Pages

Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Sape nak khatam Al-Quran dalam masa sehari...

Assalamualaikum...

Lepas baca satu entry cinta dalam diam dari bakal guru Izz yang ada menyebut tentang perkahwinan Saidina Ali dengan Saiditina Fathimah aku teringat tentang kebijaksanaan Saidina Ali masa aku dengar satu ceramah...Tak silap aku waktu aku dengar ceramah tu puteri Rasulullah ni bukan saje diminati Saidina Ali tapi ade gak bebarapa sahabat Rasullullah nak mengahwini Saiditina Fatimah ni...tak silap aku termasuklah Saidina Umar...

Kisahnye begini...tak silap aku Rasullullah telah mencabar sahabat2 Rasulullah supaya khatam Al-Quran sebanyak 3 kali dalam satu malam...tetapi pada keesokkan harinye takde sorang yang mampu kecuali Saidina Ali...Saidina Ali menjawab dengan membaca Surah Al-Ikhlas...dan tak silap aku kisah ni salah satu faktor Saidina Ali dipilih mengahwini Saiditina Fatimah..

Tapi bila aku menggunakan khidmat bro Google tentang kisah ni aku tak jumpa...so,kalau aku silap harap dapat dibetulkan...tapi ape yang aku jumpa dari bro Google ni ialah satu kisah bila Rasullullah memberi teka-teki kepada para sahabat Rasullullah...

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa  Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

sumber:eforum3

Daripada tu kita boleh lihat betapa pemurahnya Allah kepada hambanya dengan hanya baca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali bersamaan dengan khatam satu Al-Quran...sekarang ni ramai org beri alasan yang dieorng tak sempat nak bace Al-Quran...so,aku cadangkan sape yang tak sempat tu boleh amalkan surah Al-Ikhlas ni yang aku rase hampir semua umat Islam hafal surah yang pendek ni...

Antara yang lain kelebihan mengamalkan surah Al-Ikhlas:

1)Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu
menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

2)Dikisahkan oleh Abdullah bin Abbas meriwayatkan...Rasulullah pernah bersabda yangbermaksud... Katanya nabi saw"ketika aku di israkkan ke langit..aku telah melihat arasy ALLAH beradadi atas 360000 tiang..dan dari satu tiang ke satu tiang yang lainnyamengambil masa 360,000 tahun perjalanannya...Dan di bawah setiap tiang terdapat padang sahara sebanyak 12,000bagi setiap padang sahara itu luasnya mengjangkauperjalanan dari barat ke timur..Dan bagi setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang membaca surah al-ihklas..Apabila selesai membaca semua malaikat itu berkata..."Wahai Tuhan Kami...dan Wahai penghulu kami...sesungguhnya kami menghadiahkan semua pahala bacaan kami..kepada hambaMU yang membaca surah al-ihklas samaada..dia adalah lelaki mahupun perempuan...."
"........Dan sesungguhnya Demi ALLAH yang jiwaku ditanganNYASesungguhnya Qulhuwallahuahadu...itu tertulis di atassayap malaikat JIBRAIL...Allahush Shamad itu tertulis di atas sayap malaikat MIKAIL..
Lam Yalid Walam Yuulad itu tertulis di atas sayap malaikat IZRAIL..dan Walam Yakul lahukufuwan Ahadun terukir di atas sayap malaikat ISRAFIL....dan barangsiapa yang membaca surah al-ikhlas maka seperti dia membaca kitab TAURAT,ZABUR,INJIL dan AL-Quran..."

3)Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
sumber:luvmalaysia

Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi kelebihannya boleh terjah kat sahabatraudhah

p/s- jangan sesekali tinggalkan bacaan Al-Quran

Saturday, February 19, 2011

Trend Al-Quran Dijadikan Barang Hantaran Kahwin...Boleh ke???

Assalamualikum...
Trend Al-Quran Dijadikan Barang Hantaran...Boleh ke???
Entry kali just nak beri peringatan dekat diri aku dan blogger-blogger yang baca blog aku terutamanya yang ada perancangan nak kahwin tak lama lagi...Aku tengok zaman sekarang ni trend hantaran kahwin mesti ada Al-Quran...Terutamanya artis-artis zaman sekarang..Mungkin mereka nak menunjukkan mereka ni seorang Islam yang taat pada agama...Tapi boleh ke??tak silap aku masa aku dengar ceramah tidak digalakkan..So,aku telah menggunakan perkhidmatan En.Google untuk mengesahkan hukumnya dan berita gembira untuk korang yang hukumnya ialah harus mengikut blog Tanya Ustaz ni...Tapi aku nak korang baca kisah ni yang aku dapat dari sinarmawaddah...lepas baca boleh la korang muhasabbah diri ye...


