Pages

Saturday, April 30, 2011

Home » , , » Imam Muda Musim Ke-2 Episod 1

Imam Muda Musim Ke-2 Episod 1

Assalamualaikum,

Semalam aku ngan mak ayah aku pergi Bangi menziarahi family Pak Su aku.Mak ayah aku datang ke Putrajaya sebab ada Mak Cik saudara yang lebih muda dari aku akan bertunang.Dekat rumah Pak Su aku ni, aku pun layanla Imam Muda musim ke-2 episod 1 ni..Aku minat gak layan Imam Muda ni sebab aku kagum dengan ilmu agama dieorng.Macam mana dieorng memperjelaskan segala persoalan dengan disokong dengan dalil-dalil al-quran dan hadis.Mintak-mintak imam-imam muda ni takdela leka dengan popularity pasni dan jadi pemimpin Islam yang bagus menggantikan pemimpin kita yang penuh dengan konspirasi yang membosankan ni.

Mula-mula takdela aku berniat nak tengok Imam Muda ni.Aku tengah layan Buletin Utama sambil makan malam.Pastu aku tanyala sepupu aku yang baru umur 5 tahun tak silap aku.Sepupu aku ni memang comel.Ala-ala Jepun tu.Aku tanya dia,"Mardihah,Astro ni ada Mustika tak"..dengan comel dia jawab,"entah"...Aku pun tanya balik yang lebih simple lagi.Mungkin tadi bahasa tinggi sangat sampai dia tak tahu..Aku tanya dia,"Astro ni boleh tengok Maharajalawak tak"...haaa...itu dia baru dia tahu..dia jawab,"haaa..boleh,boleh"...

Dalam nak pukul 8:30 tiba-tiba bibik Pak Su aku turun dari tingkat atas dengan selamba tukar channel lain tengah aku syok layan berita.Rupo-rupo eiyh dia bukak channel yang ada siaran Live Royal Wedding.Pekahwinan antara Prince William dan Kate Middleton tu.Nasib dia tukar channel tu.Layan je la.Memang meriah betul perkahwinan Prince William dan Kate Middleton ni.Ada dia tulis stastistik live tweeter kat situ dah 2.6 million orang tweet.Lepas tu memang penuh orang datang kat rumah prince tu.

Nak pukul 9 tu den terus dekat keik remote tu.Bibik pun time tu tengah sibuk kemas meja makan.heheh...nila masa untuk aku tukar channel balik.Mardihah time tu tengah duduk sebelah aku sambil sibuk menunjuk karya lukisan dio kat aku.Layan je la budak kecik tu.Pastu aku tanya dia,"Mardihah,nak tengok Maharajalawak nombor bape"...dia jawab,"alaa..tak ingat laa.."...aku pun jawab,"alamakkk...tak ingat camner kita nak tengok Maharajalawwak ni"...Aku pun explore la sendiri.Aku tekanla 105 pastu tekan button + tu.Mane tahu lepas tu pergi ke channel Mustika tu ke.Rupo-rupo eiyh terpergila kat channel 106 siaran Oasis.Imam Muda Musim ke-2 episod 1 ni baru nak mula..

Alang-alang layan la Imam Muda episod 1 ni.Takkan demi lawak bodoh aku tinggalkan siaran agama kan.Episod 1 Imam muda ni mengenai anak luar nikah.Awal-awal episod ni imam-imam muda ni diarahkan pergi ke tempat kejadian ada satu kes buang bayi.Kesian betul aku tengok bayi tu.Masih berdarah ditinggalkan tepi jalan.Dah meninggal bayi tu.Yang lawaknya bila makcik2 kampung diinterview mengenai kes ni.Nak tahu apa dia jawab...Dia jawab,"kes ni memang memburukkan nama kampung"...dalam hati aku,"alamak makcik,takkan risau memburukkan kampung je,patutnye risau dengan kekejaman orang muda zaman sekarang ni"...

Pastu esoknya imam-imam muda tu pergi ke satu rumah di mana ibu-ibu melahirkan anak tidak sah ni ditempatkan.Macam biasala konsep imam muda ni sama dengan musim pertama.Para imam muda akan bagi nasihat,kaunseling kat orang-orang kat rumah tu.Akhir sekali ada la episod sedih dimana ada seorang ibu tu terpaksa bagi bayi dia kat keluarga angkat demi kebaikan bayi tu.

Tak sempat nak tengok siaran Imam Muda ni sampai habis makayah aku dah nak beransur.Tak tahula ada penyingkiran ke tak.Sape yang tak pernah tengok Imam Muda digalakkan tengok sebab ni la antara siaran realiti tv yang berunsur agama yang bagus ditengok.Tidak membosankan.Melihat kebijaksaan orang-orang muda yang tak ramai macam imam-imam muda ni sekarang.Masing-masing nak jadi artis je zaman sekarang.Tapi aku tak sokong program ni ada penyingkiran semua ni.Tak payahla.Patutnya biarla semua ada sampai akhir musim biar dieorng semua dapat develope kebolehan dieorang lebih lama.

p/s-keik youtube ado kot Imam Muda episod 1 ni.


15 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

penyingkiran tu tak patut gak ada kan...takut pasni Imam Muda ni dah popular terus jadi Imam Pemes

Nur said... [Reply to comment]

Bagus program ni..

NSM :) said... [Reply to comment]

betol2.. first time tgk program niey mmg best.. and mmg rase mcm nak tgk lagi.. lagi satu byk ilmu yang boleh belajar dari program niey :)

Unknown said... [Reply to comment]

x penah tgk..umah tade astro..

tp mengikut kata org yg pernah tgk..peserta imam muda -2 kali ni ramai yg hensem..
ahahaha

faiz said... [Reply to comment]

@chii
btol tu...kacak2 belaka..

Sham said... [Reply to comment]

walaupun tak seglam AF,inilah program yang patut jadi pujaan remaja...

Miecyber said... [Reply to comment]

Program Imam Muda terkenal sehingga ke Europe.Kali ini 2 peserta dari luar negara turut serta.Mereka dari Brunai & Singapura.

Satu Komuniti Satu JPJ

kekwa said... [Reply to comment]

sukaa sgt program ni, daripada AF yg =="

~Nabilah~ said... [Reply to comment]

ske citer imam muda...best!!....hihihi

Ayie said... [Reply to comment]

Ni antara program yang bagus.. tapi harap harap jgn jadi mcm AF udah le.. banyak sgt populariti.. orang naik bosan.. ^^

Nur Liyana said... [Reply to comment]

banyak beza antara imam muda pertama dgn kedua..

tapi best je...:)

kalau imam muda pertama, kebanyakkan nya area rumah yana je...
tapi yg kedua takde sorg pun....heheheh

Nurul EL-Huda said... [Reply to comment]

hikhik....

faiz p0wn bakal imam muda gak nie....

c(:

hans said... [Reply to comment]

aku baru tgok part 1 tadi
nampak cam menarik

lalink7 said... [Reply to comment]

mmg menarikk..nak2 lagi yg bujangg..marik utk di buat calon menantuu kan? ? hhhehe

KUREKURE COMEL said... [Reply to comment]

mina layan dekat youtube je...bagus lah rancangan ni....patutnya diperbykkan lg kan...