Pages

Thursday, February 3, 2011

Home » , , , » Awas!!! penipuan baru curi handpone di Mudah.my

Awas!!! penipuan baru curi handpone di Mudah.my

hari ni aku nak kongsi sikit tentang kisah penipuan curi handphone yang dilakukan menggunakan mudah.my.Kejadian ni berlaku kepada abang aku sendiri pada minggu lepas.Memang pandai betul pencuri zaman sekarang.Perkara ni berlaku bila abang aku telah membuat iklan dekat mudah.my mengenai perkhidmatan belajar berenang.Member abang aku yang yang suruh abang aku buat iklan ni.Ok..aku akan ceritakan modus operandi dia...hahaha...dah macam edisi siasat pun ada..

Modus operandi:

1)Pencuri tu akan call abang aku yang dia nak belajar berenang.
2)Ajak berjumpa di Time Square untuk berbincang.
3)Pencuri tu bawa satu envelope untuk membuat kita percaya.
4)Ajak minum di tempat yang mahal.
5)Isteri pencuri tu call abang aku sewaktu perbincangan tu.
6)Perempuan tu cakap kononnya suaminya dia tak bawak hanphone,so dia akan suruh bagi phone dekat pencuri tu.
7)Hanphone abang aku jenis yang murah,so pencuri tu beri alasan suara tak clear dan dia mintak pinjam handphone dari member abang aku pulak.
8)Pencuri tu call di tempat yang lain dan terus lesap.
9)Rupa-rupanya envelope yang pencuri tu bawa hanya envelope kosong supaya kita tak suspect dia nak berambus.

Tak pasal-pasal member abang aku lesap handphone.Sebenarnya dieorang dah dapat petunjuk sebab berapa kali dieorang sesat time nak pergi times square tu.Kesilapan yang abang aku lakukann ialah sepatutnya customer sepatutnya datang kepada kita jika kita lakukan bussiness perkhidmatan ni.So,hati-hati la kepada sesiapa beurusan dengan mudah.my dan sewaktu dengannya.Pencuri zaman sekarang ni semuanya bijak-bijak.Ada PhD kot.hahahha..

Awas!!! penipuan baru curi handpone di Mudah.my

3 comments:

Hairun Azmi said... [Reply to comment]

Huyo.....

Tak sangka ,cara macam ini pun ada...

Hotel burung

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

thanks for sharing, memang teruk betul diaorang ni, nak menipu aja kerja, ambil telefon org

Unknown said... [Reply to comment]

Mokasih faiz atas entry ni...pasni atok kena berhati2 kalu melibatkan urusan pembelian cenggini...org tu nnt akan dapat balasan 1 ari nnt