Pages

Monday, March 14, 2011

Karnival Pendidikan Mara 2011@MARA Education Carnival 2011

Assalamualaikum...

Sebelum aku kongsi pasal Karnival Pendidikan Mara 2011 ni...sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihan kepada sorang kawan adik aku kat UiTM Penang yang baru meninggal dunia akibat accident..nasib adik aku tak ikut sekali..kawan dia ni dari Kelantan bawak kereta sewa terlanggar lori...yang lain dalam kereta tu masuk ICU...
Karnival Pendidikan Mara 2011@MARA Education Carnival 2011
Karnival ni diadakan untuk tujuan memberi information tentang pembangunan dalam pendidikan dan kerjaya...sesiapa yang berminat nak jadi exhibitor tu pon boleh...

Siapa yang patut hadir Karnival Pendidikan Mara 2011:

1)Lepasan sekolah
2)Fresh graduate
3)Pelajar tahun akhir
4)Ibu bapa
5)Pencari kerja
6)Usahawan

Siapa@Exhibitors yang akan sertai pameran Karnival Pendidikan Mara 2011:

1)Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA)
2)Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS)
3)Institut Pendidikan MARA(IPMa)
4)Kolej dan Universiti Antarabangsa
5)Lembaga Latihan Kemahiran
6)Pinjaman dan Biasiswa Pendidikan
7)Financial Institution
8)Penyedia latihan@Training Providers
9)Pengusaha atau Majikan
10)Perniagaan yang berkaitan pendidikan

Kalau korang nak tahu lebih lanjut dan nak tahu schedule dia boleh terjah ke MARA Education Carnival 2011

p/s-sesiapa yang nak sambung belajar,cari kerja dan nak tahu pasal pinjaman untuk study dan berniaga boleh serbu ramai-ramai

Aku Pelajar Samseng...

Assalamualaikum...

Aku Pelajar Samseng...
Sekarang selalu sangat kan dengar pasal pelajar-pelajar samseng ni kan..Aku perasan pelajar zaman sekarang banyak yang nak jadi samseng dari jadi pelajar yang normal...Kalau tak dieorang ni rase macam bukan orang yang hebat..ada yang ugut bunuhla kat cikgu..selamba belasah budak time cikgu tengah belajar...langsung takde perasaan takut dengan hormat..Kesian plak aku tengok cikgu zaman sekarang.,mengajar dalam ketakutan...yela,budak sekarang ni semua besar mengalah bapak orang..Bagi aku golongan pelajar ni tak tahu matlamat sebenar dia belajar...yang dia tahu pergi sekolah,jumpa kawan...tunjuk perangai hebat dieorang kat pelajar lain..bagi dieorang orang akan lebih respect kat dia dengan perangai camtu..kalo tak lepas belajar pon dieorang tak kisah...asalkan enjoy...

Mungkin kesenangan zaman sekarang yang dieorang dapat dari makbapak dieorang menyebabkan dieorang rasa duit yang makbapak dieorang belanja untuk dieorang bukan tanggungjawab mereka...lupa yang makbapak dieorang punyela susah payah nak dapat duit tu...mungkin jugak hiburan yang melampau zaman sekarang merosakkan minda pelajar ni..

Cukupla intro aku ni..daripada aku terus merapu raban bak kata Mr.K baik aku terus ke content sebenar aku...sape tak kenal Mr.K boleh terjah blog Mr.K..kasi semangat sikit kat dia tulis entry tiap2 hari...heheh..Sebenarnya aku nak kongsi kenangan aku yang aku rase agak samseng pada zaman tu...tapi sekarang benda tu normal je kot..

Alkisahnya...ade satu musim tu kelas aku ni sibuk main pusing-pusing buku guna jari..time tu aku form 3...aku pon time tu excited la jugak nak main benda alah tu..leka btol aku berlatih tiap2 hari...ada satu hari tu akhirnya aku berjaya menguasai hikmat memusing buku tanpa henti selama 30 saat kot..hehe..mmg rase mcm best plak masa tu...sampai waktu cikgu tengah mengajar pon aku main pusing2 buku ni..

