Pages

Monday, May 2, 2011

Home » , » Bila Awie mula cakap pasal agama..

Bila Awie mula cakap pasal agama..

Assalamualaikum...

Hari Sabtu hari tu aku ada terbaca di Harian Metro pasal Awie hentam Bob...Aku hanya mampu tersenyum saje bila seorang artis tu bercakap pasal agama.Terserlah sifat jahil dieorng.Aku tak mengatakan mereka ni jahil tapi bila mereka ni cakap pasal agama kita boleh nampak kejahilan mereka.Aku tulis apa yang Awie cakap dan aku cuba bagi pendapat sikit..

Kata Awie 1:

"Jangan hipokrit,jangan cari publisiti murahan dan jangan riak"

Pendapat aku:

Penyataan ni Awie kata sebab Bob Lokman semenjak aktif berdakwah dan meninggal industri hiburan ni Bob Lokman kerap 'menyerang' dunia hiburan.Yang ni penyataan paling jahil aku rase.Awie ni mesti tak faham erti dakwah sebenar.Dakwah ni bertujuan untuk kita memperingati satu sama lain dan mengajak manusia ke jalan kebaikan.Dah tentula Bob Lokman yang begitu lama dalam bidang hiburan tahu apa yang buruk dalam dunia hiburan.Yang tu dah jadi kewajipan kepada Bob Lokman untuk menegur dan beri peringatan.

Kata Awie 2:
"Jika Bob mahu mencari ilmu akhirat,tidak perlu mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik"

Pendapat aku:
Aku tak faham apa yang dimaksudkan Awie dengan publisiti.Bob Lokman selama ni dalam dunia hiburan.Mestila dakwah dia banyak menegur dalam dunia hiburan.Adakah Awie bermaksud dakwah itu satu cara cari publisiti?Kalau nak cari publisiti baik Bob tak payah tinggalkan dunia hiburan sebab dia dah pun famous.Antara pelawak yang popular di Malaysia ni.

Kata Awie 3:
Awie menegur Bob supaya memberi tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

Pendapat aku:
Adakah cari ilmu akhirat dan mencari keredhaan satu dunia baru.Habis tu Awie seorang Islam tak perlu ke menumpu kepada akhirat.Takkan nak tunggu nyawa di hujung tanduk baru nak tumpu ke akhirat.Tup..tup..esok accident waktu tu nak insaf...camner??sendiri ingatla Awie...

Kata Awie 4:
"Bob Lokman pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini"

Pendapat aku:
Come on Awie...ni dikatakan hidayah dari Allah.Dan Bob sudah bertaubat dan menyesali bidang yang diceburi sebelum ni.Sebab tu untuk menyesali perbuatan lama dia terhadap kerja yang dia lakukan selama ni.Bab kutuk tu aku no comment sebab aku tak pernah tengok bob lokman bagi ceramah..

Kata Awie 5:
"Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri,bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri"

Pendapat aku:
Aitt Awie...sape yang sedang meludah muka sendiri sekarang.Ko atau Bob?

Kata Awie 6:
Awie ulas penyataan Bob yang mengatakan banyak perkara tak elok dalam bidang hiburan.Dia kata Bob perlu sedar dengan apa yang diperkatakan dan tidak mengundang rasa tidak senang pihak lain.

"Jangan cara publisiti murah dan jangan melakukan sesuatu yang yang boleh menimbulkan perasaan riak dan hukumnya dosa"

Pendapat aku:
Mana ko tahu yang Bob tu riak.Takde siapa kat dunia dapat baca perasaan riak orang.Sekali lgi aku mempersoalkan adakah dakwah dan teguran tu satu publisiti??Ko sebut pasal dosa.Habis tu pegang,peluk suka hati orang tak sama muhrim,pakai subang,dye rambut ngan tak tutup aurat tu tak dosa kah?...ko fikir senang hati orang.Habis tu kemurkaan Allah takde plak ko fikir.

