korang video2 yang lawak2 sikit supaya takdela korang tension memikirkan exam korang tu...kalau korang nak keluar makan pergi mamak or McD ok gak kan....lagi-lagi yang berhajat nak stay up tu...

dulu aku ngan member aku layan video ni lepas study macam orang gila...pastu ketawa kuat2 tak ingat dunia..heheh

4)Kadang-kadang tu korang rajin-rajinla jalan2 tengok member korang study ye...pastu tanya la sikit apa dieorng baca...dengan cara tu mungkin korang boleh tahu apa yang korang tertinggal..

5)Last sekali ni ialah pagi sebelum korang nak pergi exam...jangan korang mengada-ngada nak bukak buku lagi kecuali note kecik yang telah dibuat...sebab bila korang buat camni mungkin tiba-tiba korang ada jumpa sesuatu penting yang korang tak baca lagi...lepas tu mula menggelabah sampai apa yang korang dah ingat pon boleh jadi lupa...yang paling panting sekali jangan sekali korang bincang-bincang lagi dengan member korang...kang mulala keluar ayat,"ape ko bincang dowh,aku tak jumpe pon,bila plak kita belajar benda alah ni"...buat cool je walaupon korang tengah cuak tahap gaban...biarkan je member korang yang tengah discuss2 tu...

p/s-yang paling penting jangan lupa doa sebelum study dan exam..yang kedua tu paling penting,banyakkan buat latihan dari membaca insyaallah berjaya...sape yang ada tips peperiksaan yang lain boleh la kongsi same2 ye..