Pages

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Apa yang korang expect dalam Bajet 2012

Assalamualaikum..

Mengikut akhbar yang aku baca Bajet 2012 ni akan dibentangkan di parlimen pada 7 Oktober ni.Tak sabar aku nak tengok apa bajet terbaru kerajaan untuk 2012 nanti.Aku harap takdela bajet mengarut macam cukai spender semua tu dihapuskan.Kalau tak dihapuskan.Ramai je beli kat pasar malam.Tapi aku tak la..heheh...Orang cakap bajet 2011 yang lepas Najib plan khas untuk Rosmah...heheh...tu yang aku tengokla kat komen youtube tu...bukan aku cakap..Aku kagum ngan Rosmah ni.Rosmah kan tokoh wanita..takkan la nak kutuk tokoh wanita..heheh..gurau je..for my PM jangan marah ye..

Apa yang aku baca dalam Berita Harian Bajet 2012 ni nanti inklusif yang berpaksikan rakyat dalam menuju negara maju serta ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020.Tu PM cakap ye.Mintak-mintak betul la...Kalau ekonomi berpendapatan tinggi macam Singapore tu masyuk la rakyat Malaysia nanti.Aku pun nak makan gaji camtu.Tapi mintak-mintak program dan projek untuk islamiah pun ada gak la.Bajet-bajet untuk pusat-pusat hiburan tu tak payahla lagi macam Bajet 2011 dulu.Konon eiyh nak tarik pelancong.Tak payah banyak lagi cara nak tarik pelancong ni.

Aku harap sangat bajet 2012 ada kerajaan memperuntukkan banyak untuk develop graduan-graduan yang mengganggur.Aku pernah merasa perasaan tanam anggur yang begitu lama.Jangan cuma buat perancangan nak develop untuk orang yang kretif dan inovatif je.Aku tengok asalkan ada program untuk orang muda je mesti untuk orang yang kretif dan inovatif.Bukan semua orang kat dunia ni tuhan jadikan kreatif macam aku.Sebenarnya kretivititi semua ni aku rasa melalui experience seseorang tu.

Aku harap gak bajet 2012 ni kerajaan bagi subsidi untuk iPhone.heheh...gurau je..memang kena hentamla kerajaan kalau bagi subsidi ni...Pastu harap sangat gaji-gaji pekerja di Malaysia ni dikaji semula untuk kenaikan dlam bajet 2012 ni.Walaupun aku ni bukan kerja makan gaji.Aku tengok gaji di Malaysia ni rendah berbanding negara lain.Kos hidup makin tinggi tapi gaji tetap sama je.

Sebenarnya rakyat tak kisah kalau kerajaan nak kurangkan subsidi secara berperingkat tapi kerajaan kena fikirkan pasal gaji ni.Harga rumah kat Malaysia ni makin lama makin tak temampu nak beli.Mintak-mintak bajet 2012 ni peruntukan untuk develop banyak rumah mampu milik pun disediakan.Terutamnya di kawasan-kawasan bandar.Sebab kebanyakan orang muda kan kerja dekat bandar.

Kalau boleh Bajet 2012 ni gak akan memperuntukkan untuk pemasangan wifi secara meluas di seluruh Malaysia ni.Tak payahla nak bagi free email yang tak rasional langsung tu.Dah banyak dah email free disediakan.Email gmail aku tu pun baru pakai berapa Mb je.Tak penuh pun lagi.

p/s-apa yang korang nak dalam bajet 2012 nanti.Sebab aku nak hantar dekat Najib survey ni...heheh...maun sangat la Najib nak ikut cakap aku...heheh

