Pages

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Bersedia ke kita untuk mati??

Assalamualaikum...

Korang rasa korang bersedia tak nak mati??Entahla aku ni jenis takut dengar kematian.Baru-baru ni aku ada terbaca entry seorng blogger yang member dia meninggal dalam accident.Member dia tu blogger gak.Nama blogger yang meninggal tu Muhammad Safwan bin Abdul Kadir...Aku pun terjahla blog arwah...Umur dia baru 19 tahun...sama-samala kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah..

Dari apa aku baca blog arwah aku dapt rasa arwah ni seorang yang happy go lucky.Entry dia santai dan banyak lawak.Pastu aku terfikir mesti arwah tak pernah terfikir dia akan meninggal semuda tu.Tula aku bila aku baca pasal kematian akibat kemalangan ni.Mesti aku berfikir,"dah bersedia ke arwah untuk meninggal"..."sempat ke arwah bertaubat"..

Mungkin sifat aku terlalu memikirkan mati ni menyebabkan aku agak tak yakin bila memandu.Baru tadi mak aku call.Dia call dari Bahau.Dia cakap jalan dekat railway Bahau tu tengah jamm.Sebab berlaku kemalangan yang aku rasa kemalangan paling ngeri di Bahau ni.Mak aku cakap ada sebuah lori break dia tak berfungsi langgar semua kenderaan dekat traffic light.Dengar cerita 5-6 orang maut.Ade yang mak aku cakap mayat dia melepet bawah tayar lori tu.

Semua kejutan.Mesti mangsa kemalangan tu tak sangka dieorng ni akan kena langgar.Tengah tunggu traffic light hijau tiba-tiba benda paling ngeri berlaku pada mereka dan ada yang sampai mengambil nyawa mereka.Sebab tu aku tak setuju bila orang muda ditegur untuk bertaubat dieorng ni jawab,"alaa...kita ni muda lagi..tak payahla nak nasihat camni,nanti dah tua beribadah la banyak-banyak"...kita takkan tahu bila ajal kita.Sebab tula aku nak nasihat diri aku dan semua pembaca blog aku ni cuba jangan terlalu leka dengan duniawi.

p/s-sama-sama la kita renungkan

Majoriti ADUN Melaka gemuk

Assalamualaikum..

Baca tajuk entry ni apa yang korang fikir??Aku baca dekat Malaysiakini tentang ADUN Melaka majoriti gemuk ni...1st impression dalam otak aku fikir,"alaa..hidup mewah camtula"...pastu saje nak tengok pendapat orang lain dekat bahagian komen...yang best malaysiakini ni boleh baca sambil tengok impression dan pendapat orang...Pastu aku suka tengok Malaysiakini ni sebab berita dia tak berat sebelah...

OK...cuba korang tengok komen-komen pembaca-pembaca tajuk ADUN gemuk ni...aku ingat aku yang paling teruk pikir...rupa-rupanya lagi teruk orang lain kutuk...

Majoriti ADUN Melaka gemuk
heheh...x-ray perut..ade bran??...tukar perkataan gemuk pada boroi...

Majoriti ADUN Melaka gemuk
Masuk kem PLKN 2 bulan...adoyaii...larat ke??...Makan nasi lemak 2 kali seminggu...heheh...

Tengok komen-komen dieorng ni...Ada yang komen membina tak?...Komen yang tak mengutuk?...Kesian pemimpin kita ni...manjang kena kutuk je...salah siapa???kalau pemimpin kita ni jujur rasanya ada kena kutuk camni tak???mungkin takde...mungkin dieorng ni tulis komen,"kesian ADUN Melaka ni,sibuk sangat berkhidmat untuk rakyat..tu yang gemuk tu tak sempat exercise"

p/s-perut aku boroi...bolehla jadi ADUN Melaka...heheh



Monday, May 9, 2011

Adakah pemerintahan Malaysia macam Portugis???

Assalamualaikum...

