Assalamualaikum...
Hari tu aku baca surat khabar ada lagi satu pelaburan emas di Malaysia ni dari bank Islam terbesar dunia iaitu bank Al Rajhi.Bank Al Rajhi ni menawarkan pelaburan emas fizikal...Skim pelaburan emas ni ialah Al Rajhi Gold-i..
Detail pelaburan emas Al Rajhi Gold-i ni aku tak tahu sebab lepas aku terjah ke laman web bank al rajhi ni sikit sangat penarangan tentang Al Rajhi Gold-i...yang aku tahu emas ditawarkan ialah jenis 999.9 yang diperoleh dari Switzerland.So,kalau emas tu dibuat dari luar negara aku mengagakkan spread harga jual beli dia mesti tinggi.Sebab emas tu tak dibuat di Malaysia.Cuma satu je emas fizikal di Malaysia dibuat di Malaysia iaitu PublicGold.So,emas fizikal PublicGold mempunyai spread harga yang paling rendah sebab tiada caj-caj seperti upah tukang.
Tak silap minimum pembelian Al Rajhi Gold-i ni ialah 10g...So,sape yang berminat nak melabur dalam pelaburan emas fizikal ni boleh tanya Bank Al Rajhi sendiri untuk kepastian...Dalam pelaburan emas fizikal banyak faktor yang kita kena pertimbangkan seperti:
1)berapa spread jual beli
2)Senang tak nak pantau harga jual beli dia.
3)Adakah syarikat tu akan beli balik emas tu kalau ada kerosakan atau plastik dibuka
4)Boleh dipajak atau tidak
5)Mudah dibeli atau didapati dan dijual balik...Kalau Al Rajhi Gold-i ni rasenye susah nak dapat sebab tak banyak cawangan bank Al Rajhi ni..
Sape yang berminat dengan pelaburan emas ni boleh la mula sikit demi sedikit sebab mengikut aku baca dalam pelaburjutawan.com,bank pusat yang dulunya menjualkan rizab simpanan emas mereka, kini sedang dalam usaha membeli semula ketulan emas kuning itu dan menjadikannya sebagai rizab simpanannya semula untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada matawang Dollar...tindakan bank pusat ni mungkin disebabkan kejatuhan matawang US dollar yang semakin merudum sekarang ni...so,dijangkakan permintaan atas komoditi emas ni akan meningkat sekaligus akan menaikkan harga emas sekurang-kurangnya $2000 per oz menjelang akhir tahun 2011...Sekarang ni harga emas ialah lebih kurang $1543 per oz..
p/s-emas merupakan perlindung matawang kepada inflasi..
15 comments:
j0m start melabur.....
rakan k0ngsi....???
c(:
menarik. aku pun ada simpan emas 999 public gold yg 20g. hrga skrg dh byk naik. beli xsmpai satu tahun pun. tp, kalu nk jual, still xuntung byk. tggu la lg. kalu ade duit, igt nk beli lg la..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
air baling kenduri kahwin
kata orang pelaburan emas tak susut nilai...
Salam Faiz,
Dengar citer harga emas dah jatuh.
Along
@Along
mmgla harga emas kdg2 jatuh ikut keadaan dan sebab2 tertentu..tapi harga emas masih tinggi sekarang
Faiz, ada gak dengar kawan labur emas.. tapi kat bank CIMB.. masalahnya ialah pelaburan tidak dijamin oleh PIDM (Perbadanan Insuran Deposit Malaysia)..
wow... interesting...
nak melabur juga la... ^^
*thanks cuz wish ak semoga dapat keje... hahaha
harga emas walaupun jatuh tp still masih bernilai, sbb tu dr. M saran guna matawang emas.. huhu
kalo ada rezeki lebih..nk ar gak beli..lgpun harga emas leh jadi tinggi..n leh digunakan time sesak :)
@Seksi Bani
yg tu buku akuan emas bukan emas fizikal..
sgt berminat tp buat masa nie nak kuarkan modall payah..sana sini dgr org nak join bnda niee..mmg kaya beb..
makcik kat sebelah mina ni mula2 nak masuk tu lah...sbb org kata blh beranak duit...
rupe2 nye salah..ia utk simpan je...
untung sebenarnya beli emas ni kan.....tapi atok takdo duit ha...lgpun x tahu nak simpan mano
huhu...just nak share, stakat ni minimum investment RM100k. to kalo dah jadi affluent banking customer boleh beli yg 10g. nak tau keterangan lnjut, lawatlah blog sy.
@Syidareallywannasee.blogspot.com
Post a Comment