Pages

Monday, May 9, 2011

Home » , , » Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan dan 360 darjah ganti PTK

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan dan 360 darjah ganti PTK

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak buat entry berunsur informasi ni.Mungkin kesibukan menyebabkan aku takde masa nak research pasal informasi untuk korang.Ya berita baik untuk perkerja kerajaan,Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan dan 360 darjah akan ganti PTK...pasni tak bolehla pekerja kerajaan nak mengular pasni.Sebab konsep 360 darjah ni dinilai oleh pegawai atasan,rakan sejawatan dan kakitangan bawahan.Sapo yang ghomar bonar main fesbuk kat pejabat tu habeihla lopeih ni...kantoi ngan member yang tak suko ko habeih dinilai buruk2 keik ko...heheh

Walaupon aku ni tak pernah kerja kerajaan tapi makbapak aku bekas pekerja kerajaan dulu.Kalau dulu kalau pekerja kerajaan hampeih camner pun kerja,dapat 4 dalam peperiksaan PTK ni dah boleh naik gred tak silap dan gaji pun naikla.Kesian mak aku tak pernah lulus PTK ni....bukan senang soalan-soalan dia...dah macam jawab soalan nak kerja gred M 41 pun ade...tapi PTK untuk guru ni objektif je...kalau siap ada essei tu alamat tak lepas la exam PTK bapak aku...dapatla merasa duit pencen lebih sikit ayah aku sebab lulus..

8 tahun PTK ni dijalankan...Memang setiap kali nak exam PTK ni mak aku mesti mengeluh punya...orang dah berumurkan...manala boleh jawab soalan mengenai komputer dan isu semasa semua tu...Bagi aku 360 darjah ni satu inisiatif yang bagus...ni baru kita dapt kenal pasti kecekapan sorang pekerja tu melalui kerja orang tu bukan berdasarkan peperiksaan semata-mata...cukupla sistem pendidikan negara kita ni yang banyak berorientasikan peperiksaan semata-mata takkan bila dah kerja pun nak dinilai berdasarkan peperiksaan kan...

Mengikut Berita Harian,melalui konsep 360 darjah ni kerajaan juga boleh mengenal pasti bidang kecekapan seseorang kakitangan serta merangka sebarang penambahbaikan yang diperlukan pekerja..Tapi bagi aku konsep 360 darjah ada pro and cons dia...kelebihan dia,360 darjah ni dinilai berdasarkan keupayaan kita...keburukan dia mungkin wujudnya ketidakihlasan dalam bekerja..wujudnya golongan yang suka mengipas bos seperti dalam sektor swasta dan GLC..Aku ingat lagi abang aku yang kerja dekat sebuah company GLC ni...dia cakap,"alaa..bos angah tu pandai kipas je...datang kerja pun lambat..tu pun gaji naik"...

Diharapkan inisiatif mewujudkan 360 darjah tak menjerumus untuk kewujudan golongan yang bagi aku tak berkat gaji dieorng.Diharapkan kerajaan dapat mengkaji lebih mendalam dalam reka konsep 360 darjah ni...jangan bila dah di implement nanti timbul ketidakpuashati di kalangan orang-orang gomen ni..

p/s-sape yang kerja government tu bolehla bagi pandangan korang pasal 360 darjah ni...

16 comments:

adwafarahin said... [Reply to comment]

abah bru je lulus ptk bln 4 ritu
insyaAllah bole nek gaji

pasnie da xde x tau la cmne plak kan

kadang2 mmg memerlukan perubahan gak

Wafiy Suzly said... [Reply to comment]

taktau nak komen ape,sebab masih underage, wakaka

blog-tips-kurus said... [Reply to comment]

kerja mesti ikhlas.. insya Allah

Unknown said... [Reply to comment]

atok rasa 360 ni bagus...ikut pandangan semua sudut...kalu PTK dulu kojo macam hampeh, asalkan lulus exam dah leh naik pangkat....tp cumo perlu dilicinkan lagi 360 ni supayo tak jadi isu kipas lipas....

KUREKURE COMEL said... [Reply to comment]

hhmmm.....tempat keje mina pun sama.
bknnye bos yg isi..diorang memandai2 letak markah sndiri..siap amik password dekat bos....agak tak adil..

ghost said... [Reply to comment]

aku pun kerja kerajaan tapi rasanya 360 darjah nih tak praktikal pada kitaorang memandangkan kitaorang lebih banyak melalui ujian kecergasan dan kemahiran serta gred kelulusan dari kursus2 yang diikuti...bagi kitaorang 360 darjah lebih memberikan kesenangan kepada siapa yang lebih rapat dengan bos dan sudah semestinya penilaian dari rakan sejawatan tidak akan diambil kira sangat..

Miecyber said... [Reply to comment]

Tak berapa fahamlah pasal PTK nie..


Burung Walit

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

janji ianya lebih baik

Meis Izz said... [Reply to comment]

Ouhhh camtu ke....
p/s: Dah lama jgk tak buat entry berunsur informasi ni =P

sahromnasrudin said... [Reply to comment]

kerajaan takkan berubah jika tak buat perubahan...harap ia dapat berubah keadaan sebelum ini huhuhuhh

Unknown said... [Reply to comment]

walaupunn chii bukan pekerja kerajaan..tp chii rasa bagus diujudkan system ni..adil dan saksama..=)

hehe..pasni org yg suka mengular..da semakin berkurangan la..bak kata jiran chii..org kerajaan ni xde keje..tu sebab dorang byk mengular :p

Santan Berlada said... [Reply to comment]

x berp paham pasal ptk ni... huhu
ye la
mak ayah keje kebun je
x der ujian PTK ni... hehe

Unknown said... [Reply to comment]

mcm dulu2 jgk.. depa nie dok cycle keadah lama jer nie.. yg bahaya rakan sendiri nilai tue, tapi cam kompany lama aku... rakan sendiri tue kita boleh pilih seramai tiga org.. tentulah kita pilih yg sebulu nga kita kan...
Entri terbaru : Aplikasi percuma Chrup Chrup untuk iklan di blog

Anonymous said... [Reply to comment]

PTK ni sebenarnya kalau korang lulus exam tp kerja x bagus x dpt pun naik gaji. Panel Penilaian Sumber Manusia ditubuhkan untuk memperakukan pemberian anjakan gaji kepada Pemilik Kompetensi berpandukan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan. so kalau lulus exam je tp kerja hampeh x dpt la korang naik gaji. Pada aku PTK ni kalau nak lulus korang mesti tahu proses kerja jawatan korang sbb soalan dia lebih kepada kerja yang korang buat. jadi kalau korang pandai buat kerja x jd masalah utk jawab sbb soalan dia mmg direct xde pusing2, jawapan dia je yg keliru sbb dekat2 je bunyinya. yang susah macam amik exam M41 tu exam KPSL bukan PTK. Sekadar berkongsi...

faiz said... [Reply to comment]

@Anonymous
ye ke...aku xtau sgt...aku tulis berdasarkan pengalaman makayah aku jwb soalan PTK ni..papepon thanks dgn penerangan ni..

Led said... [Reply to comment]

klu 360 suh pilih kawan sendiri, tu aku mmg setuju sgt2. nk plak staf yg kita directly supervise.klu yg indirect tu, boleh blah...