Entry kali just nak beri peringatan dekat diri aku dan blogger-blogger yang baca blog aku terutamanya yang ada perancangan nak kahwin tak lama lagi...Aku tengok zaman sekarang ni trend hantaran kahwin mesti ada Al-Quran...Terutamanya artis-artis zaman sekarang..Mungkin mereka nak menunjukkan mereka ni seorang Islam yang taat pada agama...Tapi boleh ke??tak silap aku masa aku dengar ceramah tidak digalakkan..So,aku telah menggunakan perkhidmatan En.Google untuk mengesahkan hukumnya dan berita gembira untuk korang yang hukumnya ialah harus mengikut blog Tanya Ustaz ni...Tapi aku nak korang baca kisah ni yang aku dapat dari sinarmawaddah...lepas baca boleh la korang muhasabbah diri ye...
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Ra'd ???
“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
p/s-rasanya kalau hantaran Al-Quran just nak jadi hiasan..lepas kahwin simpan dalam almari rasanya carila barang lain untuk hantaran...ingat Al-Quran untuk diamalkan bukan sekadar hiasan..
9 comments:
Best entry...
Ouhhhh ingatkan ada sebab tertentu Al-Quran tak leh dijadikan hantaran....
best2..... ada maksud yg tersirat =)
huhu...ade ke org macam nie....apa mau jadi daa........kalau yana jadi pengantin perempuan tu mau lari2 nyorok bwh tudung saji jer....huhuhuhu
http://luvliyanaluv.blogspot.com/2011/02/cerita-sadis-hari-jumaat.html
hurm..mmg x nafi..ramai yg jadikan al-quran sebg brg hantaran..tp lepas tu x digunakan..
buh kt blk lain..
penah nmpk sendiri :)
Semuga kit ambil iktibar dari peristiwa ini...
Sebab Miecyber's Blog lambat loading sebelum ini...
Tu dia. Sekali keluar almari. Diorang ni kadang2 nak kawen sebab nafsu. Amal tak cukup lagi nak kawen, cmno nak bimbing isteri
bagus entry nie....
Tapi kalau golongan mcm tu, tahap ilmu mereka lebih elok dari yang sebab nafsu tak nikah pun xpa. Moga dipermudahkan Allah
Post a Comment