Pages

Tuesday, February 1, 2011

Home » , , , , » Awie???malu betul aku...

Awie???malu betul aku...

Sebenarnya aku bukan nak cerita tentang awie atau pon ahli kumpulan wings ye...tapi kalau dengar lagu wings layan gak..cuma aku nak cerita satu episod malu time aku study dulu...aku dulu sekolah asrama kat smka shams.Ada satu petang sebelum maghrib aku dengan member aku sorang ni borak-borakla sebelum nak mandi pergi surau.time-time petang memang penuhla tandas,so kitaorang borakla dulu...member aku ni nama dia harizal hashim...buat pengetahuan korang dia ni ada masuk satu pertandingan anjuran syokkahwin.com iaitu Gerbang Cinta Musim Ke-2.Dia ni memang peminat awie.

Nak dipendekkan cerita kiteorang borakla tentang 'awie' ni.salah satu perbualan kiteorang ialah dia ada citer kat aku yang awie ni ada kereta mahal,bonet depan die boleh nampak engin...so,aku jawabla..'kaya betul awie ni,memangla mak dia kan ada butik sendiri.'Sebenarnya,aku tak expect pun dia bincang pasal awie wings,aku ingat die borak tentang budak perempuan kelas aku yang ada iras awie tu..yang hairannya si harizal ni pun layan je apa aku cakap.lama gakla,dalam 20 minit camtu.

Habis borak kiteorang mandi la...time mandi tu baru aku sedar yang sebenarnya harizal ni cerita awie wings rupanya....patutla lain macam je cerita dia..macam mana la kiteorang boleh borak lama-lama tentang 2 subjek berbeza-beza...hahahah