Assalamualaikum...
Korang rasa korang bersedia tak nak mati??Entahla aku ni jenis takut dengar kematian.Baru-baru ni aku ada terbaca entry seorng blogger yang member dia meninggal dalam accident.Member dia tu blogger gak.Nama blogger yang meninggal tu Muhammad Safwan bin Abdul Kadir...Aku pun terjahla blog arwah...Umur dia baru 19 tahun...sama-samala kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah..
Dari apa aku baca blog arwah aku dapt rasa arwah ni seorang yang happy go lucky.Entry dia santai dan banyak lawak.Pastu aku terfikir mesti arwah tak pernah terfikir dia akan meninggal semuda tu.Tula aku bila aku baca pasal kematian akibat kemalangan ni.Mesti aku berfikir,"dah bersedia ke arwah untuk meninggal"..."sempat ke arwah bertaubat"..
Mungkin sifat aku terlalu memikirkan mati ni menyebabkan aku agak tak yakin bila memandu.Baru tadi mak aku call.Dia call dari Bahau.Dia cakap jalan dekat railway Bahau tu tengah jamm.Sebab berlaku kemalangan yang aku rasa kemalangan paling ngeri di Bahau ni.Mak aku cakap ada sebuah lori break dia tak berfungsi langgar semua kenderaan dekat traffic light.Dengar cerita 5-6 orang maut.Ade yang mak aku cakap mayat dia melepet bawah tayar lori tu.
Semua kejutan.Mesti mangsa kemalangan tu tak sangka dieorng ni akan kena langgar.Tengah tunggu traffic light hijau tiba-tiba benda paling ngeri berlaku pada mereka dan ada yang sampai mengambil nyawa mereka.Sebab tu aku tak setuju bila orang muda ditegur untuk bertaubat dieorng ni jawab,"alaa...kita ni muda lagi..tak payahla nak nasihat camni,nanti dah tua beribadah la banyak-banyak"...kita takkan tahu bila ajal kita.Sebab tula aku nak nasihat diri aku dan semua pembaca blog aku ni cuba jangan terlalu leka dengan duniawi.
p/s-sama-sama la kita renungkan
18 comments:
2la,aku ada terfikir jugak semenjak 2menjak nih.banyak jugak en3 aku tu yg xberpekdah,dan takot mengundang dosa.hu3
skang mcm lebih berhati2 sikit nak post en3.haishh
seyes tkut la dgn mati...tp sume org ttp akn mati...cuma x tau bla jer....
Sesungguhnya Izrael tidak pernah menangguh walau sesaat perintah Allah. Sebab itu kita kena selalu diingatkan agar beramal seolah-olah akan mati esok dan bekerja seolah-olah akan hidup selamanya....
kematian datang bila-bila masa, tak bisa di duga, jadi mau tak mau ya... bukan hak kita menentukan.. betul tak? harus selalu waspada... rajin2 sembahyang dan berbuat baik.. :)
mati nie x kira tua atau muda
tuhan dah tentukan
sama2 la kita perbaiki dri mane yg kurang insyaAllah tuhan tlg
alfatihah ke pada shbt blogger tu
hidup dan mati ditanggan tuhan...
asalkan kita banyak2 berbuat kebajikan..
hm, kita ken sentiasa bersediaa
mati ni tak tunggu masa...kadang2 orgyg sihat tubuh badan akan pergi dulu berbanding mereka2 yg terlantar sakit.....
ape pun..bersedia dengan segala amalan..
pesanan utk diri sendiri...=)
sshnye nak cakap samada bersedia atau tak..sbnrnye mmg blum bersedia lg.. =(
ak takot la pasal mati2 ni...
huhu
Al-Fatihah tuk allahyarham...
sensitif kalau bace pasal accident. sebab bff pon menemui ajal dalam kemalangan jalan raya; last 12 years.. :(
*Al-Fatihah kepada semua mangsa.
kalau dah ajal..dalam tidur pun boleh mati..bersedialah kita huhuhhh
sebut saja eksden ni teringat pula arwah sepupu, muda juga meninggal tahun lepas....Al fatihah kepada semua sahabat2 yang telah pergi...
muhasabah kepada semua =)
Maut tidak mengenal tua atau muda...
Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011
eh betul ke kat Bahau railway tu faiz?? Atok selalu lalu situ balik kampung....Innalillah...
@Suhami Ahmad
btol..dah uar berita bernama online..
Daripada dia kita datang, kepada dia kita pulang.. Al fatihah untuk mangsa beragama islam..
KITA SENDIRI TAK PASTI SAMA ADA SOLAT YANG KITA DIRIKAN DITERIMA ATAU TIDAK.. TAUBAT KITA DITERIMA ATAU TIDAK, SEGALA PERBUATAN BAIK KITA DITERIMA ATAU TIDAK.. NAK BUAT JAHAT, LAGILAH DAPAT DOSA.. APAPUN MARILAH SAMA-SAMA BUAT KEBAIKAN, ADA PAHAL ATAU TIDAK, ALLAH JUA YANG MAHA MENGETAHUI..
Post a Comment