Pages

Tuesday, February 15, 2011

Home » , , , » Moh kita berazam sempena Maulidur Rasul...

Moh kita berazam sempena Maulidur Rasul...

Sebelum aku kongsi apa yang aku dapat semasa pergi ceramah Maulidur Rasul ni sekali lagi aku nak cakap ilmu agama aku memang tak tinggi tapi aku bertekad nak menyelitkan sedikit dakwah dan ilmu agama dalam blog ni untuk menebus kesilapan yang aku lakukan selama ni...sebab aku memang lalai selama ni sehingga aku mendapat satu dugaan yang tak pernah aku duga dalam hidup aku selama ni...Lagipun kita sebagai orang Islam digalakkan berkongsi apa yang baik walaupon satu ayat...Kita tak tahu amalan kita yang membawa kita kepada keredhaan Allah...Ada ustaz cakap bila hari akhirat nanti kita akan terkejut bila melihat ganjaran besar yang kita dapat walaupon kebaikan yang kita lakukan tu kecil..Hari ni masjid aku ada menganjurkan satu ceramah mengenai Maulidur Rasul yang disampaikan oleh seorang penceramah bebas yang bernama Ustaz Nor Azman yang merupakan imam besar di sebuah masjid di Jelebu.Mungkin di masjid atau surau korang yang berdekatan pasti ada ceramah Maulidur Rasul sebab majlis ni sudah menjadi satu agenda wajib bagi setiap masjid dan surau di seluruh Malaysia...So,jom kita kongsi bersama-sama..

Ceramah hari ni memang tak banyak menceritakan tentang latar belakang junjungan besar kita Rasullallah S.A.W...Ianya lebih mengenai Islam dan kesedaran kepada kita yang semakin lalai zaman sekarang...Ok,sebelum tu kita perlu tahu apa itu Islam...Islam ni berdasarkan syahadah kita...Mengikut Ustaz ni syahadah hidup ialah dua khalimah syahadah yang selalu kita sebut waktu solat iaitu أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ dan syahadah mati ialah لا إله إلا الله محمد رسول الله.Sebab tu la bila ada seseorang itu tengah nazak untuk menemui ajal kita hanya perlu menyuruh dia menyebut khalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله.Dan seperti mana kita tahu ucapan syahadah ni menunjuk kepercayaan kita kepada tuhan yang satu iaitu Allah dan Rasul kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W...Tapi adakah cukup setakat kita mengucapkan syahadah semata-mata tapi tidak menzahirkan atau mengamalkan apa yang dituntut dalam Islam...Keimanan kita tak akan lengkap dengan hanya keyakinan dan kepercayaan sahaja sebab agama Islam ialah agama yang menuntut untuk kita beramal...So,takde alasan untuk kita memberi alasan untuk melanggar apa yang dilarang oleh Islam sedangkan kita tahu tentang larangan dan hukum-hakam terhadap apa yang kita lakukan...Sebagai contoh kita sering kali dengar yang orang kata,'Aku tak tutup aurat tak semestinya aku jahat,Allah lebih memahami diri aku,'Korang rasa penyataan ni betul atau salah..dah semestinya ianya salah sebab dia tahu yang perbuatan dia berdosa tapi tidak mengamalkannya dan hanya memberi alasan untuk tidak cuba berubah..

Okla..bercakap pada perubahan atau revolusi..kita lihat sekarang sudah berlaku revolusi di dalam negara Islam seperti Mesir dan Tunisia...dan yang terbaru di Yaman..Tokoh revolusi yang paling agung ialah junjungan kita Rasullallah S.A.W...jika kita tengok revolusi sekarang hampir sama apabila revolusi ini disertai kebanyakannya daripada kalangan orang-orang susah....Tapi asas revolusi dia berbeza dengan asas revolusi yang dilakukan oleh junjungan kita Rasullallah S.A.W...sebab apa..sebab revolusi yang berlaku di Mesir dan Tunisia contohnya satu revolusi untuk merubah kesusahan hidup untuk mencapai kehidupan yang lebih senang dan revolusi yang dilakukan oleh Rasullallah S.A.W dan umat Islam pada masa tu ialah revolusi untuk merubah kekufuran pada masa tu kepada keimanan...Jika kita lihat perjuang Islam seperti Saidatina Khadijah dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq mereka sanggup mengorban segala harta demi memperjuangkan agama Islam sedangkan pada masa tu hidup mereka sudah begitu senang...Sebab tu la apabila berlaku revolusi di Mesir negara Islam seperti Arab Saudi dan Kuwait tidak memperdulikan sangat tentang revolusi hendak menjatuhkan Hosni Mubaraq....Rakyat mereka sudah hidup senang dan mengikut kata Ustaz Nor Azman di Kuwait setiap rakyat diberi RM 8000 sebulan demi menutup mulut rakyat mereka supaya rakyat mereka tidak melakukan apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir...tula perbezaan antara revolusi sekarang dan revolusi yang dilakukan oleh pada zaman Rasullallah S.A.W...Tapi revolusi yang dilakukan itu tak salah tapi ianya berbeza dengan revolusi yang sepatutnya kita lakukan...