Ade satu hari tu time subjek Bahasa Melayu ade guru training datang mengajar...so,adela satu Cikgu Bahasa Melayu ni buat observation kat cikgu training ni kat belakang kelas...aku plak punye sengal sibuk pusing2 buku time cikgu training tu mengajar...mungkin dah muak sangat cikgu kat belakang kelas tengok aku sibuk pusing buku..Tiba-tiba aku dengar cikgu tu jerit panggil aku kat belakang kelas..katenya nak one by one kat aku...aku jawab kat cikgu tu,"ade berani ke..."..heheee...takdela tu sume rekaan semata2...tapi mmg aku kena panggil kat belakang kelas..malu btol aku time tu semua budak kelas perhatikan aku...takut pon ade..

Dekat je kat cikgu tu lantas dengan pusingan 180 degree nak menghayun tangan kat muka aku..dengan tindakan refleks aku termengelak(bahase ape aku buat ni) dan tertepis sikit tangan cikgu tu...yela,tangan cikgu tu dah besar hampir setengah muka aku...maun merah sebelah muka kalo kena tu..lepas tu ingat dah settle sebab cikgu tu suruh aku duduk ke kerusi aku balik..fuhh..mmg lega btol time tu..

Habis je kelas tu buat biasa je la kan..tiba-tiba ada budak panggil aku,katenya Cikgu X (aku lupe name cikgu ni) yang nak lempang aku tu panggil aku kat bilik guru laki...sudah,cuak btol aku time tu..rupa-rupanya tak settle down lagi cikgu ni..dendam membara dia masih ade lagi kot kat aku tadi..sampai je kat bilik guru terus cikgu tu cakap kat ramai2 cikgu dalam bilik guru,"haa...yang ni yang tepis tangan saya tadi"..

Dah sudah..bukan aku sengaja pon...semua cikgu dengan raut muka macam nak makan orang bertubi2 marah aku...peluh cuak mula mengalir kat dahi bagaikan jogging keliling tasik Shah Alam seksyen 2 tanpa short cut...dalam hati aku cakap,"tak bley jadi ni,aku kena explain kat cikgu2 ni..kang keluar plak Harian Metro besok ni kang"

Aku pom explainla kat cikgu2 tu semua sebab apa aku tertepis tangan cikgu tu...hampir 15 minit aku berdebat ngan cikgu-cikgu tu...akhirnya perdebatan berakhir dgn kemenangan berpihak kat aku...heheh..

Tapi rupa-rupanya ada hikmah kenapa benda ni berlaku...lepas tu ditakdirkan Cikgu X ni mengajar kelas tambahan kat kelas aku waktu nak PMR...memang cuak rasenye mula2..tapi tiba-tiba cikgu tu macam dah kamcing kat aku...dia macam baik kat aku..dia panggil nama aku...mintak tolong kat aku...perghh...tak ku sangka,aku kan baik ngan cikgu ni..

p/s-segala yang berlaku ada hikmahnya...

Sunday, March 13, 2011

Keputusan@Result Penuh Terkini English FA Cup 2010/11: Arsenal Vs Manchester United Suku Akhir:12 Mac

Assalamualikum...

Pusingan sebelum ni Arsenal mengamuk belasah Leyton Orient 5-0...Selepas harapan Arsenal melepas untuk rebut Champions League hari ni Arsenal malang lagi sebab kalah dengan Manchester United dalam suku akhir FA Cup plak..Keputusan terkini Arsenal Vs Manchester United ialah Arsenal 0-2 Manchester United. Tinggal satu lagi peluang Arsenal nak dapat gelaran..gelaran BPL.