Entry kita citer pasal politik ye...kita kasi paneih sikit..hehe..Aku tertarik dalam satu dialog dalam filem Fast and Furious 5...dialog ketua drug dealer Reyes...dia cakap,"tu cara yang kejam..kita tak perlu buat macam tu...kita kena ikut cara penjajahan Portugis..kita bagi apa yang dieorng suka...tapi syaratnya mereka ni hak kita..sebab tu Brazil guna bahasa Portugis"..lebih kurang camtula dialog dia...bahasa pon dia cakap melayu..cuma loghat nogori dio pekat sikit..heheh

Rasenya pemerintahan Malaysia macam tu tak?...Sebenarnya kebanyakan negara buat konsep ni nak memerintah...sogok dengan harta benda..duit ngan projek untuk memancing hati rakyat...sedangkan Arab Saudi pon buat macam tu pada rakyat dieorng..Nak menutup mulut rakyat supaya tak merusuh..tak silap dieorng bayar RM3000 setiap orang rakyat dia..so,mereka ni akan senyap dengan harta benda yang disogok tu..

Kita tengok berita ngan surat khabar...bila pilihan raya mula la banyak janji-janji berbentuk duit,harta benda projek mega...keikhlasan kerajaan??wallahuaalam...sampai aku pernah dengar kontraktor cakap,"kalau nak banyak projek tunggu je la pilihan raya"...Bila tunjuk statistik..mesti banyak tentang duit kerajaan yang keluar untuk rakyat..tujuan???mestila nak rakyat terharukan..mesti ramai yang cakap,"wah...baik betul kerajaan keluar duit banyak-banyak demi kita...sampai sanggup kuar 50 juta demi email untuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia"...ni contoh ye..takde kena mengena ngan email 1Malaysia yang 'sangat' berguna tu ye...

Sebenarnya politik ni semua sama...sebab tu kadang-kadang aku bosan dengar pasal politik..kejujuran dan keikhlsan ahli politik memang tak ramai...adakah kita ni memang hidup semata-mata duit?..sampai kes kemalangan pun ada statistik berapa banyak duit kerajaan keluar nak betulkan segala kerosakan kerana kemalangan tu..semua duit..duit dan duit..

Kita tengok kepimpinan Rasulullah S.A.W..adakah baginda dapat mengajak ramai orang beriman kepada Allah dengan janji-janji duit..semestinya tidak kan...Baginda tunjuk keperibadian baginda yang begitu agung...kebanyakan orang kafir yang memeluk Islam masa tu disebabkan keperibadian Rasulullah...

p/s-kerana duit ramai manusia lupa diri...


Thursday, May 5, 2011

Ko ingat semua orang melayu bodoh ke???

Assalamualaikum...

Entri ni sambungan entry yang sebelum ni..Hari ni aku nak settle kan hal stall aku yang kena pindah..walaupon hanya pindah kat sebelah dah hampir 2 jam ni aku dah buntu macam mana nak pindahkan stall ni...kena bukak bahagian atap tu sikit sebab ada bahagian yang sangkut...terima kasih aku ucapkan pada MMU sebab sanggup menyusahkan aku sekeluarga...terutamanya pada pegawai finance yang baru aku bincang tadi...semoga hidup ko diberkati Allah..

Aku sebenarnya nak kongsi cerita perbincangan aku dengan pegawai finance ni...aku pergi dengan ayah aku...setelah aku habis berbincang dengan pegawai tu aku buat kesimpulan memang ramai orang Melayu yang mempunyai kelulusan tertinggi ni iaitu PHD...yang aku tahu bukan akak Ayamazz tu yang dengki tapi pihak finance MMU...sebab pegawai camnila banyak orang Melayu gulung tikar aku rasa..

Yesss...aku berjaya tahan marah aku walaupon aku ni jenis yang suka tinggi suara dan melenting kalau aku rasa orang tu bersikap cilaka dan bangsat terhadap orang lain...aku bincang dengan lembut sambil tersenyum kat dia tapi ayah aku marah sikit nampaknya..tujuan aku bersikap lembut dan tersenyum supaya aku tak terus dihalau keluar dari MMU ni..sebab memang customer kat sini bagus-bagus...

