Pages

Sunday, January 30, 2011

Home » , , , , » Awas Kelemahan Pelaburan Emas

Awas Kelemahan Pelaburan Emas

Saje aku nak share tentang pelaburan emas sikit...mana tahu ada yang baca blog aku ni berhasrat nak jadi pelabur emas ini...okla,seprti kita tahu yang pelaburan emas ni ada 2 jenis iaitu dengan membeli emas fizikal atau membuka akuan simpanan emas.Emas fizikal aku recommend emas Public Gold sebab mempunyai faktornya yang mempunyai spread atau susut nilai yang rendah sebab Public Gold ni mempunyai kilangnya sendiri berbanding emas fizikal yang lain seperti syiling kijang emas,produk emas dari UOB Bank dan kedai emas yang tidak memiliki kilang sendiri untuk membuat emas.Selain itu emas Public Gold juga senang untuk dibeli dan sentiasa ada stock walaupun pada waktu yang mempunyai permintaan tinggi.Selain tu kita tidak perlu risau yang bungkusan emas rosak atau emas tu rosak dan calar kerana pihak Public Gold tetap akan menerimanya semula.
Awas!!! pelabur emas..

Tapi hari ni aku nak cerita tentang akaun simpanan emas.Akuan simpanan emas yang terkenal kita tahu ialah GSPA dan GIA,yang terbarunya ialah KFH yang mengikut syariah.
Awas!!! pelabur emas..
Semalam selepas aku buat reserch tentang akuan simpanan emas terdapat bayak fakta tentang di sebalik simpanan akaun emas ini.Aku dapat ini dari http://goldsilver4u.blogspot.com/.So aku just copy antara kelemahannya berdasar pengalaman tuan punya blog tu sebab aku takde pengalaman dalam membuka akuan simpanan emas ni.

Fakta:

1- Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda difahamkan oleh pihak bank bahawa anda telah membeli sejumlah emas yang sama nilai dengan deposit anda, walhal sebenarnya anda hanya memberi pinjaman wang secara percuma kepada bank.
2- Ada bank yang menawarkan redemption emas fizikal, tetapi sudah pasti anda akan dikenakan caj tambahan.Sebagai contoh untuk akuan GSPA pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.
3- Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan.Sebagai contohnya untuk akuan GIA anda hendaklah meninggalkan sekurang-kurangnya 2gram didalam akuan untuk akuan kekal aktif dan dikenakan servis cas RM10 pada awal tahun untuk simpanan kurang 10 gram pada hujung tahun.
4- Apabila anda hendak menjual semula (untuk mengambil keuntungan), anda akan dikenakan lagi beberapa cas yang sudah semestinya akan mengurangkan margin keuntungan anda.
5- Pelaburan ini tidak melindungi nilai harta dan wang anda kerana anda membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan sekeping buku akaun dengan beberapa nilai tertulis didalamnya, berbeza dengan anda membayar wang dan dapat seketul emas.
6- Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai ke satu tahap apabila jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda diminta untuk membuat sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut dan pastinya bank akan mengatakan ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah. Hakikatnya, apabila harga emas menurun pasti sesuatu telah berlaku terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti ekonomi negara dan anda sendiri juga terkena tempiasnya!! pada waktu itu adakah anda masih mempunyai wang untuk membuat deposit lagi?
7- Sekiranya anda tidak membuat deposit tersebut maka wang anda kan hilang begitu sahaja. Perkara yang tidak diketahui umum ialah sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM!!
8- Bank hanya memberi figure kepada anda, wang deposit anda tidak didagangkan pun, tetapi digunakan oleh pihak bank secara percuma, dan jika anda kehilangannya bank akan untung besar!! Jika anda untung sekalipun bank akan tetap untung besar kerana telah menggunakan wang anda untuk menjana keuntungan dan mengenakan beberapa cas kepada anda.
9- Anda dikenakan spread yang besar jika mahu menjualnya semula disamping beberapa cas sampingan yang perlu dibayar.

So,korang fikir-fikirkan sebelum memulakan pelaburan emas.Cuba teliti kelemahan di sebalik pelaburan tu.Yang pentingnya akuan simpanan emas ni tidak tahu status halal atau haramnya kerana majlis fatwa tidak keluarkan apa-apa tentang akaun simpanan emas ini.

5 comments:

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

tak semua akaun emas macam tu, i.e. tak perlu top up, tiada charge untuk redeem, apa yang penting pilih yang terbaik ada pros and cons

Unknown said... [Reply to comment]

yo ko faiz. Atok baru tahu ha....ado gak kontra dio yo...

faiz said... [Reply to comment]

@Suhami Ahmad
ado pakcik...nak melabur emas mest faham semua instrument..

NN said... [Reply to comment]

Nice sharing !

NN said... [Reply to comment]

Pasal tu disyorkan kita pelbagaikan pelaburan kita. Beli gold ni dah ok , tapi mcm mana kalau harga pasaran tak stabil. Haru biru jugak la kan..kalau nak selamat melabur di ASB atau tabung haji. Tapi kalau nak memaksimumkan keuntungan boleh try venture dalam pilihan binari atau forex. Try baca pasal pelaburan2 tersebut. Ada ilmu tu penting. Jain main ikut orang je kan...