Pages

Showing posts with label giveaway. Show all posts
Showing posts with label giveaway. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Give Away Ujang9897

Assalamualaikum...

Lepas kongsi pasal lemang tadi,akibat serta paksa yang dilakukan oleh chii terpaksala aku join giveaway dari Ujang9897..sebenarnya bukan terpaksa pon.Hujung minggu yang membosankan ni baik aku join giveaway ni.Hadiah dia memang menarik.Siap ada sponsor lagi.Ada free domain tu...

Aku sebenarnya tak pernah masuk blog Ujang9897 ni tapi aku dah terjah tadi dan baca beberapa entry dia..blog dia memang tak semak langsung.Takde widget-widget mengarut yang menyebabkan aku nak tekan pangkah laju-laju.Blog ni sangat ringan.Bila aku masuk memang cepat loading dia.Tuan punya blog ni peminat si mata besar Heliza..

Dari segi pengisian entry dia memang sempoi aku rasa.Ayat-ayat dia tidak berat untuk dibaca even korang tengah sibuk camner pon..Kebanyakan entry dia pendek.Tapi tak terlalu pendek sebab tak silap aku Ujang ni tak suka entry panjang-panjang.okla tu saje aku dapat review blog Ujang ni..

Syarat lain join giveaway:

1)Letak Header Ujang yang kacak


2)Letak gambar sempoi

Aku takde gambar sempoi tapi letak jela gambar aku dalam wind tunnel masa aku buat testing produk air filter masa praktikal training dekat Pasir Gudang dulu.


3)Tag 2 orang

Sape ye nak jadi mangsa den ni...dengan ni,aku memaksa 2 orang ni join giveway ni.Kalau tak siap la ko.den bagi pelangkung.heheh

ayie

akak fizalinolie

p/s-sape rasa nak join tu joinla.tak rugi pon.mana tahu ada rezeki.Sape nak join bolehla terjah blog Ujang9897

Saturday, March 26, 2011

Menang Giveaway Special Away dari ar-rifke.com...

Assalamualaikum...

Alhamdullillah...tak sia-sia aku berjaga semalam walaupon letih berjalan-jalan seharian semalam semata-mata nak tunggu pemenang Giveaway Special dari ar-rifke.com...3 orang pemenang dipilih dalam giveaway ni...dan aku jadi pemenang no.2...

Tak sangka betul aku dapat menang sebab pemenang berdasarkan cabutan bertuah je...tak pernah dalam hidup aku dapat cabutan bertuah...adakah tuah aku yang malang selama ni dah terpecah??heheh...mungkin dah rezeki aku...

Ketiga-tiga pemenang giveaway akan dapat hadiah misteri dari Sabah...Kalo Sabah ape barang special ye...ontah2 dapeik ikan sogar berkilo2 kot...heheh..tapi sebenarnya yang bestnye ialah hadiah kedua yang aku takdela faham sangat...tapi baca pon dah excited...aku copy jela kalau korang nak baca..

Blog ar-rifke.com ini sebuah blog yang mempunyai traffik lebih kurang 4000 ke 5000 visitors sehari dan mendapat 55,000 hingga 60,000 pageviews sehari!


Sudah baca quotation diatas? Maka dengan ini aried dengan rendah dirinya ingin memberikan suprise buat mereka yang telah terpilih( 3 pemenang) tadi untuk mendapat sebahagian dari traffik blog aried ini!! Bagaimana?

Text Link merupakan jenis iklan yang sangat mahal nilainya dan melalui income blog ar-rifke ini sendiri, mungkin RM400 sebulan dijana hanya dari text link!

Terkejut? Sabar.. Buat 3 pemenang ini, aried akan jadikan url blog mereka sebagai text link di dalam setiap entri blog aried! Ya, ini bermakna link mereka akan diview sebanyak 55,000 hingga 60,000 kali sehari(insyaAllah secara purata)!! Aried akan menggunakan plugins khas untuk selitkan text link ini kedalam setiap entri dalam blog aried ini. Menarik bukan!


Jadi, ada rezeki, mungkin dalam sehari mereka akan mendapat beberapa ratus traffik ke blog mereka melalui text link tersebut!

Bukan itu sahaja… Setiap pemenang aried telah putuskan untuk memberikan text link selama 5 hari setiap seorang! Jadi, tunggu giliran sahaja dan insyaAllah pasti hasilnya lumayan.

p/s-rajin-rajinkanla masuk contest atau giveaway...mane tau ada rezeki kan...

Saturday, March 19, 2011

Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!

Assalamualikum..

Hari aku nak try masuk satu giveaway yg gempak dari bro aried tuan blog ar-rifke..saje nak mengisi masa lapang aku begitu byk ni..sape nak join-joinla...tak rugi pon..just lotih menaip je la..