Monday, May 9, 2011

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan dan 360 darjah ganti PTK

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak buat entry berunsur informasi ni.Mungkin kesibukan menyebabkan aku takde masa nak research pasal informasi untuk korang.Ya berita baik untuk perkerja kerajaan,Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan dan 360 darjah akan ganti PTK...pasni tak bolehla pekerja kerajaan nak mengular pasni.Sebab konsep 360 darjah ni dinilai oleh pegawai atasan,rakan sejawatan dan kakitangan bawahan.Sapo yang ghomar bonar main fesbuk kat pejabat tu habeihla lopeih ni...kantoi ngan member yang tak suko ko habeih dinilai buruk2 keik ko...heheh

Walaupon aku ni tak pernah kerja kerajaan tapi makbapak aku bekas pekerja kerajaan dulu.Kalau dulu kalau pekerja kerajaan hampeih camner pun kerja,dapat 4 dalam peperiksaan PTK ni dah boleh naik gred tak silap dan gaji pun naikla.Kesian mak aku tak pernah lulus PTK ni....bukan senang soalan-soalan dia...dah macam jawab soalan nak kerja gred M 41 pun ade...tapi PTK untuk guru ni objektif je...kalau siap ada essei tu alamat tak lepas la exam PTK bapak aku...dapatla merasa duit pencen lebih sikit ayah aku sebab lulus..

8 tahun PTK ni dijalankan...Memang setiap kali nak exam PTK ni mak aku mesti mengeluh punya...orang dah berumurkan...manala boleh jawab soalan mengenai komputer dan isu semasa semua tu...Bagi aku 360 darjah ni satu inisiatif yang bagus...ni baru kita dapt kenal pasti kecekapan sorang pekerja tu melalui kerja orang tu bukan berdasarkan peperiksaan semata-mata...cukupla sistem pendidikan negara kita ni yang banyak berorientasikan peperiksaan semata-mata takkan bila dah kerja pun nak dinilai berdasarkan peperiksaan kan...

Mengikut Berita Harian,melalui konsep 360 darjah ni kerajaan juga boleh mengenal pasti bidang kecekapan seseorang kakitangan serta merangka sebarang penambahbaikan yang diperlukan pekerja..Tapi bagi aku konsep 360 darjah ada pro and cons dia...kelebihan dia,360 darjah ni dinilai berdasarkan keupayaan kita...keburukan dia mungkin wujudnya ketidakihlasan dalam bekerja..wujudnya golongan yang suka mengipas bos seperti dalam sektor swasta dan GLC..Aku ingat lagi abang aku yang kerja dekat sebuah company GLC ni...dia cakap,"alaa..bos angah tu pandai kipas je...datang kerja pun lambat..tu pun gaji naik"...

Diharapkan inisiatif mewujudkan 360 darjah tak menjerumus untuk kewujudan golongan yang bagi aku tak berkat gaji dieorng.Diharapkan kerajaan dapat mengkaji lebih mendalam dalam reka konsep 360 darjah ni...jangan bila dah di implement nanti timbul ketidakpuashati di kalangan orang-orang gomen ni..

p/s-sape yang kerja government tu bolehla bagi pandangan korang pasal 360 darjah ni...

Friday, May 6, 2011

PM@Perdana Menteri Najib di Hot FM

Assalamualaikum..



PM@Perdana Menteri Najib di Hot FM

Pagi tadi punye gigih aku tak tidur lepas subuh nak dengar radio HOT FM..maklumla Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri tersayang aku nak ke udara live di HOT FM...'sangat' sayang...hehhe...yaa...aku rasa Najib ni memang bijak nak mendekati golongan-golongan muda...bagi aku inisiatif ni memang bagus...tapi diharapkan PM kita ni ikhlas....bukan nak memancing undi untuk PRU akan datang ni...yela sejak akhir-akhir ni banyak sangat aku dengar perancangan ngan projek-projek untuk orang-orang muda ni..

