Pages

Monday, February 28, 2011

Home » , , , » Mudah ke nak jadi orang Sabar....

Mudah ke nak jadi orang Sabar....

Assalamualaikum..

Entry kali ni moh kita bincang bab sabar...aku nak kongsi pasal sabar ni sebab sabar ni sebahagian dari iman kita...bukan separuh ye...kalau separuh mudah betul nak sempurna iman...kadang-kadang mudah sangat kita nasihat orang supaya bersabar...tapi mudah ke nak jadi orang bersabar...kadang-kadang tu sebab benda yang kecil pun kita tak boleh sabar apetah lagi nak terima sesuatu yang besar untuk menguji kesabaran kita...oklah sebagai contohnya:

Situasi 1:
Korang tengah membaca entry seorang blogger yang telah ditimpa pelbagai ujian...korang begitu simpati dan terasa teringin menghantar komen bernas untuk nasihat blogger tu bersabar...korang punya bersemangat menulis hingga hampir melebihi 180 patah perkataan,kiranya kalau PMR tu dah comfirm korang dapat A..ntah kenapa kucing korang hari tu begitu gembira dan aktif pulak hari tu bermain dengan kabel power laptop korang...di saat korang hendak menekan post comment tiba2 laptop korang padam sebab kabel power korang tercabut...dengan lajunye korang tempeleng kucing tu sambil merungut,"bodoh betul la kucing ni,puas aku menaip senang2 je ko cabut kabel tu ye"

Mudah ke nak jadi orang Sabar....

Situasi 2:
Korang bersama member korang pergi ke kedai mamak...member korang cerita dekat korang yang dia baru hilang kereta evo IV(padahal waja convert jadi evo) dia...korang terus nasihat member korang bersabar tapi mee goreng mamak berserta telur mata kerbau yang cair di bahagian kuning yang korang order tak sampai-sampai...dengan penuh 'kesabaran' korang pon melambai2 memanggil waiter tu,"macha,mane mee goreng mamak saya,ni nak berniaga ke taknak"padahal time tu ada live match Arsenal tengah belasah MU 6-0 dah comfirmla ramai orang(pernah ke Arsenal belasah MU camtu..heheh)
Mudah ke nak jadi orang Sabar....

Situasi 3:
Korang nak balik kampung cuti Hari Raya...jalan punyala jammed..tapi disebabkan bulan Ramdahan korang hanya tersenyum lebar sambil mengangkat tangan pada kereta sebelah sambil menyanyikan lagu Harapan Ramdhan Man Bai...tiba-tiba datang sorang mat rempit mencilok depan kereta korang hingga korang terpaksa break emergency sambil marah-marah,"woi,nak mati ke,dah hidup lama sangat"..lebih teruk lagi korang tak sengaja mendoakan orang tu,"memang tak panjang umur la orang camni"

memang susahkan nak jadi orang yang sabar ni...kenapa susah sangat jadi orang yang sabar ni...sebab hikmah orang yang sabar ni memang dijanjikan Allah ganjaran yang hebat di hari akhirat...benda yang besar ganjaran mestila susah nak dapatkan...contoh ganjaran besar orang yang sabar ni ialah bila Rasulullah menceritakan tentang seorang wanita yang masuk syurga disebabkan sifat sabarnya..

Daripada Ata bin Abi Rabah. Berkata Abbas kepadaku, “Mahukah aku tunjukkan seorang wanita syurga kepadamu?” Kataku, “Ya.” Dia berkata, “Wanita hitam ini datang menemui Rasulullah saw dan berkata, ‘Ya Rasulullah, aku menghidap sejenis sawan yang menyebabkan auratku terbuka, doakanlah untukku ya Rasulullah.’ Rasulullah berkata kepadanya, “Jika kamu mahu, bersabarlah dan kamu akan masuk syurga; dan jika kamu mahu, Aku akan meminta Allah menyembuhkan penyakitmu itu.”
Wanita itu berkata, “Aku akan terus bersabar.” Dan dia menambah, “Tetapi auratku akan terdedah kerananya, jadi mintalah kepada Allah untukku agar auratku terpelihara. ”Rasulullah pun mendoakannya untuk itu..

Apa yang hebat lagi golongan yang bersabar ni akan mendapat rahmat dan selawat dari ALLAH seperti firmanNya:

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).
sumber:hafizfirdaus.com

p/s-marila jadi orang yang bersabar

18 comments:

Sue Saari said... [Reply to comment]

tak mudah nak jadi sabar tapi sangat mudah untuk hilang kesabaran...

faiz said... [Reply to comment]

btol tu..

Unknown said... [Reply to comment]

heheh..sama juga spt cakap mudah..tp praktikal nya..belum tentu lg kita mampu untuk laksana kan..

cuba utk sabarkan diri gak ni :p

wawa said... [Reply to comment]

senang jer nak jadi sabar.. firstly.. kenala buang sifat amarah n ego.....and mantapkan iman.. baru anda bole jd seorg yg sabar..==))

fizalinolie said... [Reply to comment]

Nice entry... I like it. Memang senang utk berkata sabar... Tetapi susah utk dilakukan... Betul kan? Tiada manusia yg sempurna di dunia ini. Namun kita diberi akal dan fikiran untuk mengawal tindak tanduk hati kita... Kita mampu melakukannya sekiranya kita sentiasa beringat dan beramal... Wallahualam :). Sama-samalah kita beringat

Jom baca entri terbaru saya : GADGET MENARIK

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

sabar memang kekadang susah juga sebab emosi mempengaruhi

saya_arief said... [Reply to comment]

aku penyabar...sangat2..
hahahah.
:D

Nur Liyana said... [Reply to comment]

bila fikir balik..betul jugak yer..
bukan senang nk sabar..
yana suka situasi 1...
masa yana buat folio, dh bnyak page dh yana type..tiba2 blackout...yana tak sempat nk save....huhuuh..sadis kan..masa tue tahap sabar ade brape percent ntah..terus tidur je lepas tue..huhuhuhuh

faiz said... [Reply to comment]

@Nur Liyana
heheh...mmg tidorla selalunya kalo benda ni dh jadi..

Mr. K said... [Reply to comment]

hahaha sabar jelah bro.. ni sume ni kisah ko ke?

faiz said... [Reply to comment]

@Mr. K
adela skit..

kindergartenlibrary said... [Reply to comment]

sebab itu sabar separuh daripada iman .

Anonymous said... [Reply to comment]

sabar je r klu nk jadi org sabar...sabar2

Tieah Madian said... [Reply to comment]

Huhh..
Memang geram je kan kalo hadapi situasi yang macam tu..
Mau darah tinggi! Huhuhuhu..
Tapi kalo aku ni kira tahap kesabaran tinggi jugaklah, cuma nya perkataan kasar yg keluar dr mulut mmg tak leh kawal..
Hahaha.. *kira hilang sabar lah tu kan?

*Please ubah setting kotak komen ni ke pop-up window.. Boleh?

Entry Terbaru 1 : Antara Cinta Pengkid dan Gay
Entry Terbaru 2 : Sebenarnya Kita Sama-Sama Sombong

~Nabilah~ said... [Reply to comment]

mmg ssh pown nk jd seorg yg pnybr....nk jmpa org yg btol2 pnybr pown ssh sgt...huhuhu

Anonymous said... [Reply to comment]

terima kasih sbab buat peringatan sabar ni. =)

faiz said... [Reply to comment]

@nelly
sebahagian bukan separuh:)

proton ipoh said... [Reply to comment]

Menarik..
https://proton.sale/ipoh