Pages

Friday, January 7, 2011

Home » , , , , , , , , , » KISAH PEMUDA TAK TIDUR 3 TAHUN......

KISAH PEMUDA TAK TIDUR 3 TAHUN......


Hari ni aku nak share satu kisah orang tak tidur 3 tahun.Asyik tengok kisah panas artis malaysia je,sesakali dengar kisah lain ok jugak kan.Ada ke orang tak tidur 3tahun walaupon seminit?macam mustahil je.tapi jawapannya memang benar.sebab ape aku cakap benar..sebab ni memang kisah benar yang berlaku ke atas diri aku sendiri.seperti mane korang tengok gambar kat atas tu macam tu la kehidupan aku hampir 3tahun semenjak tahun 2008.setiap kali aku nak tidur mesti aku akn lihat jam.bila dah subuh terus bangun dari berbaring.perasaan tension memang la tak boleh nak dikatakan.Tapi alhamdullilah aku sempat habiskan degree aku di uitm sebelum aku dapat penyakit ni dan aku dah mula boleh tidur sikit sejak setengah tahun ni walaupun sekejap dan tak senyenyak diri aku dulu.Tapi aku tak sempat untuk pergi convocation sebab waktu tu aku tengah teruk sakit.Sebelum tu aku memang ada sejarah susah nak tidur semasa aku form 3 dan form 5.

bila orang tanya aku..ko tak pergi berubat ke faiz?dah macam-macam cara aku dah lakukan.cara tradisional,moden dan macam-macam lagi.dah habis beribu duit keluarga aku habis mengubatkan aku sehingga aku sanggup mengajak ayah pergi mengerjakan umrah untuk berdoa kepada Allah.Aku juga dah dirujuk pakar psiakitrik sehingga kepala aku dicurrent(ECG) sebanyak 6 kali dan aku dicucuk setiap 2minggu selama setahun.Aku tak kisah sangat dengan tak boleh tidur.tapi paling aku tak terima kenyataan dan takuti ialah aku tiba-tiba aku berfikiran seperti orang anti-islam dan keadaan fizikal aku jadi lemah sehingga aku nak jogging pun dah tak larat.aku dah tak boleh lakukan aktiviti seperti orang seusia aku.Sebenarnya banyak lagi implikasi dari penyakit aku ni yang aku susah nak ceritakan.

aku selalu tertanya-tanya adakah aku akan jadi ahli neraka dengan pemikiran aku sekarang?kenapa aku berubah sikap?tapi aku tak boleh kalah dengan pemikiran aku.aku tak pernah terfikir nak jadi macam ni walaupon sesaat.aku sekarang mula selalu ke masjid dan memperbayakan baca al-quran.tapi setiap kali aku beribadah mesti aku tertanya-tanya adakah ibadah aku diterima oleh Allah?dan setiap kali aku nak rasa gembira aku akan terkenangkan apa akan terjadi pada aku pada alam barzakh dan hari akhirat?Tapi aku tetap bersangka baik mungkin ini satu ujian kepada aku.

2tahun pertama aku dapat penyakit ini kehidupan aku betul mati.hidup aku hanya semata-mata baring,ibadah dan makan.tv pon aku tak tengok.lepas 2tahun aku dah mula cuba mengembalikan kehidupan aku..aku mula tengok tv dan bulan ramadhan baru-baru ini ayah aku pasang streamyx.aku tulis blog ni pun sekadar nak mengisi masa lapang aku.aku mula berminat membaca blog tanpa sengaja selepas aku baca blog sharinginfoz dalam entry dia OM Burger: Burger Paling Sedap di Kuala Lumpur?tu pon selepas aku google tentang kedai burger yang sedap sebab aku memang peminat burger.selepas tu aku mula membaca banyak blog orang lain.banyak juga la blog otai yang aku baca macam blogariff,ridzuanrichie dan zackzukhairi.Disebabkan penyakit ni la aku menganggur sampai sekarang dan aku ada reason-reason aku tersendiri kenapa aku tak kerja..

