Pages

Showing posts with label uitm. Show all posts
Showing posts with label uitm. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Akibat Mamai...Si Otai dikejar Pak Guard....

Ape nak jadi orang zaman sekarang hisap dadah je kerja dia...tapi hari ni bukan aku nak cakap pasal dadah...aku nak kongsi pengalaman aku kena kejar Pak Guard kat UiTM...takde kene mengena dengan dadah ye..I'm not drug addict...Kenapa aku tulis si otai sebab member aku cakap rasanya kes ni first time dalam sejarah UiTM orang buat apa yang aku buat ni...aku kena kejar sebab tak pakai helmet masuk UiTM...UiTM ni memang strict sikit pasal undang-undang jalan raya ni...tapi sebenarnya aku bukan sengaja pon...

Al-kisahnya...aku ni dulu dok kat rumah sewa kat seksyen 7,tak duduk kat hostel,tahu-tahu je la...UiTM memang susah nak dapat hostel...pada hari tu aku habis kelas pukul 12:30 tgh,so lepas tu balik rumah ngantuk gila sebab bangun awal kelas start pukul 8:30 pagi tadi...aku pon tidur la sekejap sebelum kelas pukul 2:30 ptg...Bangun-bangun je tengok dah pukul 2:20...memang kelam-kabut time tu,mamai pulak tu...nak pergi fakulti aku dari rumah aku lebih 5 minit...pastu tak solat lagi...dengan lajunya aku sembahyang pastu terus lari turun rumah...rumah aku flet...dah la takde lif tingkat 4 lagi...naik motor terus jalan...bawak pon laju gila,kalah Valentino Rossi....hahaha...padahal kriss je motor aku...sebelum masuk pintu gate belakang UiTM ade satu traffic light...time tu merah pulak tu..kat situ nak tunggu hijau memang lama...Banyak gak motor bersusun kat taffic light tu...jalan tu memang sibuk sikit...mamat motor sebelah aku pon pandang pelik je kat aku...aku pon hairan dan pelik kenapa mamat tu pandang-pandang aku...aku buat cool je la...
Akibat Mamai...Si Otai dikejar Pak Guard....

Sampai je kat pintu gate UiTM tu tiba-tiba pak guard tu tiup whistle kat arah aku..dalam hati,'apehal la pak guard ni,aku pakai sticker motor pon ko nak tahan aku ke,kecoh btol'...tiba-tiba aku diberi pentunjuk...heheh...kepala aku rasa sejuk...aku pegang kepala rupanya aku tak pakai helmet...tanpa berlengah lagi aku pulas throttle motor paling maksimum...tak lari kang comfirm melayang RM60 ni...malu pon dapat...baik aku lari...time tu memang tak fikir ape lagi selain nak menyelamatkan diri...laju betul time tu aku bawak...siap corner baring tu...

Sampai fakulti terus parking motor,memang tak sempat la nak kunci motor takut pak guard tu nampak aku..time tu macam-macam perasaan ada kat aku...cuak+malu+kelam-kabut+puas hati...aku puas hati sabab berjaya melarikan diri dari pak guard tu...hehehe...nasib sampai dekat kelas home mate aku baru je lepas habis kelas kat situ...terpaksala mintak tolong dia supaya ambil helmet kat rumah pastu letak kat motor aku..kalau tak,memang tak balik rumah la aku nampaknya..

p/s-jangan tidur sebelum pergi kelas

Friday, January 7, 2011

KISAH PEMUDA TAK TIDUR 3 TAHUN......


