Pages

Wednesday, February 23, 2011

Home » , , » Lurus Bendul vs Jujur

Lurus Bendul vs Jujur

Assalamualikum...

Entry kali ni kita bincang pasal lurus bendul...selalu kita tengok orang yang lurus bendul mesti banyak kali dipermainkan...dah banyak aku jumpa orang yang lurus bendul dekat sekeliling aku....kadang-kadang pelik juga tengok orang yang lurus bendul ni...senang sangat kena tipu...adakah orang lurus bendul ada jawapannya dalam sains...aku cuba gak cari kat en.google tentang lurus bendul dalam perspektif sains...tapi tak jumpa...bagi aku orang lurus bendul ni ialah ornag yang tak berusaha untuk berfikir dan tak peka dengan benda sekeliling dia...dia hanya nampak hanya yang ada dekat depan dia saje...tapi kadang-kadang perbuatan lurus bendul ni boleh berlaku dalam keadaan orang tu terdesak..sebagai contoh kes-kes penipuan duit melalui email atau msg...so,akibat terdesak nak dapat duit orang tu tanpa menkaji terus mengikut arahan penipu tu..tapi apa pulak beza antara lurus bendul dengan jujur...kita tengok contoh antara lurus bendul dan jujur..

1)Tengah korang borak diatas corridor asrama tiba-tiba korang cakap kat member sebelah korang(kisah benar)..."aku dulu pernah selamatkan sorang budak jatuh dari corridor ni,nasib aku sempat capai telinga dia,kalau tak dah jatuh budak tu"...jawab member korang,"pergh,kuat betul kau,pegang telinga pun kau boleh selamatkan budak tu"

Jawapan:Orang ni lurus bendul sebab tak berfikir logik akal...takkan dia tak tahu yang telinga anggota yang lembut...dah tentula telinga tu akan putus kalau kita capai telinga untuk menampung berat badan budak tu..

2)Tengah korang bayar makanan korang tiba-tiba tuan kedai tu bagi baki yang salah,so korang pun memulangkan baki duit tu balik kepada tuan kedai tu..so,ada pulak member sebelah cakap dekat korang,"ko ni lurus bendul betul la,tak payah la pulangkan baki tu"

Jawapan:Korang seorang yang jujur..ternyata pernyataan member korang tu salah...kita hanya memulangkan hak orang tu..

3)Korang nampak member korang tengah bawah buah oren...pastu lepas setengah jam..member korang ajak korang minum air buah yang dibuatnya...so,lepas korang minium korang cakap,"apsal air oren ni rasa macam air nenas"

Jawapan:korang ni memang lurus bendul...hanya melihat benda yang ada di depan korang...sedangkan member korang buat air nenas baki kepada buah nenas semalam dekat peti sejuk tu..

4)Korang tengah struggle menyiapkan assignment sendiri walaupun korang dah tahu yang ramai member korang dah siap assignment tu dan korang boleh tiru dengan mudah..

Jawapan:Korang bukan lurus bendul tapi seseorang yang jujur untuk berusaha menyiapkan assignment korang untuk keberkatan dan kefahaman ilmu korang..

5)Korang selalu mencuri dan member korang selalu menegur korang dan korang pun jawab,"relaxla,aku belum dapat taufik dan hidayah lagi"

Jawapan:Korang seorang yang lurus bendul yang tidak mempunyai ilmu...sedangkan Allah takkan merubah seseorang selagi korang taknak berubah...

6)Korang memanggil kucing korang,konon-kononnye nak bagi kucing tu makan dan kucing tu denagn lurus bendul mengikut korang sedangkan korang nak keluarkan dia dari rumah..

Jawapan:Bai!!!nama pun binatang mana ada akal...heheheh

Okla..tu jela contoh aku nak buat..so,kesimpulannya berfikir sebelum bertindak,jangan jadi lurus bendul sangat..senang dipermainkan..

18 comments:

intan.maisarah said... [Reply to comment]

hhaha. cuping telinga.
haha

Along said... [Reply to comment]

Salam,

Bagi Along orang yg lurus bendul org yg kurang ilmu dan tidak berfikiran secara logik. Mereka juga tidak peka dgn persekitaran sekeliling. Penyakit lurus bendul boleh diubati dengan pengalaman dan pengetahuan.

Aleen Aiden said... [Reply to comment]

kesah nombor 1 tu kalau xdapat grab memang nak kene siku...hahah

Mr. K said... [Reply to comment]

lah.. aku sebelum ni percaya gak member aku cakap macam tu.. :P

faiz said... [Reply to comment]

@Mr. K
hahahah...mane satu ko percaya tu...

Nur Liyana said... [Reply to comment]

hahahahaah......

betul jugak benda nie yer!!!

Miecyber said... [Reply to comment]

Orang lurus bendul selalu di buli..kesian...

Vaksin HIV berjaya di India

Mr. K said... [Reply to comment]

cuping telinga tulah.. mati-mati aku percaya..

faiz said... [Reply to comment]

@Mr. K
heheh...takpe2 pasni jgn buat lagi..

Unknown said... [Reply to comment]

jgn jd lurus mcm pmbaris sgt..
teringt satu kisah abg senior..ehehe

faiz said... [Reply to comment]

@chii
btol tu..kdg2 pembaris pun boleh jadi bengkok..heheh

joomla templete said... [Reply to comment]

Hehe!!macam2 definisi lurus bendul yer,aku shortkan sahaja pembacaan ...overall nasihat ne memang kena kaw2 kat member aku kat umah ne

Anonymous said... [Reply to comment]

Kadang faham.. tp sje nk melawak. Tp sbb ekspresi yg bersahaja tu org igt kita xfaham..

Unknown said... [Reply to comment]

Yup, you're right. Muka polos takde reaksi. Tapi malangnya, orang selalu tanya 'kau faham tak?' sedangkan kita faham, cuma jenis yang kurang suka membalas. Padahal benda tu dah hadam dalam otak. Bila tak menyampuk bila bercakap pun dianggap lurus bendul dengar je apa yang orang cakap. Masalahnya, bila kita bercakap, takde orang yang sudi dengar. I understand this situation. Dan sebenarnya saya lebih kepada bersikap jujur berbanding lurus bendul. Diorang tak ambil kisah hati orang bila dipanggil lurus bendul. Dianggap lemah juga sebab tak fight balik. Memang dari kecik agaknya diri ini layak dibuli. Nak meluahkan takde tempat, semua tak sudi mendengar dan faham. Memang hati ini dah tawar nak hadap mereka semua. Nak maafkan boleh, tapi bila dorang keep panggil lurus bendul, memang tak boleh lupa sampai bila2.

Fid"s said... [Reply to comment]

Nice cerita haha. We like to baca

Unknown said... [Reply to comment]

Ade yg ckp sy lurus bendul.bila sesuatu pkara tu sy bercerita ..sy akn bercerita yg sbnarny..tp beeselindung..xberapa pndai nk lapik2..mmg ade yg mrah ..sbb sy ckp perkara yg btul..tp sy x suka orng tipu sy..sy akn mrah..

Anonymous said... [Reply to comment]

Org lurus bendul ni x semestinya bodoh.dia lebih kpd jujur dgn org lain.dan klau org ckp A so A lah pada dia.walaunkdg dia Tau org tipu tp amik sikap buat x Tau asalkn tak mudaratkan diri

Anonymous said... [Reply to comment]

Introvert person memang tak banyak cakap, kadang², orang yang Ekstrovert atau kuat bercakap ni yang bodoh, diam-diam ni ubi berisi.