Keputusan Penuh Terkini English FA Cup 2010/11: Arsenal Vs Manchester United Suku Akhir:12 Mac

Gol pertama dihasilkan dari MU oleh Fabio Da Silva pada min-29..Gol kedua dari MU oleh Wayne Rooney pada min-49..Match hari memang tak bosan..dua2 team saling menyerang..Aku rasa Arsenal dah kena bomoh sebab Arsenal lagi banyak shot dan peluang utk score..sampai Maroune Chamakh free header depan keeper pon tak gol..Lepas tu Tomas Rosicky dapt bola depan keerper bila Bacary Sagna pass pon boleh melencong lagi..Aaron Ramsey main hari ni lepas injured panjang patah kaki season lepas..

Keputusan penuh suku akhir English FA Cup yang lain hari ni antara Birmingham Vs Bolton...dan mmg padan muka kat Birmingham sebab kalah 2-3...sape suruh kalahkan Arsenal Carling Cup hari tu...heheh..

Kat bawah ni match stats Arsenal Vs Manchester United:

Manchester United                  Arsenal
11(6) Shots (on Goal) 18(11)
6 Fouls 4
4 Corner Kicks 4
8 Offsides 3
46% Time of Possession 54%
1 Yellow Cards 0
0 Red Cards 0
11 Saves 5

p/s-aku rase Arsenal dah kena fikir nak beli defend baru yang lebih berpengalaman..papepon Arsenal kalah bergaya..

Saturday, March 12, 2011

Jana Income RM 30 000 sebulan...Tanpa Kelulusan,Tanpa Modal...

Assalamualaikum...

Kayo den....akhirnya aku dapat formula cara nak dapat income RM 30 000 sebulan tanpa guna banyak modal..macam mana la aku tak terfikir ye nak join formula ni dari dulu...Kalau aku tahu dari dulu tak payah aku belajar-belajar tinggi dulu...belajar tinggi2 pun last sekali tanam anggur je..

Heheheh...mesti korang tertarikkan baca kat atas tu kan...sebenarnya ni la isu sekarang yang keluar kat Buletin Utama tadi...isu pengemis di area Bangsar..sebenarnya bukan isu semasa pon isu pengemis ni dari dulu dah ada...mengikut Buletin Utama tadi income pengemis kat sana antara RM 28 000-RM 30 000....korang bayangkan alangkah mewahnye kehidupan pengemis sekarang ni..aku ni nak dapat BE Nuffnang pon ambik masa 2 bulan..siapa nak hidup senang dan mudah boleh la join dieorng...modal kecil je...baju koyak,bag kecil,lakonan mantap...modal paling besar pun buat muka 10 sen...
Jana Income RM 30 000 sebulan....Tanpa Kelulusan,Tanpa Modal...

Mesti korang bengang kan bila dengar pendapatan pengemis atau peminta sedekah ni kan..bagi aku mereka ni semuanya orang yang pemalas..taknak berusaha...taknak berfikir tapi nak hidup senang...aku ingat time aku sekolah menengah,ada pengemis dekat Terminal 1 seremban..relax je dieorang tanpa bersalah makan McD suami isteri..aku plak terliur tengok dieorang makan..kat Shah Alam pulak ada pengemis tu buta tapi kantoi pakai jam tangan...memang banyak btol cara dieorng nak tipu orang..

Bukan apa,kadang2 tu kita tahu yang dieorang ni banyak penipu...tapi sebab gaya kasihan dieorang menyebabkan ramai yang cair dan kita takkan expect yang income dieorang ni berganda-ganda lebih dari income kita..

Sorry ye sape yang tertipu dengan tajuk entry ni ye..cuma aku nak menyedarkan orang yang suka hidup senang cara mudah ni..sebab bila aku tengok analytic nuffnang aku ada plak sesat keyword orang cari "projek ape boleh senang hidup"..nampak sangat orang yang cari keyword ni nak hidup senang dengan cara mudah...orang2 macam ni la yang selalu keluar dekat Harian Metro tu yang kena tipu sana sini..tiada jalan singkat untuk jadi kaya..

p/s-hati-hati dengan penipuan zaman sekarang