Tadi tengok Berita Awani ada cerita pasal dinar emas dan diham perak dilancarkan oleh kerajaan Perak...nampaknya lagi satu alternatif pelaburan emas dilancarkan di Malaysia..Tapi dinar emas Perak ni bukan digunakan sebagai matawang tapi digunakan untuk pelaburan sebab emas ni salah satu komoditi yang boleh jadi pelindung kepada wang kertas yang korang gunakan sekarang...
Apa yang best pasal Dinar Emas Perak ni ianya satu-satu dinar emas yang menggunakan emas tulen 24K 999 dan tak silap aku satu-satu di dunia yang menggunakan emas tulen 999 ni sebagai dinar...Selalunya company yang menghasilkan dinar emas ni seperti Public Gold hanya guna emas ketulenan 916 saje,so harga dinar emas perak ni agak mahal berbanding dinar emas Public Gold...harga dinar emas ni ialah RM690 berbanding Public Gold sekarang berharga RM654...so memang bestla kalau dapat dinar emas perak ni sebab ketulenan dinar emas ni...dinar emas Perak ni memang cantik sebab ada simbol jata Perak kat depan dinar ni...berita baiknya dinar emas Perak ni lebih mudah didapati berbanding Dinar Emas Kelantan sebab company yang membuat dinar ni iaitu GoldNet melantik pengedar Nubex Sdn. Bhd. membeli emas dan menjual dinar ni ke seluruh Malaysia..
*tengok dinar tu ye...bukan awek kat belakang tu...hehe
13 comments:
betul3x...penah dengar pasal pelaburan emas memang menguntungkan....siap2 simpan duit nak rembat 1!
Wah dinar emas perak tu.
Siapalah nak kasi sedekah emas dekat saya ni haha.
tak rugi melabur emas ni he3
memang harga emas tengah naik sekarang sebab krisis di middle east dan juga inflasi. Anyway Emas KFH Naik 5.5% Feb 2011. Tapi kena faham betul2 bila melabur dalam emas, check dulu spread berapa %
@Sharinginfoz
btol tu...xde plak dieorg ckp pasal spread ni...mungkin agak tinggi sebab pembuatnya xsilap company luar negara..
Bagus banget ini....
Tatu
Emas aset simpanan paling berbaloi
hmm..nak kena mengkaji secara mendalam ni..
Jom skodeng :Notre Belle Histoire
Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini
emas..memang best...bersilau..
sapa yg banyak duit tu,melaburla dlm Emas.Harga emas susah nak jatuh berbanding pasaran matawang
Hmmm...pernah terfikir hendak melabur dalam pelaburan emas tapi masih belum mampu.
@Pemerhati Dunia
mula sedikit demi sedikit..melabur emas ni tak boleh menunggu sgt...sebagai contoh 3bulan 1dinar..
Duit ..
=)
Post a Comment