Pages

Saturday, February 5, 2011

Ladang Bo Den...

Lepas aku tengok majalah 3 tadi aku betul-betul tertarik dengan dengan penternakan kambing yang diusahakan oleh Ladang BoDen...Aku memang minat dengan sektor penternakan dan yang pentingnya Ladang BoDen terletak di Bahau tempat aku tinggal.Bangga bila tengok bahau keluar tv.Aku pernah mengusahakan penternakan lintah pada tahun 2008..tapi malangnya tak menjadi..Aku betul-betul tertarik dengan Ladang BoDen ni sebab penternakan yang dilakukan begitu systematic,bersih dan efficient.Ladang ni hanya khas membela kambing Boer yang berkualiti.Aku rasa nama ladang diambil sempena kambing Boer dan bahasa nogori Den yang bermaksud aku.

Ladang ni mempunyai pengurusan yang bagus yang begitu mementingkan kualiti kambing dan kebersihan.Pejabat dieorang pun dalam kandang,so mudah dieorang nak memantau.Paling sistematik dalam ladang ni setiap pengenalan kambing dekat situ dicatat dan mempunyai sijil kelahiran dia sendiri..So,pihak pengurusan di situ dapat manghalang terlahirnya anak sumbang mahram.Punya la jaga kualiti mereka ni,anak sumbang mahram pun dieorang tak bagi.Kambing jantan juga diasingkan dengan betina dan hanya dicampur untuk proses mengawan,tu pon kambing jantan terpilih saje akan dicampurkan.Memang bagus ladang ni,jaga kualiti kambing dieorang.Kambing yang nak beranak pun dieorang akan sediakan wad bersalin.Yang paling penting kebersihan dieorang memang jaga betul.Sesiapa yang nak masuk kandang kena melalui proses nyahkitan dengan menggunakan antiseptik...kasut pun kena ganti dengan kasut khas untuk kandang...memang tiptop...

Bo Den...

p/s minat betul kambing boer ni..comel..jinak...bijak

Finally...ronaldo pindah ke arsenal...

Finally arsenal berjaya mendapatkan ronaldo...tu la perpindahan terbaru arsenalpada awal february hari tu...hahah...sebenarnya bukan ronaldo yang pergi ke arsenal tapi aku berminat dengan pemain baru arsenal iaitu Ryo Miyaichi yang telah dipinjamkan ke Fayenoord.Ryo Miyaichi ni baru berumur 18 tahun dan tak pernah bermain di liga utama jepun.Ryo Miyaichi hanya bermain liga university iaitu Chukyodai Chukyo High School.Aku respect betul kat arsenal ni,ada je pemain berbakat yang tak dikenali dapat dikesan.Harap-harap Ryo Miyaichi dapat bermain selalu di Fayenoord untuk mendapat pengalaman dan mangasah bakat dia.Bukan macam Liverpool,meraka sanggup menghabiskan duit untuk mendapat pemain yang mahal di dalam pemindahan terbaru mereka iatu Luis Suarez dan Andy carroll.Kenapa aku cakap ronaldo pindah ke arsenal sebab selepas aku tengok video dia youtube,aku tengok dia memang berbakat dengan lariannya laju dan bakat menggelecek atau drible yang baik seperti ronaldo.


p/s-teringin betul tengok orang asia main untuk arsenal

Thursday, February 3, 2011

Awas!!! penipuan baru curi handpone di Mudah.my

hari ni aku nak kongsi sikit tentang kisah penipuan curi handphone yang dilakukan menggunakan mudah.my.Kejadian ni berlaku kepada abang aku sendiri pada minggu lepas.Memang pandai betul pencuri zaman sekarang.Perkara ni berlaku bila abang aku telah membuat iklan dekat mudah.my mengenai perkhidmatan belajar berenang.Member abang aku yang yang suruh abang aku buat iklan ni.Ok..aku akan ceritakan modus operandi dia...hahaha...dah macam edisi siasat pun ada..

Modus operandi:

1)Pencuri tu akan call abang aku yang dia nak belajar berenang.
2)Ajak berjumpa di Time Square untuk berbincang.
3)Pencuri tu bawa satu envelope untuk membuat kita percaya.
4)Ajak minum di tempat yang mahal.
5)Isteri pencuri tu call abang aku sewaktu perbincangan tu.
6)Perempuan tu cakap kononnya suaminya dia tak bawak hanphone,so dia akan suruh bagi phone dekat pencuri tu.
7)Hanphone abang aku jenis yang murah,so pencuri tu beri alasan suara tak clear dan dia mintak pinjam handphone dari member abang aku pulak.
8)Pencuri tu call di tempat yang lain dan terus lesap.
9)Rupa-rupanya envelope yang pencuri tu bawa hanya envelope kosong supaya kita tak suspect dia nak berambus.

Tak pasal-pasal member abang aku lesap handphone.Sebenarnya dieorang dah dapat petunjuk sebab berapa kali dieorang sesat time nak pergi times square tu.Kesilapan yang abang aku lakukann ialah sepatutnya customer sepatutnya datang kepada kita jika kita lakukan bussiness perkhidmatan ni.So,hati-hati la kepada sesiapa beurusan dengan mudah.my dan sewaktu dengannya.Pencuri zaman sekarang ni semuanya bijak-bijak.Ada PhD kot.hahahha..

Awas!!! penipuan baru curi handpone di Mudah.my

Tuesday, February 1, 2011

Awie???malu betul aku...

Sebenarnya aku bukan nak cerita tentang awie atau pon ahli kumpulan wings ye...tapi kalau dengar lagu wings layan gak..cuma aku nak cerita satu episod malu time aku study dulu...aku dulu sekolah asrama kat smka shams.Ada satu petang sebelum maghrib aku dengan member aku sorang ni borak-borakla sebelum nak mandi pergi surau.time-time petang memang penuhla tandas,so kitaorang borakla dulu...member aku ni nama dia harizal hashim...buat pengetahuan korang dia ni ada masuk satu pertandingan anjuran syokkahwin.com iaitu Gerbang Cinta Musim Ke-2.Dia ni memang peminat awie.

Nak dipendekkan cerita kiteorang borakla tentang 'awie' ni.salah satu perbualan kiteorang ialah dia ada citer kat aku yang awie ni ada kereta mahal,bonet depan die boleh nampak engin...so,aku jawabla..'kaya betul awie ni,memangla mak dia kan ada butik sendiri.'Sebenarnya,aku tak expect pun dia bincang pasal awie wings,aku ingat die borak tentang budak perempuan kelas aku yang ada iras awie tu..yang hairannya si harizal ni pun layan je apa aku cakap.lama gakla,dalam 20 minit camtu.

Habis borak kiteorang mandi la...time mandi tu baru aku sedar yang sebenarnya harizal ni cerita awie wings rupanya....patutla lain macam je cerita dia..macam mana la kiteorang boleh borak lama-lama tentang 2 subjek berbeza-beza...hahahah