Hari ni aku nak share satu kisah orang tak tidur 3 tahun.Asyik tengok kisah panas artis malaysia je,sesakali dengar kisah lain ok jugak kan.Ada ke orang tak tidur 3tahun walaupon seminit?macam mustahil je.tapi jawapannya memang benar.sebab ape aku cakap benar..sebab ni memang kisah benar yang berlaku ke atas diri aku sendiri.seperti mane korang tengok gambar kat atas tu macam tu la kehidupan aku hampir 3tahun semenjak tahun 2008.setiap kali aku nak tidur mesti aku akn lihat jam.bila dah subuh terus bangun dari berbaring.perasaan tension memang la tak boleh nak dikatakan.Tapi alhamdullilah aku sempat habiskan degree aku di uitm sebelum aku dapat penyakit ni dan aku dah mula boleh tidur sikit sejak setengah tahun ni walaupun sekejap dan tak senyenyak diri aku dulu.Tapi aku tak sempat untuk pergi convocation sebab waktu tu aku tengah teruk sakit.Sebelum tu aku memang ada sejarah susah nak tidur semasa aku form 3 dan form 5.

bila orang tanya aku..ko tak pergi berubat ke faiz?dah macam-macam cara aku dah lakukan.cara tradisional,moden dan macam-macam lagi.dah habis beribu duit keluarga aku habis mengubatkan aku sehingga aku sanggup mengajak ayah pergi mengerjakan umrah untuk berdoa kepada Allah.Aku juga dah dirujuk pakar psiakitrik sehingga kepala aku dicurrent(ECG) sebanyak 6 kali dan aku dicucuk setiap 2minggu selama setahun.Aku tak kisah sangat dengan tak boleh tidur.tapi paling aku tak terima kenyataan dan takuti ialah aku tiba-tiba aku berfikiran seperti orang anti-islam dan keadaan fizikal aku jadi lemah sehingga aku nak jogging pun dah tak larat.aku dah tak boleh lakukan aktiviti seperti orang seusia aku.Sebenarnya banyak lagi implikasi dari penyakit aku ni yang aku susah nak ceritakan.

aku selalu tertanya-tanya adakah aku akan jadi ahli neraka dengan pemikiran aku sekarang?kenapa aku berubah sikap?tapi aku tak boleh kalah dengan pemikiran aku.aku tak pernah terfikir nak jadi macam ni walaupon sesaat.aku sekarang mula selalu ke masjid dan memperbayakan baca al-quran.tapi setiap kali aku beribadah mesti aku tertanya-tanya adakah ibadah aku diterima oleh Allah?dan setiap kali aku nak rasa gembira aku akan terkenangkan apa akan terjadi pada aku pada alam barzakh dan hari akhirat?Tapi aku tetap bersangka baik mungkin ini satu ujian kepada aku.

2tahun pertama aku dapat penyakit ini kehidupan aku betul mati.hidup aku hanya semata-mata baring,ibadah dan makan.tv pon aku tak tengok.lepas 2tahun aku dah mula cuba mengembalikan kehidupan aku..aku mula tengok tv dan bulan ramadhan baru-baru ini ayah aku pasang streamyx.aku tulis blog ni pun sekadar nak mengisi masa lapang aku.aku mula berminat membaca blog tanpa sengaja selepas aku baca blog sharinginfoz dalam entry dia OM Burger: Burger Paling Sedap di Kuala Lumpur?tu pon selepas aku google tentang kedai burger yang sedap sebab aku memang peminat burger.selepas tu aku mula membaca banyak blog orang lain.banyak juga la blog otai yang aku baca macam blogariff,ridzuanrichie dan zackzukhairi.Disebabkan penyakit ni la aku menganggur sampai sekarang dan aku ada reason-reason aku tersendiri kenapa aku tak kerja..

Pada tahun 2011 ini aku mula bertekad untuk membuat sesuatu untuk kehidupan aku.aku perlu buat sesuatu.aku cuba menulis blog untuk mengisi lapang aku dan cuba mencari rezeki halal dan membuat research dalam internet marketing.Satu hari nanti jika aku diizinkan Allah untuk hidup normal macam orang lain aku akan membaiki kesilapan yang aku lakukan selama ini yang dipersia-siakan.doakan la aku untuk berjaya.

p/s-Ada tips mengatsi masalah tidur???kongsi la kat aku...sape yang baca blog ni jadikan kisah aku sebagai teladan.janganla mempersia-siakan kehidupan korang dengan lakukan perkara yang dilarang oleh Allah dan lagho.