Ni antara perbincangan aku dengan pegawai yang konon nak sangat 'menolong' orang mula berniaga..

Ayah:Betul ke stall anak saya ni kena pindah tukar dengan Ayamazz tu..
Pegawai baik hati:Ya..memang kena tukar..
Aku:Kenapa stall saya ni kena pindah ye?
Pegawai baik hati:stall Ayamazz tu permenant ada perjanjian tapi stall burger hanya budi bicara saya saje untuk benarkan berniaga.Saya hanya nak menolong Nizam tu berniaga kat sini..kalau ikut perbincangan saya kalau stall ni diarahkan pindah encik kena pindahkan walaupon takde alasan..
Aku:Tapi kenapa tiba-tiba timbul masalah pemindahan ni bang...rasenye dah lama stall ni dah bukak..ade komplen ke bang..
Pegawai baik hati:Ni bukan sebab komplen memang tajde komplen tapi Ayamazz tu permenent tapi awak ni sementara takde contract langsung...hanya budi bicara saya saje bagi berniaga.
Aku:Habis tu kalau takde komplen nagn masalah apa salahnya saya stay kat situ..
Pegawai baik hati:Memangla takde tapi stall tu permanent dan stall ayamazz tu kecik..
Aku:Saya bukan ape abang...stall saya tu banyak barang-barang besi tu...kalau kena hujan habis berkarat barang-barang tu..
Pegawai baik hati:Yela..takpela nanti saya bincang balik dengan Nizam...tiba-tiba saje saya ni kena serang sedangkan ni arahan dan ni perjanjian saya dengan Nizam..

Bengang betul aku time tu time bila aku ngan ayah aku serang dia pon aku tak tahu...tak nampak sonyum lebar den sampai telinga ni...aku bincang baik-baik ni...hanyak ayah aku ada nada marah sikit...ada gak aku terpaksa potong cakap bapak aku..kalau berlaku sesuatu yang takde alasan
kukuh mestila nak minatk explanation...pastu aku pun jawabla


Aku:Bang kita ni bukan nak serang abang..kiteorng sume nakkan explanation sebab selama ni tak timbul masalah ni..
Pegawai baik hati:Tula explanation die..ayamazz tu permenant..

Pastu ntah apa pegawai tu carut explain kat aku...aku dah bosan angguk sambil senyum kat dia..pahala pon aku dapat senyum kat dia...malas aku nak cakap lagi...dia ingat semua orang melayu bodoh ke apa...ikut je cakap...kalau dah takde masalah aku dengan Ayamazz tu dan akak tu pon tak kompleh apa salahnya aku stay kat situ...takkan sibuk nak ikut peraturan...pastu bukan peraturan sangat....ko bincang mulut ke mulut je dengan abang Nizam tu sebelum ni..Apa yang ko dengki kalau aku duduk sementara kat situ tapi akak tu tak pernah komplen...apa cerita..baik tak payah jadi pegawai la...kalau aku jadi pegawai takde aku nak ikut peraturan permenant bodoh kau tu...ko tu dah la melayu..tolongla melayu sama melayu...

Yang paling aku bengang bila aku nak balik tu dia cakap,"nanti saya bincangla dengan Nizam sebab dulu saya bincang dengan dia..tapi kalau macam ni baru suruh pindah luar tu dah serang saya baik saya suruh keluar terus dari MMU"...memang ko la antara melayu bodoh yang dengki kat orang kalau keputusan ko nanti halau keluar aku dari MMU ni...nak tutup periuk nasi aku...

p/s-sorry entry ni banyak unsur-unsur carut sebab aku tak boleh nak consider Melayu camni...sangkaan aku yang akak Ayamazz tu tak bersalah memang betul sebab aku kenal sape akak tu..

Jiran yang Baik atau sebaliknya...

Assalamualaikum..

Entry ni aku nak kongsi tentang jiran aku...bukan jiran kat rumah ye...tapi jiran stall burger aku kat MMU tu...sebelah stall burger aku,ada satu stall Ayamazz Roti Impit...stall ni franchise dari KFC Holding...

