Pages

Thursday, February 24, 2011

Home » , , , , , , , , » harga minyak dunia naik,inflasi naik,emas pun naik

harga minyak dunia naik,inflasi naik,emas pun naik

Assalamualaikum...

Lama betul aku tak cerita pasal emas ni...sekarang ni banyak betul negara yang melakukan revolusi terutamanya negara pengeluar minyak di Asia Barat dan Afrika Utara terutamanya di Libya..Apa yang lebih menakutkan harga minyak akan terus naik disebabkan gerakan anti-kerajaan di Iran yang merupakan pengeluar kedua terbesar minyak di OPEC..Semalam pasaran saham global pun jatuh merudum semalam...Bila harga minyak ni naik mula la inflasi naik dan harga barang pun naik..ditambah pulak banyak bencana alam yang berlaku di banyak negara pengeluar makanan,so kenaikan inflasi memang tidak boleh dielakkan..

Apa yang berlaku ini memeberi kelebihan kepada emas...sebelum revolusi ni berlaku, harga emas jatuh merudum disebabkan pengukuhan harga matawang USD...tapi dalam minggu ni harga emas telah kembali dengan trend menaik...Ni la antara faktor-faktor fundamental bagi harga emas....minyak naik,inflasi naik,USD turun maka harga emas akan naik...Kalau kita tengok harga emas Public Gold yang aku catat pada 28 January hari tu...harga jual bagi 20gm emas ialah RM 2987 dan hari ni harga jual emas ialah RM 3168...So,kenaikannya sebanyak 6% hanya dalam masa tak sampai sebulan...ni telah banyak memberi keuntungan kepada perniaga emas tapi bagi pelabur emas harga ni belum memberi keuntungan lagi disebabkan spread antara jual beli emas...Tapi bagi yang membuka buku akuan emas rasanya sudah mula mendapat untung jika mereka buka sebelum Tahun Baru Cina hari tu disebabkan spread akuan emas ni lebih rendah berbanding emas fizikal...

Bercakap pasal akuan emas baru-baru ni CIMB pula telah membuka akuan emas mereka iaitu CIMB Bank Gold Deposit Account...Apa yang menarik akuan emas CIMB ni spread jualbeli dia lebih kecil berbanding akuan emas bank lain iaitu hanya 3% saje...pembelian minimum pertama akuan emas CIMB pun rendah iaitu 10gm lebih kurang sekarang ni RM 1396...Tapi lepas aku tanya dekat kaunter CIMB haritu CIMB tidak ada redemption fizikal emas,so just akuan saje...Baru-baru ni jugak tak silap aku ada satu lagi company yang dikenali LogamMulia mengeluarkan dinar emas...Bertambah-tambah nampaknya alternatif untuk melabur emas ni...

Apa yang lebih menarik ialah kenaikan harga silver...baru-baru ni harga silver telah naik tinggi memecah rekod 31 tahun...mengikut pengiraan aku,bagi pelabur silver mereka sudah mendapat untung sebanyak 5% jika mereka beli sebelum tahun baru cina hari tu..keuntungan tu termasuk spread jual beli...Kalu tak dikira spread jual beli harga silver telah naik sebanyak 20% hanya dalam masa sebulan..
harga minyak dunia naik,inflasi naik,emas pun naik

p/s-apa-ape pun pelaburan emas dan silver untuk jangka masa panjang...

10 comments:

Mr. K said... [Reply to comment]

haishh~ terpaksalah nek lrt pasni..

pakat ramai-ramai smpan brg silver, harga naik, kita jual.. :)

faiz said... [Reply to comment]

@Mr. K
btol tu..simpanan hari tu boleh gak...heheh

Nur Liyana said... [Reply to comment]

nie tak leh jadi nie...simpan2!!!

siTokei said... [Reply to comment]

emas naik plak..waa berbaloi kalu sapa yg melabur dalam emas nie...hihihi...

Afzainizam said... [Reply to comment]

║║╔║║╔╗ ║
╠╣╠║║║║ ║
║║╚╚╚╚╝ O
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

eemmmmm harga barang naik semuanyerrrrr .... aduhhh ramai yang mengeluhhhh.... nak kawin beli cincin pun mahal skrang

Aleen Aiden said... [Reply to comment]

nasib baek naek tren,xde la terkesan sangat bile minyak naik.hu3

Miecyber said... [Reply to comment]

Saya berminat dengan akaun emas, kat mana saya boleh buka akaun emas tu????

Vaksin HIV berjaya di India

faiz said... [Reply to comment]

@Miecyber
tak tahula semua branch cimb ade ke x..cubela pergi kat cimb berdekatan...

Unknown said... [Reply to comment]

ada gak ek pelaburan perak?

faiz said... [Reply to comment]

@Suhami Ahmad
ade atok..dia macam emas gak tapi tak boleh pajakla..