Cara menyertai Giveaway Special dari ar-rifke:


2. Entri itu adalah bebas. Tetapi pastikan ada kaitan dengan:

* Pengalaman anda bercuti di Malaysia
* Nyatakan tempat percutian yang pernah anda pergi
* Sila selitkan cerita anda dengan cerita Percutian Paling Mewah Aried: RM40,000 3 hari 2 malam! ini.

3. Panjang entri adalah bebas! Pendek pun tak apa.

4. Pemenang akan ditentukan secara cabutan bertuah.

5. Tinggalkan link post anda di bahagian komen.

6. Tarikh mula giveaway ini ialah 13hb mac dan tamat pada 24hb mac! Sertai sekarang!!

Tambahan: Setiap penyertaan akan diberikan backlinks!! So, apa tunggu lagi? Cuba check blog ar-rifke.com ini PR berapa dan pasti anda mahukan backlinks dari blog ini juga.
.......................................................................................................................................................
Untuk korang lebih nampak percutian ni aku sertakan banyak gambar dalam contest ni..aku tak boleh nak citer detail sangat sebab percutian ni dah lama..time aku study kat UiTM dulu..rasenye dah 4 tahun...

ok..rasenye percutian paling hebat aku pernah pergi kat Langkawi la...sebab aku ni jarang melancong...time study boleh la melancong sebab ramai member..aku bercuti ni agak ramai..lebih kurang 15 orang...disebabkan kiteorg nak bercuti lame sikit kiteorg beramai2 memontengkan diri kiteorg utk pergi kelas pada hari Khamis dan Jumaat tu...heheh..nama-nama tempat yang aku pergi mungkin aku dah banyak lupa sebab dah lama kan..

Percutian aku agak mudah sebab aku ade member yang dah biasa dengan Langkawi ni...tak silap aku kiteorang naik ferri dari jeti Kuala Perlis...sampai je ke Jeti Kuah di Langkawi kiterorng pergi ke satu kaunter tu..tak silap aku berdekatan dengan Jeti Kuah ade satu dataran yang dikenali sebagai Dataran Helang...sesipa yang rase tak pernah tengok Helang dan tak tahu ape itu Helang boleh datang ke sini...kat kaunter tula korang boleh dapatkan perkhidmatan sewa van ngan pakej untuk jalan2 kat Langkawi..disebabkan member aku dah tahu selok belok kat Langkawi ni kiteorng just ambik satu pakej bot pergi pulau ke pulau..sorry..aku dah lupa berapa pulau aku pergi utk pakej tu..

Disebabkan kiteorg ramai kiteorg sewa 2 van untuk 3 hari sepanjang percutian kiteorg kat langkawi..van bibawa oleh member aku sendiri...kiteorg menginap di sebuah rumah yang agak besar...walaupon kiteorng ramai takde rasa sempit dudok kat situ..sewa pon agak murah sebab member aku kenal dengan orang yang menguruskan sewa rumah ni...

Disepanjang percutian kiteorang yang aku ingat kiteorng telah pergi tempat-tempat:
Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!
rasenye memang tak lengkap kalo pergi Langkawi tapi tak pergi tempat buat gamat..excited gak nak tengok camner ubat gamak ni nak buat...sape yang rase nak kuatkan diri tu bolehla cari ubat-ubat kat sini...macam2 ade poitt..

Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!
Kemudian kiteorng pergi ke Kota Mahsuri...tak silap aku kalo nak masuk ke dalam harga dia RM 5...disebabkan aku tak percaya sangat pasal cerita Mahsuri ni aku tak masuk dalam walaupon tiket murah(padahal kedekut nak keluar duit)...sesiapa rase diri die mempunyai semangat pensejarahan yang tinggi tu boleh datang kat sini..

Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!
Kemudian kiteornag pergi Langkawi Geopark yang aku sendiri tak tahu ape tempat ni sebab aku dah lupa..jumpa gambar pon kat facebook member..tak silap aku lepas aku tanye bro Google Langkawi Geopark ni nama baru bagi Pulau Peranginan Langkawi..sorry..aku tak dapat nak explain Langkawi Geopark ni sebab aku dah lupa tahap gaban tentang tempat ni..
Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!

Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!
Yang dua gambar ni gambar di atas selepas kiteornag naik cable car...tak silap aku cable car di langkawi ni antara terpanjang di dunia...dan paling curam di dunia..mula agak rase cuak yang amat sangat ade gak...sebab tu kali kedua aku naik cable car...kali terakhir aku naik masa aku sekolah rendah kat Bukit Bendera...tapi ternyata bila dah naik tu rasa cuak tu hilang sebab memang cantik pemandangan dari atas cable tu...korang boleh lihat binatang2 liar kat bawah bukit tu...kalo korang tengok kat gambar kat atas design jambatan kat atas cable car tu memang cantik...aku rase mesti omputih yang design jambatan tu...disebabkan kiteorng nu sume bakal engineer waktu tu...kiteorng buat testing dengan melompat beramai2 kat atas jambatan gantung tu...ternyata jambatan tu tahan dan sape yang takut pada tinggi tak payah la buat alasan yang tak munasabah bila member korang ajak naik jambatan gantung ni...sape kaki photography tempat ni memang terbaik untuk korang tunjuk bakat korang..
Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!
Yang ni gambar kiteornag naik bot sebelum sampai ke pulau...bot ni memang laju..sampai korang nakbukak mata pon susah...member aku pakai spect tu nak cover mata je tu...ade gak aksi lumba bot antara bot yang aku naik ngan bot member aku yang lain...memang patutla banyak kes bot karam kat Malaysia ni...bawak bot pon nak merempit..

Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!
yang ni salah satu Pulau yang kiteorng pergi iaitu Beras Basah Island Resort...Pulau ni memang cantik...laut die memang jernih...sehingga korang boleh nampak obor-obor membuat kerja terkutuk menyuntik bisa pada badan waktu korang tengah mandi...warna laut kat situ biru kehijauan tak silap aku..abaikan model member aku yg poyo dan suka possing tu...
Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!

Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!
Destinasi kiteornag lepas tu ialah ke Pulau Dayang Bunting..dekat Pulau Dayang Bunting ni ada Tasik Dayang Bunting...Tasik ni memang dalam gila...tak silap aku lebih 10 meter...korang boleh sewa life jacket kat situ...disebabkan aku tak pandai berenang aku hanyak masuk tasik tu sampai seminit walaupon pakai life jacket..tasik ni memang cantik..yang pandai berenang tu bolehla berlagak buat aksi2 hebat mcm member aku kat atas tu..dikatekan sape yang susah mengandung kalau mandai kat sini boleh hamil lepas tu...akibat daripada tu,,,sume member aku yang mandi bersungguh2 tu semuanya hamil bila check kat doktor bial balik dari Langkawi...heheh...gurau je...

Selepas kiteorg pergi Pulau Dayang Bunting ni kiteornag dibawa ke satu pulau yang memang banyak burung helang...driver bot tu punye baik parking bot kat tengah laut tu... memang seronok tengok helang2 tu buat aksi2 comel...heheh...salah sorang member kiteorng maut di tempat kejadian sebab dimakan seekor burng helang terbesar di dunia...hahah...sape percaya tak tahu la..

Lepas tu tak silap akau kiteorg pergi ke Beras Terbakar kat Padang Matsirat tak silap aku..ade sejarah disebalik Beras Terbakar ni...aku dah lupa...berdekatan tempat ni ade banyak tempat jual kain batik ngan pelikat..memang murah kat sini...rokok murah yang tak original pon banyak kat sini...ramai gak member aku beli rokok kat situ sebab nak jadi tokan rokok kat UiTM nanti...heheh

Sebelum kiteorng balik dari Langkawi...biasala coklat memang benda wajib beli...yela tax pon takde..tak silap kiteorng pergi kat Idaman Suri..sape yang suka pinggan mangkuk ngan barang daputr u kat sini memang tempat terbaik bagi korang..banyak gak coklat aku seludup keluar Langkawi...heheh

Tu jela aku nak citer pasal percutian aku...banyak tempat aku tak citer sebab dah lupa..sebenarnye lepas pergi Langkawi kiteorg terus melancong ke Kedah dan Perlis..disebabkan aku takut aku akan menang contest ni tanpa bertanding aku stop setakat ni je...heheh..gurau je...ala..pemenang pon dari cabutan bertuah..

Kesimpulannya percutian aku memang tak sehebat Percutian Paling Mewah Aried: RM40,000 3 hari 2 malam! sebab kat Langkawi memang takkan jumpa cicak Gecko yang bernilai RM 40 000...yang korang akan jumpe hanya cicak yang akan dapat pahala kalau korang bunuh...duit habis adela pergi Langkawi ni...yela..beli coklat tak ingat dunia...konon nak bagi family...last sekali habis Kinder Bueno aku sebat sampai habis..omang aii...panjang plak aku tulis ari ni..sorryla...tak sodar...kono rasuk agak eih den hari ni..

p/s-sape nak try join giveaway ni bleyla terjah kat blog aried ni...tak rugi pon masuk...esok pon cuti kan..hadiah dia mmg mengancam..