Pada tahun 2011 ini aku mula bertekad untuk membuat sesuatu untuk kehidupan aku.aku perlu buat sesuatu.aku cuba menulis blog untuk mengisi lapang aku dan cuba mencari rezeki halal dan membuat research dalam internet marketing.Satu hari nanti jika aku diizinkan Allah untuk hidup normal macam orang lain aku akan membaiki kesilapan yang aku lakukan selama ini yang dipersia-siakan.doakan la aku untuk berjaya.

p/s-Ada tips mengatsi masalah tidur???kongsi la kat aku...sape yang baca blog ni jadikan kisah aku sebagai teladan.janganla mempersia-siakan kehidupan korang dengan lakukan perkara yang dilarang oleh Allah dan lagho.

15 comments:

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

thanks for sharing your experience, tak sangka tergoogle masuk my blog mengenai OM burger ya

faiz said... [Reply to comment]

thanks sebab sanggup baca..

hans said... [Reply to comment]

ku baca entry nih sampai habis
wah,xdapat bayang yer tak dapat tidur macam mana..
ini sebab insomia ker apa?
kalau makan ubat tidur xleh tidur juga?
apa2pun, selamat berblog dan thanks sudi singgah blog saya

P/S : Hidup Nih Tak Habis - Habis Dengan Macam - Macam Isu

faiz said... [Reply to comment]

dah makan dah...xjalan gak ubat tido

syafiqstatichot said... [Reply to comment]

kenapa sampai jadi camni?? kesiannyer, takkan takde penyelesaian langsung??

faiz said... [Reply to comment]

@SyafiQ Bleszynski
ntahla..mintak-mintak satu hari nanti dapat jadi normal balik

akutau said... [Reply to comment]

xkan xde cara nk berubat.. aku pon org yg pyah tdo tp xde la kritikal mcm ko nie... aku hrap ko cpat smbuh..:)

faiz said... [Reply to comment]

@WANTED
ntahla...thanks...semoga doa kau dimakbulkan

ZAIDAHTUL AKMAL said... [Reply to comment]

Keciannya....mengalir jap air mate ne..terimagine mcm mane perasaan dikala itu...erm...semOga cepat cembuh yer..

faiz said... [Reply to comment]

@Zyash
thanks..

Cik Puan iLa said... [Reply to comment]

slm perkenalan..cik ila jumpe kt innit td...

nice sharing.sblum ni tak pnah dgr lagi cerita mcm ni.cik ila xtau cmne nk tlg.tp harap brsabar,byk2 doa,insyallah,segala2 nya akan kembali normal..

nanne_manja said... [Reply to comment]

thanks sebab singgah blog saya..
kesiannya kat Faiz tak boleh nak tido..
Sabar ajalah ya (tak mampu nak cakap apa-apa lagi)..
Sambil-sambil tu boleh berblogging ...

Meis Izz said... [Reply to comment]

~~ Disebabkan penyakit ni la aku menganggur sampai sekarang dan aku ada reason-reason aku tersendiri kenapa aku tak kerja.. ~~

Oic..... Hummm.....

amry said... [Reply to comment]

aku baca dari entry ko tajuk "boleh masuk mastika ker ni". Pelik aku citer ko ni...apesal erk ko jadi macam ni?rupanya ada kisah ko ni..Hm..sebelum tidor ko cuba semayang atau baca quran bro.supaya tenang sikit perasaan tu.dekatkan diri dengan Allah.Supaya lapang dada.
bETUl bro,aku agak pelik dengan apa yag ko alami...nak kasi panddangann pon tak tahu ni.tapi harap satu hari nanti ko akan pulih sepenuhnya lah

Unknown said... [Reply to comment]

Berat dugaan yang Faiz tanggung kan...xpelah Faiz, internet marketing pun boleh dpt income yg banyak...mungkin rezeki kita ke arah tu...Atok harap Faiz berjaya dalam hidup!