Stall ni ada sorang akak ni punye...akak ni dah kahwin..selalu husband dia datang tolong dia sebab husband dia kerja HSBC bank...waktu kerja dia ikut waktu oversea...So.husband dia kerja waktu malam...

Aku cakap akak ni sorang jiran yang baik sebab setiap kali aku nak beli kat dia mesti dia tak kasi aku bayar..dia cakap,"tak payahla kita kan jiran"...pastu aku jawab,"mane bley kak,akak kan berniaga"..tapi tetap dia bagi free...pastu aku cakap kat dia,"pasni kalau nak beger mintak je ye kak"memang aku rase kesian plak...so,lepas dia dah bagi free manjang setiap kali aku nak beli...aku dah takut nak beli kat dia...takut dia bagi free..aku suka hot dog Ayamazz Roti Impit ni...terpaksola menelan air liur tengok org lain makan...nak beli takut akak tu bagi free...

Tapi ada satu hari tu aku balas dendam kat akak tu...dia ada order benjo dua...time nak bayar aku pon bagi free kat dia..aku cakap,"jiran..takpola...xpyh bayar"...heheh...ade plak balas dendam...heheh..sebenarnya aku saje nak balas budi...

Memang aku ngan Addy baik ngan akak dan husband dia tu...selalu la kiteorng borak-borak time takde customer..Mak dia pun selalu datang...siap bagi nasihat lagi kat aku pasal hal-hal bussiness ni...akak tu dulu kerja HSBC gak..tapi nak bussiness punye pasal dia berhenti..

Tapi semalam aku dapat panggilan yang mengecewakan dari Along aku...Along aku call aku,"Faiz,stall ko kena pindahkan,tukar ngan stall KFC tu"...Along aku cakap finance MMU call dia sebab dia cakap stall KFC ni ada contract,so sepatutnya tempat stall aku tu tempat stall KFC tu...aduhh...terpaksala aku berpanas dan berhujan sikit lepas ni sebab tempat stall KFC bukan bawah bumbung walupon sebelah menyebelah je...tempat stall lama aku bawah bumbung kat satu bangunan dewan dekat area fakulti...bila hujan ke memang stall aku tetap tak kena hujan ..Kalau hujan lebat barula kena tempias sikit...

Aku pun tak puas hati sangat sebab tak silap aku bro Nizam yang buat burger sebelum aku ambik alih stall dia ni dah mula berniaga sebelum stall KFC tu ada..aku pun call bro Nizam..

Aku:Assalamualikum bang..Along saya ada call saya yang stall tu kena tukar dengan stall KFC tu..
Bro Nizam:Aah...abang pun pelik sebab stall tu bukak sebelum KFC tu dulu
Aku:Habis tu kenapa saya plak kena transfer stall tu..
Bro Nizam:Ade orang complain.dia cakap kenapa stall permenant letak dekat luar tapi stall sementara duduk dekat dalam plak..
Aku:Owhh...jadi kita ni contract sementara la ye..tak boleh ke nak deal ke dengan finance tu bang..
Bro Nizam:ntahla..tak boleh kot sebab ni arahan orang atasan dia..

Aduhh..terpaksala aku berpindah ke tempat yang tak berbumbung pasni...tapi yang aku hairan sape yang complain tentang hal-hal permanent tu...takkan akak tu kot...akak tu yang aku kenal baik gila...takkan dia tak puas hati dekat stall aku...tapi aku taknak buruk sangka kat dia...memang bengang betul dengan MMU ni..dahla aku bayar mahal gila sewa...sehari RM 50...kalau aku bukak sebulan 20 hari...dah RM 1000 aku kena bayar kat MMU...padahal aku tanya akak stall KFC tu dia cakap dia bayar kat MMU RM 100 lebih je sebulan...sebab dia cakap stall dia ni di bawah skim graduate..

p/s-apa pendapat korang tentang kes ni..akak ni complain atau KFC Holding yang complain..aku tak rasa akak ni complain..