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Ra'd ???
Trend Al-Quran Dijadikan Barang Hantaran Kahwin...Boleh ke???



“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

p/s-rasanya kalau hantaran Al-Quran just nak jadi hiasan..lepas kahwin simpan dalam almari rasanya carila barang lain untuk hantaran...ingat Al-Quran untuk diamalkan bukan sekadar hiasan..

Saturday, February 12, 2011

Cara membaca surah At-Taubah

Tadi aku baca Al-Quran..Aku selalunya baca Al-Quran mengikut urutan dan tadi aku dah sampai ke surah At-Taubah...Tengah aku baca tiba-tiba aku teringat tentang larangan membaca BISMILLAH/BASMALLAH semasa aku belajar tajwid di masjid hari tu...kalau korang tengok pada surah At-Taubah tiada tertulis khalimah BISMILLAHIRAHMANIRAHIM pada awal surah At-Taubah berbeza dengan surah lain di Al-Quran....aku ni takdela hebat sangat dalam bidang agama ni tapi aku rasa ni penting dikongsi sebab aku sendiri sekolah di sekolah agama tak tahu tentang perkara ni...Tak silap aku semasa aku pergi belajar tajwid di masjid hari tu surah At-Taubah tidak dimulakan dengan BASMALLAH disebabkan surah ni diturunkan semasa peperangan Tabuk tak silap aku...untuk memastikannya aku telah reseach kat En.Google...

Antara sebabnya:

1) surah at-Taubah dikira sebahagian daripada surah al-Anfaal sebelumnya, kerana perkara pokok perbincangan dalam kedua-dua surah adalah sama. Kedua-duanya membincangkan persoalan jihad, peperangan dan lari daripada medan peperangan seolah-olah kedua-duanya adalah satu surah, maka memadailah Basmalah disebut di awal surah al-Anfaal dan perlu disebut di awal surah at-Taubah.

2) Surah at-Taubah dimulakan dengan ayat berikut: at-Taubah :1-3

"(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik Yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka).

oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah Bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang Yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di Akhirat).

dan Inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada hari raya Haji Yang terbesar, Bahawa Sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (Wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka Yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah Sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. dan khabarkanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) Dengan azab Yang tidak terperi sakitnya".

Allah s.w.t telah memberi amaran keras kepada kaum musyrikin bahawa Allah dan Rasul memutuskan tanggungjawab atau lepas tangan daripada kaum musyrikin dengan erti kata, tidak akan membantu dan menolong mereka, maka tidak sesuai disebut Basmalah kerana Basmalah membawa erti kasih sayang.

Ibnu Abbas pernah bertanya kepada sayyidina Ali r.a; “kenapa tidak ditulis Basmalah di awal surah at_taubah? Jawab Ali; “kerana Basmalah adalah ‘keamanan’ sedangkan surah ini turun dengan pedang dan pembatalan perjanjian damai, maka tidak ada padanya keamanan.oleh itu tidak sesuai ditulis Basmalah di awalnya.

3) turunnya surah at-Taubah mengarahkan orang-orang Islam memerangi orang-orang kafir dengan pedang selepas semua jalan penyelesaian dan perdamaian dengan mereka gagal. Sebab itu Allah s.w.t berfirman :at-Taubah :5

"kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan Yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Juga firman Allah s.w.t ;at-Taubah:13
"mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum Yang telah mencabuli sumpah janjiNya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga Yang mula-mula memerangi kamu? tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah Yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang Yang beriman?".

Juga firman Allah s.w.t ;at-Taubah:123
"Wahai orang-orang Yang beriman! perangilah orang-orang kafir musyrik Yang berdekatan Dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) Yang ada pada kamu; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya)".

Jelas kepada kita, bahawa arahan berperang dan penggunaan senjata seperti pedang tidak sesuai dengan menyebut rahmat yang ada dalam Basmalah.

4) turunnya surah at-Taubah membatalkan hubungan orang kafir dengan orang Islam, sebagaimana firman Allah:at-Taubah:23

"Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang Yang didampingi jika mereka memilih kufur Dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka orang-orang Yang didampingi, maka merekalah orang-orang Yang zalim".

Pembatalan hubungan ini tidak sesuai kalau disebut Basmalah di awal surah.


Sumber:ustazhassanbasri

Pendapat lain:

Pertama
Telah menjadi kebiasaan orang orang Arab pada zaman dahulu apabila ada di antara mereka perjanjian tertulis maka mereka menuliskan bismillah...akan tetapi jika ingin membatalkan perjanjian tersebut, mereka menuliskannya tanpa membubuhi atau meletakkan basmallah...Ketika turunnya Surah At-taubah yang menandai tidak berlakunya perjanjian antara Rasulullah dan orang musyrikin, Rasulullah s.a.w. mengutus Ali bin Abi Thalib membacakan surah tersebut dengan tanpa menyertakan basmallah di awalnya...

