Pages

Friday, January 14, 2011

Home » , , , » Untungnya ramai kawan.....

Untungnya ramai kawan.....



Dari apa yang korang tengok gambar ni aku rase kelakar plak.memang tak logik ape yang kita lihat pada gambar tu. Tapi ape aku nak ceritakan sebenar pada hari ini ialah tentang silaturrahim.Sebenarnya banyak faedahnya kite mencari ramai kawan.Antara faedah yang paling agong sekali ialah seperti disabdakan oleh rasullullah:
"Maukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada shalat dan shaum?" tanya Rasul pada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Beliau kemudian
menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturrahim" (HR Bukhari Muslim.

Berdasarkan hadis tersebut kite tahu dengan rahmat dan barkah yang diberi oleh Allah kepada hambanya dngan menjalin silaturrahim yang mane mempunyai pahala yang begitu besar.Kalau kita nak kaitkan rezeki dengan silaturrahim kita dapat lihat sebagai contohnya orang yang berjaya dalam perniagaan kebanyakan mereka yang mempunyai ramai kawan.It all about networking.Dalam belajar juga kawan penting juga sebab kite boleh dapt banyak ilmu dan info.Sebagai contoh sewaktu aku belajar dulu membe aku beritahu info peperiksaan yang dia tahu dari ppensyarah dia,waktu peperiksaan memang betul banyak yang keluar dari info-info tu,sedangkan paper tu paling aku takut dan disebabkan info tu la aku dapat jawab dengan mudah.

Tapi kita kene ingat cari kawan biar yang tak membawa kita kepada keburukan.nak berkawan dengan mereka boleh tapi janganla kita terpengaruh dengan mereka.nasihatkanla mereka.Janganla jadi macam citer ngangkung,membe main nombor ekor,kite pon terpengaruh.Tu la serba sedikit tazkirah jumaat yang aku nak kongsikan sedikit.Mari kita cari rami kawan Jangan jadi macam aku tak ramai kawan tapi aku ada alasan tersendiri.

3 comments:

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

memang seronok kan kawan ramai

Unknown said... [Reply to comment]

hihi...kawan biar beribu, kekasih hanya satu iaitu kat atas tu

faiz said... [Reply to comment]

@Suhami Ahmad
btol tu..berjuta lemon kawan pon xpe..heheh