Tak sangka plak PM kita ni kelakar rupo eiyh..pastu macam spotting gak la..time Kieran ngan Farah Fauzana buat lawak bodoh pun Najib buat relax je...takkan nak mengamuk plak kan..heheh..live tu...banyak gak la PM kita ni buat lawak...yang paling aku suka bila dia buat lawak memerli liverpool...Najib kato dio ni fan MU...dia cakap,"MU ade MU TV kan..Chelsea pon adekan..tapi liverpool ni ada historical tv"..heheh...tak silap akula...maksud dia kononnya Liverpool ni dah jadi sejarah la...tak mampu nak bersaing lagi...nasib PM tak kutuk Arsenal..kalau tak!!!!..heheh

Time tu gak Najib buat satu pengisyhtiharan di  HOT FM yang tak lama lagi rumah yang mampu orang muda milik akan dibina...kato eiyh rumah ni bawah RM 220 000...dio kato rumah ni nanti murah sebab dia arahkan pemaju perumahan tu tidak ambil untung dari projek...kira ni projek sosial dieorngla..ade ke pemaju buat rumah taknak buat untung???..

PM ada gak cakap di HOT FM,PRU mungkin akan diadakan bulan 11 ni...dio kato banyak bondo keramat berlaku bulan 11 ni kat keluarga eiyh...aku ni walaupun dah tua bangka pun tak daftar lagi ni...tunggu nak pilihan raya baru daftar...mane tahu ade plak dieorng ni ade hulur duit ke kat orang yang daftar undi macam kawan aku dulu PRU lepas dapat RM 400 tu BN bagi...tapi kat Kelantan la...heheh..takdela..sebenarnya aku malas nak daftar...biarla orang lain pilih kerajaan untuk aku...Aku ni atas pagar je...sape betul aku sokong...

p/s-Sape sayang PM kita ni angkat tangan...heheh...sayangla sangat kan..

Monday, April 25, 2011

Murid Obesiti Wajib Ikuti Kelas Khas

Assalamualaikum...

Murid Obes Wajib Ikuti Kelas Khas...Tahniah kepada guru-guru kerana sekali lagi diberi tanggungjawab mengarut disekolah...iaitu program menguruskan murid-murid gemuk...Aku berpendapat benda alah ni tak perlula nak dilaksanakan..Cukupla dengan tugas-tugas mengarut yang banyak dah guru-guru ni dah buat

Persoalan aku sekarang.Apa kaitan pelajar obesiti dengan institusi pendidikan?Come on laa...banyak lagi benda yang guru-guru ni nak focus selain dari obesiti ni...Aku pun tak faham kenapa sekarang obesiti ni jadi isu hangat dekat sekolah.Adakah pelajar ni jadi obesiti disebabkan pergi sekolah??

Pendapat aku la orang-orang obesiti ni disebabkan diri sendiri.Kalau yang masih kanak-kanak tu mungkin disebabkan ibubapa mereka yang tak kawal pemakanan anak-anak dieorng.Lagi-lagi makanan sekarang yang sungguh 'berkhasiat'..So,inisiatif nak mengurangkan orang yang obesiti ni bukan dari sekolah tapi dari rumah.

Aku selalu perhatikan orang-orang yang tergolong dengan obesiti ni.Kadang-kadang aku kesian gak.Tapi bila aku pergi kedai makan dan pemerhatian aku semasa aku berniaga ni.Aku hanya bercakap dalam hati,"patutla ko jadi macam ni"...Aku tengok kalau makan tu memang penuh satu pinggan.Time aku berniaga ni ada gak golongan obesiti ni beli kat aku.Masalahnya lepas dah makan burger pergi plak stall lain beli makanan lain.Memang dieorng ni memang tak fikir langsung pasal kesihatan dieorng.

Sebab tu sunnah Rasul ada mengatakan,"Makan waktu lapar,berhenti sebelum kenyang"..kalau sunnah ni dipegang insyaallah masalah obesiti ni dapat dielakkan..