Kedua
Pendapat yang mengatakan bahawa terdapat kesamaan diantara surah At-taubah dengan surah sebelumnya Al-anfal...maka dikatakan bahwa surat At-taubah merupakan kelanjutan dari surah sebelumnya, sehingga tidak ada basmalah di awal surah tersebut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi...

Ketiga
Surah At-Taubah berdekatan dengan surah Al-Baqoroh dan mempunyai kesamaan antara keduanya, maka tidak dituliskan basmalah di awal surah...

Keempat
Pendapat yang mengatakan bahwa ketika dilakukan pembaikan mushaf pada zaman khalifah Ustman r.a, terdapat perbezaan pendapat antara para penulis mushaf, apakah surah At-taubah dan Al-anfal merupakan satu surah atau dua surah yang berbeza? Untuk mengambil jalan tengah dari dua pendapat tersebut, maka ditetapkan bahawa surah At-taubah dan Al-anfal adalah dua surah dengan tanpa menuliskan basmallah di awal surat At-taubah...

Sumber:teratak-ilmiah

p/s-pendapat yang banyak diterima ialah pendapat tentang Bismillah digunakan untuk keamanan,so ianya tak sesuai disebabkan surah ni diturunkan semasa peperangan dan mengecam terhadap sikap orang kafir dan munafiq.Jom kita jalan kempen satu hari 5 muka surat Al-Quran....

Monday, January 31, 2011

Sedarkah kita..tulisan itu...

Entry hari ni aku nak beri sedikit kesedaran kepada korang tentang kenapa raai orang muda sekarang banyak tidak boleh membaca Al-Quran....okla tulisan yang kita gunakan sekarang ni dikenali dengan tulisan rumi..dan tulisan rumi ni berasal dari roman...Sepertimana kita tahu yang rom ni ialah salah satu negara yang kuat semasa kegemilangan Islam..
Sedarkah kita..tulisan itu...

Berapa lama rasanya tulisan rumi ni digunakan untuk menggantikan tulisan jawi yang satu masa dulu pernah digunakan untuk secara meluas..kita merdeka sudah 53tahun,sebelum merdeka kita guna tulisan jawikan,so,baru 53 tahun tulisan rumi ni digunakan..tulisan rumi ni sebenarnya telah dibawakan oleh orang omputih semasa negara kita dijajah tapi time tu kita masih memakai tulisan jawi...tulisan ni mula merebak selepas kita mencapai kemerdekaan, maknanya tulisan ni telah diperkenalkan oleh pemimpin melayu kita juga...

Ok berbalik kepada kesan tulisan rumi ni sebenarnya,sejak budak-budak lagi kita dititikberatkan dengan tulisan ABC tu,so ianya menular dalam hidup kita sejak kecik lagi.Bacaan Mukadaam hanya diajar lepas kita mengenali bacaan rumi dan menyebabkan budak-budak lagi susah membaca Al-Quran berbanding bacaan rumi.Maknanya satu pengaruh freemason iaitu menghapuskan golongan membaca Al-Quran dah berjaya..hanya dengan menukar tulisan..

Semua orang dah tahu tentang freemason ni..tak payahla aku nak terangkan lagi..Betulkah bentuk-bentuk freemason yang ada di malaysia secara kebetulan...sebagai contohnya pada tahun lepas telah keluar dalam surat khabar utusan tentang Anugerah Kepimpinan Belia Rotary (RYLA).

SEREMBAN 13 Feb- Kelab Rotary Negeri Sembilan menyasarkan 100 BELIA berumur 18-30 tahun dari seluruh negara menyertai program Anugerah Kepimpinan Belia Rotary (RYLA) pada 4-7 Mac ini..

Program ni sebenarnya telah lama dijalankan oleh Kelab Rotary Antarabangsa.Kelab ni ditubuhkan sebagai menyahut seruan daripada pemimpin Yahudi ketika itu (Theodore Hertzel) yang juga seorang freemasonary untuk mempelbagaikan cabang-cabang pergerakan mereka. Ditubuhkan oleh salah seorang anggota freemasonary yang bernama Paul Harris,seorang peguam.Korang boleh tengok sejarah kelab ni di sini.Boleh pulak media tulis tentang nak join RYLA ni sedangkan waktu tu sedang kecoh tentang freemason pasal AJL.Cubala pihak media keluarkan sesuatu yang menaikkan semangat belia untuk memperjuangkan agama Islam.

Credit:Addy Haikal

p/s-Janganla kita terpengaruh dengan dakyah yahudi ni.Bukan aku nak surauh tulisan rumi ni ditukar tapi cuba ajar anak -anak ni tulisan jawi terlebih dahulu.