Pages

Wednesday, February 9, 2011

Home » , , » ufo...alien cari anak di sabak bernam???

ufo...alien cari anak di sabak bernam???

Tadi layan la drama kat tv2...tiba-tiba ada plak sesat berita rtm...cerita pasal objek pelik kat kuala lumpur..aku ingat just lawak dan hanya buat gempak...tapi pemberita tu pemberita terkenal rtm...so research la kat en.google...ada jumpa article ni di utusan dan kosmo..aku just paste je la isi dia kat sini...
.
SHAH ALAM – Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.
Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.
Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.
“Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.
“Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

ufo...alien cari anak di sabak bernam???

source:kosmo

Bulan lepas ada gak nampak ufo kat menara kuala lumpur..ada seorang pac cik tu nama dia Abdul Jalil Ibrahim dia ada terakam objek pelik kat ruang udara kuala lumpur..
ufo...alien cari anak di sabak bernam???

source:kosmo

p/s-betul ke ada ufo??takpon pesawat pengintip...ada ape kat malaysia sampai ada negara mengintip..

5 comments:

siTokei said... [Reply to comment]

wah biar benar..?

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

entahlah lately banyak sangat citer pasal ufo ni

Miecyber said... [Reply to comment]

Macam macam spekulasi...

Mungkin kerajaan dah buka X Files untuk siasat perkara ini...

Apa itu Skim Cepat Kaya ?

hana said... [Reply to comment]

mmg hot ye cite pasal UFO skang nh..
de pe la kt sabak bernam tu yg ufo tu carik..
dh la kmpng halaman ku..
aagagaga~

Unknown said... [Reply to comment]

atok raso itu pesawat pengintip...kan sekarang ni Iran dah berjaya cipta "UFO" sbg pesawat mereka