Kadang-kadang golongan obesiti ni tak boleh kita nak persalahkan 100% pada individu tu.Ibu bapa sebenarnya yang memainkan peranan penting bukannya guru.Sebab golongan obesiti ni dah jadikan tabiat makan mereka sebagai habit.Dah jadi kebiasaan mereka sejak kecik lagi.Kalau setakat kawal makanan dekat sekolah lepas tu buat kelas senaman fizikal tapi dekat rumah makbapak bagi makan makanan menggemukkan,relevan sangat ke inisiatif nak menyusahkan guru ni lagi.Nak kena pantau pastu kena rekod BMI pelajar plak.Tak cukup banyak rekod-rekod yang berlambak ditambah lagi rekod BMI ni.Baikla kerajaan cari jalan macam mana nak mamantapkan kurikulum pembelajaran sekarang ni yang lebih belajar kerana exam ni.

Murid Obes Wajib Ikuti Kelas Khas

p/s-apa pendapat korang tentang golongan obesiti ni..

Friday, April 22, 2011

Hari Bumi Sedunia 2011@Earth Day 2011

Assalamualaikum...

Hari ni tepat 22 April,bumi kita telah dilahirkan...heheh..sebenarnya hari ni merupakan Hari Bumi Sedunia 2011 atau Earth Day 2011.Hari Bumi Sedunia takde kaitan langsung bumi dilahirkan ke ape ye.Hari Bumi Sedunia ni sebenarnya hari dimana kita digalakkan atau sedar keadaan bumi kita yang semakin uzur ni disebabkan tangan manusia yang takde sivik ni.Yela...kan position cleaner banyak kat Malaysia ni.Buat apa kita nak jaga kebersihan.Dieorng dapat gaji dioerng la yang bersihkan.Osah..jumut betul pemikiran orang camni.

Kalau sebut pasal Hari Bumi Sedunia benda paling simple yang kita kena fikir sampah.Paling aku tak faham orang suka buang sampah dekat sungai ngan laut ni.Tahula dulu time sekolah ponteng subjek sivik.Tapi takkan benda basic ni pun tak tahu.Lagi-lagi sape yang buang plastik tu.Plastik tu dah la punya susah nak dilupuskan.Tak pasal-pasal makanan kegemaran penyu sekarang ni plastik.heheh..Kesianla binatang-binatang ni.

Hari Bumi Sedunia@Earth Day

Bila aku tengok je sungai dekat Malaysia,aku rase macam nak minum pun ade.Sebab dah macam teh susu pun ada.Tinggal nak ditarik je.Tak payah pergi mamak lagi.hehe..Pelikkan tak pernah lagi aku tengok sungai dekat Malaysia ni yang jernih macam negara omputih tu.Memang aku rasa Malaysia ni antara negara terkotor kot kat dunia.Kalau ada sampah kat tangan tu,cuba set minda tu jangan buang merata-rata.Macam aku kalau ada sampah kat tangan pastu takde tong sampah,aku biasanye letak dalam poket dulu.Sebab bila dah buang merata-rata tu rasa macam bersalah pun ada.

Sebenarnya Hari Bumi Sedunia ni bukan pasal sampah je.Tapi bila bincang pasal bumi ni dieorng akan fikir pasal kotor saje.Habis tu pembangunan-pembangunan ni tak buat dunia ni semakin parah.Pokok-pokok tu habis digondol eiyh.Pastu dengan kenderaan ngan barang elektonik lagi.Tu yang menyebabkan global warming tu.Bak kata Rosmahla,"Jepun hendaklah mengamalkan green technology"..heheh...lawakkan...bila orang penting cakap camtu.Takkan dia tak tahu yang Jepun tu negara paling mengamalkan green technology ni.Sebenarnya penyataan tu patut Malaysia yang buat.

p/s-sama-sama kita menyokong Hari Bumi Sedunia@Earth Day ni...satu hari je..heheh...kalau setakat satu hari je sokong hari bumi ni baik tak payah...ingatla kita ni satu-satu makhluk yang sanggup bertanggungjawab menjadi khalifah Allah...