Sepertimana yang kita tahu tanggungjawab terbesar yang diamanahkan oleh Allah kepada rasulNya ialah memberi hidayah iaitu membanteras kesesatan yang dilakukan manusia dan menyampaikan agama yang benar iaitu Agama Allah...agama yang kita peluki sekarang yang disampaikan oleh junjungan besar kita Rasullallah S.A.W ialah Islam...So,intipati penting yang disampaikan Rasullallah S.A.W ialah membawa kepada kebenaran dan ilmu yang bermanfaat...Bila ianya satu kebenaran apa sahaja yang datang daripada Rasullallah S.A.W wajib kita ikuti dan tak patut disangkal...Sekarang ni banyak kita dengar tentang penolakan hadis dan penetapan yang dilakukan oleh ahli fatwa...sedangkan apa yang ditetapkan oleh ahli fatwa itu semuanya berdasarkan Al-Quran dan Hadis Rasullallah S.A.W...ternyata bagi sesiapa yang menolak tersebut boleh dijatuhkan kafir...janganla terjadi pada kita...sebagai contoh sekarang ni sibuk dengan Hari Valentine dan malangnya ada jugak manusia yang mengaku dirinya Islam menolak tentang pengharaman Hari Valentine ni...Mengikut Ustaz Nor Azman kita tak perlu kecoh tentang hal ni yang penting kita faham konsep mungkar...tak kirala apa sahaja nama atau sejarah Hari Valentine bila ianya melibatkan kemungkaran dah tentu ianya satu perbuatan haram...

Mengikut ceramah tadi maksiat yang seringkali berlaku pada zaman sekarang dsebabkan dua faktor iaitu jahil dan lalai...Kita boleh lihat contohnya bila artis mula bercakap pasal agama,mereka akan menidakkan maksiat dan dosa yang mereka lakukan dengan mengait dengan agama tanpa mempunyai ilmu agama yang betul...faktor kedua iaitu lalai dan faktor ni memang perkara paling banyak yang dilakukan oleh umat Islam...tak ketinggalan diri aku sekali...Bila kita lalai dengan harta contohnya sumber yang haram kita akan cari jalan untuk mengatakan benda tu halal...Patut ke kita mengaku yang kita ni Islam tapi dalam ilmu agama kita zero...Islam kita just nama dan keturunan...tak kan kita nak mengikut orang jahilliyah yang hanya mengikut agama yang dilakukan oleh keturunan mereka dan sanggup kufur kepada Allah untuk menegakkan benang yang basah...Sebut pasal zaman jahilliyah ada satu cerita tentang orang jahilliyah...dia ni membeli sebuah berhala dan berhala tersebut dicuri oleh seorang pencuri dan dibuang ke dalam tong sampah...Si jahilliyah terjumpa berhala tu dan berkata,'wahai berhala kenapa kau berjalan,'...dan kemudian dia letak balik berhala tersebut di tempat asalnya dan diletakkan pedang disebelah berhala tersebut supaya berhala tu dapat mempertahan diri dia...pada esoknya berhala tu tetap dijumpai dekat tong sampah tapi si jahilliyah tetap menyembah berhala tu dan berkata,'orang lain sembah kau,aku pun terpaksa sembah kau...Alangkah hinanya orang jahilliyah ni sanggup menyembah berhala yang dicipta sendiri demi mengekalkan kekufuran keturunan mereka...sanggup ke kita termasuk dengan golongan jahiliyyah ni...