Kata Awie 7:
Sebagai artis dia akan menjalani kehidupan seperti sedia ada dan sebagai umat Islam akan sampai masa untuk beralih arah kerana itu sebahagian daripada kehidupan

Pandapat aku:
Wahai Awie insaf la sekarang.Mana ko tahu yang ko hidup lama.Takkan ko tak pernah dengar orang mati mengejut.Dan agama Islam tu bukan sebahagian dari kehidupan.Agama Islam tu sepatunya jadi sepenuhnya kepada kita.Ko mengaku yang ko ni Islam.Tapi Islam kah kehidupan ko???

p/s-sape pernah dengar ceramah Bob Lokman.Apa yang di kutuk?






17 comments:

Ayie said... [Reply to comment]

Opinion is a subjective issue.. Tak semestinya kita MESTI sependapat dgn orang lain.. Pada aku, pendapat depend kepada orang tu, dari cara dia berfikir dan mengolah pemahaman.. Cara berfikir berbeza kan..?? jadi kita patut hormat pendapat orang lain..

Kes pendapat awie tak sama ngan pendapat bob, kita tak bole la nak marah mana mana pihak.. 2-2 pihak ada cara fikiran berbeza.. Jadi, pendapat aku, kita hormat pendapat kedua belah pihak.. Lagipun bob dah ulas pun kes pendapat awie nih, dan Bob cakap dia hormat pendapat awie.. cukup la, tak perlu dipanjangkan cerita..

p/s: sekadar pendapat.. ^^

Nur Liyana said... [Reply to comment]

betul tue...mana ada org tau yg tue riak ke ikhlas ke apa...

berubah tue baik dari kekal tersesat!!!!

tapi kalau fikir balik, dunia hiburan!!!!nama pun hiburan....
haih =.=

Miecyber said... [Reply to comment]

Saya sokong Bob Lokman...


Kapalterbang bateri

Heidi Shafiq said... [Reply to comment]

bob mmg berani kehadapan.. aku bgga dgn die.. :)

hans said... [Reply to comment]

Aku sokong komen Ayie
cuma mungkin komen daripada Awie tu bersulam dengan emosi
apa2pun moga kita semua diberi hidayah dan berubah menjadi lebih baik dari semalam dan lebih baik dari hari ini
insyaallah

Jue said... [Reply to comment]

kebanyakkan artis suka cakap tanpa ilmu dan iman!! cakap ikut sedap rasa jekk..

chii said... [Reply to comment]

awie takut ngan bayang2 sendiri :)

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

semoga bob lokman diberi kemudahan untuk mendalami ilmu agama

joN said... [Reply to comment]

Ni awie mano faiz?wings ko bdk sek ko?hahaha yg awie nk melenting apahal?die mkn cili bnyk sgt ni..tu yg terasa pedas...

faiz said... [Reply to comment]

@joN
heheh...awie tu lamo dah den xdongar..

Seksi Bani said... [Reply to comment]

salam Faiz, kalau tak tau apa-apa, lebih elok kita berdiam.. :D

Wafiy Suzly said... [Reply to comment]

dua2 pihal ada cara hidup berbeza, mungkin sifat bob yg terlalu menghentam membuat beberapa individu tk selesa, mereka rasa bersalah, itu maknanya mereka tau apa yang mereka buat tu salah, tapi tu punca rezeki mereka, panas bontot la tu..

aleen aiden said... [Reply to comment]

uuu benda ni bukanla isu sensitif sbenarnye tp utk aku komen,itu agak subjektif.aku xtau cara bob 2 btul ke idak.maksud aku cara die tu mengcondemn atau btul2 ajak ke jln yg btul.hu3
tp klo utk tujuan yg baek,aku sokong.

| gad1s s0ypans | said... [Reply to comment]

mmg mudh untk berbicara.....

dan x mudh untk menilai....

hny 0wg yg jahil yg akan berbicara untk menjatuh kan diri sendiri.....

gad1s bgga dgn perubahan b0b l0kman....
gad1s p0wn ada ja dgr ceramah beliau....

hebat....!!!

Suhami Ahmad said... [Reply to comment]

Bob lokman dah berhijrah? Alhamdulillah.....ni yang kita nak

amny said... [Reply to comment]

setuju sekali dengan entry ats nii...uuhuh...xreti nak ulas cmne..tapi time bace pasal ni hari tu..memang rasa kelakar r bace ape yang awie perkatakan..

KUREKURE COMEL said... [Reply to comment]

lagi byk berkata kata...lg byk silap...haisshhh...terserlah 'kepandaian' awie tu....