Assalamualaikum...
Entry kita citer pasal politik ye...kita kasi paneih sikit..hehe..Aku tertarik dalam satu dialog dalam filem Fast and Furious 5...dialog ketua drug dealer Reyes...dia cakap,"tu cara yang kejam..kita tak perlu buat macam tu...kita kena ikut cara penjajahan Portugis..kita bagi apa yang dieorng suka...tapi syaratnya mereka ni hak kita..sebab tu Brazil guna bahasa Portugis"..lebih kurang camtula dialog dia...bahasa pon dia cakap melayu..cuma loghat nogori dio pekat sikit..heheh
Rasenya pemerintahan Malaysia macam tu tak?...Sebenarnya kebanyakan negara buat konsep ni nak memerintah...sogok dengan harta benda..duit ngan projek untuk memancing hati rakyat...sedangkan Arab Saudi pon buat macam tu pada rakyat dieorng..Nak menutup mulut rakyat supaya tak merusuh..tak silap dieorng bayar RM3000 setiap orang rakyat dia..so,mereka ni akan senyap dengan harta benda yang disogok tu..
Kita tengok berita ngan surat khabar...bila pilihan raya mula la banyak janji-janji berbentuk duit,harta benda projek mega...keikhlasan kerajaan??wallahuaalam...sampai aku pernah dengar kontraktor cakap,"kalau nak banyak projek tunggu je la pilihan raya"...Bila tunjuk statistik..mesti banyak tentang duit kerajaan yang keluar untuk rakyat..tujuan???mestila nak rakyat terharukan..mesti ramai yang cakap,"wah...baik betul kerajaan keluar duit banyak-banyak demi kita...sampai sanggup kuar 50 juta demi email untuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia"...ni contoh ye..takde kena mengena ngan email 1Malaysia yang 'sangat' berguna tu ye...
Sebenarnya politik ni semua sama...sebab tu kadang-kadang aku bosan dengar pasal politik..kejujuran dan keikhlsan ahli politik memang tak ramai...adakah kita ni memang hidup semata-mata duit?..sampai kes kemalangan pun ada statistik berapa banyak duit kerajaan keluar nak betulkan segala kerosakan kerana kemalangan tu..semua duit..duit dan duit..
Kita tengok kepimpinan Rasulullah S.A.W..adakah baginda dapat mengajak ramai orang beriman kepada Allah dengan janji-janji duit..semestinya tidak kan...Baginda tunjuk keperibadian baginda yang begitu agung...kebanyakan orang kafir yang memeluk Islam masa tu disebabkan keperibadian Rasulullah...
p/s-kerana duit ramai manusia lupa diri...