Isu yang sibuk diperkatakan sekarang iaitu isu zina dan pembuangan bayi...banyak inisiatif yang dilakukan kerajaan seperti membuat rumah perlindungan kepada perempuan yang hamil disebabkan zina..memang inisiatif ni dapat mengurangkan pembuangan bayi tapi kerajaan selalu menyebut tentang statistik dan berkata,'Alhamdullah,tahun ni bilangan yang ada di rumah perlindungan ni semakin bertambah,'so apa sebenarnaya berlaku dari statistik tu...maksudnya perbuatan zina tu masih bertambah...Inisiatif lain seperti pendidikan seks,dalam pendidikan seks ni mereka banyak mendedahkan cara selamat untuk seks....so,perbuatan zina tetap bertanbah walaupon kelahiran bayi luar nikah dapat dikurangkan...Jawapan sebenarnya penyelesaiannya ialah merujuk kepada firman Allah supaya jangan mendekati zina...maka ilmu ni yang paling penting sejak kecil dan kerajaan patut lebih menumpukan penyekatan pornografi yang semakin tidak terkawal ni seperti yang dilakukan Indonesia..Kita tengok kes Ariel Peterpan,dia telah diberi hukuman yang berat...Malaysia patut tegas dengan benda pornografi ni...

Daripada ceramah yang aku dengar tadi,aku nak reccommend berapa amalan baik dan sunat yang simple yang mampu dilakukan korang semua untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dan meningkat lagi rasa cinta kita kepada junjungan besar Rasullallah S.A.W...Jadikan amalan sebagai azam korang selepas ni..

1)Banyakkan selawat keatas Rasullallah...Kalu boleh mulakan dengan selawat setiap kebaikan yang dilakukan..Selain kita dapat mengingati Rasullallah S.A.W ganjaran selawat memang besar contonya ianya akan meringankan kesakitan semasa kita hendak mati.Korang boleh cari hikmah berselawat di mana-mana sumber di internet atau berjumpa pakar agama untuk tahu lebih detail...

2)Banyak solat sunat lepas atau sebelum solat fardhu kalau ada masa

3)Banyakkan sedekah setiap hari jumaat...Jangan berkira untuk bersedekah...Ingat puteri Rasullallah iaitu Saidatina Fatimah sanggup menderma sebiji kurma walaupun hidup dalam kesusahan...

3)Amalkan bacaan Al-Quran setiap hari...dapat 2 muka surat pon jadila..jangan jadikan Al-Quran semata-mata penyembuh penyakit...Macam seorang kenalan yang aku kenal..bila aku tawarkan satu produk kesihatan...dia cakap dia berubat guna ayat suci Al-Quran saje...sedangkan solat fardhu ditinggalkan dan baca Al-Quran memang jarang sekali..

4)Amalkan bacaan tasbih(SUBHANALLAH), tahmid(ALHAMDULILLAH) dan takbir(ALLAHUAKBAR) sebelum tidur..ingat ni la amalan yang diajar Rasullallah S.A.W kepada Saidatina Fatimah supaya tidak rasa letih pada keesokkan harinya...aku tahu bila tengok jejak rasul hari tu..

5)Aku tahu korang memang sibuk,so pergila masjid cari ilmu agama walaupon sekali seminggu...Bak kata ustaz tadi kalau ada orang pergi Genting untuk main roller coster hingga lupa yang dia ada skit jantung takkan pergi majlis ilmu agama sekejap pon tak boleh.

6)Amalkan solat jemaah...kalau tak boleh di masjid,amalkan di rumah bersama keluarga..

Tu je aku nak cerita dan kongsi tentang apa yang aku dapat tadi...aku tengok korang dah mula pusing scroll mouse korang laju-laju...hehehe...so,aku stop dulu..Kalau amalan sunat korang tak boleh lakukan...janganla tinggalkan yang fardhu...

p/s-kalau ada silap sila betulkan ye...aku pon budak masih belajar..ingatla kalau Rasullallah begitu risau dengan umatnya di saat kewafatan baginda,kenapa tidak kita mengingati baginda.

3 comments:

Mr. Swift said... [Reply to comment]

Moh! HAHA. Terbaik! :D


Mr. Swift Currently Posted : Ikhlas untuk awak yang bergelar wanita teristimewa...

Nur Liyana said... [Reply to comment]

hm...bagus2!!!!
betullah...
diorg tak tutup aurat tapi pasal agama diorg pun pandai ...kdgkala lebih dr kita...tapi tue la skdr tahu tapi tak amalkan....
yana rasa semua org sempat baca Al-Quran walaupun 5 ayat...mesti sempat..antara nak atau tak je..

Miecyber said... [Reply to comment]

Peringatan yang baik untuk diri saya.Thanks Bro.
Salam Maulidul Rasul...

Adegan merokok di haramkan di China