Lepas aku tengok majalah 3 tadi aku betul-betul tertarik dengan dengan penternakan kambing yang diusahakan oleh Ladang BoDen...Aku memang minat dengan sektor penternakan dan yang pentingnya Ladang BoDen terletak di Bahau tempat aku tinggal.Bangga bila tengok bahau keluar tv.Aku pernah mengusahakan penternakan lintah pada tahun 2008..tapi malangnya tak menjadi..Aku betul-betul tertarik dengan Ladang BoDen ni sebab penternakan yang dilakukan begitu systematic,bersih dan efficient.Ladang ni hanya khas membela kambing Boer yang berkualiti.Aku rasa nama ladang diambil sempena kambing Boer dan bahasa nogori Den yang bermaksud aku.
Ladang ni mempunyai pengurusan yang bagus yang begitu mementingkan kualiti kambing dan kebersihan.Pejabat dieorang pun dalam kandang,so mudah dieorang nak memantau.Paling sistematik dalam ladang ni setiap pengenalan kambing dekat situ dicatat dan mempunyai sijil kelahiran dia sendiri..So,pihak pengurusan di situ dapat manghalang terlahirnya anak sumbang mahram.Punya la jaga kualiti mereka ni,anak sumbang mahram pun dieorang tak bagi.Kambing jantan juga diasingkan dengan betina dan hanya dicampur untuk proses mengawan,tu pon kambing jantan terpilih saje akan dicampurkan.Memang bagus ladang ni,jaga kualiti kambing dieorang.Kambing yang nak beranak pun dieorang akan sediakan wad bersalin.Yang paling penting kebersihan dieorang memang jaga betul.Sesiapa yang nak masuk kandang kena melalui proses nyahkitan dengan menggunakan antiseptik...kasut pun kena ganti dengan kasut khas untuk kandang...memang tiptop...
p/s minat betul kambing boer ni..comel..jinak...bijak
TIPS FOR THICKEN THE HAIR
6 years ago
5 comments:
memang comel kambing ni
menarik..bela kambing dpt pendapatan yg lumayan
Perternakan mengunakan kaedah moden memang bagus..
Baca entri nie sahaja sudah cukup buat saya teruja..
Hosni Mubarak orang terkaya di dunia.
kambing nie sebenarnye comel.. tpi kena sistematik la penjagaannya.. heehe :)
alololoooooo....nanti kono semelih
Post a Comment