Pages

Saturday, February 26, 2011

Home » , , , » Mimpi Deja Vu....

Mimpi Deja Vu....

Assalamualaikum..

Aku rasa korang semua dah tahu deja vu tu apa kan...pernah tak kadang-kadang korang rasa dalam satu peristiwa atau kejadian yang korang dah pernah alami sebelum tu...tapi tak jelas sangat la...sebagai contoh korang baca entry blog aku lepas tu korang pun cakap,"macam pernah tengok je entry ni,dah comfirmla copy paste je budak ni"sedangkan korang baca entry tu dalam mimpi korang sebelum tu...hahahha(contoh mengarut)...tapi aku rasa korang mesti pernah rasa perasaan tu..betul tak...sebab aku sendiri banyak kali rasa perasaan macam ni...ada orang cakap ni dikatakan sebagai Deja Vu atau dikenali sebagai Deja Moss....dah banyak cerita pasal deja vu ni keluar dekat tv...aku berminat jugak nak tahu pasal deja vu semua ni..ada orang claim diaorang ni ada kuasa deja vu dan selalu dikaitkan dengan kuasa psikik...so,aku terjumpa satu komen seseorng dekat satu article Deeja vu ni..

Adlin says:
April 18, 2010 at 4:24 pm

Saya telah banyak kali mengalaminya.Lagi kelebihan saya ialah setengah percakapan saya menjadi realiti tapi saya jarang bercakap/pendiam, kuat daya firasat,mengetahui sifat seseorang,orang sedang menipu ketika bercakap,bangun tidur tepat pada masanya tanpa mengunci jam dengan niat dalam hati,telekinesis(objek ringan).Saya juga hampir-hampir boleh terbang ketika saya sedang menyanyi sambil berjalan(terasa badan ingin terangkat ke udara).Semua ini saya tidak bergurau.Semua kebolehan saya ini sedang berkembang kuat dan semakin banyak.Saya rasa kehairanan dan berdebar pada mulanya.Saya rasa seolah-olah saya sedang bermimpi setiap kali terjadinya perkara luar biasa tersebut.Sekarang ini kebolehan saya bertambah pula dengan kebolehan baru iaitu empati (meniru kedudukan atau kelebihan orang lain).Kebolehan ini juga semakin berkembang.Tidak tahu lagilah apa lagi kebolehan yang saya akan ada dan yang sedang ada.Orang lain tidak tahu pun.
Tapi bagus juga saya ada kebolehan tersebut kerana dapatlah saya menjaga diri saya suatu hari nanti. Saya tahu pasti ada orang yang tak percaya pada saya setelah saya beritahu.Terpulanglah nak percaya atau tidak.Hanya Tuhan yang tahu.


So,apa pandangan korang tentang komen ni...mesti ada yang cakap,"dah kompem mamat ni gilo,siap terbang-terbang lagi,ko ingat ko ni Clark Kent ke"...tapi macam korang baca kat atas dia siap tulis hanya tuhan yang tahu,takkan nak tipu kot...

okla..aku nak cakap panjang-panjang pasal deja vu ni aku pun tak tahu sangat..sekarang ni kita cakap pasal mimpi pulak..tapi bukan mimpi basah la kan...aku cuma nak cakap pasal tafsiran mimpi..banyak sangat aku dengar pasal tafsiran mimpi yang menakutkan macam aku jumpa ni..

"jika anda bermimpi gigi tercabut beserta air keluar dari mulut tanpa henti seperti air paip maka ader orang yg rapat dgn anda akan meninggal dunia"

Tapi tafsir mimpi menurut Islam memang ada contohnya:

* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
* Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
* Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
* Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
* Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
* Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
* Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
* Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
* Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
* Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
* Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
* Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
* Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
* Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
* Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
* Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

sumber:halaqah.net

tak silap aku kalau kita tidur roh kita akan merayau-rayau ke tempat lain...tu yang ada orang tidur mati tu...roh dia pergi melancong pergi Eropah agaknya...tapi yang paling aku bangga waktu arwah nenek aku pergi Mekkah waktu aku kecik dulu,dia nampak aku berjalan-jalan dekat dengan Kaabah...aku rasa petandanya aku akan pergi Mekkah awal sebab aku satu-satunya dalam adik-beradik dah menjalankan ibadah Umrah...

p/s-jangan terikut-ikut sangat dengan mimpi...

14 comments:

Miecyber said... [Reply to comment]

Semuga selalu mimpi indah...

Kadar celik huruf wanita Malaysia terbaik di dunia

chii said... [Reply to comment]

mimpi hanya mainan tdo..eheh..
tp kadang2 ada gak mcm terasa dejaavo..ntah la...kebetulan yg tak dirancang =)

A'IM said... [Reply to comment]

sampai masuk mimpi..hebat

Ad-Dien said... [Reply to comment]

menarik entri ni...ye betul,dalam Islam ada 2 kemungkinan mimpi tu..satu petunjuk dari Allah,dan satu lagi mungkin gangguan dari jin @ syaitan,insyaAllah...mohon petunjuk dari Allah sntiasa..
jazakallah =)

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

tengah cuba nak ingatkan ada ke benda seperti ni berlaku

saya_arief said... [Reply to comment]

aku selalu mimpi antu.
:D

aleen aiden said... [Reply to comment]

roh melancong g eropah kene beli tiket flight x?hahah

faiz said... [Reply to comment]

@aleen aiden
kalo nak beli tiket kena tempah awal la...dpt murah...heheh

faiz said... [Reply to comment]

@saya_arief
ye ke bro...ni mesti kes tak basuh kaki sebelum tidur ni..

nanne_manja said... [Reply to comment]

deja vu..
ada jugak alami mimpi beberapa hari sebelum kejadian sebenar berlaku..tapi tak selalu...

cuba tak nak percaya, tetapi terpaksa percaya bila kejadian tu sama seperti dalam mimpi..

intan.maisarah said... [Reply to comment]

deja vu,
selalu juga rasa.
nanti akan keluar ayat mcm ni
"mcm pernah aje lalui situasi ni"

Mr.IX said... [Reply to comment]

ada skali tu aku tak pasti aku bermimpi ke x...aku dlm separuh sedar tp nmpk smuanya mejadi besar....

2# dalam mimpi tu aku tau aku sedang bermimpi dan cuba bgn dari mimpi..

Mohamadazhan hjDesa said... [Reply to comment]

salam

harap selalu lah mimpi yang baik2 amin :)

faiz said... [Reply to comment]

@Mr.IX
mmg pelik...mimpi dlm mimpi..